(Siasah Daily)KUALA KANGSAR, 13 Mac: Majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru terpaksa batal lagi hari ini apabila anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR pula tidak berpuashati hasil dari salah faham.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang ketika dihubungi Siasah mengesahkan perkara ini dan majlis yang sepatutnya berlangsung jam 4 petang ini (13 Mac) terpaksa ditangguhkan.
PKR salah faham apabila menyangka mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam kerajaan Perak, padahal persetujuan yang dicapai adalah DAP akan mendapat 6 kerusi, PKR 3 dan PAS satu di samping MB.
Taburan ini adalah berdasarkan bilangan Adun masing-masing dalam kerajaan bersama itu iaitu DAP mempunyai 18 anggota, PKR 7 dan PAS 6.
"Persetujuan ini dicapai semalam antara DAP dan PAS selepas mereka dipanggil oleh Raja Muda Perak, namun tidak dipanggil PKR kerana ketika itu PKR tidak terlibat membantah," kata Ahmad Awang.
Hari ini, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali membuat kenyataan tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan negeri Perak itu.
Pagi tadi, rombongan tujuh Adun PKR di Perak menemui Penasihat Undang-undang dan seterusnya mengadap Raja Muda Perak menyatakan bantahan mereka.
Ketika dihubungi Siasah, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua memaklumkan bantahan itu dibuat kerana PKR seolah-olah tidak ada sebarang kerusi dalam kerajaan Perak yang baru itu.
Namun beliau mengaku taburan 6:3:1 dalam Exco yang baru beliau ketahui itu adalah taburan yang sangat sesuai dan boleh diterima.
1 ulasan:
Sempoi, bro. All set, dah boleh jalan kerajaan negeri kite. Masa LKS buat bantahan nak boikot isnin lalu, kiteorang hentam blog LKS sebab mandate rakyat dah bersuara nak perubahan yg ketara and suka-tak-suka pun kena bekerjasama. Lepas kejadian pengagihan kerusi yg tak setimpal semalam aku pun terkejut gak tapi mujurlah BR dah settle salah-paham mereka.
Aku buat teori ngapa LKS nak buat kecoh pasal boikot tu. Selepas GE12, ade suratkhabar cina yg melapurkan PAS sudah pun bersuara langtang MB Perak dah dipilih dari PAS, masa tu hari Ahab/Isnin kalau tak salah saya, habis org cina Perak lintang-pukang sebelum Hadi Awang berkata hanya calon je telah dikemukakan.
Aku rasa DAP macam parti politik lain, ade 'Ultra-conservative supporters' yg perlu ditukar mindset, PAS jugak ade masalah sedemikian dlm parti. Sebab itu LKS terpaksa buat fiasco boikot itu. Saja nak buat Leftist supporters buka mata dan faham bahawa banyak org Melayu & India menggundi mereka.
Bila laman LKS meletup barulah mereka sedar rakyat mahu mereka bekerjasama. Benda yg aku kagum ialah bila LKS meminta maaf, tak seperti Dollah-kaki-tidur yg kian angkuh dan tak pernah merendahkan diri.
Syabas Barisan Rakyat!
Catat Ulasan