27 November 2008

Maskara

Selamat Pagi Cinta ~ momen-momen panjang?

Oleh Ajami Hashim

The most important question we ask when writing a Love Story is: "What's to stop them?" ~ Story by Robert McKee pg.95

Mudah bukan? Campakkan sahaja 'halangan' itu di antara dua orang yang bercinta, maka mungkin akan berhasil sebuah kisah cinta. Betul? 'Halangan' itu boleh siapa atau apa saja yang berada di tengah-tengah. Persoalannya mudah sahaja, samada 'halangan' itu adalah pemisah atau sebaliknya sebagai penemu untuk cinta yang benar-benar sejati kemudiannya? Ia menyoal adakah 'dia' yang menjadi pasangan hidup kita hari ini ialah 'the one' yang sebetul-betulnya untuk kita? Apa akan terjadi seandainya perhubungan itu terputus atau 'dia' mati di tengah perjalanan semasa bersama lalu meninggalkan kita seorang diri? Adakah kita akan mahu terus hidup dengan kenangan silam atau beranjak ke depan untuk mencari penggantinya? Life must go on! Ok! Itu falsafah cinta jiwang yang aku reka dari filem ini. Betul atau tidak.. terpulang kepada kamu untuk menilainya selepas tamat menonton filemnya (kalau mahu) dan setelah habis membaca ulasan ini!

Ya! Filem Selamat Pagi Cinta mengulangi momen-momen itu sekali lagi! Pertembungan dan terserempak di antara Ilham-Julia dan Azam-Suci dibuat berulang-kali di awal naratif. Dengan insiden apa lagi yang bukan klise mahu kamu tukarkan? Memang itulah lazimnya awalan sebuah kisah cinta yang perlu untuk menjumpakan 2 orang yang asing untuk bercinta bukan? Manisnya! Filem ini rasanya hanya meringkaskan pertemuan itu semudah-mudahnya kerana cerita utama ialah apa yang akan berlaku seterusnya?

Namun begitu, jujur aku nyatakan bahawa menonton babak-babak klise yang terlalu lusuh dan sama seperti filem cinta sebelum ini, awalnya aku muak TETAPI terkejut dengan durasi ambilan kamera yang lama! Berani mati! Dalam hati aku berkata. Keberkesanan babak-babak panjang ini mula terasa dan peliknya aku mahu tunggu! Kenapa? Kerana hebatnya lakonan Que, Amani, Pierre dan Fazura! Seandainya pelakon lain mungkin aku sudah keluar panggung pada 10 minit yang pertama. Inilah kekuatan filem ini iaitu pada pengaksian setiap pelakon 'character actor'.

Naratif asasnya memang mudah namun bila diceritakan secara 'character driven' ia jadi menarik. Aku dah tak peduli dengan muzik latar iaitu kebisingan yang kurang kena dan kedengaran sangat murah. Aku mahu tonton cerita ini bergerak ke depan seterusnya kerana mahu lihat sejauh mana kesemua watak berkembang untuk bercerita walaupun ia kisah cinta yang sangat klise. Babak-babak panjang sebegitu pernah aku tonton dalam filem-filem indie dimana selalunya plot amat berat dan banyak subtext. Tapi ini filem cinta komersial bukan? Yang selalunya suntingan pendek-pendek dari berbagai sudut untuk merangsangkan mood dan memudahkan pelakon untuk melakonkan 'take' adegan yang banyak dialog. Filem ini ada ketikanya pelakon seolah dibiarkan untuk menukar-nukarkan perwatakan mereka dari berbagai ekpresi dalam satu tangkapan kamera yang lama. Wow!

Cerita Ilham-Julia ialah kisah cinta yang matang dan berjodoh di usia yang muda. Tiada babak merisik, bertunang, bernikah dan bersanding diperlukan. Aku faham bahawa ia kisah ala Laila-Majnun yang hampir sempurna tapi Ilham berpenyakit kronik (errr.. aku kurang pasti penyakit apa ntah?.. tapi kalau batuk mesti keluar darah dari mulut?) Konflik 'halangan'nya ialah ajal Ilham. Cerita Azam-Suci pula ialah kisah cinta remaja yang kena pada usianya. Juga aku mengerti bahawa ia umpama Romeo-Juliet yang akan tragik. Konflik 'halangan'nya ialah 'menantu idaman' ibubapa Suci iaitu Yusry.

Oklah ia memang klise! Cuma aku rasakan bahawa lainnya kreatif sedikit apabila Julia akhirnya 'memungkiri' juga janjinya kepada Ilham (in a good way) untuk tidak terus menjadi janda muda. Dia akan menemui cinta sejati yang sebenar-benarnya kemudian hari. (baca: selalunya sampai ke sudah kerana janji 'sehidup-semati' watak yang masih hidup akan berpegang kepada sumpah cinta itu) Begitu juga Suci yang patuh kepada pilihan orang tuanya untuk menerima Yusry sebagai jodoh tanpa melarikan diri untuk mengejar cintanya kepada Azam. (baca: selalunya kisah cinta remaja akan memberontak menentang pilihan keluarga kan?) Mungkin ini yang hendak diangkat dari lakonlayar oleh Pierre Andre dan arahan oleh Norliana Samsudin - klise tapi lain sikit! hahaha..

Dari sudut time-frame pula, filem ini BUKAN bergerak secara selari di antara kedua-dua plotline. Kisah cinta dan perkahwinan Ilham-Julia adalah dalam jangkamasa 2 tahun yang lalu (flashback). Manakala kisah cinta Azam-Suci ialah 2 tahun kemudian (sekarang). Kedua-dua cerita dijalin berselang-seli seolah berlaku serentak di lokasi yang berbeza. (errr.. ala-ala plotline filem Susuk yang mudah anyone?) Maknanya, kalau disusun semula babak-babak secara linear, kisah Ilham-Julia berlaku dahulu diikuti oleh kisah Azam-Suci. Tiada pertembungan di antara kedua-dua pasangan dalam mana-mana babak dari awal sehinggalah ia bertemu pada titik yang sama di akhir cerita dimana Azam-Julia akan diselisihkan dan ditemukan. Ia menjawab soalan-soalan 'afterthought' falsafah cinta di perenggan di atas apabila filem ini tamat.

Saksikanlah filem SELAMAT PAGI CINTA di pawagam SEKARANG selagi ada tayangan!

Pluralisme dan Sekularisme

Petikan Ucap Utama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Sempena Multaqa Ulama SeMalaysia

Kehidupan dalam masyarakat majmuk membawa kepada kecenderungan untuk mengenepikan dimensi agama di dalam pengurusan kehidupan. Ini kerana agama dianggap sebagai perkara yang bersifat metafizik, yang tidak dapat dicapai dengan pancaindera dan tidak dapat dirasionalkan. Panduan daripada agama hanya dianggap sesuai untuk sesuatu penganut itu sahaja, bukan untuk penganut yang lain. Sehingga timbul persoalan mengapa pula ajaran dalam agama lain yang bersifat metafizik itu perlu untuk dikenakan kepada penganut agama lain tanpa lojik dan alasan yang munasabah.

Oleh sebab itu, masyarakat majmuk merupakan alasan yang kerap kali diutarakan untuk menolak Islam sebagai panduan hidup manusia. Inilah asas kepada pemikiran pluralisme iaitu aliran falsafah yang menolak sebarang bentuk autoriti agama untuk dijadikan panduan apatah lagi untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang.[1]

Di sini letaknya cabaran yang besar kepada ulama untuk meyakinkan terlebih dahulu bahawa Islam merupakan agama yang benar, tidak sekadar sesuai untuk orang Islam bahkan ia juga sesuai untuk semua orang.

Selain itu, kita mendapati bahawa orang Islam sendiri mengalami krisis keyakinan terhadap Islam dan mereka berasa tidak yakin dengan kelebihan Islam di hadapan orang bukan Islam, apatah lagi untuk memujuk mereka agar menerima Islam sebagai panduan hidup.

Sebagai contoh apabila kerajaan Kelantan menggalakkan masyarakat mengikuti etika berpakaian cara Islam, ianya dibantah sendiri oleh kelompok umat Islam yang kononnya memperjuangkan hak-hak wanita dan kebebasan.

Cabaran yang seterusnya ialah untuk meyakinkan orang bukan Islam tentang kelebihan yang terdapat di dalam Islam dan hikmah kepada pelaksanaan Islam. Dalam hal ini Allah telah menegaskan :



Maksudnya: Tidak kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Surah al-Anbiya’: ayat 107.

Aliran pemikiran yang tidak berasaskan kepada Islam kesemuanya merujuk kepada keupayaan mutlak akal dalam memahami hakikat kebenaran dan menolak unsur wahyu sebagai sumber dalam menentukan kehidupan manusia. Kesemuanya berteraskan kepada sekularisme, yang menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi amat jelas bertentangan dengan Islam.

Namun, secara tidak sedar ia telah pun menular masuk menerusi penekanan yang diberikan oleh masyarakat masa kini terhadap kemajuan sains dan teknologi yang menafikan unsur ketuhanan. Pengajaran dan pembelajaran, serta pendekatan kepada sains dan teknologi yang mereka aplikasikan adalah berasaskan kepada darwinisme yang membawa kepada pemikiran yang mengatakan bahawa alam ini terjadi dengan sendiri.

Ini membantu mengukuhkan pemikiran sekularisme kerana manusia telah berasa bahawa mereka memiliki keupayaan bagi mentafsirkan sesuatu fenomena alam tabie dan seterusnya mereka turut berasa boleh untuk membuat tafsiran baru berdasarkan kepada kemahuan mereka.

Ini dikuatkan dengan premis yang terdapat di dalam sains itu sendiri iaitu alam ini teratur dan manusia mempunyai kemampuan untuk memberi hujah rasional dan memahami sebab-musabab untuk memahami keteraturan alam. Lantaran itu, ia membawa keegoan manusia dalam berasional sehingga terbawa-bawa ke dalam isu agama.

Atas asas inilah, Imam al-Ghazali mengarang kitab Tahafut al-falasifah bagi menolak pegangan ahli falsafah yang terpesona dengan kemampuan akal mereka dalam bertakwil sehingga ke tahap beliau telah mengkafirkan sebahagian mereka.

Sebahagian ulama dan cendekiawan Islam menolak pemikiran golongan ahli falsafah yang berteraskan sekularisme ini menerusi pendekatan pemikiran juga seperti yang dilakukan oleh Dr. Muhammad Iqbal, menerusi karya agungnya “The Reconstruction of Religious Thought in Islam”, yang bermaksud "penstrukturan semula pemikiran beragama di dalam Islam".

Kemudian, ia diikuti oleh Ismail al-Faruqi menerusi Islamization of knowledge iaitu Islamisasi ilmu dalam versi masing-masing, walaupun ianya masih boleh dibincang lanjut, namun mempunyai matlamat ke arah menolak sekularisme.

Menerusi pendekatan gerakan Islam semasa, ia telah digagaskan oleh Hasan al-Banna menerusi teori Islam Syumul di dalam Risalah al-Ta’lim dan Syed Qutb menerusi teori al-hakimiyyah. Justeru, lagi bertambah moden dunia yang dihadapi oleh manusia, lagi bertambah kekaguman manusia dengan kemampuan akal mereka dan akhirnya menolak kepada dimensi wahyu. Apa yang menjadi cabaran kepada ulama ialah, hakisan terhadap autoriti yang mereka ada sebagai pewaris kepada nabi. Persoalannya, sejauh manakah mereka sedar tentang perkara ini?

Bekas Syeikhul Azhar, Syeikh Abdul Halim Mahmud Rahimahullah di dalam buku beliau al-Tauhid al-khalis aw al-Islam wa al-'aql menulis:

"Tatkala keadaan sekitaran adalah penuh makmur dengan agama ketuhanan, yang memenuhi hati dengan iman dan memenuhi perasaan dengan hidayah, para pemuja falsafah tersebut telah berusaha – melalui pendekatan iblis – untuk menyelaraskan di antara agama dan falsafah sesat."

Forum Rakyat "No to ISA"

Arus Pergolakan Politik di Malaysia, diantara harapan dan cabaran. Satu penilaian semula.

Tarikh: 1 Disember 2008

Hari: Isnin

Masa: 8 Malam

Tempat: Auditorium Bar Council,
Leboh Pasar Besar,
Kuala Lumpur.

Ahli Panel:

1) Sdr. Hishamuddin Rais (Aktivis Reformasi, Kolumnis)
2) Tn Hj. Mohammad Sabu (Naib Presiden PAS)
3) Sdri. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
4) Raja Petra Kamarudin (Editor Malaysia Today)
5) T S Thenintharan (Indian Opressed Group)
6) Syed Ibrahim (Gerakan Mansuhkan ISA)
7) Faridzun Nasaruddin (Jurucakap Mahasiswa Mansuhkan ISA dan AUKU)

Anjuran: Cakap Rakyat Group.

Dari Bangsar Utama: Apakah rakyat Malaysia akan bangkit seperti rakyat Thailand?





Akhir-akhir ini kita melihat bagaimana kebebasan bersuara rakyat semakin dicengkam oleh pemerintah. Minggu lalu kita melihat bagaimana polis digunakan oleh pemerintah untuk menyekat rakyat daripada menghadiri program ceramah anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

9 orang ditahan pada program tersebut termasuk Mohammad Sabu dan Salahuddin Ayob yang ditahan ketika melawat tahanan di IPD Ampang.

Sedangkan dihari yang sama, polis sedikitpun tidak menganggu PEWARIS yang menyokong ISA untuk berarak di Jalan Tun Razak bagi menyatakan sokongan kepada pemerintah untuk mengekalkan ISA.

Lihat double standard?

Tidak difahami bagaimana rakyat Malaysia yang mengaku menyanjungi bangsa dan agama mereka mempertahankan undang-undang zalim dan draconian yang ditinggalkan oleh penjajah British.

Kita harus ingat, British menggunakan undang-undang Darurat (kini ditukar menjadi ISA) untuk menangkap pejuang-pejuang kemerdekaan termasuklah pejuang-pejuang Islam dari Gunung Semanggol, Perak.

Secara teorinya, jika semakin keras penindasan, perlawanan yang keras juga akan lahir sebagai tindakbalas.

Mampukah pemerintah menahan jika rakyat Malaysia bangkit seperti gambar diatas?


26 November 2008

Budaya Suap dan Filem Melayu

Oleh Sam Ahmad

Budaya suap memang kita akui semakin membarah di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan mahasiswa. Kebanyakan nota diberi secara suap kepada para mahasiswa oleh para pensyarah. Ini sangat menyedihkan. Sangat mecewakan.

Bukan sahaja nota diberikan secara suap malahan ujian oleh para mahasiswa diberi endah tak endah, bagaikan melepas batuk ditangga. Melalui pengalaman penulis ujian diberikan bocor oleh para pensyarah dan segala nota diberikan pula berfotokopi. Mahasiswa dan generasi muda masa kini sudah hilang daya fikir dan melalui hidup ini seperti seorang pesakit sedang makan bersuap.

Dan yang paling memeritkan ialah budaya suap ini semakin menular ke bidang lain seperti bidang perfileman. Bidang yang menjadi cerminan bagi kita – penonton, untuk mengenali diri kita sendiri.

Hasil sesebuah filem melambangkan masyarakat tertentu, seperti kata pengarah kelahiran Malaysia kepada wartawan Majalah Siasah,Tsai Ming Liang yang mendapat tempat pada peringkat antarbangsa (tentu ada yang masih belum mengenalinya), “filem merupakan salah satu alat untuk memahami diri sendiri.

U-Wei Shaari juga bersetuju dengan Tsai Ming Liang, dalam artikelnya berjudul Filem Untuk Festival yang disiarkan oleh Siasah pada bulan Mei 2003, U-Wei berkata “jikalau ditanya apa yang patut ada dan akan memancing juri luar negara untuk menjemput kita ke festival mereka, jawapannya tetap pada niat murni yang dapat mengangkat dalam atau luar diri kita sendiri.”

Kita terpengaruh dengan filem-filem Hindi. Filem-filem Bollywood. Filem mellodrama-romantisisme dengan lagu-lagu mendayu-dayu dangdut nyanyian penyanyi yang sama berpuluh-puluh tahun. Aksi tarian ghairah-berguling-guling di kaki bukit-tukar lima enam pakaian dalam satu lagu.

Naratifnya, balik-balik tentang cinta. Tentang kasih sayang. Dan penamatnya selalu sahaja bahagia – seperti hikayat panji watak utama lelaki bertemu jodoh dengan watak utama wanita. Sesudah lama mengembara melawan segala musuh, berpanas, berhujan, tiada tempat untuk berteduh dan macam-macam lagi halangan yang tersedia menghadapani watak utama lelaki, ia pasti aka ketemu juga dengan watak utama perempuan.

Dan mungkin itu hukum orang-orang di sana – hukum karma – hitam akan mendapat balasan hitam dan putih pasti ketemu keadilan. Inilah hakikat filem-filem Hindi – hukum karma tertegak, walaupun hakikat itu sebenarnya berbeza daripada dunia nyata. Dunia nyata yang nyata mengkehendakkan manusia yang berani menghadapi cabaran hidup termasuklah hakikat hidup – yang putih tidak semestinya akan menang dan yang hitan tidak akan selalunya kalah.

Sejak zaman Studio Jalan Ampas hinggalah ke zaman sekarang, zaman Yusof Haslam dan soon-to-be zaman Prof. Razak Mohaideen kebanyakan filem-filem kita terikut dengan filem daripada Bollywood. Shammi Kapoor, Shah Rukh Khan, Salman Khan, Mitoon Chakravoti, Jackie Shrof dan Dev Annan antara sebahagian nama-nama besar dari Bollywood yang menjadi pujaan sesetengah penonton-penonton Malaysia.

Biarpun tak ramai dari pengusaha-pengusaha filem Melayu yang mengikut mereka di segi aksi tarian ghairah-berguling-guling di kaki bukit-tukar lima enam pakaian dalam satu lagu, namun tetap filem-filem Melayu mengambil rempah ratus resepi filem-filem Bollywood. Dalam filem Anak Mami The Movie dan Mami Jarum arahan Prof. Madya Razak Mohideen, jelas adunan aksi tarian buatan a la Bollywood digunakan menjadi selingan untuk filem tersebut.

Filem bukanlah tempat menyelesaikan masalah – yang baik pasti menang di akhir, sepasang kekasih pasti ditemukan dan yang jahat tersedar insaf dengan keadaannya. Yang putih sudah semesti mengalahkan yang hitam dan dosa yang hitam pasti akan terbalas.

Filem juga bukanlah pasar borong atau pasar lambak tempat orang berjual beli dan mengira keuntungan. Filem menurut Jostein Gripsrud merupakan penggerak masyarakat dan bukan sekadar hiburan semata – menyajikan pengajaran daripada cerita yang dibawa (Ku Seman Ku Hussain – Apresiasi Filem, Panca Indera).

Corak sesuatu filem juga perlulah berkaitan atau bersesuaian dengan keadaan sosial tempat filem itu dikeluarkan. Bukankah Finas bangga menjerit “filem kita, wajah kita.” Jika benar kata Finas, maka wajah kita terlalu hodoh dek kerana filem kita yang terlalu lesu dan membosankan – tiada pembaharuan, jauh ketinggalan dengan panggung-panggung besar di Hollywood, Perancis, Iran, Korea dan Jepun.

Permasalahan dan realiti sosial kotemporari masih gagal dibawa oleh pengarah-pengarah Malaysia ke atas masyarakat. Kebanyakan filem yang terdorong dengan faktor komersialisme menerapkan budaya popular masyarakat tanpa ada perdebatan tentang isu – pro dan kontra.

Inilah masalah pengarah komersial tempatan. Mereka seakan tidak memikul amanah sebagai penggerak massa, sebuah tugas berat seorang pengarah filem. Yang penting keutungan individual mereka sendiri. Asal filem mereka mendapat sambutan hangat, sudah memadai.

Filem sepatutnya menjadi ruang lontaran pelbagai idea dan pendapat. Dan pembikin filem mungkin terperangkap dengan kehendak massa. Massa berkehendakkan filem ringan, tiada permasalah berat dan menutup ruang diskusi. Filem kotemporari tempatan sekarang lebih suka menyudukan sajian mereka ke mulut penonton daripada menyediakan hidangan yang disudukan sendiri.

Tiada salahnya membikin cerita ala-ala Bollywood, sarat dengan cinta dan mellodrama habis. Ataupun, filem yang happy ending, tidak sekejam filem Iran atau kisah cinta tragis filem Hong Kong. Tetapi gabungkanlah pula dengan asakan pendapat, idea baru dan bukakanlah ruang perbincangan.

Lihat sahaja Kuliah Cinta arahan Prof. Razak Mohaideen, bukankah carbon copy kepada naratif filem Kuch Kuch Hota Hai. Dan Janji Diana arahan Yusof Haslam, tidak membawa hujah-hujah kuat kenapa Diana menjadi tomboy atau pendapat yang kontra dengannya. Sebaliknya Yusof Haslam lebih mementingkan pakaian Erra, kenderaan Rosyam dan aksesori-aksesori sampingan yang lain – Putrajaya, KLCC, rumah besar dan kerja standard tinggi.

Inilah masalahnya dengan filem Malaysia. Dan filem boleh mencerminkan pengarahnya sendiri. Setakat mana tahap keintelektualan mereka boleh dinilai melalui filem-filem keluaran mereka. Penulis rasa Ho Yu Hang pelakon iklan “kenapa, tak percaya?” lebih tinggi tahap keintelektualannya.

Yu Hang yang mendapat penghargaan di sebuah majlis perfileman di Nantes disebabkan filem arahannya Min, lebih menggambarkan filem yang bermutu. Begitu juga dengan Amir Muhamad, Osman Ali, Yasmin Ahmad, James Lee, Yuen 3R, Adman Salleh, U-Wei, Shuhaimi Baba dan Aziz M. Osman, hasil kerja mereka masih boleh dibanggakan sebagai penggerak massa.

Bukan niat untuk merendah-rendahkan martabat filem Hindi, keadaan tersebut mungkin sesuai dengan mereka dan sistem kasta antara mereka cukup membuatkan mereka berpegang dengan hukum karma.

Dan bukan juga niat untuk merendahkan pengarah-pengarah berbakat negara, tetapi inilah hakikat, hasil seni – tak kira nyanyian, perfileman, teater dan tarian – dan hasil persuratan menggambarkan di mana letak duduknya sesebuah negara dalam tamadun besar dunia.

nota: pernah tersiar di tabloid Siasah sekitar 2005.

25 November 2008

TANDA DAN PETANDA DALAM WAYANG ARAHAN HATTA AZAD KHAN



oleh Hassan Abd Muthalib

“….dan masyarakat akan memilih filem yang ringan dan longgar pemikirannya, walaupun ia sebuah karya yang bangang dan cetek pemikirannya.” - Amyikram Ismail

“Filem itu spiritual.” – U-Wei Hajisaari

“Seni semakin hilang spiritualnya.” - Andrei Tarkovsky.

“Seni itu kerja Tuhan” – Tan Sri P Ramlee


Dikatakan bahawa filem yang baik mempunyai tiga kriteria: ia mesti menghiburkan; ia perlu memperkatakan sesuatu dan juga memaparkan budaya setempat. WAYANG arahan Hatta Azad Khan (kini diputar di pawagam GSC), memenuhi ketiga-tiga kriteria ini. WAYANG mengusulkan banyak perkara. Di antaranya: cinta; kasih sayang; keluarga; pertembungan budaya; jurang di antara generasi muda and tua, yang lama and yang baru, dan yang tradisional and yang mahukan perubahan. Juga ia bercakap tentang manusia yang kasar and yang berlembut, tentang peranan setiap manusia di bumi; tentang takdir - and paling menarik (and secara amat tersirat), tentang apakah itu Sinema dan ke manakah hendak dibawa Sinema Malaysia oleh para penglibat di institusi pengajian tinggi di Malaysia, khususnya UiTM melalui Fakulti Teknologi Kreatif and Artistik (FACT) yang bertempat di Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan - sebuah ‘kampung’ terpencil yang terletak jauh dari kegiatan industri perfileman di Kuala Lumpur.

Semua tema ini disampaikan Hatta (kini Dekan FACT), melalui watak-watak di sebuah kampong di Kelantan yang terletak jauh dari arus pembangunan. Antara watak-wataknya adalah: Awang Lah (Eman Manan), Jusoh (Wan Kenari), Awi (Zul Huzaimy), Melor, (Mas Muharni), Pak Ku (Mazlan Tahir), Mak Esah (Ida Nerina). Jika diteliti, watak and perwatakan mereka juga ada parallel dengan watak-watak wayang kulit, antaranya: Sri Rama (hero), Siti Dewi (heroin), Rawana (penjahat), Wak Dogol (pelawak), dan juga sepasang kekasih (yang mana lelakinya memegang sebuah gitar yang menyamai Awi yang selalu bersama gitarnya).

Sepanjang kehidupan manusia dalam dunia, dua watak sentiasa wujud dalam mana-mana masyarakat, ia itu, watak Peladang (yang menghidupkan) , dan Pemburu (yang membunuh). Awang, Awi and Melor ‘menghidupkan’ patung yang kaku. Mereka tidak bercakap tentang ugama, hanya mahu menghiburkan orang ramai. Seperti Sri Rama and Siti Dewi, mereka berwatak positif dan membina. Jusoh pula dengan megah, bercakap tentang hukum hakam tetapi cuba ‘membunuh’ melalui fitnah dan akhirnya, memusnakanh panggung wayang kulit dengan membakarnya. Maka ternyata, perwatakan Jusoh adalah sama seperti Rawana.

Tanda dan Petanda pada Alam dan Filem

Dalam kitab suci Al-Qur’an, terdapat beberapa ayat yang menyebut bahawa di langit and di bumi ada tanda-tanda (yang menjadi petanda) bagi mereka yang memahaminya. Kerana Allah menjadikan manusia itu lalai, tentunya ada manusia yang tidak dapat melihat tanda-tanda (ikon) yang bersifat petanda (indeks and simbol). Kata U-Wei Hajisaari, filem itu bersifat spiritual. Andrei Tarkovsky, pengarah tersohor Rusia, pula mengatakan seni di zaman ini, semakin hilang sifat spiritualnya. Usia filem kini mencecah 115 tahun. Filem itu bersifat seni, maka kerana itu ia dapat bertahan sekian lama. Antara seni yang terdapat dalam filem ialah: seni sinematografi, mise-en-scene (susunana elemen-elemen dalam frem), rekabentuk produksi, suntingan, bunyian and lakonan. Ini sekaligus mewajarkannya diajar di institusi pengajian tinggi. Tetapi jika hanya mahu mengetahui produksi filem, ikut saja mana-mana syarikat produksi filem. Lama-kelamaan, pasti jadi seorang ‘pakar’ seperti kebanyakkan mereka yang terlibat dalam industri dari tahun 1950-an sehingga sekarang. Namun mereka ini hanya pakar dari aspek teknikal sahaja dan tidak mampu menjadi pencipta..

Seorang pencipta adalah ahli fikir. Mindanya luar biasa, yang bersandarkan ilmu, Di antaranya: ilmu mengenai tamadun yang merangkumi bidang psikologi, sastera, musik, budaya dan falsafah. Dalam hal ini, apakah institusi pengajian tinggi di Malaysia sudah berada di landasan yang betul sekarang dalam bidang pengajaian filem? Jika pengajian filem dikelirukan dengan bidang komunikasi and pemasaran semata-mata kerana melihat filem hanya sebagai perniagaan, maka amatlah malang bagi Sinema Malaysia! Komunikasi and pemasaran hanya sebahagian daripada pengajian filem. Di institusi pengajian tinggi, filem mesti diajar dari sudut ilmu filem. Ternyata begitu ramai kapitalis kini (termasuk ahli akademik) yang menjadi pembikin filem di Malaysia yang lupa bahawa mereka sebagai orang Islam, juga bertanggung- jawab untuk meningkatkan minda penonton. Sebagai khalifah Allah di muka bumi, mereka tergolong dalam kumpulan yang sepatutnya mengajak kepada kebaikan. Tetapi sebaliknya, mereka memaparkan manusia Melayu yang begitu buruk perangai dan pertuturannya, yang mempunyai wajah yang artificial dan dua dimensi dan membawa cerita-cerita yang lebih fantasi daripada Hikayat Merong Mahawangsa and Raja Bersiong!

Pada pandangan saya, inilah antara perkara yang diperkatakan dalam WAYANG. Maka sekuen yang melibatkan UiTM dalam WAYANG bukanlah sekadar publisiti atau propaganda tetapi mempunyai kaitan serta ada relevannya. Perkara yang hampir sama sudah diperkatakan oleh Mamat Khalid dalam Kala Malam Bulan Mengambang di mana Mamat mempersoalkan arah tujuan industri filem tempatan yang tidak ada peningkatan jika dibanding dengan industri filem Melayu pada tahun 1950-an.

Imej Pertama Imej yang Bermakna

Naratif sesebuah filem bergerak melalui nahu filemnya (syot, sudut kamera, dsbnya) yang kemudian terbentuk menjadi bahasa filem. Jika susunan ini dibuat oleh orang yang mempunyai ilmu filem yang sebenar, maka bahasa filem itu akan membolehkan penonton memahami maksud dan nawaitu seseorang karyawan secara yang tersurat mahu pun yang tersirat. Perhatikanlah imej-imej pertama di dalam mana-mana filem dari luar negara (dan segelintir filem Malaysia). Imej pertama selalunya bersifat ‘kapsul’, yang memberi gambaran tentang apakah cerita yang akan ditontonkan nanti. Imej pertama dalam WAYANG menampak-kan penonton duduk bersila di atas tanah, sedang khusyuk menyaksikan persembahan wayang kulit. Mengapakah imej ini dipilih Hatta untuk memulakan ceritanya? Hatta pernah berkata, beliau tidak akan buat karya yang memeningkan kepala, yang akan sukarkan penonton untuk memahaminya. Maka bagi Hatta, sebuah karya mesti pentingkan audiennya tapi tidak pula merendah-rendahkan pemikiran mereka. Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang berdasarkan karya teater beliau bertajuk Syyy! bertahan selama 18 tahun di televisyen – satu jangkamasa yang luar biasa. Tentunya tidak ada apa-apa yang sukar difaham khalayak melalui watak dan situasi yang direkanya. Maka Hatta gunakan pendekatan yang sama dalam WAYANG.

Imej kedua (selepas penonton tadi) adalah visual Awang Lah di belakang kelir. Syot Awang diambil dari belakang, memperlihatkan kelir putih di hadapannya. Dalam bahasa filem, syot dari belakang adalah petanda negatif tapi dalam konteks cerita ini, lain tafsirannya. Bagi saya, ia berfungsi sebagai petanda - bahawa filem WAYANG sebenarnya bukan mengenai seorang dalang atau persembahan wayang kulit tetapi ianya lebih luas dari itu. Saya melihat salah satu lapisan dalam WAYANG adalah mengenai Sinema. Sinema memaparkan manusia dan kondisi mereka maka dengan itu, Hatta mengajak kita melihat diri kita dalam watak-watak rekaannya dan apakah kaitannya dengan watak-watak dalam persembahan wayang kulit itu. Apakah ini semua juga bukan petanda di bumi (diri manusia) and di langit (di kelir dan layar perak)?

Antara petanda yang dipersembahkan Hatta melalui mise-en-scenenya ialah paparan kelir yang sentiasa berdekatan (proximity) dengan Awang serta Awi and Melor tetapi tidak pada watak-watak lain. Awang, Awi and Melor ‘menghidupkan’ watak and cerita yang mampu menjadi petanda kepada audien. Di samping itu, Awang, Awi and Melor turut menjadi ‘pelakon’ di sebalik tabir. Apabila Awang terbatuk-batuk and tak dapat teruskan persembahannya, dengan pantas diambilalih oleh Melor and Awi. Penonton tak sedar tentang ‘drama’ di sebalik kelir kerana Awi and Melor cekap melakukan kesinambungan melalui nada and cerita. Dalam istilah orang Barat: The show must go on. Awi and Melor sudah mampu untuk meneruskan kisah Sri Rama and Siti Dewi. Tapi bagaimana pula dengan kisah cinta mereka berdua? Bagaimanakah Awi mahu lafaz perasaan cintanya terhadap Melor? Maka Awi ‘melihat’ pada watak Sri Rama dan Siti Dewi. Alam realiti dan alam fantasi dijadikan satu. Di sini, Hatta utarakan satu lagi pemikiran: apakah seni mencerminkan realiti atau pun realiti mencerminkan seni? Awi gunakan kiasan untuk merisik perasaan Melor terhadap dirinya. Maka cita-cita Awi untuk reka cerita wayang kulitnya sendiri sudah terhasil. Tak perlu dia bergantung pada cerita Awang Lah semata-mata. Terbukti juga kata-kata Awang Lah bahawa murid selalunya akan jadi lebih baik dari guru.

Wayang Kulit dan Sinema

Apakah mahu diperkatakan lagi oleh Hatta Azad Khan tentang Sinema melalui seni wayang kulit? Penonton wayang kulit (dalam filem WAYANG) tidak tahu apa yang berlaku di sebalik kelir atau pun tentang perbuatan keji Jusoh terdapat Awang. Semua ini hanya dilihat penonton filem WAYANG (ini disebut sebagai dramatic irony). Bila Awi and Melor mainkan wayang kulit di UiTM, dua pelajar mengintai di belakang kelir untuk melihat bagaimana patung wayang kulit dimanipulasi (perkara sama berlaku pada tahun 1897 di Kuala Lumpur bila filem ditayangkan buat pertama kalinya di Petaling Street!). Para pelajar bukan saja menjadi penonton tetapi kini tahu juga mekanisma yang melahirkan imej di kelir. Mereka ini berbeza daripada penonton biasa yang hanya melihat persembahan. Para pelajar mengenali kedua-dua alam, maka tentunya sebagai pencipta nanti, mereka akan bawa perspektif yang berbeza (seperti Awi). Seni sentiasa melalui proses evolusi and evolusi itu akan membolehkannya ia bertahan.

Bagi Hatta, institusi pengajian tinggi boleh mainkan peranan ini di samping boleh bersaing dengan budaya popular. Manusia-manusia seperti Awi and Melor (orang-orang muda di zaman yang menuntut pembaharuan) menjadi lambang perubahan ini. Awi, walaupun menggunakan proxy, adalah dalang yang sudah mengenali dirinya. Sebagai kebanyakkan pengarah filem, Hatta bukan sahaja melontarkan idea-idea ini melalui WAYANG tapi sudah pun bertindak melakukan sesuatu untuk merealisasikannya di FACT, UiTM melalui Program Karyawan Tamu.. Tapi soalan yang timbul pula, di manakah dalang-dalang tersohor – ia itu, ahli tadbir dan pensyarah (yang sudah mengenali diri) yang mampu meneruskan usaha ini di masa akan datang? Mampukah mereka melahirkan murid yang akan jadi lebih baik daripada guru?

Saya juga melihat watak Jusoh sebagai mewakili golongan yang tidak setuju dengan karya yang digelarkan mereka, ‘filem seni’ atau ‘filem artistik’ (istilah-istilah rekaan mereka yang tidak terdapat dalam pengajian filem). Jusoh menganggap ia mahir dalam soal ugama and berhak menghukum kerja-kerja orang lain yang dia tidak setuju. Tindakannya membakar panggung wayang kulit saya lihat sebagai petanda mengenai golongan yang membawa keburukan melalui filem yang dangkal di segi pemikiran dan cerita yang remeh temeh yang akhirnya akan memusnahkan Sinema Malaysia.

Filem sebagai Rahmat Dari Tuhan

Kata Andre Bazin, ahli falsafah Perancis pada tahun 1940-an, layar perak ibarat sebuah tingkap di mana penonton mengintai watak and perwatakan manusia yang mencerminkan watak penonton itu sendiri. Teguh Karya, pengarah tersohor Indonesia pula meletakkan audien di layar. Katanya, sekiranya mereka dapat lihat diri mereka pada watak-watak yang direkanya, maka dianggap dia berjaya dalam karyanya.

Imej di layar dilakar dan disusun (disebut istilahnya sebagai mise-en-scene). Setiap satu adalah tanda yang menjadi petunjuk tentang sesuatu yang lain. Sekiranya setiap satu yang Tuhan jadikan itu mempunyai sebab and berfungsi sebagai petanda, maka apakah itu Sinema dan apakah fungsinya? Andre Bazin and Teguh Karya sudah member pendapat mereka. Tapi dalil tetap diperlukan.

Sinema adalah penemuan yang paling hebat dalam sejarah and tamadun manusia. Syot pertama yang diambil pada tahun 1894 adalah syot seorang yang bersin. Tentunya ada yang mengatakan semasa itu, “(God ) bless you” (budaya orang Kristian). Jika orang Islam bersin, ia akan mengatakan, “Alhamdulillah” (kepujian ke atas Allah). Dua ugama yang berbeza tapi kedua-duanya menyebut nama Tuhan. Apabila Adam dijadikan, perkara yang pertama dilakukannya adalah bersin. Nabi Adam memuji Tuhan (kerana menjadikannya) . Apakah syot filem yang pertama, ia itu, orang yang bersin itu merupakan satu petanda tentang peranan sinema dan kaitanya dengan tamadun manusia? Bahawa filem itu adalah satu rahmat dari Tuhan?

Kata Ayatollah Khomeini, ulama besar Iran satu masa dulu, filem itu satu manifestasi budaya and harus diguna untuk mendidik manusia. Karyawan filem juga tergolong dalam kumpulan yang mengajak manusia membuat kebaikan melalui watak-watak and cerita yang direka mereka. Dalang wayang kulit dari zaman ke zaman telah menghibur, memperkatakan tentang sesuatu isu and memaparkan budaya setempat. Hatta Azad Khan sudah melakukannya melalui WAYANG. Bagaimana dengan graduan dan bakal graduan institusi pengajian tinggi yang bakal jadi karyawan filem Malaysia?

Syot terakhir dalam WAYANG adalah bayang wajah patung Sri Rama. Ia tidak bergerak, matanya tak berkelip, terus memandang. Selama beratus tahun, dia telah beraksi di kelir.. Tapi Sri Rama hanya bayang. Dia hanya hidup bila ada dalang menghidupkannya. . Bijak and handal Sri Rama, bijak lagi dalang yang menggerakkannya. Kata Awang Lah, selalunya murid itu akan lebih pandai dari gurunya. Ternyata Awi yang buta mampu membawa perubahan yang membolehkan wayang kulit terus hidup selaras dengan arus perubahan. Di tangan Awi, apakah Sri Rama akan melalui perubahan? Ternyata, bila Awang Lah dan Awi sudah tiada, Sri Rama tetap akan muncul di kelir.

Wayang Kulit di Layar Perak

Wayang kulit adalah Sinema terawal dalam dunia. Dengan kemunculan Sinema, wayang kulit mula lenyap. Namun, medium yang melenyapkan wayang kulit sebaliknya menyelamat-kannya. Wayang kulit kini terus kekal melalui filem kerana ia dirakam pada seluloid.. Dalam SILAT LEGENDA (Hassan Abd Muthalib, 1998), wayang kulit diberikan homage sebagai bentuk animasi terawal dalam dunia. Wayang kulit menjadi sebahagian tajuk awal dalam PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR (Erma Fatima, 1999) yang melambangkan kekeliruan protagonis yang mencari akarnya. Dalam JOHNNY BIKIN FILEM (Anuar Nor Arai, 2007), beberapa layar putih digunakan untuk menampakkan bayang beberapa manusia. Anuar bercakap tentang manusia-manusia di belakang tabir yang menggagalkan usaha untuk mengangkat martabat perfileman tempatan. Hanya dalam WAYANG, wayang kulit kembali kepada bentuk dan gaya asalnya.

Masa Depan Sinema Malaysia………

Senario industri perfileman tempatan menampakkan bahawa audien masih meminati filem-filem yang ringan yang menampilkan pelakon-pelakon popular dan isu-isu yang remeh temeh. Belum ada petanda bahawa senario ini akan berubah dalam masa yang singkat. Kata U-Wei, kalau ia membuat filem cerdik, ia juga memerlukan penonton yang sama cerdik. Sinema bukan hanya tertumpu kepada karyawan and filem mereka. Ia juga kena mengambilkira audienya. Graduan filem kita yang mempunyai semangat seperti Awi mungkin boleh membawa perubahan melalui karya mereka. Namun audien yang cerdik diperlukan yang boleh menghayati karya mereka. Hatta Azad Khan sudah pun menjalankan kewajipannya dengan WAYANG, meletakkan pengajian filem di landasan yang betul dan memulakan Program Karyawan Tamu di Fakulti Artistik dan Kreatif, UiTM. Tetapi segala usaha ini tidak akan menepati sasaran sekira-nya audien kita masih terus disogok dengan karya picisan yang mengekalkan minda mereka di tahap yang rendah di atas dasar dan ideology bahawa filem itu hanya komoditi dan tidak lain daripada bisnes.

Maka peranan siapakah pula untuk mendidik audien?

24 November 2008

Rakyat pengayuh perubahan

dari Hariry Jalil

AYUH KITA KAYUH!!! NAK TUNGGU APA LAGI?
Ahad, 28 Disember 2008
10.00 am - 01.00 pm
kayuh ke Parlimen

Rakyat biasa diseluruh dunia kini diancam krisis ekonomi yang paling dashyat sejak 1930. Inilah masanya untuk mengutarakan dan membela tuntutan-tuntutan rakyat Tuntutan utama Kempen Basikal "Rakyat Pengayuh Perubahan" ialah :
Gubal Akta Gaji Minima
Mansuhkan Akta Zalim seperti ISA , Akta Darurat , AUKU dan lain-lain
Perumahan Selesa untuk Rakyat
Harga barangan harus dikawal
Pulihkan Pilihanraya Majlis Tempatan
Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air, hospital dan pendidikan
Kempen ini kini telah mendapat sokongan daripada ratusan masyarakat biasa, kaum pekerja dan anak muda yang akan menyertai kempen ini sepanjang 16 hari kempen ini berlangsung.
Pertanyaan: 0387370766 ATAU jerit2002@gmail.com

Riang-riang: "Uda dan Dara" versi Mohammad Hariry


Ini kisah cinta yang menyayat hati
meruntun jiwa
hingga bintang juga tak keruan
menyaksikan

Pijot dan Syida, mereka berkasihan dah hampir lima tahun. Dua-dua kerja di sebuah kilang semi-konduktor. Pijot supervisor manakala Syida cuma operator. Masing-masing bekerja bersungguh-sungguh kerana tekad dan azam mereka akan mengakhirkan zaman bujang pada tahun depan. Berkeringatlah mereka bekerja siang dan malam sehingga terlupa memakai 'odorono'.

Pijot orang negeri selatan, Syida pula orang negeri utara. Mereka berpisah cuma seminggu dalam setahun iaitu pada hari raya sahaja. Selebihnya mereka tak pernah berpisah. Kalau berpisah pun, telefon akan dibaling ke dinding apabila salah seorang lambat membalas spr. Begitulah teguhnya ikatan percintaan mereka.

Dua bulan lalu, mereka sudah pun merancang angan-angan untuk memilih tema majlis perkahwinan mereka. Dari Jalan TAR, hinggalah ke Plaza Alam Sentral, dari majalah 'Pengantin' hinggalah majalah perkahwinan Ning Baizura, semua mereka kaji dan selidik.

Tak sabar debar di hati menanti hari kemuncak. Sudah terbayang di hadapan persandingan, Pak Soleh dan Abang Jaka bersilat pencak. Pantang bersentuh, dalam seluar pasti terpacak. Sambil bersenda gurau - auummm cak!

Allah maha berkuasa. Keimanan hambaNya diuji.

Pijot dan Syida diberhentikan kerja. Bukan saja mereka berdua, malah satu kilang! Kilang dah tutup. Bukan kilang tu je, kilang kat sebelah-sebelahnya pun bungkus!

Menganggurlah mereka. Berputar pusing mencari kerja di tengah rembang kota. Duit simpanan sedikit demi sedikit terhakis nyaris tak habis. Syida ke Sungei Wang, nak kerja butik. Mata dah sepet tapi bahasa mandarin tak pula dia celik. Pijot pula pening, pening, pening cari kerja sambil membaham ganja sebata kat rumah!

Suatu petang, Pijot jumpa Syida. Pijot pegang tangan Syida. Kata Pijot, "Abang nak balik kampung, buat kerja kampung. Nanti dah cukup duit, Abang terus datang jumpa Syida, kita nikah."

"Syida macam mana?"

"Abang rasa, elok juga Syida balik kampung. Kat sini dah tak ada harapan lagi untuk kita."

Maka sejak itu, berpisahlah mereka.

Pijot di kampung kerja di kedai runcit. Syida di kampung, tolong mak buat ikan pekasam. Nak berhubung, masing-masing dah tak ada telefon. Nak berutus surat, dah tak tahu macam mana nak tulis surat kerana kali terakhir mereka tulis surat ialah pada 'exam' BM UPSR. Masing-masing dok berharap. Masing-masing dok angau. Pijot tengok megi nampak Syida. Syida tengok ikan loma pun nampak Pijot.

Tapi, Pijot bukan sebarang orang. Dia anak jantan sejati. Rindu dendamnya tak dapat lagi ditahan. Mukanya ketat seketat seluar jeans levi's 501. Rambutnya masai semasai sabut dalam 'seat' proton saga. Badannya cengkung. Rusuknya terjojol. Matanya bengkak, hitam!

"Jodoh di tangan tuhan... Ptuih!" Seranah Pijot. Dengan penuh tekad dan keazaman, Pijot berjalan kaki dari selatan ke utara semata-mata untuk menemui Syida.

Di lebuhraya, Pijot ditahan polis, Pijot mengamuk, lalu merampas pistol dan menembak polis. Pijot lari ke hutan. Seluruh anggota PDRM, askar-askar, semua mengepung hutan untuk menjejak Pijot.

Berita tersebar dengan cepat. Para blogger menganggap Pijot wira baru. Perdana Menteri minta Pijot serah diri. Tapi dalam hati Pijot berkata, "butohlah kamu semua!"

Syida menangis bagai nak rak.

Pijot di hutan bertemankan babi.

Polis dan askar bergelak ketawa menjalankan misi.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sudah mula hilang percaya.

Rafidah dan Shahrizat juga bergaduh tak habis-habis.

Anwar Ibrahim tersengih nakal.

Nik Aziz sedang berkebun.

Mahathir Mohamed tengah tulis skrip teater.

Aku tengah taip ayat ni.

Korang tengah baca.

Ops, tak lupa juga - AGONG TENGAH BERKUDA!!!

Fitnah - Pendekar bela Penghulu

Oleh Suhaimi Said

Alhamdulillah Pendekar sudah dibebaskan dari tuduhan membunuh Janda Kg Mongo. Semua orang tahu bahawa Pendekar tidak bersalah dan tak sepatutnya didapati bersalah.

Tetapi semua orang mengsyakki bahawa Penghululah yang bersalah. Pendekar pun tahu Penghulu yang bersalah, tetapi kesetiaan Pendekar kepada Penghulu bukanlah alang kepalang, taatsetia yang sanggup menggadai nyawa.

Apatah lagi kini Pendekar sudah bebas. Semua orang tahu bahawa Pendekar bebas oleh kerana campur tangan Penghulu. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Penekar bebas, maka takkan nak biarkan Penghulu terus disyakki. Maka Pendekar mengeluarkan kenyataan bahawa Penghulu hanya difitnah, cukuplah permainan fitnah itu, Penghulu tak bersalah, kata Pendekar.

Maka tinggallah 2 orang sentri. Apa akan berlaku kepada 2 sentri itu. Kalau mereka didapati tak bersalah, maka Janda Kg Mongo itu mati tanpa pembunuh. Tiada siapa membunuhnya, tiada siapa yang mencincangnya sampai lumat. Hanya dia mati dibunuh dan tubuhbadannya dicincang sampai lumat.

2 orang sentri ini tak pernah kenal dengan Janda Kg Mongo. Tak pernah tahu pun kewujudan Janda Kg Mongo tu. Tak pernah berjumpa semasa hidup sehingga matinya Janda Kg Mongo itu. Tak pernah ada hubungan sosial ataupun hubungan perniagaan.

Tak ada sebab langsung 2 sentri itu nak mumbunuh Janda Kg Mongo itu. Hai...apalah nasib. Penghulu dapat sedap, Penghulu dapat duit, tapi 2 sentri yang nak kena tanggung! Ada berita mengatakan 2 sentri itu akan lepas juga akhirnya diatas
campurtangan penghulu. Mungkin akan lepas apabila selesai perbicaraan.

Mungkin juga setelah dijatuhkan hukuman, kedua-duanya akan diampunkan. Tapi kesahihan cerita itu tidak dapat ditentukan. Pendekar yang membela Penghulu itu sudah lepas. Tetapi diantara Pendekar dan 2 sentri itu, hanya Pendekar saja yang mengenali Janda Kg Mongo. Bahkan Pendekar tu sudah banyak kali meniduri Janda Kg Mongo itu. Mereka pernah bersama di Kg Paiwan, di Kg Hang Kiong, di Kg Taris
dan beberapa kampong lagi.

Bahkan Pendekar juga ada hak kepada komisyen jual tanah itu yang akan diagih-agihkan oleh Penghulu. Tetapi kalau dia boleh bebas atas permainan Penghulu, tentulah 2 sentri yang tak pernah kenal Janda Kg Mongo itu akan bebas juga.

Tetapi jangan terlalu yakin. Penghulu sudah terlepas, orang kananya, Pendekar pun sudah lepas, peduli apa kepada 2 sentri itu. Cerita ini belum tamat dan perkembangannya akan kita ikuti segerusnya.

Perang Pemikiran

By Luthfi Assyaukanie
Source: Jawa Pos, 31 May 2004

Istilah “ghazwul fikri” sangat populer di kalangan kelompok pergerakan Islam. Istilah ini berasal dari bahasa Arab yang secara literal berarti “perang pemikiran.” Tak jelas siapa yang pertama kali menggunakannya. Karya-karya Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Said Hawwa, dan para ideolog Ikhwanul Muslimin kerap menggunakan istilah ini dengan semangat “perang salib.”

Para pengguna istilah ini meyakini bahwa pemikiran-pemikiran yang datang dari Barat cenderung bersifat menyerang dan memberikan dampak buruk bagi kaum Muslim. Pemikiran-pemikiran itu dapat meracuni dan menjauhkan kaum Muslim dari agama Islam. “Karenanya,” tulis Muhammad Qutb, “perang pemikiran lebih berbahaya daripada perang fisik.” Mereka juga meyakini adanya “teori pengaruh.” Yakni bila orang-orang Islam banyak membaca karya-karya orang Barat dan kaum orientalis, maka ia telah terpengaruh dan terperangkap dalam jaring Zionisme dan Salibis.

Saya kira, “ghazwul fikri,” “teori pengaruh,” atau apapun namanya, haruslah dipandang dengan kritis. Karena setiap pemikiran, apapun dan dari manapun sumbernya, adalah sebuah bentuk “peperangan” dan pasti punya pengaruh terhadap seseorang yang menggelutinya.

Tidak ada dalam sejarah, kaum Muslim yang mengkaji dan menggeluti pemikiran Barat, menjadi perusak di muka bumi ini. Malah sebaliknya, mereka menjadi para pembaru yang namanya tercatat harum dalam sejarah pemikiran Islam modern. Sebutlah Rif’at Tahtawi, Muhammad Abduh, Al-Kawakibi, Taha Hussein, Muhammad Iqbal, Fazlur Rahman, Syed Hussein Nasr, Hassan Hanafi, dan Nurcholish Madjid. Mereka semua dianggap para pembaru yang punya kontribusi besar bagi pemikiran Islam.
Tapi sebaliknya, bagi orang-orang yang membaca karya-karya para pendukung “ghazwul fikri” dan teori pengaruh, telah jelas-jelas pernah melakukan perusakan dan kekerasan di muka bumi ini. Contohnya saja Usamah bin Laden dan ke-19 teroris yang meledakkan gedung WTC pada 9 September 2001. Orang-orang ini akrab dengan buku-buku Sayyid Qutb. Dalam sebuah wawancaranya jauh sebelum peristiwa 9/11, Usamah mengakui bahwa Fi Dhilal al-Qur’an karya Sayyid Qutb adalah buku yang paling berpengaruh dalam dirinya.
Ghazwul fikri yang paling penting bagi kaum Muslim sekarang adalah melawan pemikiran-pemikiran simplistis dan bodoh, yang kerap mengajak umat Islam terus-menerus mencurigai, membenci, dan mencaci “musuh” mereka, padahal musuh sesungguhnya adalah diri mereka sendiri.
Sudah saatnya kaum Muslim berpikir positif, terbuka, kritis, dan berani mengambil posisinya sendiri tanpa dikuasai oleh pemikiran-pemikiran otoriter yang mengatasnamakan agama.
Ghazwul fikri yang paling penting bagi kaum Muslim adalah melawan pemikiran-pemikiran rasis, tak toleran, dan selalu membenci kelompok lain. Sebagian pemikiran-pemikiran itu adalah warisan dari masa silam, dan sebagian lainnya adalah ciptaan mereka sendiri karena mengidap sizofrenia anti-Barat dan orientalisme.

19 November 2008

Kolum riang-riang: Rousseau dan 'Kontrak Sosial' nya

Ini adalah beberapa petikan dari buku 'Social Contract'.

Jika kita soal apakah matlamat sebenar sesuatu sistem perundangan supaya ia dapat memberi kebaikan kepada orang ramai, kita dapati ia tertumpu pada dua perkara: "kebebasan" dan "persamaan". "Kebebasan" dari sebarang ikatan bermakna kuasa itu diambil dari kerajaan, sementara "persamaan" dalam konteks ini sangat penting kerana "kebebasan" tidak boleh wujud tanpanya.

Saya telah memberi definisi kebebasan awam. Berhubungan dengan persamaan, kita perlu fahamkan bahawa darjah kuasa dan kekayaan yang dimiliki tidak sama bagi semua orang, sebaliknya kuasa yang ada itu jangan disalahgunakan hingga mengakibatkan berlakunya kezaliman, dan kuasa yang digunakan mestilah mengikut pangkat dan undang-undang; berhubung dengan kekayaan pula, jangan ada rakyat yang terlalu kaya sehingga boleh membeli orang lain dan jangan ada yang terlalu miskin sehingga terpaksa menjual diri. Ini bermakna, orang-orang besar perlu bersifat sederhana kaya dan sederhana dalam kedudukan, sementara rakyat pula mestilah sederhana dalam kemahuan dan mencari harta.

Persamaan sedemikian rupa ialah satu ideal yang tidak praktik, yang tidak boleh wujud. Tapi kalau penyelewengannya tidak dapat dielakkan, adakah ini bermakna sekurang-kurangnya kita tidak patut mencuba membuat undang-undang yang berhubung dengannya. Memandangkan bahawa tekanan keadaan yang selalu membawa kehancuran terhadap persamaan, maka kuasa perundangan sepatutnya cuba mengekalkan persamaan ini.

Walau bagaimanapun, matlamat umum sistem perundangan yang baik ini perlu diubahsuaikan pada tiap-tiap negeri mengikut keadaan tempatan dan tingkahlaku penduduknya; dan keadaan ini mestilah menentukan sistem institusi yang paling baik bagi negeri yang berkenaan.

Apa yang menjadikan perlembagaan sesebuah negeri itu kuat dan kekal ialah sifatnya yang mematuhi apa yang sewajarnya, supaya hubungan semula jadi akan bertepatan dengan undang-undang pada tiap-tiap perkara, sementara undang-undang hanya menjamin, mengikuti dan membetulkannya. Tetapi kalau pembuat undang-undang tersilap tujuan dan menerima dan menerima dasar yang bertentangan dengan keadaan; kalau dasarnya menyebabkan perhambaan, sedangkan keadaan mahukan kebebasan; atau kalau ia menyebabkan kekayaan, sedangkan keadaan mahukan penyebaran; atau kalau ia menyebabkan perdamaian sedangkan keadaan mahukan penaklukan, undang-undang itu akan hilang pengaruhnya, perlembagaan akan berubah dan negeri tidak bebas dari kekacauan sehingga undang-undang itu dimansuhkan atau diubah, sementara keadaan alam terserah kepada suratan azali.

Sekiranya penggubal undang-undang atau rakyat seluruhnya mengenepikan dasar umum dan menumpukan perhatian kepada perkara tertentu sahaja, ini bererti mereka melakukan satu amalan yang tidak baik. Malah tidak ada yang lebih bahaya daripada pengaruh kepentingan persendirian dalam hal ehwal awam, sementara kerajaan yang bertindak menyeleweng dari undang-undang tidaklah mendatangkan kesan yang begitu buruk jika dibandingkan dengan rasuah yang dilakukan oleh penggubal undang-undang untuk kepentingan persendirian. Dalam perkara ini, kerajaan perlu diubah dari asalnya tetapi untuk memperbaikinya ianya mustahil dapat dilakukan. Mereka yang tidak menyalahgunakan kuasa kerajaan tidak akan menyalahgunakan kemerdekaan; mereka yang memerintah dengan baik tidak perlu diperintahkan supaya berbuat demikian.

Tidaklah memadai sekiranya perhimpunan rakyat menetapkan perlembagaan negeri itu sekali sahaja iaitu dengan meluluskan beberapa undang-undang; tidaklah mencukupi sekiranya perhimpunan tersebut mendirikan sebuah kerajaan yang kekal atau menggubal undang-undang sekali sahaja untuk melantik hakim. Selain daripada perhimpunan luarbiasa yang diperlukan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, perhimpunan berkala yang tetap yang tidak boleh dimansuhkan atau dibatalkan mestilah ada, supaya pada hari yang ditetapkan menurut undang-undang rakyat dengan sah dipanggil tanpa perlu dijemput secara rasmi.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778), dia ni ahli falsafah politik moden yang ulung. Dia ni diibaratkan sebagai garis pemisah antara falsafah politik lama dengan yang moden. Buku 'Social Contract' dia ni, dah jadi satu penggerak kepada Revolusi Perancis. Jika dilihat balik, apa yang diunsurkan oleh Rousseau ni samalah dengannya sistem demokrasi zaman Aristotle dan juga dalam Manifesto Komunis. Begitu juga, sebelum Rousseau ni dapat wahyu, Moses, Jesus dan Muhammad juga mendapat wahyu yang sama.

Warga, apabila membaca petikan 'Social Contract' tu, dan bandingkan dengan situasi kita sekarang di sini, Malaysia kita, adakah kerajaan kita dan sistem feudal yang ada di sini masih berguna atau tidak?

Jika warga merasakan ianya sudah tidak berguna, AYUH, apa tunggu lagi, ayuh kita jeritkan hasrat tak puas hati kita!!! Kita rakyat, kita yang bekerja dengan bayaran sejam RM5, sehari RM40, sebulan RM840 dan kita rakyat yang dibebankan dengan pelbagai kerenah keperluan hidup seperti beras dan minyak serta sekolah dan hospital dan jumlah semua keperluan ini melebihi dari gaji! Kita rakyat yang sering dijamukan dengan iklan-iklan KFC dan McDonalds serta iklan pelangsing badan! Kita rakyat yang dimomokkan dengan RINGGIT itu penting ketika ini kerana segalanya hari ini sudah menjadi dunia plastik dan polystrene, maka kita sering saja menjadi mangsa bank yang menawarkan pinjaman ekspress dan syarikat kredit menghalalkan hutang-piutang untuk segala jenis barangan yang tidak perlu! Kita juga dikhutbahkan dengan 'Multi-level marketing' supaya kita menjadi kaya-raya dan akhirnya kita yang jauh ketinggalan berputih mata!! Dan kita rakyat yang diharamkan untuk hidup secara haram! Dan untuk SENIMAN dan BUDAYAWAN, kita kena desak untuk mengubah semula DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN!

Hikayat Pendekar Mongo, Penghulu Mukim dan sentri2 mereka

Oleh Suhaimi Said

hiasan
Tersebutlah alkisah Pendekar Kg Mongo. Hebat orangnya. Jika ada si Janda muda, dialah yang punya, kecuali jika dikehendaki oleh Penghulu Mukim yang seleranya tidak bertepi.

Penghulu Mukim ini diriwayatkan telah bermukah dengan jelitawan Kg Mongo, seorang janda juga tetapi baru anak satu. Janda ini memang sentiasa ditiduri Pendekar Kg Mongo kerana Pendekar itu mempunyai paras muka yang handsome dan berduit pula.

Namun, Pendekar tak berani menghalang kehendak Penghulu. Dikatakan Janda Kg Mongo itu sudahlah hamil. Entah benih siapa, benih Pendekar ke atau benih Penghulu.

Suatu hari, Janda Kg Mongo pergilah berjumpa Pendekar, mengadu ia bahawa ia telah hamil, baka Penghulu. Cepat-cepat Pendekar memberitahu Penghulu akan perkhabaran itu.

Janda Kg Mongo memberitahu Pendekar bahawa dia mahu duit perak 10 keping untuk dia menutup mulutnya, dan kalau tak berjaya dia akan hebahkan keseluruh Mukim.

Penghulu cukup gementar, dia tidak mahu isterinya tahu. Isterinya itu bukan saja hodoh rupa parasnya tetapi hodoh juga dari segi perangainya. Penghulu benar-benar takut kepadanya.

Maka Penghulu membuat rancangan sulit dengan Pendekar. Janda Kg Mongo ini mesti dibunuh, dan tubuh badannya dicincang halus-halus supaya tidak ada bukit lagi bahawa janda itu sedang hamil.

Diupahlah 2 orang sentri, semuanya yang bertugas dengan Penghulu, diintai mereka janda yang sedang berkemban, ditetak dari belakang, maka tersungkur dengan darah bersembur dari liang lehernya.

Dimasukkan janda yang masih menggelepar itu kedalam guni, dan dibawa ketepi hutan, maka tak terhinggalah janda itu dicincang lumat.

Perkhabaran janda hilang itu sudah riuh se Mukim. Biasanya, janda itu keluar membeli sayur dan ikan, kekadang mandi ditepi Sg Mongo, kekadang ada di warong Pak Azek. Tapi dah dua tiga hari tak kelihatan.

Rata-rata penduduk bertanya khabar, tapi tak siapa yang tahu. Bau busuk dari tepi hutan lama kelamaan menusuk hidung orang sekampong. Pergilah masing-masing melihat, tak ramai yang tahu bahawa itu adalah cincangan janda Kg Mongo.

Tapi Tuhan nak tunjukkan kudratNya, ada sebelah selipar janda terdapat ditepi hutan itu, orang semua kenal selipar itu siapa punya.

Maka semua mata menunjukkan kepada Pendekar, dialah yang bersalah, dialah yang bunuh, maka dipasunglah Pendekar. Pendekar ini bersetia sangat dengan Penghulu, tak dibuka mulutnya untuk cerita sebenar.

Yang dibuka mulutnya ialah ceritanya tentang kedua-dua sentri itu. Maka dipasung juga 2 orang sentri itu. Memang betullah sentri itu yang melakukannya, tapi mereka tidak ada niat dan tidak lakukan atas kehendak sendiri melainkan dengan arahan Penghulu.

Dilantiklah oleh Sultan seorang Hakim untuk perbicaraan. Boleh tahan Hakim ni, dia tahu tentang undang-undang, dia tahu cara mana nak beri orang supaya bersalah dan cara mana kalau nak lepaskan orang kena tuduh.

Panjang cerita bicara ini, berbulan-bulan, dah jemu Orang Kampong Mongo menunggu keputusan. Maka sampailah saatnya keputusan diberikan. Pendekar tidak dapat dibuktikan kesalahan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri; 2 orang sentri itu didapati adalah bukti-bukti untuk terus dibicarakan....kita akan ceritakan lagi apabila keputusan perbicaraan akan diketahui nanti terhadap 2 sentri itu.

Versi cerita ini agak berbeza dengan versi cerita dari Mat Balu. Dia tahu cerita yang lain, dia tahu bukan saja Janda Kg Mongo itu hamil, tapi sebenarnya Janda itu bijak juga orangnya, dia menjadi Orang Tengah untuk penjualan tanah, dan ada komisyen untuk dibayar. Tapi Penghulu itu sudah engkar.

Mat Balu telah menghilangkan diri, dia sangat takut kalau-kalau dia juga akan menemui nasib yang sama dengan Janda Kg Mongo itu; maka dia terus menghilangkan diri dan tak dapat menjadi saksi.

Versi lainnya ialah Mat Balu ini tidak menghilangkan diri, tapi disuruk oleh Penghulu, mulutnya "disumbat" dengan ratusan keping wang perak.

Tak apalah. Apa versi pun, Pembunuh sebenarnya adalah Penghulu, Pendekar menjadi baruahnya, dan sentri-sentri itu pun orangnya, dan semua orang tahu bahawa apabila sampai waktunya, senteri-sentri itu akan dibebaskan juga.


14 November 2008

Riang-riang: 'Rentak Haram Jadah' versi Mohammad Hariry


Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.
- Koran 3:19 -


Aku mengesyorkan kepada manusia yang tertulis 'islam' di kad pengenalannya (kad pengenalan Malaysia sahaja), supaya pergilah baca 'Holy Bible'. Dan kepada manusia yang tidak tertulis 'islam' di kad pengenalannya (ini aku pelik, kenapa tak tulis agama-agama lain - kristian, judaisme, hindu, buddha), pergilah baca 'Holy Koran'.


Tak ada haramnya membaca kitab agama lain seperti yang majlis fatwa dok buat sekarang ni - dok sibuk mengharamkan 'penkid' dan 'yoga'. Kalau betul dah tak ada kerja, kenapa mereka tidak membuat fatwa supaya haramkan saja bas metro? Ataupun haramkan warna 'pink' yang menjadi warna kegemaran Sutun dan Puteri UMNO ni? Ada banyak lagi benda yang nak diharamkan seperti talifon awam, parkir imam besar di masjid wilayah, PDRM, sultan-sultan... Percayalah, tak lama lagi, majlis fatwa ni akan mengharamkan pemakaian bulu mata palsu dan ketika ini, Rozita Che Wan pasti gelabah anjing.

Hahahahahaha huhuhuhuhuhuhu hihihihihihihihi hehehehehehehehehe

Orang Malaysia dengan perkataan haram memang tak dapat dipisahkan. Aku rasa, itu pasal Salleh Ben Joned bikin sajak 'Rentak Haram Jadah'. Hey, masyarakat melayu bodoh ni akan memanggil anak aku tu sebagai 'anak haram' sebab aku tak bernikah! Bagi melayu yang terdidik bahawa babi itu haram, maka dengan sepantas halilintar (woh, teringat aku komik 'halilintar' masa aku darjah 3) akan meletakkan anak haram sama dengan babi. Raut muka mereka akan terzahir perasaan geli dan menghina. Kemudian, barulah mereka akan berkata - "budak ni tak salah. Mak bapaknya yang salah..."

Satu lagi, aku tertarik dengan kata-kata Yati Abdullah (eh, seperti terkenang-kenang nampakya aku ni) apabila ditanya mengenai agamanya - "agama yang minum bir tak haram, tapi makan babi haram". Apalagi agama yang begini di Malaysia ni kalau bukan islam yang tertulis di perlembagaan!

Aku tak tahu, siapa yang mula membawa perangai ni ke dalam kepala otak pemikiran manusia-manusia islam di Malaysia tercinta ni. Pengharaman sesuatu (menurut majlis fatwa) akan diikuti dengan alasan 'pemesongan akidah'. Kalau dalam yoga tu ada doa yang menyebut 'aum', ini belum tentu akidahnya terpesong. 'Aum' dalam bahasa hindi atau sanskrit atau urdu, aku tak pasti, bermaksud tuhan! Begitu juga dalam doa buka panggung dalam persembahan wayang kulit juga ada menyebut 'om' - bahasa siam yang bermaksud tuhan. Bukankah ini bagus!

Pertama bagusnya ialah - yoga itu satu senaman, dan kedua bagusnya - sambil senaman sambil ingatkan tuhan! Bukankah itu minta terus-menerus dari tuhan dan ini samalah seperti solat! Dan aku sangat bersetuju dengan Abdullah Jones dalam entrinya - 'zinza'. Silat-silat melayu banyak doanya berlapis-lapis minta izin jin, jembalang, saiyidina ali, hussin, hassan, muhammad, jibril, mahathir, najib, paklah... (hahahahahahahaha).

Hmm, 'penkid'. Kesian diorang ni, tau. Diorang ni manusia juga - samalah dengannya kita ni semua. Apa yang boleh diorang buat kalau orientasi seksnya begitu? Bukan 'penkid' saja, malah 'pondan' pun. Ianya melalui jalan yang sukar untuk menukar orientasi seks. Kalau tak percaya, cuba tanya menteri pelancongan kita. Kadang-kadang, orang lelaki ni, suka juga nonton 'blue' pasangan lesbian. Betul tak?


Baru-baru ni, 10 november, berlangsung seminar isu-isu semasa, menyentuh topik akidah di masjid wilayah, anjuran JAWI. Yang hadir semuanya kakitangan kerajaan. Kenapa tidak JAWI buat satu seminar terbuka? Takut ke JAWI oi... Kalau takut, tukar nama kepada RUMI.

Dan ini cerita merapu yang terakhir - keputusan UPSR mencatat peratusan terbaik berbanding tahun lepas. Apa ni? Tiap-tiap tahun, berita keputusan peperiksaan mesti guna ayat yang sama - "peratusan terbaik berbanding tahun lepas". Ini samalah juga dengannya penggunaan ayat yang dituturkan menteri kewangan kita - "ekonomi negara kita masih stabil walaupun ekonomi dunia sedang goyah". Dan juga digunakan oleh menteri kesihatan - "kementerian berjaya mengawal wabak JE" (padahal dah ramai yang mati).

Inilah dasar sebenar perlembagaan Malaysia yang dibentuk oleh UMNO. Dasar ini diberi nama DSHSBK - 'Dasar Sapu Habuk Sembunyi Bawah Karpet'. Inilah dasar yang menyekat kita untuk mengenali agama lain, adat resam bangsa lain, MENYEKAT CERITA-CERITA BARU DALAM FILEM KITA (ini untuk Nam Ron dan Where aka Wan Azli), juga kita dikongkong dengan label-label yang memisahkan komuniti, dan paling penting dalam dasar ini ialah YANG KAYA SEMAKIN KAYA!!!

Jadi, marilah kita minum wiski 'black label' atau kepada sesiapa yang tak minum, ambil botolnya sahaja, kasi baling ke bangunan PARLIMEN dan ISTANA NEGARA! Agong sekarang sibuk memperkudakan kita rakyat jelatanya! Dia tak perasan tu, dia tak perasan...

11 November 2008

Riang-riang: Kita adalah WARGA



Oleh: Hariry Jalil

Hahahaha, aku gelak besar masa aku dengar berita yang Gabungan Melayu Perak jumpa Sultan Azlan, serah memorandum. Kononnya, mintak bangsa-bangsa lain (baca: india dan cina) supaya jangan dok ejek melayu lebih-lebih. Orang melayu ni nampak je garang, tapi hati - buah hulu! Celup dalam kopi 'o' panas, lembik terus. Hahahahahaha huhuhuhu hihihihihi... Melayu, melayu...

Yang mereka ni pergi jumpa sultan ni buat apa? Apa yang sultan ni boleh buat? Bagi titah ucapan je lah. Kemudian, sultan ni akan pergi lepak tengok hoki, ataupun tersenyum puas bila 'dewan merdeka' yang banyak berjasa dan kenangan pada rakyat sudah dirobohkan kerana menghalang pemandangan MCKK! Kapardam dia pentingkan MCKK. Mentang-mentanglah itu sekolah dia dan kerabat-kerabatnya seantero Malaya! (ed-statement ni)

Setiap makhluk tuhan, setahu aku, dicipta ada kelemahan dan ada kekuatannya. Kekuatannya digunakan apabila merasa diancam. Seperti tumbuhan liar kemuncup - dia akan gunakan kemuncupnya untuk melindungi dirinya. Begitu juga sesumpah atau pok kei - akan bertukar warna mengikut persekitarannya, apabila diancam.

Dan bangsa melayu ada sultan untuk melindungi mereka dari diancam. Pada mulanya, mereka ada UMNO. Tapi nampaknya perlindungan dari UMNO ni tak berapa jalan, maka akhirnya, mereka jumpa sultan. Tak tahulah, jalan ke tidak perlindungan dari sultan ni. Kalau tak jalan juga, dengan ini mereka akan keluarkan senjata mereka yang terakhir iaitu PEKIDA.

Kepada seluruh warga, tak mengira bangsa dan agama, aku mengesyorkan dengan beraninya (ed-memang berani), bersamalah kita hapuskan sistem feudal atau raja ni. Dengan adanya mereka ni, selagi itulah kita dicengkam isu perkauman sebab mereka ini raja melayu dan orang melayu pun merasa bongkak riaknya lalu bangsa-bangsa lain terutama peribumi orang asal (baca: negrito, jahud, mah meri) akan ditindas mereka. Dan sudah sifat bangsa melayu yang ingin senang dengan mudah, maka mereka terlupa bahawa sultan inilah yang memanggil penjajah Inggeris, dan bangsa melayu inilah juga yang menjual tanah rizab melayu dan juga kakitangan awam melayu ini jugalah yang menerima rasuah lalu bangsa cina (yang terkenal sebagai kapitalis dan fundamentalis) akan membuat pelbagai angkara. Kemudian, bila terjadi musibah dan ancaman dari cina dan india, mereka menyalahkan cina dan india sudah lupa sejarah asal-usul.

Siapa yang lupa sejarah?

Dato' Maharajalela takkan lawan Inggeris kalau hak cukainya tidak diganggu Birch. Apabila hak cukainya diganggu, maka diserunya kepada rakyat jelata bahawa Inggeris jahat (memang jahat pun).

Nabi Muhammad yang menjadi junjungan melayu ini sehingga nama dan pakaian mereka pun diadaptasikan dari negara Arab ini pun bersabda: "tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina" dan sabda ini bukanlah bermaksud supaya kita pelajari tamadun kertas dan bom yang dipelopori oleh cina semata. Tapi, menuntut ilmu fundamental dan gunakan ilmu fundamental itu kembali sebagai perisai dari ancaman fundamentalis dan kapitalis serta imperialis!

Parameswara itu 'hindu' agamanya sebelum memeluk islam. Kenapa nak benci bangsa india yang beragama 'hindu' sedangkan inilah agama asal nenek-moyang sultan-sultan melayu ini!

Quran yang menjadi pertandingan tilawah setiap tahun oleh bangsa melayu ini juga ada tertulis - "agamamu, agamamu. agamaku, agamaku".

Kalau di wajah melayu ini penuh dengan kebencian terhadap kaum lain, bagaimana kaum lain ini hendak menghormati mereka? Aku tertarik dengan katabual dalam filem 'Talentime' arahan Yasmin Ahmad. Katabual ini diucapkan oleh wanita india yang kematian adik lelakinya yang dibunuh oleh melayu - "mereka menyembah tuhan mereka banyak kali sehari, tetapi kenapa mereka sanggup berbunuhan?" Lebih kurang beginilah.

Sekali lagi aku menyeru, hapuskan feudalisme! (ed-x campur.. hihihi) Hapuskan kelas-kelas masyarakat! Semua manusia adalah sama. Semua manusia adalah WARGA! Tidak ada raja dan rakyat! Hanya WARGA!!!

07 November 2008

Menyekat totalitarianisme agama

Oleh: Mustafa Akyol (waubebas.org)

Saya ada terbaca satu komen daripada Yusuf al-Qardhawi yang disiarkan dalam sebuah akhbar Turki, Vakit. Sheikh Qardhawi berkata bahawa “Kejayaan hanya akan dicapai apabila manusia kembali kepada Islam”. “Kejayaan” yang dimaksudkan oleh beliau ialah apabila umat Islam berjaya mengalahkan Israel. Laporan menyebut bahawa dalam satu ucapan di Qatar, beliau turut berkata “Negara Yahudi itu boleh dihancurkan hanya apabila umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar”.

Ini merupakan satu retorik yang biasa kita dengar daripada golongan Islamis. Setiap kali berhadapan dengan apa-apa masalah, mereka berkata “Islam adalah penyelesaian”. Mereka menganggap bahawa Islam adalah jalan untuk mencapai kejayaan di dunia ini. Dan, secara tidak langsung, ini berbeza dengan maksud tradisi Islam iaitu untuk mencapai kejayaan di akhirat.

Resipi ke arah totalitarianisme

Al-Quran mengarahkan umat Islam agar berdoa “Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat”. Maka memang wajarlah umat Islam turut mengharapkan kejayaan di muka bumi. Tetapi ini bukan bermaksud kita boleh mendakwa bahawa apabila Islamisme dipraktiskan maka negara-negara umat Islam akan “berjaya” seperti yang dimaksudkan di atas. Pandangan sebegini hanya menjadikan Islam sebagai satu “sistem” yang dilaksanakan untuk mencapai kejayaan politik atau kejayaan ketenteraan. Ia menurunkan status Islam kepada sebuah ideologi semata-mata.

Dalam kata lain, sementelahan matlamat Islamisme ialah “kejayaan”, matlamat Islam sebenarnya ialah mardhatillah (keredhaan Allah). Inilah sebabnya kenapa golongan Islamis hampir sama dengan golongan sekular yang memisahkan agama daripada ketuhanan.

Profesor Cantwell Smith pernah menulis mengenai pemisahan ketuhanan daripada politik dalam kajian beliau terhadap evolusi Jurnal Al-Azhar daripada tahun 1930 hingga 1948. Bermula daripada tahun 1930 hingga 1933, jurnal tersebut diedit oleh Al-Khidr Husain, seorang Muslim tradisionalis. Jurnal tersebut penuh dengan perbincangan mengenai akhlaq dan teologi. Tetapi apabila Farid Wajdi mengambil alih peranan sebagai Editor pada tahun 1933, kandungannya berubah menjadi politik. Farid Wajdi berusaha meyakinkan pembaca bahawa Islam boleh berfungsi sebagai sebuah sistem dan manusia akan selamat di bawah sistem tersebut. Menurut Profesor Cantwell Smith, kepimpinan Farid Wajdi menyebabkan jurnal tersebut tidak lagi bersifat ketuhanan dan tuhan jarang-jarang sekali timbul dalam teks-teks yang disiarkan.

Karen Armstrong, seorang pengkaji agama yang prolifik, berjaya menggarap isu ini dengan tuntas dalam buku beliau “A History of God”. Beliau berkata bahawa aktivisme politik yang membayangi gerakan fundamentalisme moden sebenarnya merupakan satu pengunduran daripada konsep ketuhanan.

Ini boleh dilihat di merata-rata tempat dalam dunia umat Islam. Jika kita bercakap dengan seorang Muslim tradisionalis, kita akan mendengar mengenai kepentingan mematuhi perintah Allah, perlunya kita bersyukur untuk rezeki yang kita terima, dan kenapa kita perlu mendidik anak-anak dengan akhlaq yang baik. Tetapi jika kita berbicara dengan seorang Islamis, kita akan mendengar mengenai keburukan Barat dan betapa Islam akan “menyelamatkan” manusia daripada kapitalis, imperialis, atau Zionis. (Mungkin juga tidak pelik jika katakan bahawa tatkala seorang Muslim tradisional melihat idea-idea sosialis-marxis sebagai fahaman buruk yang menolak ketuhanan, golongan Islamis pula agak berminat dan ada yang menganuti idea-idea ini).

Semua ini menjelaskan kepada kita kenapa Islamisme ialah satu resipi ke arah totalitarianisme. Jika ada pihak yang merasakan bahawa masyarakat semuanya boleh menjadi “baik” jika mereka mengamalkan suatu bentuk Islam, maka pihak tersebut boleh sahaja memaksa rakyat menjadi “bertakwa” agar matlamat kolektif mereka tercapai. Jika mereka melihat Islam sebagai suatu sistem, seperti sosialisme, mereka akan menggunakan kuasa pemerintahan untuk memaksa setiap individu rakyat mengikut acuan yang mereka tentukan. Maka dengan itu lahirlah “polis agama” yang berfungsi untuk memaksa wanita memakai tudung atau memaksa lelaki pergi ke masjid.

Sebaliknya jika yang kita lebih pentingkan ialah nasib masyarakat, maka kita akan lebih peduli mengenai pandangan rakyat terhadap tindak tanduk kita. Al-Quran jelas menyebut bahawa tidak ada paksaan dalam beragama. Kita tidak boleh menjadikan rakyat lebih “bertakwa” dengan cara memaksa mereka melakukan sesuatu perkara. Itu hanya akan membuatkan mereka membenci agama yang kita paksakan ke atas mereka.

Sebab kekalahan dan mengembalikan kejayaan

Kita harus memahami apa yang menyebabkan Islamis berfahaman seperti sekarang. Kebanyakan pakar yang mengkaji mengenai Islamisme mengatakan bahawa ia sebenarnya adalah sebuah ideologi moden yang bermula pada kurun ke-19 dan memuncak pada kurun ke-20. Ciri utama zaman tersebut ialah krisis teruk yang dialami oleh umat Islam yang mana mereka dikalahkan dari segi ketenteraan, politik dan juga kebudayaan. Dan mereka mula mencari sebab kenapa semua ini berlaku.

Dalam menjawab soalan “Kenapa ini berlaku?”, timbul dua bentuk kumpulan yang kedua-duanya beranggapan bahawa agama adalah faktor terpenting. Golongan Islamis berkata “Kita dikalahkan oleh Barat kerana kita telah meninggalkan agama, maka kita perlu mengembalikannya”. Manakala golongan sekular pula berkata “Kita dikalahkan oleh Barat kerana agama telah menipu kita, maka kita perlu menolak agama”. Dan daripada dua fahaman itu lahirlah dua bentuk rejim autoritarian (lihat Iran dan Turki sebagai contoh).

Saya lebih selesa dengan jawapan ketiga iaitu umat Islam dikalahkan akibat daripada pelbagai faktor yang kompleks yang mengakibatkan ia jauh daripada arus modernisasi. Ini tidak ada kena mengena dengan agama. Dengan itu, penyelesaiannya bukanlah dengan proses Islamisasi paksaan ataupun sekularisasi paksaan. Apa yang perlu untuk kita mencapai kejayaan ialah modernisasi melalui pendidikan, sains, teknologi, kapitalisme dan demokrasi.

Islamisme akan hilang pengaruh hanya jika cara ketiga ini berjaya. Dan cara ini berkembang baik di Turki sejak kebelakangan ini. Tetapi puak sekular-fasis terlalu keras untuk menghalang ia daripada terus berkembang. Jika puak sekular-fasis ini berjaya dalam menghalang arus pemodenan Turki yang mesra-Islam, hanya golongan Islamis yang akan bergembira. Malahan pertembungan antara dua bentuk totalitarianisme – Islamis dan sekularis – akan menjadi lebih hangat pula.

---------------
Mustafa Akyol ialah seorang kolumnis berbangsa Turki yang menetap di Istanbul.


Raja Petra bebas ISA

KUALA LUMPUR: Editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berjaya mendapatkan pembebasan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui habeas corpus.

Isterinya, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mengenai perkara tersebut sambil menyatakan rasa gembira berkata, Raja Petra akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum pukul 4 petang ini untuk dibebaskan.

Raja Petra, 58, ditahan pada 12 September lalu dan pada hari yang sama juga ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng turut ditahan dibawah akta tersebut.

Bagaimanapun Teresa dan Tan sudah dibebaskan.

Najib ditampar 'revolusi' di Parlimen

Oleh Khalid Jaafar

Semalam apabila dunia meraikan kemenangan Barrack Obama sebagai presiden baru Amerika Syarikat, rakyat Malaysia juga memperolehi sesuatu untuk mereka rayakan.

Peristiwa itu adalah kemenangan institusi Parlimen apabila pindaan belanjawan bernilai RM7 bilion ditolak. Belum pernah seorang timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan menerima tamparan sebegitu hebat dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.

Malangnya rakyat Malaysia tidak merayakannya kerana majoriti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kerana kegagalan media melaporkan sejarah yang dicipta oleh institusi ulung demokrasi kita.

Majoriti yang mengundi pada 8 Mac lalu merasakan mereka telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka dengan mencipta tsunami politik tetapi selepas itu tidak mengikuti apa yang berlaku di Dewan Rakyat dengan teliti dan memantau perilaku wakil-wakil rakyat yang mereka hantar ke Parlimen.

Persepsi umum adalah pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa yang berkesan selagai mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan baru.

Tetapi persepsi ini akan berubah dengan insiden yang berlaku semalam. Bagi saya, peristiwa itu suatu revolusi.

Tahniah perlu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, ahli parlimen veteran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Tanpa kepetahan mereka berhujah, kefahaman mereka yang mendalam tentang peraturan mesyuarat, dan fanatisme mereka terhadap kedaulatan Parlimen, revolusi semalam tidak dapat dilancarkan.

Namun hujah-hujah yang dikemuka oleh barisan pembangkang semalam tetap akan tinggal sebagai satu peristiwa dalam rentetan drama kekecohan Dewan Rakyat sekiranya yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri tidak mengambil pendirian yang bersejarah.

Tanpa ketegasan, dan tentunya keberanian mereka, Parlimen tidak akan menjadi parlimen yang baru semalam.

Dalam revolusi parlimen tersebut Datuk Seri Mohd Najib Razak menerima tamparan yang paling hebat. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.

Menteri kewangan yang masih merayakan kemenangannya sebagai presiden Umno tanpa cabaran memaklumkan pakej rangsangan sebayak RM7 bilion dalam ucapan menggulung perbahasan belanjawan 2009.

Najib menggunakan ucapan penggulungannya itu untuk menyindir "mimpi" Anwar yang tidak kesampaian bagi membentuk kerajaan baru. Singgungan politik yang dibuat oleh timbalan perdana menteri itu bukanlah suatu yang baru.

Menjadi haknya untuk memasukkan unsur politik membelasah pembangkang dalam ucapannya. Tradisi mempolitikkan ucapan belanjawan bermula pada Tun Daim Zainuddin lagi dan sampai puncaknya ketika Anwar menjadi menteri kewangan.

Tetapi ada perbedaan perilaku parlimen Anwar dengan Najib sebagai menteri kewangan. Anwar, setelah membelasah pembangkang dalam ucapan belanjawannya, akan duduk mendengar dengan teliti hujah dan kritikan pembangkang terutamanya ucapan dari ketua pembangkang.

Dan dalam waktu penggulungan dan perbahasan, Anwar memberikan laluan untuk pembangkang mencelah dan menyoal. Tetapi Najib cuma datang ke Dewan Rakyat untuk memberi ucapan dan tidak memberikan laluan sama sekali bagi pembangkang untuk mencelah.

Maka apabila Anwar dalam sidang akhbarnya semalam membelasah timbalan perdana menteri sebagai "tidak memiliki keyakinan diri" kerana enggan berbahas, ia merupakan suatu yang sungguh serius.

Dan tuduhan tersebut akan membayangi Najib, sebagaimana skandal-skandal lain membayanginya, selagi menteri kewangan tersebut tidak merobah perilaku parlimennya.

Mengapakan Najib yang sudah begitu lama menjadi ahli parlimen, sekian tahun menjadi menteri kanan, membuat suatu kesilapan yang begitu besar?

Apakah keseronokan beliau mewarisi takhta kepresidenan Umno menyebabkan beliau cuai dalam urusan Dewan Rakyat?

Saya melihat Najib dan pemimpin-pemimpin kanan BN masih lagi dalam situasi penafian selepas tsunami Mac lepas. BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga tetapi beliau masih lagi terperangkap dalam bayangan majoriti dua pertiga.

Selama ini menteri-menteri BN hanya melihat Dewan Rakyat sebagai rubber stamp, sekadar satu formaliti untuk meluluskan apa yang telah diputuskan oleh eksekutif.

Tidak terbayang bagi mereka cadangan daripada kerajaan, apabila satu cadangan yang begitu penting seperti pindaan belanjawan berjumlah RM7 bilion boleh ditolak oleh parlimen.

Mereka tahu ada pemisahan kuasa antara badan legislatif dengan eksekutif, tetapi pada mereka pemisahan ini hanya pada peringkat teori, tetapi tidak pernah berlaku pada peringkat amalan.

Maka semalam apabila Dewan Rakyat mengumumkan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (iaitu belanjawan) masuk ke peringkat jawatankuasa,wakil-wakil pembangkang seorang demi seorang bangun menanyakan belanjawan yang mana satu hendak dibahaskan.

Belanjawan yang dibentangkan oleh perdana menteri sebagai menteri kewangan pada 29 Ogos lepas atau belanjawan yang telah dipinda oleh timbalannya sebagai menteri kewangan yang baru dengan tambahan sebanyak RM7 bilion?

Peraturan mesyuarat memerlukan cadangan pindaan itu dibentangkan dan sebelum dibentang, ia perlu diedarkan dua hari sebelumnya untuk memberikan masa yang cukup untuk ahli parlimen menelitinya.

Najib tidak mengikut prosedur ini, beliau hanya memberi ucapan dan dalam ucapan tersebut mengandungi cadangan pindaan.

Tanpa pindaan itu dibentangkan mengikut peraturan mesyuarat, ia tidak boleh dibahaskan dan tidak boleh diluluskan. Kelihatannya perkara ini hanya bersifat teknikal. Tetapi inilah tuntutan perlembagaan.

Sekiranya prosedur ini tidak ikuti, maka pembangkang boleh membawa isu ini ke mahkamah kerana telah berlaku suatu pelanggaran perlembagaan. Dan yang dipertua dewan dan timbalannya amat sedar perkara itu.

Sekiranya mereka membenarkan cadangan pindaan belanjawan Najib dibawakan kepada peringkat jawatankuasa, ia bermakna mereka yang membenarkan pelanggaran perlembagaan berlaku dalam majlis yang dipengerusikan mereka.

Tetapi media tidak dapat menangkap revolusi yang diciptakan oleh Pandikar Amin.

Akhbar Sinar Harian hanya melaporkan bahagian ucapan beliau: "pengumuman pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 billion tidak melanggar peraturan mesyuarat."

Betul, pengumuman itu tidak melanggar peraturan. Tetapi RM7 bilion itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada belanjawan 2009. Maka jumlah tersebut tidak boleh dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Kit Siang bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker untuk tidak berlaku salah faham. Dalam penjelasannya, Pandikar Amin tidak mengatakan beliau menolak pindaan belanjawan yang diumumkan oleh Najib.

Beliau hanya menjelaskan dengan berulangkali bahawa belanjawan yang akan dibahaskan pada peringkat jawatankuasa adalah belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam rumusannya, Anwar berkata pindaan belanjawaan yang diumumkan oleh timbalan perdana menteri hanyalah satu pandangan, ia tidak mempunyai kekuataan undang-undang.


Khalid Jaafar adalah pengarah eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR


05 November 2008

Riang-riang: Obama X

Hehehe, tahniah Obama Barrack - akhirnya rakyat Amerika bersikap terbuka terhadap dasar perkauman dan warna kulit. Akhirnya demokrasi di Amerika Syarikat ni terbukti dan arkitektur di Washington bolehlah dibanggakan sebagai pengaruh dari Athens.

Parti Republikan dan Demokrat memang saling silih berganti di Amerika Syarikat kerana perlembagaan mereka hanya mengamalkan dua parti. Asas kedua-dua parti ini sangat berbeza. Republikan mementingkan perniagaan senjata dan dasar imperialis manakala Demokrat mementingkan kemanusiaan dan kepentingan domestik Amerika Syarikat sendiri. Apabila George Bush melancarkan Perang Teluk di Iraq pada awal 1990-an, ini telah meresahkan rakyat mereka lalu memilih Bill Clinton dari Demokrat untuk menamatkan keresahan ini. Tetapi, Demokrat gagal dari segi ekonomi, lalu rakyat memilih kembali Republikan. Ini sudah menjadi turun-temurun di Amerika Syarikat. Tetapi, kali ini, ekonomi Amerika Syarikat di bawah Republikan mengalami kemerosotan yang terburuk dalam sejarah! Ini salah satu sumbangan kepada kemenangan Demokrat sambil dibantu karisma Obama.

Kulit hitam dalam demokrasi Amerika Syarikat memang menghadapi perjalanan yang sukar. Tapi, mereka ini tetap gigih. Mungkin sejarah juga mengajar mereka. Aku memang salut kat mereka ni. Akhirnya kulit hitam di Amerika Syarikat tidak lagi dianggap sebagai hero dalam filem Hollywood ataupun penyanyi 'soul R 'n' B' yang seksi ataupun 'rapper'. Mereka hari ini dipandang sebagai Presiden Amerika Syarikat - sekaligus menghapuskan dasar warna kulit.

Soalan yang bergejolak dalam kepala aku sekarang ialah - bila Malaysia boleh menghapuskan dasar perkauman ni dan bersama membina demokrasi tulen?

Apapun, aku lebih berminat buat masa ini untuk sama menyingkap sejarah perjuangan kulit hitam di Amerika Syarikat dan aku telah memilih tokoh pentingnya - El-Hajj Malik El-Shabazz.

Sila buka link ini untuk sejarahnya:

http://en.wikipedia.org/wiki/Malcolm_X


Reformasi’lah!; Membincangkan (lagi) 10 Tahun Reformasi Malaysia dan Indonesia

REFORMASI Sebuah kata yang banyak didengungkan, bergema di Malaysia dan Indonesia. Puluhan ribu hingga jutaan orang turun ke jalan meneriakkan REFORMASI menuntut adanya perubahan.Sepuluh tahun telah usianya, adakah perubahan itu?Apakah reformasi sekarang hanya menjadi sebuah kata tanpa makna? Apakah reformasi masih merupakan sebuah gerakan yang patut diperjuangkan?Atau hanya menjadi slogan yang menyimpan kisah-kisah heroik para pejuangnya? Lalu bagaimana dengan masa depan reformasi?

Panelis:
1. Sdr. Amirudin Shaari | ADUN Batu Caves
2. Sdr. Fathi Aris Omar | Pengarang Berita Malaysiakini (Edisi BM), Penulis Buku “Patah Balek”
3. Sdr. Hishamuddin Rais | Pengarang Buku “Pilihan Raya atau Pilihan Jalan Raya”, “Keganasan, Penipuan & Internet”
4. Sdr. Ngurah Termana | Aktivis Komunitas “Taman 65” Bali, Indonesia
5. Sdr. Yoshi Fajar Kresno Murti | Aktivis Kampung-Kota Yogyakarta, Indonesia

Moderator:
Faisal Mustaffa

Tempat | Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur, Jalan Maharajalela Kuala Lumpur
Hari bulan | Khamis, 13 November 2008
Waktu | 8 - 11 pm
Pertanyaan | Zulhabri: 019 389 3804

Saksikan juga pemutaran filem 9808!

04 November 2008

Lima Kupang: Tabik tok! Anak cucu tumpang lintas


Sesuatu yang amat mengejutkan semalam bila dapat SMS bahawa orang penting nombo dua dalam Gerakan "mati mengejut" selepas dijumpai di depan kliniknya dengan keadaan cedera parah.

Polis mengklasifikasikan kematian beliau sebagai "mati mengejut". Sudden death. Tiba2 mati. Just like that. Aku tak tau samada ada kes yang "mati dijangka", sebab semua akan mengejut matinya.

Aku tak mau ulas pasai kematian beliau, dan takziah aku ucapkan kepada kaum keluarga dan sahabat beliau serta teman seperjuangannya. Kita serahkan kepada kebijaksanaan peguam negara yang berjaya melepaskan pulau kepada singapura, dan yang berjaya mengharumkan nama tanah melayu dengan mengusung tilam ke mahkamah untuk menilai kes ini.

Apa yang menarik perhatian aku ialah bagaimana polis secara "spontan" mengklasifikasikan kematian beliau sebagai "sudden death" walaupun dilaporkan mayat ditemui dalam keadaan cedera parah. Mati mengejut adalah puncanya. Dan kalau diingat2 balik, ia bagaikan satu ratib baru oleh pihak berkuasa apabila berhadapan dengan kes2 mati tanpa saksi ni. Mati mengejut.

Adakah ini merupakan satu teknik yang diajar di PULAPOL bagi mengelakkan spekulasi liar oleh pihak awam? Atau sekadar nak mengelak soalan wartawan? Adakah dengan mengklasifikasikan kejadian sebagai "kematian mengejut", cepat sikit kesnya ditutup? Kurang sikit kerja, bolehlah disambung kepada kes2 lain yang berlambak di atas meja?
Yang aku risaukan ialah jika jawapan seperti ini menjadi ratib pihak polis dalam menjawab soalan. Aku tak menafikan bahawa polis sangat profesional dalam segala sudut, sampai kepada menumbuk mata banduan pun mereka pastikan mata dan tangannya diikat supaya tugas menumbuk itu dapat dilakukan secara cepat dan betul. Tapi sesetengah keadaan lain, bila situasi itu sangat munasabah untuk difikirkan motifnya, dan percayalah bila polis kata kematian mengejut pada hari yang sama mereka jumpa mayat yang cedera parah dan siasatan penuh masih belum dijalankan, agak lebih profesional jika polis tidak memberi sebarang komen daripada bertindak menjurus kepada "menutup kes".

Aku risau tentang keadaan ni. Jika ianya tidak dibendung, mungkin sedikit masa lagi kita akan terbaca laporan2 berita yang berbunyi "Klasifikasi mati mengejut ditolak. Setelah melakukan siasatan terperinci kepada bahagian kritikal mayat dengan bebekalkan bantuan pihak hospital, CSI, dan forensik, polis mengklasifikasikan semula kes ini sebagai kes bunuh. Setakat laporan ini ditulis, pihak Polis masih gagal menemui kepala mangsa yang dipenggal."

Tabik tok! Tapi aku harap polis dapat memperbaiki mutu penyampaian mereka pada masa depan. Kapasiti polis dalam membendung jenayah sekarang ni dah sampai tahap "mencurigakan" bilamana kes2 seperti rampasan dadah dicuri oleh banduan dalam lokap, rompakan kedai emas berlaku berkali2 dengan lokasi balai tak sampai sepelaung, rompakan, ragut, bunuh dan macam2 lagi kes2 jenayah yang tak pernah terfikir akan begini punya banyak berlaku dalam negara yang besaq kelemboi ni.
Janganlah pulak bila jenayah gagal dibendung, maka komunikasi dengan pihak awam jugak macam lepas batuk di tangga. Jawab seolah2 macam kami ni tak mampu beli astro nak subscribe channel C & I. Macam semua orang dok anggap polis ni terer gila sampai apa yang depa kata kena pecaya bulat2. Imej dah makin teruk. PR (public relation) pulak main halai balai. Tenat tanah melayu ni weh!

Harapannya polis2 yang ramai dok masuk baca blog ni untuk saja cari sebab nak tangkap aku, korang tolonglah jangan terlalu kerap jadi ahli politik kampung, becakap macam kita sorang saja yang pandai. Kurang2nya reserve la sikit untuk hormat kebijakan orang lain. Bagi la ada sebab orang nak hormat korang balik.

Tulisan aku ni bukanlah nak kata aku pandai, tapi aku rasa semua orang tau bila dia kena pebodoh. Dan bila ketua pendakwa yang pernah membodohkan satu dunia dengan mengusung tilam ke mahkamah jadi boss untuk pihak polis, akan sampai bila2lah kita akan terasa dibodohkan.

Bila la rakyat malaya ni nak dilayan seperti orang pandai yang ada otak?