19 Mac 2009

Lima kupang: Siri bercakap dengan Jin: Hello, Paklah di sini

Wawwiii. Heboh satu tanah melayu semalam bilamana ada laporan polis jumpak kertas jampi bawah meja Paklah. Dan bukan bawah meja Najib.

Bagi aku, nasib baik kertas jampi. Kalau C4 lagi kecoh!

Setakat ni, tiada pihak yang bangang sanggup mengaku bertanggungjawab. Kambing hitamnya mungkin amah cuci pejabat atas alasan marahkan Paklah sebab selalu bagi sepah2 bilik miting lepas mesyuarat. Sapa yang jumpak? Pasukan pemusnah C4, sorry, pemusnah bom. Menurut laporan akhbar, ianya adalah tugas rutin sebelum mesyuarat. Apa yang depa jumpak? Balutan kertas putih tulisan jawi yang dalamnya ada kayu. Kalau dia tak sebut kayu, aku mungkin saspek ganja. Sebab hasil mesyuarat ameno kebelakangan ni kebanyakannya tak masuk akal.

Tapi ianya bukan ganja, sebab kalau ganja, dalamnya bukan kayu, tapi daun. So, semua orang dah kecoh kata "mandrem". Sihir. Jampi.

Belum ada lagi kenyataan yang diberikan oleh Rosmah mahupun lakinya. Kalaupun ada selepas ini, harapnya Rosmah boleh menjawab dengan bijak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan kepada rakyat. Rosmah boleh jawab "tulisan jawi tu bukan tulisan tangan saya, dan kulit tu pun bukan dari rumah saya". Atau dia juga boleh menjawab dengan tenang "dalam zaman serba canggih ni, mana ada jampi2 lagi dah. Bom terus jer". Tapi, kalau Rosmah bijak, dia boleh menukarkan situasi masalah kepada peluang dengan menjawab "kertas jampi itu sebenarnya diletakkan di bawah meja untuk memberi kekuatan semangat pada Paklah untuk tidak meletakkan jawatan dan meneruskan agenda menyatukan ameno!". Tapi kalau dia betoi2 jawab macamtu, aku cadangkan korang suruh dia buat urine test pulak :)

Untuk mengelakkan aku ditangkap dan dituduh di bawah akta hasutan kerana cuba menghasut korang untuk berfikiran kritis, aku nak menjelaskan bahawa aku tak menuduh Rosmah buat kerja2 jahat macam ni. Cuma tumpuan mungkin diberikan lebih kepadanya disebabkan oleh krisis peralihan kuasa pada masa sekarang. Keengganannya untuk hadir ke majlis kawin anaknya sendiri, di samping bagaimana dia dapat bekawin dengan lakinya sekarang tidak boleh dijadikan asas untuk menghukum semua perbuatan Rosmah sebagai jahat, biadap, dan keterlaluan. Begitu jugak dengan kelakunya nak menyampaikan ucapan2 pada rakyat Malaysia setanding dengan menteri2 lain jugak tidak harus dilihat sebagai gila kuasa. Rosmah adalah seorang ibu kepada anaknya, dan seorang isteri kepada suaminya. Dia juga adalah seorang rakyat kepada negaranya, dan seorang tuan kepada jinnya hamba kepada Tuhannya.

*phewww*

Mistik, tahyul dan perkara2 ghaib dah jadi macam satu benda biasa semenjak dua menjak ni. Dulu, susah gila nak tengok orang meracau histeria, tapi sekarang ni dah siap boleh berdialog dalam tivi sampai ke tahap buku2 tulisan Tamar Jalis sekarang ni dah jadi macam komik. Nothing. Dah tak menyeramkan lagi.

Expose Mistik, Misteri Nusantara dan kadang2 dalam siri ehwal Islam kat TV3 jugak ditunjukkan perkara2 ghaib ni dengan terbuka. Itu tak kira lagi yang kat wayang, demam zombi dan puntianak masih belum kebah. Cerita Upin dan Ipin pun cuba diselitkan sekali. Kenapa?

Aku tak menolak perkara2 ghaib, sebab itu sebahagian dari aqidah aku. Cumanya aku pelik, semakin hari semakin menggila isu2 seperti ni. Harian Metro toksah cerita la. Kalau tadak orang kena pukau, kena jampi, kena sihir, bulih bengkrap paper nih. Merata hala. Dari suratkhabar, ke dalam tivi, sampai ke panggung wayang, sehingga ke dalam pemerintahan. Semua nak buat cerita alam ghaib. Seolah2 rakyat tanah melayu ni cuba nak di brainwash untuk sesuatu.

Hmm... Brainwash untuk sesuatu?

Ya, kaedahnya seolah2 seperti satu persiapan untuk membolehkan rakyat mengangguk2 mengiakan apa saja perkara2 berkaitan alam ghaib selepas ini. Lagaknya seperti jika rakyat percaya, maka ianya bukan setakat boleh dijadikan bahan cerita di luar, tetapi juga di dalam mahkamah!

Hhmmm.... Dalam mahkamah? Cerita alam ghaib? Cerita ilmu mistik? Sihir? Mandrem?

Pukau?

*heh*

Kes kertas putih bawah meja Paklah membuktikan bahawa kerajaan telah bersedia untuk menangkat perkara2 mistik ni ke tahap yang lebih tinggi. Kelihatan seolah2 seperti (aku dah kehabisan perkataan nak tulih) perkara mistik ini adalah perkara penting, perkara yang boleh mengancam keselamatan. Dan ianya bukan sekadar tahyul, tetapi adalah realiti yang terjadi bukan hanya diperingkat bawahan, tetapi sampai ke peringkat menteri atasan!

Rakyat akan semakin mula bercakap secara terbuka mengenai tahyul, mengenai mistik. Akan ada forum2 yang membincangkan perkara ini. Mungkin akan sampai ke satu tahap dialog2 terbuka dengan jin akan diadakan dari masa ke semasa yang akan membincangkan kerjasama manusia dan mereka. Dalam masa yang sama, kita jugak mungkin boleh berdagang dengan mereka untuk memulihkan kembali ekonomi dunia yang teruk meleset ni.

Dan bila ianya sudah sampai ke tahap ini, maka apa saja perkara yang membabitkan tahyul senang saja untuk digunakan sebagai hujah. Ia akan digunakan pada bila2 masa yang dirasakan sesuai. Bila dirasakan sudah tiada asas dan bukti kukuh, maka "bukti mistik" akan dijadikan alat untuk mempengaruhi rakyat. Ya, ianya mungkin tak boleh dijadikan bukti dalam mahkamah, tetapi jika dibenarkan perkara ini diceritakan dalam kamar perbicaraan, dalam keadaan rakyat yang telah dicuci otak agar taksub dengan perkara2 mistik, hasilnya sungguh superb.

Konfius? Tak faham kenapa aku sampai ke dalam mahkamah sedangkan aku bercerita tentang mandrem yang setakat ini tiada pihak yang bertanggungjawab? Apa kaitan mandrem Paklah dan kes di mahmakah?

Aku nak jawab. Memang gatal tangan aku nak jawab. Tapi melihatkan ada blogger yang kena kejar dengan polis hanya sekadar menulis tentang STD, aku terpaksa reservekan dulu jawapan aku. Lagipun jawapan tu korang akan tau sendiri. Tak lama dah.

Tunggu tiga pat bulan lagi.

Sementara tu, rajin2kanlah diri tengok siri Mind Control. Mungkin ada yang nak guna teori psikik pulak kalau tembelang mistik dah tak menjadi!

Selamat bersidang.