09 Mac 2008

MP PKR bakal ketuai pembangkang di Parlimen

Mencipta sejarah -- sebuah parti yang hayatnya nyawa-nyawa ikan berikutan jumlah kerusi parlimennya hanya satu pada pilihan raya lepas, kali ini diramalkan akan mengetuai segerombolan jumlah MP pembangkang di Parlimen.

PRU 12 yang diadakan semalam juga menyaksikan PKR mendapat 31 kerusi manakala DAP 28 kerusi dan PAS 23 kerusi. Situasi ini merupakan suatu sejarah bagi pembangkang yang telah dapat menafikan jumlah 2/3 kerusi BN pertama kali sejak 50 tahun yang lalu..

Pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah berjaya menawan lima buah negeri iaitu di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang berjaya mengekalkan pemerintahan kerajaan PAS.
Dijangka bahawa PAS akan menjadi menteri besar ditiga buah negeri iaitu Perak, Kedah dan Kelantan. Manakala Lim Guan Eng dari DAP menjadi ketua menteri di Pulau Pinang dan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR menjadi menteri besar di Selangor.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bangkitnya Anwar Ibrahim.....
Dari bawah dia naik.
Dijatuhkan dan diaibkan.
Namun dia bangkit kembali!
Tu lah pejuang sebenar namanya