Kata salah seorang pembaca, "rakyat dah tak larat dengar dan diperbodohkan dengan cakap-cakap besar pemimpin-pemimpin negara yang lagaknya macam tuhan." Dari kata-kata beliau, jelas menampakkan bahawa rakyat sudah semakin muak dengan BN, tetapi rakyat tidak akan teragak-agak memilih semula BN jika pembangkang gagal menunaikan janjinya.
Bagaimana pendapat anda tentang PRU 12?
Haris Fadhli: Aku goyang jugak bila BN kena teruk pilihanraya kali ni. Bukan nak kata aku sokong BN sepenuhnya. Tapi aku masih percaya kat BN lagi, bila pikir balik diorang dah pegang M'sia lama. Tapi ada bagus jugak bila BA dah menggugat BN, sebab BN bleh amik pengajaran dari pilihan raya kali ni and take action on segala kekurangan diorang selama ni. Aku juga harap pada BA yang menang baru ni, boleh kotakan janji-janji mereka pd rakyat yang sokong mereka. Aku admit yang sbenarnya aku ni tak berapa suka dengan politik and government M'sia skang ni. Banyak sebab-sebabnya. Sampaikan aku sendri pernah pk kalau aku dapat belajar atau kerja kat oversea, memang comfirm tak nak balik M'sia. Semangat melayu aku pun tak kuat mane sebab bagi aku, Melayu tetap melayu, susah nak berubah. Dengan perangai kroninya, nak cepat kayenya dll.Biarla BN ke BA ke same saje. Yang penting kita sebagai orang Melayu ni kene berubah. Kita kena ingat, boleh kata kebanyakan dari ahli-ahli BA ni orang bukan Melayu, aku takut diorang guna kesempatan ni utk lagakan org Melayu dan pijak kita pada mass yang sama.
Nasir Rashid: Para bijak pandai dah beri semua pendapat mereka dan bagai yang terjadi sebelum pilihan raya, para bijak pandai ini juga telah memberikan pendapat dan pandangan mereka. Yang pastinya, mereka dah salah tafsir pada beberapa sudut!
Semuanya ialah berkenaan pilihan hati dan keterbukaan dalam berfikir serta memilih/memangkah. Kesukaran menimpa-nimpa dan bertambah-tambah dalam menghadapi kehidupan setiap hari sudah ditafsirkan dalam bentuk pemikiran dan pilihan. Apa yang pasti, yang bongkak dan dicurigai itu pasti dibenci selalu dan hanya menunggu masa sahaja untuk dibalas dendamnya. Dendam dan khianat ini akan berterusan walau sesiapa sahaja memegang tampuk atau kuasa, cuma belum mencapai tahap mencari pisau di dapur.
Bangsa Malaysia ini jahat pada mulut dan aksi sahaja, kerana berjaya dijinakkan oleh kedamaian selama 50 tahun. Harapnya damai dan kemakmuran itu harus dikembangkan lagi, walau sesiapa memegang tampuk dan kuasa, sambil mereka terus merendah diri dan mengamalkan ketelusan muktamad walau mempunyai kuasa hebat dan wang tiada had (pasti tak pernah terfikir akan boleh mengawal dana sebanyak itu).
Wang dan kuasa itu boleh membutakan, nak teruskan hidup juga menjadikan manusia jadi buta. Buta apa adik-adik?
(ramai-ramai) BUTA HATI....
al – Mustaqeem Mahmod Radhi: Aku nak bagi cuma dua kenyataan ringkas -- 1. Masa depan lebih cerah untuk Malaysia. 2. Penang dan Selangor (sekurang-kurangnya – harap-harap Perak + Kedah pun ok) akan jadi negeri contoh untuk diikuti negeri-negeri lain di Malaysia: Pentadbiran paling bersih, ekonomi paling maju dan ruang kebebasan luas untuk rakyat.
Shahroll: Keputusan PRU12 satu kejutan untuk seluruh rakyat Malaysia. Satu sejarah politik kepada negara setelah 50 tahun merdeka. Kepada BA selamat menerajui pemerintahan 4 negeri baru yang di kuasai mereka. BERSIHkanlah segala kekotoran yang ada semasa kepimpinan BN. Pemimpin BN kena sedar anda yang tewas bukan sahaja melemahkan majoriti BN tetapi boleh juga dikira sebagai pengkhianat parti sendiri kerana telah menghilangkan kepercayaan rakyat kepada BN selama ini.
Siapa sangka Selangor dan Perak pun boleh tumbang di tangan BA sukar nak percaya tapi itu lah hakikat rakyat dah tak tahan dengan BN. Cukuplah isu barang naik dikempenkan, memang nyarisssss tak tumbang kerajaan Pak Lah. Tu la pasal depa selalu sangat makan tengah hari kat hotel sampai lupa rakyat yang makan kat kedai minang, duk tukaq2 keta baru sampai lupa kereta rakyat dah tak der minyak.
ZulHazry: PRU 12 adalah wayang yang agak berjaya
Tilmizatun Jayyidatun: Rakyat dah tak larat dengar dan diperbodohkan dengan
cakap-cakap besar pemimpin-pemimpin negara yang lagaknya macam tuhan. Dan rakyat dah selalu sangat dicabar untuk suarakan ketidak puasan hati melalui saluran demokrasi
ie. pilihanraya. Inilah hasilnya, suara rakyat malaysia yang pantang dicabar. Tapi saya tak rasa rakyat Malaysia menyokong dan mengharap 100% ideology dan manifesto pembangkang. Cuma tak de cara lain untuk protes kerajaan dan ajar pemimpin-pemimpin yang angkuh. election is the only way. Dan kemenangan pembangkang membentuk kerajaan di 5 buah negeri tu adalah ujian sebenar sama ada mereka benar-benar mampu merealisasikan janji-janji mereka atau tidak. Kalau cuma cakap-cakap kosong, jadinya nanti macam Terengganu and east m'sia. The assessment will come 4-5 yrs from now.
Amin Iskandar: Cuma satu sahaja point yang paling penting yang aku rasa penting untuk dikongsikan bersama.
Kekalahan terbesar BN dalam sejarah sehingga tidak mendapat majoriti 2/3 dan hilang penguasaan di Perak, Selangor, Kedah dan Penang serta gagal merampas Kelantan adalah kerana kempen pilihanraya yang maha dashyat dengan menggunakan media cetak dan elektronik telah menyebabkan satu "backfire" berlaku.
Ternyata rakyat Malaysia kini mahukan media yang lebih bebas dan adil dalam menyiarkan kempen-kempen pilihanraya bagi semua pihak tidak kira dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang.
En Adham: Puas hati saya dengan kemenangan pembangkang dilima buah negeri.
Kutek: Ha, benda ni (penafian majoriti 2/3) aku tunggu selama ni. Erti sebuah demokrasi berparlimen. Lepas ni tak dapat la mana-mana parti nak buat sesuka hati. Kekalahan BN memang dijangkakan, sebabnya kebanyakan negeri yang diorang kalah semuanya negeri yang amat merasakan beban kenaikan minyak dan tol (bandar dan bandaraya yang banyak tol tapi jalan dok camtu jugak). Lepas ni kita tengok la corak politik yang menarik. PRU 12 mencorakkan satu perubahan kepada senario politik Malaysia.
1 ulasan:
aku nak komen juga. Sebelum undi aku memang nak kurangkan majority 2/3 bn di parlimen. Negeri aku masih bn atas sebab prinsip pribadi. Aku tak puas hati dengan pentadbiran pak lah. Dia tak tegas membuat keputusan, selalu dolak dalik dan serah pada orang lain.Menteri juga sombong sangaat, cakap celupar, lihat le Nazri. Hishammudin pulak tak cerdik, cakap tak fikir masak-masak. Noh omar pun sama. Samy, Kayveas sama juga.Kalau MCA cakap ok sikit. Mungkin sebab dia tak pandai cakap kasar dalam bahasa melayu. Aku terima minyak mahal, tapi kerajaan kena imbang le, dengan turunkan tol (bayar lump sum je guna duit petronas), lepas tu maintanence plus guna tol, tapi minima le, turunkan caj air, telefon, harga barang (tol dah murah. Lagi satu, SPR jangan celupar sangat.Pesalah rasuah ikan jerung mesti dijatuhkan hukuman,moral pemimpin juga mesti dijaga. Cukuplah tu, banyak sangat sebabnya...media arus perdana jangat membodohkan rakyat...
Catat Ulasan