31 Mac 2009

Riang-riang: Masyarakat baharu





Sepanjang 30 tahun hayat aku, aku menyaksikan perubahan demi perubahan dalam masyarakat Malaysia yang menurut pandangan aku semakin menemui 'kehancuran'. Aku tak pasti, apa yang difikirkan oleh generasi orang tua aku dalam melihat masyarakatnya.

Aku menerima pendidikan di sekolah melalui sistem KBSR dan KBSM. Aku tak pula berkesempatan mengkhatamkan pembelajaran sempoa, tapi aku mahir menggunakan dekak-dekak. Dan aku masuk ke kolej masih lagi menjinjing mesintaip!

Dalam jangkamasa 30 tahun ini, aku melihat perubahan dalam masyarakat ketara begitu segera dan laju. Aku yang masih muda ni, masih mampu cuba mengejarnya dan pasti, aku tak mahu ketinggalan. Hari ini, dunia dipenuhi gajet ni, aku masih lagi 50-50 untuk menerimanya sebagai sebuah bentuk tamadun.

Masyarakat Malaysia sudah mula pincang dan aku berani mengatakannya berdasarkan bukti siri kartun Dato' Lat. Bagaimana Lat merakamkan kehidupan zaman kanak-kanaknya serta dibandingkannya dengan kehidupan beliau hari ini. Dan realiti hari ini lebih menakutkan dengan permainan politik oleh tikus-tikus yang gilakan kuasa - sila perhati betul-betul.

Aku, sebenarnya, dah tidur tadi. Saat aku pejamkan mata, terngiang-ngiang lagu "kici-kici, lembu jaga... Sudah besar, jadi jaga..." kat telinga aku berulangkali. Terus aku terfikir, mana ada lagi Benggali jadi jaga sekarang ni! Sekarang ni, Myanmar dan Gurkha yang jadi jaga. Mungkin ini petanda DEB sudah berjaya!

Dalam tahun 80an dan 90an, pasar-pasar ikan masih lagi ramai pengunjung setia. Begitu juga kedai runcit dan 'mini-market' dan di sinilah tempat sosial suri-rumah. Sejak pasaraya besar Giant, Carrefour dan Tesco menyerang masuk ke serata daerah di Malaysia, pasar-pasar ikan, 'mini-market' dan kedai runcit seolah sudah tidak lagi berfungsi sepenuhnya melainkan tarafnya sama dengan 'Seven Eleven' - kedai kecemasan!

Aku paling bengang, bila aku minum Nescafe tarik di warung dan ianya tak sedap, dan aku dapati warung tu guna susu cap 'Tesco' - ptuih!

Tidakkah kita lihat bahawa janji pembangunan yang dilaungkan oleh wakil rakyat ini, sebenarnya bukanlah pembangunan, tetapi kehancuran. Matlamat kerajaan untuk mengejar negara maju ini sebenarnya telah memusnahkan sebuah masyarakat. Menjadi negara industri dan pengkorporatan bumiputera ini sebenarnya telah membunuh keharmonian masyarakat.

Macam yang aku tulis di atas - jika kita berurusan di kedai runcit, ataupun membeli-belah di bazar, kita masih lagi berinteraksi (ini tujuan tawar-menawar yang dijadikan sunnah nabi kesayangan kau orang tu!). Aku cukup suka bila dialog tawar-menawar ini keluar - "Alo, taukey... Kita kenai suda lama, kasi murah lagi sikit la..."

Tapi, bila kita membeli-belah di pasaraya raksaksa ini, kita berkomunikasi dengan troli, mesin 'auto-teller', rak-rak, dan juruwang yang tak jemu-jemu bertanyakan kad Bonus Link! Bila kita kurang berinteraksi dalam perdagangan - lihat, apa yang terjadi.

Melayu hari ini memandang Cina seperti betul-betul nak bunuh (lebih-lebih lagi Melayu UMNO la). Seluruh keturunan Benggali hari ini dipandang sebagai Karpal Singh. Seluruh keturunan India pula dianggap ahli Hindraf (teringat lagu ni - "Chinese has bank-draft, Malay has over-draft, Indian has Hindraf!").

Pelbagai sangka buruk yang Melayu ni lemparkan kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia ni dan dalam kes ni, aku nak tanya, siapa yang mencipta semua kepincangan ni?

Bukankah kerajaan yang galakkan umat Melayu ni hidup mewah ke jadi puncanya? Bila umat Melayu ni nak mewah, tapi tak mampu, sedangkan muka bergerutu tapi tetap berkeras nak guna SK-II - maka terpaksalah pinjam dari bank dan ceti. Bagi kakitangan awam, inilah puncanya mereka terima rasuah.

Bagi Cina yang sedia kaya ni, pastinya mereka membantu dengan memberi pinjaman kepada Melayu yang bodoh ni. Bila Melayu bodoh ni tak mampu nak bayar balik, mestilah Cina kaya tu tuntut. Kesian India, tetap tak dapat apa - memang dasar apartheid ni wujud kat mana-mana. Kat Teluk Anson pun ada dasar ni. Usah kome nak bede-ah le...

Dan yang aku pelik sekali dalam kes ni, orang Melayu ni masih lagi tak mengaku yang dia orang ni pun berfahaman zionisme sedangkan mereka inilah tak habis-habis cakap mengenai KETUANAN MELAYU.

Sekarang, umur aku baru 30 tahun, tapi aku dah letih tengok masyarakat aku. Hape daaaa!