Oleh: Jeffrey A. Miron (waubebas.org)
Cadangan pentadbiran Bush untuk memberi bantuan pemulihan sebanyak 700 billion dollar kepada Wall Street telah ditolak oleh Kongres. Di bawah rancangan ini, bahagian kewangan negara akan membeli aset dari semua institusi kewangan bermasalah bagi mengelakkan kemelesetan ekonomi yang lebih teruk.
Saya akan tunjukkan kenapa idea ini sangat lemah.
Masalah yang berlaku sekarang berpunca dari perancangan lemah dalam dasar kerajaan. Kerajaan Pusat telah membantu penubuhan Fannie Mae pada 1938 dan Freddie Mac pada 1970, dua institusi penawaran pinjaman yang terlibat dalam krisis terkini. Kerajaan ‘berjanji kasar’ kepada institusi ini bahawa mereka akan mendapat pulangan baik daripada hutang diberikan mendorong Fannie dan Freddie mengambil risiko yang terlampau besar.
Kepincangan bermula pada 1977 dan lebih banyak pada era 1990-an dan awal kurun ini. Kongres mendesak pemberi pinjaman dan Fannie/Freddie untuk membesarkan lagi jumlah pinjaman sub-prima. Penggiat industri sudah tentu gembira untuk mematuhi desakan ini dengan janji bantuan dari Kerajaan Pusat dan pinjaman sub-prima ini akan berjaya.
Pinjaman sub-prima adalah lebih daripada panduan kredit yang sedia wujud. Ia adalah peluang pinjaman besar-besaran di luar amalan yang boleh dijustifikasikan di mana peminjam yang tidak mampu dari segi karakteristik kredit dan bayaran balik juga dibenarkan.
Apabila harga rumah menurun dan situasi ekonomi kian parah, kesilapan dan amalan yang tidak dapat diterima akan lebih jelas ternampak, industri ditinggalkan dengan kehilangan besar nilai aset yang dipinjamkan. Fakta bahawa kerajaan memainkan tanggungjawab besar dalam krisis terkini bermaksud langkah pertama maklum balas seharusnya menolak persekitaran yang mencipta situasi yang ada, bukan dengan membaiki keburukan campur tangan kerajaan dengan lebih campur tangan kerajaan.
Alternatif terbaik berbanding bantuan pemulihan ialah membiarkan institusi kewangan bermasalah ini diisytiharkan bankrap. Pengisytiharan bankrap beerti pemilik saham dikeluarkan dan pemiutang memiliki syarikat tersebut. Pengisytiharan bankrap tidak beerti syarikat tersebut ditutup, ia hanya dipindah milik (sebagaimana berlaku kepada sesetengah syarikat penerbangan). Pengisytiharan bankrap menghukum mereka yang mengambil risiko melampau sambil mengekalkan aspek perniagaan untuk mencipta keuntungan.
Berbeza dengan bantuan pemulihan yang melibatkan pemindahan sejumlah wang dari pembayar cukai kepada mereka yang telah diketahui terlibat dengan pemberian pinjaman berisiko tinggi. Cara ini hanya menggalakkan syarikat untuk mengambil risiko besar yang tidak dihitung dan bergantung kepada bantuan pemulihan oleh kerajaan. Amalan yang ‘tidak bermoral’ ini akan menyebabkan gangguan kepada agihan sumber kewangan ekonomi.
Penyokong tindakan memberi bantuan pemulihan yang benar-benar berfikir boleh menerima pandangan ini tetapi beranggapan bahawa bantuan pemulihan dapat mengelakkan keruntuhan ekonomi. Berasaskan pandangan ini, pemberi pinjaman tidak akan membuat pinjaman, meskipun untuk projek yang memberi pulangan kerana mereka tidak boleh mendapatkan pinjaman. Pandangan ini sedikit benar; sekiranya bantuan pemulihan tidak berlaku, lebih banyak pengisytiharan bankrap berlaku dan situasi akan menjadi lebih buruk.
Bercakap tentang Armageddon hanya bersifat mewujudkan ketakutan massa. Jika institusi kewangan tidak dapat memberikan pinjaman yang produktif, peluang untuk menjana keuntungan wujud untuk pihak lain. Ia mungkin tidak berlaku segera, tetapi pasti berlaku.
Pembekuan pinjaman berlaku kerana Wall Street mengharapkan bantuan pemulihan; ahli perbankan tidak mahu menjual aset mereka pada nilai 20 sen dollar jika kerajaan sanggup membayar 30, 50 atau 80 sen.
Tambahan pula nilai bantuan pemulihan yang boleh difahami. Dakwaan pentadbiran bahawa kebanyakan perjanjian aset bersifat tidak cair tidak cukup bernilai dengan mengambil kira nilai ganti kepada pembayar cukai berjumlah 700 billion dollar.
Sekiranya aset ini bernilai, akan ada pihak swasta lain yang mahu membelinya dan mereka akan membelinya jika pemilik aset sanggup menerima nilai pasaran yang sesuai. Yang ternampak ialah pemiliknya tidak yakin bahawa asetnya mempunyai nilai yang berbaloi untuk dibeli.
Bantuan pemulihan mempunyai masalah lain. Aspek akhir perundangan mungkin akan melibatkan sebilangan situasi sampingan dan rundingan istimewa sebagai penghargaan kepada pelobi Washington dan pelanggan mereka.
Jangkaan daripada bantuan pemulihan ini akan merangsang tindakan strategik oleh institusi Wall Street bagi pemindahan aset dan penempatan penyata aset untuk memaksimumkan apa yang mereka ambil. Bantuan pemulihan akan membuka peluang untuk lanjutan masalah dalam pasaran kewangan.
Kerajaan sepatutnya menghapuskan dasar yang membentuk masalah pada waktu ini. Ini bermaksud, pada peringkat umum, membuang sasaran pemilikan rumah daripada tidak terikat dengan kemampuan membayar. Lebih spesifik, elakkan Fannie Mae dan Freddie Mac berterusan dengan dasar seperti Akta Pelaburan Semula Komuniti yang mendesak bank untuk menyediakan pinjaman sub-prima.
Pandangan yang betul dalam kekalutan ekonomi semasa ialah keburukan daripada penyediaan pinjaman sub-prima tidak sepatutnya diwujudkan sejak mula. Pihak tertentu harus membayar untuk itu dan ia bukannya pembayar cukai.
-----------
Jeffrey A. Miron merupakan pensyarah kanan di Harvard University. Seorang libertarian yang bersama 166 pakar ekonomi lain yang menandatangani bantahan kepada idea bantuan pemulihan baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan