15 Januari 2008

Penduduk India Taman Mewah, Kuala Krau Pilih Parti Keadilan Rakyat

oleh Suhami Said

BeritaKuala Krau, Pahang, 14.1.08: Penduduk kaum India di Taman Mewah disini memilih untuk menubuhkan cawangan (JDM) kerana mendapati bahawa perjuangan multi-racial yang dibawa oleh parti itu sesuai dengan reality Negara ini yang mempunyai penduduk yang majmuk.

Pemimpin-pemimpin kaum India di Taman itu telah menjemput Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat, Suhaimi Said, untuk membincangkan penbuhan sebuah cawangan PKR di Taman itu.

Mereka menyatakan bahawa seramai lebih 70 orang penduduk kaum India di Taman itu akan menyertai Parti Keadilan Rakyat lntas menubuhkan sebuah cawangan parti itu.

Taman Mewah adalah sebuah Taman Perumahan yang mengandungi lebihkurang 30 buah rumah. Kecuali 6 buah rumah, yang lain-lainnya adalah milik kaum India.

Mereka akan merasmikan cawangan Parti Keadilan Rakyat pada 23hb Januari 2008 jam 4.00 petang dan dirasmikan oleh Sdr Manickavasagam, Ahli Majlis Tertinggi PKR.

Cawangan ini merupakan cawangan pertama PKR yang berjaya ditubuhkan oleh PKR Bahagian Kuala Krau.

Tiada ulasan: