20 Mac 2009

Hasil pertemuan dengan pegawai tinggi KPM

Pada 19 Mac 2009, Pengerusi GMP Dato Dr Hassan Ahmad dan SN Dato Samad said dijemput menemui Dato Seri Hishammuddin, Menteri Pelajaran, di Puterajaya. Mereka disambut dengan penuh hormat.

Namun, ahli akademik dalam GMP Prof. Emeritus Abdullah Hassan dan Prof. Shahrir Md Zain tidak diundang. Hal ini ada dinyatakan kepada Dato Dr. Hassan Ahmad, namun tidak ada respons. Sekaligus ini menyatakan bahawa ahli akademik yang berkepentingan tidak diwakili dalam pertemuan itu.

Menurut Dato Dr. Hassan Ahmad, perbincangan dalam pertemuan itu juga memberi gambaran kepada beliau bahawa Menteri Pelajaran masih “tidak jelas tentang isu PPSMI yang dihadapi. Beliau cuma berpusing-pusing bercakap mengenai PPSMI. Bagaimanapun beliau ada memujuk dan merayu supaya GMP tidak lagi mengadakan himpunan dan lain-lain. Beliau tidak membicarakan isu PPSMI. Oleh sebab itu tidak ada sebarang ketetapan tentang PPSMI. Dan ISU PPSMI BELUM SELESAI.

Oleh yang demikian, Dato Dr. Hassan Ahmad dan SN Dato A Samad Said, menyatakan kepada beliau bahawa GMP tetap akan meneruskan perjuangan.

Pernyataan tersebut memeranjatkan beliau.

SMS Dato Dr Hassan diakhiri dengan frasa isu belum selesai!”

SMS daripada SN Dato’ A Samad Said mengatakan “Saya jelaskan sikap saya yang akan terus berceramah tentang GMP di mana-mana pentas.” Dan beliau tidak pernah berhenti bercakap …. di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau dan di mana-mana …

Yang menakjubkan, setiap kali kami diundang, paling kurang biaya perjalanan kami ditanggung. Ini bermakna, rakyat sanggup membayar bagi mengetahui maklumat sebenar.

Terlebih awal pada, 14 Mac lalu, Dato Dr. Hassan dan SN Dato A Samad Said juga dijemput oleh Ketua Seiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri.

Pada mulanya Prof. Emeritus Abdullah Hassan dan Prof. Shahrir Md. Zain juga tidak dijemput. Mereka hanya turut dijemput apabila dinyatakan mereka juga perlu hadir bagi mewakili bidang akademik.
Pertemuan dengan KSU, KP dan Setiausaha Sulit Kanan di Kementerian Pelajaran

Pertemuan dengan KSU, KP dan Setiausaha Sulit Kanan di Kementerian Pelajaran

Pertemuan ini, sebagaimana dinayatkan dalam entri saya yang lalu, tidak menunjukkan penyelesaian akan cepat berlaku.

Oleh sebab itu GMP akan masuk ke langkah berikutnya, sebaik sahaja pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO berakhir.

Sumber: Prof. Emeritus Abdullah Hassan