31 Mac 2008
Komunis mati dalam teater 'Peristiwa Di Zoo'
Dah lama aku nak tulis tentang hasil karya Lenny ni, tapi aku masih lagi terngiang-ngiang dengan politik Perak. Inipun aku terpaksa berhenti menulis tentang politik sekejap untuk menghormati bapak aku yang tergolong dalam 876 Ketua Kampung yang letak jawatan tu. Hehehe...
Baiklah, bagi sesiapa yang tidak tahu tentang cerita 'Peristiwa Di Zoo' ni, silalah pergi ke http://daribawahbayu.blogspot.com/2008/02/ada-apa-dalam-zoo-2.html dan http://daribawahbayu.blogspot.com/2008/02/ada-apa-dalam-zoo-prolog.html. Aku tak ada masa nak tulis daa...
Aku tulis di sini berdasarkan apa yang aku tonton malam itu dan situasi Malaysia hari ini, ya. Aku nak jelaskan betapa relevannya (perkataan relevan ni aku teringat zaman reformasi 1998) naskah ini di sini pada hari ini (2008) setelah 50 tahun lampau Albee menulisnya di New York. Ada dua watak sahaja dalam naskah ini iaitu Jo dan Pian. Kalau naskah asalnya, Jerry dan Peter. Jo, adalah wakil kepada kelompok masyarakat kelas bawahan (ala, marhain la tu) manakala Pian wakil kelompok masyarakat kelas menengah. Kerusi (bench) yang menjadi set dalam naskah ini adalah simbol kekuasaan. Oh,ya, setnya Lenny gambarkan di sebuah taman bersebelahan Zoo Negara (ada ke taman kat situ? Dalam zoo ada la... kat tepi tasik tempat P.Ramlee dengan Sharifah Hanim dating dalam filim 'Masam-masam Manis'). Pertemuan dua watak ini telah menimbulkan satu persoalan - antara kekosongan jiwa dan kekosongan harta. Kedua-duanya berkehendakkan kesempurnaan atau keselesaan atau kepuasan. Memang sudah menjadi tabi'i manusia, tidak pernah berpuashati.
Pian, yang bekerja sebagai eksekutif, berpendapatan tetap, berkeluarga, tiap-tiap hujung minggunya dihabiskan di kerusi di taman bersebelahan zoo, membaca akhbar dan majalah,tidak diganggu oleh sesiapapun... Dan tiba-tiba dia didatangi Jo, yang penampilannya saja membuatkan orang melabel dia sebagai gila (ada ke pakai jaket musim sejuk kat cuaca khatulistiwa KL ni?) Sikap Jo yang terlampau peramah itu telah mengganggu ketenangan yang dikecapi oleh Pian. Jo menceritakan kisahnya, bilik sewanya di Lorong Haji Taib (oklah tu dari tinggal di Choo Cheng Kay), tuan rumahnya, anjing tuan rumahnya, jiran bilik sewanya, perjalanannya ke zoo dan peristiwa di zoo. Manakala, Pian apabila ditanya oleh Jo, dia menceritakan tentang keluarganya, zoo mininya dan masalah kelelakiannya.
Nah, di sini kita pisahkan kedua-dua watak ini. Kita lihat Pian tidak pernah langsung menjalinkan hubungan dengan alam. Amat berbeza sekali dengan Jo, yang menjalin hubungan dengan semua orang di kediamannya termasuk anjing tuan rumahnya, lrt, jalanraya, binatang di zoo dan kita juga lihat bagaimana Jo menjalinkan hubungan dengan Pian. Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah Jo ialah manusia yang berhubung dengan setiap makhluk dalam lingkaran masyarakatnya (komuniti) manakala Pian sangat terhad perhubungannya dengan masyarakat dan dia lebih mementingkan kerjanya. Orang yang lebih mementingkan kerja ini bolehlah aku golongkan sebagai kerabat IMPERIALIS. Orang yang suka bermasyarakat ini bolehlah aku kategorikan sebagai KOMUNIS.
Hah, Lenny, sepatutnya kau letakkan seorang lelaki tua berjanggut putih, berambut panjang putih (bukan A. Samad Said, tetapi Karl Marx) menjadi orang lalu-lalang kat taman tu dari tak ada orang langsung. Hehehe cadangan... cadangan....
Di penghampiran puncak cerita ini, mereka bertengkar dan berebutkan kerusi yang diduduki oleh Pian. Ada dialog yang diucapkan Pian ketika itu sangat terkesan pada otak aku - "Aku duduk kerusi dah lama tak ada orang kacau, tiba-tiba engkau datang, senang-senang nak rampas!" Hahahaha perasan tak kalian ini dialog siapa di Malaysia pada hari ini? Ini dialog orang-orang BN! Orang-orang BN yang dah selesa dengan kedudukan mereka dan hari ini kedudukan mereka tergugat! Hahahaha... Lenny, kau patut letak poster pilihanraya kat set kau tu (cadangan aku je la...). Kembali pada Jo dan Pian (Komunis lawan Imperialis), Pian takkan berganjak dari kerusinya dan mempertahankannya. Jo pula semakin mendesak supaya Pian boleh tinggalkan kerusi itu. Kemuncaknya, Pian mengajak Jo bergaduh sebagai lelaki tulen. Memandangkan Pian seorang yang tidak langsung terdidik dengan kesusahan, Jo mencadangkan Pian menggunakan pisau yang dibawa oleh Jo (komunis dan senjata memang tidak dapat dipisahkan kerana hanya itulah caranya untuk menumpaskan imperialis yang boleh membeli manusia dengan duit).
Tetapi di sini, untuk menggambarkan bahawa KOMUNIS ITU SUCI, Jo memberikan pisaunya kepada Pian. Mereka bergelut dan akhirnya Jo tertikam. Jo akhirnya didudukkan di kerusi yang mereka rebut tadi. Tapi apa maknanya mendapat apa yang dijuangkan kalau sudah tidak bernyawa. Memang dasar imperialis, akan membunuh komunis. Dalam cerita ini, tidak ditunjukkan sama ada Pian tertikam Jo ataupun Pian sengaja tikam Jo. Yang pasti Jo kena tikam. 1959, Fidel Castro berjaya menawan Cuba dan imperialis Amerika mengenakan sekatan dagangan terhadap Cuba dan pemerintahan Castro namun Cuba dan Castro tidak dapat dipisahkan.
Albee menulis naskah ini pada tahun 1958. Setahun kemudian Castro berjaya merevolusikan Cuba. 1948, Parti Komunis Malaya melancarkan serangan ke atas imperialis British. Adakah Albee ini seorang nujum yang tahu kesudahan komunis ini tidak ke mana ataupun memang itulah hakikat kemurnian dan keaslian akan pupus ditelan plastik?
29 Mac 2008
CEO pilihan Selangor sebagai pengurus
beritaPERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) melakukan satu anjakan baru dalam pengurusan bola sepak tempatan apabila bakal menjadi sebuah organisasi yang bercirikan korporat serta profesional.
Presiden FAS yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebagai langkah permulaan, pihaknya kini sedang mencari individu yang bertanggungjawab sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi menguruskan bola sepak di Selangor.
"Memandangkan kita kini dalam era ketelusan, kita akan iklankan jawatan kosong CEO ini. Kita akan lihat respon yang diberi daripada mereka yang berminat nanti.
"CEO itu nanti akan bertanggungjawab sebagai pengurus dalam pengendalian bola sepak di negeri Selangor ini. Sekarang bukan masanya lagi untuk kita terus menguruskan organisasi ini secara sukarela," katanya.
Abdul Khalid berkata demikian pada majlis minum pagi bersama pegawai FAS serta pemain Selangor yang terdiri daripada skuad Liga Super, skuad Piala Presiden dan skuad Piala Belia di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam semalam.
Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail selaku penaja utama FAS menerusi anak syarikatnya, Bekalan Air Selangor (Syabas) serta beberapa pegawai tertinggi FAS antaranya timbalan presiden, Datuk Mokhtar Ahmad, naib presiden, Datuk Emran Kadir serta setiausaha agung, Hamidin Mohd. Amin.
Jelas Abdul Khalid, beliau mahu mengubah FAS menjadi sebuah unit korporat yang bakal memainkan peranan utamanya dalam menentukan pembangunan dan masa depan bola sepak negeri Selangor.
"Kita mahu buat satu organisasi yang dapat membawa punca kewangan buat FAS. Jadi, saya mahu perubahan minda ke arah bola sepak Selangor yang profesional," ujarnya.
Ditanya adakah FAS akan memberikan tiket percuma seperti dilakukan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) baru-baru ini, Abdul Khalid menegaskan, pihaknya tidak bercadang memberi tiket percuma seperti itu.
"Beri tiket percuma tidak akan menaikkan minat seseorang penyokong itu. Kalau kita terus menang, main dengan bagus, itu sudah cukup untuk menarik minat mereka walaupun kena bayar tiket.
"Kita mahu jadikan bola sepak sebagai perniagaan. Jika berjaya tarik lebih ramai peminat selepas ini, saya nak jadikan peminat setia Selangor juga sebagai pemilik saham dalam organisasi bola sepak kita," katanya.
Dalam majlis semalam juga, Abdul Khalid menerima dua helai jersi Selangor daripada ketua jurulatih, Dollah Salleh dan ketua pasukan, Shukor Adan serta cek penajaan daripada Rozali yang mewakili Syabas.
Syabas mula menjadi penaja utama FAS sejak musim lalu dan ia diteruskan lagi bagi musim ini dengan nilai tajaan sebanyak RM5 juta setahun.
"Jumlah RM5 juta sebenarnya tidak cukup untuk menguruskan sebuah pasukan menjadi yang terbaik. Kalau boleh, saya akan cuba dapatkan lebih banyak lagi tajaan untuk FAS selepas ini," jelas Abdul Khalid.
28 Mac 2008
Setinggan Sifar: AMK Yakin Khalid tak macam Khir
28 Mac 2008
Setinggan Sifar Perlu Dicapai Untuk Kepentingan Negara dan Rakyat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyokong kenyataan Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk Selangor mencapai matlamat setinggan sifar seperti yang disiarkan dalam temubual oleh portal internet Malaysiakini.
Namun Angkatan Muda Keadilan Malaysia kesal dengan kenyataan beberapa pihak yang mengandaikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin keADILan akan bertindak dengan cara yang sama seperti tindakan tidak berperikemanusiaan semasa Selangor di bawah Dato’ Seri Mohd Khir Toyo.
Adalah zalim untuk menganggap bahawa peneroka bandar perlu dibiarkan dalam keadaan mereka sekarang tanpa sebarang usaha untuk mengiktiraf hak dan pegangan mereka secara sah ke atas tanah yang didiami atau ke atas tanah lain yang bersesuaian dengan keperluan kehidupan mereka. Persoalan pampasan, peluang pekerjaan dan sebagainya perlu diberikan perhatian utama di dalam sebarang usaha pembangunan.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya Dato’ Menteri Besar Selangor akan mencari jalan terbaik yang adil dan manusiawi untuk memastikan para peneroka bandar dapat keluar daripada status ‘setinggan’ mereka. Setiap rakyat Selangor perlu diberi peluang yang adil untuk memiliki hartanah dan pada masa yang sama hak pemilik tanah dihormati dan diberi peluang untuk membangunkan hartanah mereka.
Ini ‘keseimbangan’ yang perlu dicari seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Abdul Khalid. Kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan bertanggungjawab dan penyayang. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat perlu berperanan sebagai warga korporat yang prihatin. Malah sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid telah pernah mengemukakan idea-idea inovatif untuk memastikan rakyat termiskin sekalipun mampu memiliki hartanah, termasuk melalui skim pembiayaan jangka panjang inter-generasi sehingga 60 tahun.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya Dato’ Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri akan mengemukakan pelan komprehensif untuk mencapai matlamat setinggan sifar yang akan dilaksanakan. Sebarang cadangan dan komen sekarang sudah tentu akan membantu. Namun ia perlu dikemukakan melalui saluran yang betul dan membina.
Harapan Baru Untuk Malaysia
Ahmad Zaki Yamani bin Zainon
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia
27 Mac 2008
Isu MB Terengganu: Mengenal Demokrat Tulen?
eseiPercayalah bahawa keputusan pilihanraya umum baru-baru ini akan terus menjadi topik penting dalam perbualan rakyat Malaysia sepanjang tahun ini, sama ada dari segi kejadian mahupun kesannya. Ia bukan hanya mengejutkan ahli-ahli politik, sama ada daripada Barisan Nasional atau Barisan Rakyat, tetapi juga kumpulan-kumpulan lain yang turut ada kepentingan, termasuklah pihak istana.
Ini prinsip saya, sama ada orang lain bersetuju atau tidak, itu soal lain. Yang pastinya negara kita berdiri di atas dua semangat, semangat demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Raja memang ada kuasanya, tetapi mestilah tertakluk kepada perlembagaan, dan perlembagaan negara kita pula terbina di atas kerangka demokrasi. Maka apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Raja sebagai ketua negeri untuk negeri-negeri yang bersultan dan oleh Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara, ia haruslah pula menghormati perlembagaan yang demokratik itu.
Jelas kelihatan bahawa Raja-Raja kita kembali membuka buku Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing akibat senario politik yang berubah secara mendadak selepas pilihanraya umum baru-baru ini, khususnya dalam hal bidang kuasa dan bagaimana mereka akan berperanan secara lebih berkesan. Ini nyata terserlah berlaku di negeri-negeri Perak, Selangor, Perlis dan Terengganu.
Sementara proses pembentukan kerajaan negeri di Perak dan Selangor akhirnya selesai selepas melalui proses perbincangan yang panjang di antara pemimpin politik dan Raja-Raja di negeri tersebut (maklumlah ini pertama kali Barisan Rakyat mengambil-alih kuasa), Perlis dan Terengganu pula menyaksikan Umno dan Barisan Nasional seperti menghadapi masalah yang besar dalam menghadapi Raja di negeri masing-masing. Ini sebahagiannya mungkin kerana trauma yang dihadapi Umno dan Barisan Nasional selepas terpukul teruk dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Ikatan dan hubungan sama ada dengan Raja atau sesama mereka sendiri yang telah dibina berpuluh tahun nampaknya bertukar menjadi retak dan rapuh. Buat pertama kalinya, pimpinan Umno dan Barisan Nasional yang terkenal dengan feudalismenya yang tinggi, hari ini secara terbuka telah menyanggah ajaran Demang Lebar Daun.
Setelah berhempas-pulas, kemelut di Perlis selesai jua, itupun ada harga tinggi yang terpaksa dibayar oleh Umno dan Barisan Nasional, dua orang bekas menteri kabinet dan pimpinan kanan Umno yang berasal dari Perlis, Radzi Sheikh Ahmad dan Azmi Khaled telah bertindak meletak jawatan serta-merta.
Malangnya Terengganu, malang lagi Idris Jusoh! Besar benar gamaknya dosa Idris pada Sultan. Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kata putus yang jelas mengenai penyelesaian isu di Terengganu, walaupun sudah ada desas-desus yang mengatakan Pak Lah sebagai pemimpin tertinggi Umno dan Barisan Nasional terpaksa akur dengan kehendak Tuanku Mizan, juga kedengaran gosip panas tentang penarikan balik gelaran Dato’ dari tiga orang pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional Terengganu, Idris Jusoh sendiri, Rosol Wahid serta Din Adam.
Saya tetap dengan prinsip bahawa negara kita adalah negara demokrasi, maka demokrasi harus diangkat walau dalam keadaan krisis sebegini. Hubungan kerajaan negeri dengan Rajanya, hubungan Menteri Besar dengan Rajanya dalam konteks demokrasi adalah profesional dan formal, pertelingkahan peribadi antara sesiapapun, waima antara Menteri Besar dengan Rajanya sendiri tidak patut mengganggu-gugat perjalanan demokrasi dalam mana-mana negeri di persekutuan Malaysia ini.
Mengambil insiden di Terengganu, saya akui bahawa Raja, atau Pemangku Raja diwaktu ketiadaan Raja atau Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam keadaan Pemangku Raja belum cukup umurnya, mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar di negerinya. Tetapi untuk negara yang terbina atas kerangka demokrasi, maka kuasa ini juga harus dilihat dengan semangat demokrasi, iaitu kuasa itu setakat untuk melantik Menteri Besar, bukan kuasa untuk memilih siapa yang patut dilantik sebagai Menteri Besar. Sefaham saya, bagi tidak melanggar sifat demokratik perlembagaan negara kita, kuasa Raja/Pemangku Raja/Majlis Penasihat Pemangku Raja ini dalam melantik Menteri Besar Terengganu tidaklah sehingga menafikan suara rakyat negeri tersebut yang terus berkehendakkan Idris Jusoh dan Umno serta Barisan Nasional Terengganu memimpin mereka, yang telah dizahirkan melalui proses terpenting demokrasi, pilihanraya!
Dalam hal ini, proses demokrasi telah dua kali berlaku di Terengganu, pertama ketika pilihanraya umum, yang mana di sebalik tsunami politik yang membadai negara, rakyat Terengganu terus nekad memilih Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Idris Jusoh untuk memerintah negeri tersebut. Kali kedua, selepas menang, hampir kesemua wakil-wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional di Terengganu seia-sekata dan sanggup berdiri teguh di belakang Idris Jusoh dalam mempertahankan beliau untuk terus menerajui Negeri Terengganu. Bukan senang untuk kita melihat pimpinan-pimpinan Umno dan Barisan Nasional mengambil risiko sebegini, risiko kehilangan kesemuanya, semua yang sering disabitkan dengan mereka, projek, kontrak, komisyen, wang ehsan, kemewahan, kedudukan, juga kekuasaan! Semua pihak harus mengendurkan emosi, hormatilah proses demokrasi yang sudah berjalan, sama ada segelintir pihak dari dalam Umno dan Barisan Nasional sendiri yang bencikan Idris Jusoh, pihak lawan Umno dan Barisan Nasional iaitu sahabat pimpinan Barisan Rakyat, juga pihak istana sendiri.
Sebenarnya, sebagai orang yang berasal dari Terengganu, situasi yang berlaku sekarang adalah pelik dan boleh menjadi kes klasik. Jauh dari mahu bersifat kesukuan, jarang berlaku di Terengganu, orang Besut seperti Idris Jusoh diterima dengan sebegitu rupa dan sebulat suara untuk memimpin negeri Cik Mek Molek ini. Selamanya orang Terengganu menganggap orang Besut berdarah Kelantan, dan Besut itu sendiri adalah bukan daerah asal Terengganu, tetapi merupakan daerah jajahan yang ditakluk oleh Terengganu dalam perang Terengganu-Kelantan yang lebih terkenal dengan nama Perang Dayung Sembilan.
Kita tinggalkan bab sejarah itu dan kembali ke isu pokok. Saya tertunggu-tertunggu suara demokrat tulen dari parti yang pernah saya anggotai, juga dari pimpinan Barisan Rakyat secara keseluruhannya (saya faham jika pimpinan DAP tidak akan membuat pendirian dalam hal ini).
Bukankah dulu pimpinan Barisan Rakyat inilah yang mahu merajai demokrasi, mempelopori Malaysia Baru, mengembalikan kuasa rakyat? Bukankah pimpinan Barisan Rakyat ini juga yang sering mengutuk Suruhanjaya Pilihanraya kerana tidak demokratik, bersikap berat-sebelah, mengkritik Polis DiRaja Malaysia kerana tidak menghormati demokrasi dan jelas berpihak, menentang sekeras-sekerasnya Barisan Nasional kerana merosakkan sistem demokrasi dengan memperkudakan begitu banyak instrumen kerajaan? Hari ini pertelingkahan istana Terengganu dengan Umno dan Barisan Nasional Terengganu sedang merosakkan tiang-tiang demokrasi. Apa tindakan pimpinan Barisan Rakyat? Setakat ini saya hanya membaca kenyataan lembut dan penuh berhati-hati dari Dr. Syed Husin Ali.
Ini soal prinsip, bukan lagi soal kiblat politik. Kalau kita kata kita mendokong demokrasi, kita mesti dokonginya di mana sahaja dokongan itu diperlukan. Kenapa? Apakah kerana pimpinan Barisan Rakyat melihat yang terkena itu adalah pimpinan Barisan Nasional, lawan politik mereka, maka tidak perlulah untuk membuat apa-apa pendirian, walaupun ia berkait langsung dengan demokrasi rakyat yang diperjuangkan? Atau sudah adakah kalangan pimpinan Barisan Rakyat yang juling mata melihat kekeruhan ini sebagai peluang untuk menangguk sepuas-puasnya? Sekarang inilah mula mahu menjadi hamba-hamba rakyat yang paling setia kepada Rajanya? Mula mengulangi dogma-dogma berpatik itu wajib, Raja itu bayang Tuhan! Itukan ajaran Demang Lebar Daun yang berdosa ratusan tahun (padahal mata melirik ke arah Ahmad Said yang sudah lama terpalit rasuah, makin mudahlah nak hentam selepas ini, Anwar Ibrahim tahu kes rasuah Ahmad Said ini, Ezam pun tahu). Jadilah demokrat bermaruah, jangan kotori perjuangan suci dengan strategi-strategi yang salah, jangan sedang telunjuk kita lurus menuding ke arah orang lain, kelingking kita turut sama berkait. Kalaupun benar Barisan Nasional pernah berbuat onar terhadap Barisan Rakyat, bukanlah sesuatu yang baik untuk berniat membalas dendam, itu bukan sifat demokrat tulen. Pimpinan Umno dan Barisan Nasional Terengganu juga merupakan rakyat negara ini, dan sekarang hak mereka dalam sistem demokrasi sedang dinafikan, mereka sedang dilanda musibah, kenapa tiada pemimpin Barisan Rakyat yang bangkit membela, atas nama demokrasi! Seperti saya kata, mereka jugakan rakyat!
Kenapa isu "natang" diperbesar-besarkan? Tiada lain selain mahu membangkitkan lagi kemurkaan Sultan demi kepentingan pihak-pihak tertentu. Memang antara budaya tidak baik generasi agak berusia di Terengganu ialah apabila mereka marah, kata-kata caci-nista agak mudah terkeluar, termasuklah natang, pangang, berayok mok, setang dan lain-lain lagi. Tetapi saya ingin nasihatkan tidak perlulah pihak-pihak yang berkepentingan ini terlalu serius mengambil-kira emosi orang yang sedang marah. Bukankah Anwar Ibrahim sendiri ketika marahnya telah menganjingkan Rahim Nor, apa natijahnya? Che’gu Bard pula mengikuti political grandmasternya ini dengan menganjingkan seorang pegawai pilihanraya ketika pilihanraya umum yang lalu. Emosi marah banyak bercampur dengan pengaruh syaitan, kalau silap cara pembawakannya, semua boleh menjadi punah-ranah, pecah terbarai dan kacau bilau.
Ampunkanlah patik Tuanku, bukan niat untuk menderhaka kepada Raja sendiri, Cuma anggaplah patik ini Islam dan Tuanku juga Islam, nasihat patik adalah nasihat saudara seIslam. Biarlah demokrasi berjalan dengan caranya. Ini bukan lagi zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka yang mana Raja itulah kerajaan. Carilah seramai mungkin kawan, kurangkanlah sesedikit mungkin musuh. Masa depan bukan kita boleh jangkakan, tetapi sejarah jatuhnya kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka juga mendedahkan bahawa robeknya pertahanan empayar tersebut tidak lain kerana pengkhianatan pembesarnya sendiri, Tun Mendeliar, yang mungkin membelot bukan kerana tidak patriotik, tetapi bosan dengan gelagat Sultan Mahmud. Patik pun bukanlah ada ghairah untuk bersenda dan bermanja dengan Umno, cuma walaupun sudah tidak menganggotai mana-mana parti politik, patik masih ada jiwa besar untuk menjadi demokrat tulen.
25 Mac 2008
Wan Azizah gariskan lima isu utama sebagai ketua pembangkang baru
BeritaPresiden KeADILan, Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini kemukakan penghargaan beliau kepada pimpinan KeADILan, DAP dan PAS kerana bersetuju melantik beliau sebagai wanita pertama menyandang jawatan Ketua Pembangkang untuk Parlimen ke-12.
"Saya akan memegang amanah dan menggunakan peluang ini untuk menumpukan perhatian kepada lima isu utama yang dihadapi Malaysia dewasa ini" kata beliau.
Lima isu tersebut adalah ekonomi, perpaduan, sistem kehakiman, media dan hak asasi.
"Ekonomi Malaysia harus dipupuk untuk memastikan kadar pertumbuhan yang subur, suasana yang meyakinkan untuk pelabur, dan pengagihan adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. Dengan terus menyuarakan bantahan terhadap amalan rasuah dan pembaziran, kami akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih mantap dan bebas dari kemiskinan serta kurang ketidaksamaan sosio-ekonomi terlalu lebar."
Dari segi perpaduan, Dr. Wan Azizah menekankan pentingnya membina perpaduan tulen yang berasaskan kepelbagaian rakyat Malaysia.
"Kami akan memastikan kedudukan orang Melayu tidak terancam, dan pada masa yang sama, hak-hak dan akses kepada peluang setara untuk orang Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia akan terus dilindungi dan digalakkan."
Dr. Wan Azizah juga berkata bahawa Malaysia harus memulihkan integriti sistem kehakiman negara. "Institusi-institusi kehakiman yang boleh dipercayai untuk memberi keputusan-keputusan adil tanpa berat sebelah merupakan asas terpenting demokrasi tulen."
Isu ke-empat merangkap isu kebebasan media. "Media Malaysia mesti diberikan kebebasan yang sewajarnya untuk membuat laporan yang menyeluruh dan adil. Setiap kerajaan, di peringkat perseketuan atau negeri, mesti diawasi dengan rapi oleh media bebas dan bertanggungjawab bagi memastikan ketiadaan sebarang unsur salahguna kuasa" kata Dr. Wan Azizah.
Dalam soal hak asasi, beliau turut menegaskan bahawa pihak pembangkang akan akan terus mempertahankan hak-hak asasi manusia di Malaysia, di mana undang-undang yang menyekat kebebasan asas rakyat mesti dimansuhkan.
"Kami mendesak semua tahanan ISA, termasuk ADUN Kota Alam Shah baru M Manoharan serta empat lagi tahanan politik Hindraf di Kamunting, yang ditahan tanpa bicara mesti didakwa atau dibebaskan dengan segera" kata beliau.
Dr. Wan Azizah turut menguatkan azam beliau untuk berkhidmat kepada rakyat. "Sebagai Ketua Pembangkang Parlimen ke-12, saya akan terus berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan harapan baru untuk Malaysia serta mendukung setiap hak rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan."
SURAT JEMPUTAN
"KE ARAH SEJUTA PENONTON FILEM MALAYSIA" bertujuan mengumpulkan pandangan dan pendapat tentang bagaimana peningkatan bilangan penonton filem tempatan dapat diusahakan pertambahanya. Penambahan bilangan penonton ini sangat penting untuk menentukan survival filem Melayu dan filem tempatan dinegaranya sendiri. Dapatan dari seminar ini dijangka akan digunakan dalam melaksanakan program dan kempen jangka panjang secara agresif bagi meningkatkan apresiasi terhadap filem keluaran tempatan di negara ini.
Butir-butir seminar:
Tarikh: SABTU 29 MAC 2008
Masa: 8.30 pgi - 6.00ptg
Tempat: BALAI SENI LUKIS NEGARA
Sebanyak 9 kertas kerja akan dibentangkan oleh pengamal perfileman, sarjana, pakar bidang berkaitan, tokoh tertentu dan pihak media dalam seminar ini.
Anda dijemput menyertai seminar ini. Penyertaan adalah percuma. Sila daftar dengan menghantar email kepada:
sejutapenonton AT gmail DOT com,
atau telefon di 012-5811.481, 016-6516.032
atau fax di 03-7962 2414.
TEMPAT ADALAH TERHAD.
24 Mac 2008
Pesanan Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang
Kejatuhan kerajaan BN di PP pada PRU ke12 baru baru ini terjadi akibat kegagalan kerajaan BN menangani masalah rakyat secara umumnya. Jika rakyat bahagia di bawah kepimpinan BN, sudah tentu ianya tidak akan di gulingkan di 5 negeri dan nyaris nyaris kalah di seluruh semenanjung.
Sebagai rakyat, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan tidak mengikut rentak permainan politik puak puak tertentu. Kerajaan baru ini dilantik oleh rakyat ini bukanlah untuk selama lamanya tetapi hanya untuk tempoh 5 tahun. Kalau kerajaan pusat berhajat membuat pilihanraya lebih awal, rakyat mungkin memilih selepas 3 tahun.
Kuasa di tangan rakyat. Kita perlu memilih pemimpin yang baik dan berwawasan. Tidak guna kita pilih orang orang tertentu kerana semata mata dia orang melayu atau Islam tetapi melayu itu pada warna kulitnya dan islam itu hanyalah sekadar pada songkoknya sahaja dan perangai macam syaitan atau mencuri duit rakyat secara terang terangan.
Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada beberapa peristiwa yang berlaku selepas ke kalahan BN. Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak yang amat matang dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP dan memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus kita tauladani. Ianya mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK.
Saya amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 dan surat khabar pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua projek mega di PP kerana rakyat sudah menolak BN dan UMNO di PP. Adakah masuk di akal apabila, UMNO PP meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di PP di hentikan dan biarkan kerajaan baru PP mencari penyelesaiannya. Hari ini saya amat terkejut apabila membaca artikel di dalam Malaysiakini dimana IGP mengarahkan supaya orang ramai tidak berhimpun di Komtar dan pada sebelah petangnya tersebar berita mengatakan yang perhimpunan yang telah melibatkan hampir 2000 orang di lakukan oleh UMNO.
Orang UMNO selama hari ini kononnya berdisiplin dan senatiasa meminta permit polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kini telah menunjukkan belang mereka. Tanpa kebenaran polis dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak di PP. UMNO PP telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM. Pada penilitian saya, mujurlah pihak polis di Malaysia ini sangat professional dimana mereka telah bersikap neutral dan mengambil langkah langkah mengawal keadaan. Sebaik baiknya pihak polis mengambil tindakan keatas pemimpin UMNO ini yang dengan terang terangan melanggar undang undang negara. Undang undang tidak membezakan pesalah diri segi warna kulit atau parti politiknya.
Apakah tujuan sebenar UMNO di Pulau Pinang?Siapakah pencetus isu perkauman di PP secara khususnya. Adakah ianya di lakukan bagi menimbulkan insiden insiden di mana membolehkan perintah darurat dapat di laksanakan di PP? Jika tuan tuan menonton TV, tuan tuan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah memberi amaran terbuka kepada Lim Guan Eng supaya janagn bermain dengan isu perkauman dan hak hak orang melayu diPP. Apa yang di cakap oleh Pak Lah ini masuk di akal atau tidak? Guan Eng cuma menjelaskan bahawa selepas ini kerajaan PP akan melaksanakan tender terbuka dan tidak lagi melakukan "direct nego" sepertimana yang di amalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Mengapa Pak Lah mengaitkan kenyataan ini dengan hak hak orang melayu? Dari pengamatan saya, Pak Lah telah menimbulkan isu perkauman dan bukan Lim Guan Eng. Kenyataan Pak Lah di sambut oleh UMNO PP. Kalau perkhidmatan bas dihentikan, tentunya rakyat akan sengsara dan memberontak. Inikah niat UMNO PP atau Pak Lah sendiri. Jika ada pemberontakan, keseluruhan Negara akan terjejas dan bukan sahaja di PP.
Apakah yang ada dalam kepala otak pemimpin UMNO PP ini? Adakah Pak lah dan UMNO PP mahu menimbulkan keadaan dimana kerajaan pusat boleh mengumumkan “perintah darurat” di PP dan lepas itu kerajaan akan di ambil oleh kerajaan sementara. Saya juga terkejut apabila mendapati Orang Melayu juga membuat perarakan yang sama di Selangor. Ini memberi gambaran bahawa perkara ini di lakukan dengan perancangan rapi dari pihak atasan. Wahai bangsa ku di Pulau Pinang, saya pinta: Gunakanlah kekuatan akal fikiran kita sebelum membuat sesuatu tindakan. Janganlah cepat melatah.
"Pikiak jauh sikit".Jangan bagi malu bangsa kita ini. Kita kena tunjuk yang kita ini mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan setanding dengan masyarakat maju di dunia ini. Rakyat PP ini tak sama dengan rakyat di negeri lain. Di dalam darah kita ada darah pelbagai keturunan Arab, Turki, India, hindustani, eropah dll. Kita sepatutnya lebih celik dan lebih intelek lagi. Saya pinta semua rakyat merenung sejenak dan memikir sejauh mana BN telah menolong rakyat. Memang menjadi tanggungjawab mana mana kerajaan membina hospital, sekolah, longkang, jalan dan sebagainya. Itu fakta yang kina kena faham. Kalau kerajaan BN tak bina semua ini, sudah tentu rakyat dah lama buang depa. Selama ini rakyat menerima depa kerana pada fikiran rakyat politik perkauman itu penting bagi memastikan orang melayu tidak di pinggirkan. Realitinya, politik perkauman merugikan negara dan banyak pihak dan hanya menguntungkan sebilangan kecial orang orang UMNO yang mempunyai kuasa dan kedudukan .Kalau BN benar benar bagus, mengapa rakyat menolak BN di PRU ke 12.
Saya ingin bertanya kepada rakyat PP yang telah mengambil bahagian di demonstrasi haram di Komtar pada hari ini . Kerajaan yang di bentuk ini baru berumur 1 minggu. Sudahkah rakyat di tindas? Adakah hak hak orang orang kita telah di nafikan? Belum apa apa lagi kita dah melatah. Sebenarnya siapa yang melatah dan tak senang duduk sehingga menggerakkan rakyat yang tak tau hujung pangkal dengan mengadakan perhimpunan haram di PP?
Ini adalah orang orang yang menjadi kaya raya dengan duit rakyat di PP selama ini. Dengan UMNO mereka mendapat projek merata rata. Mereka mendapat projek bukan diatas kekuatan teknikal atau mental. Projek projek mereka semuanya ada kaitan dengan politik UMNO - “aku bagi hang projek, hang jangan lupa aku”. Projek ini memperkayakan orang orang tertentu dan bukan semua orang melayu.
Saya ambil contoh Dato Amin Shah yang kini telah muflis. Orang yang tidak ada pengalaman di dalam pembinaan perkapalan telah di beri kontrak hampir 5 billion ringgit untuk membina 6 buah kapal perang secara rundingan terus. Tidak perlu ada tender. Dimana kapal kapal ini hari ini? Setelah lewat lebih dari 8 tahun, apa yang sudah jadi dengan kapal kapal ini.
Sedarkah tuan tuan hari ini sebuah berada di tengah laut, satu masih lagi tidak di terima oleh pihak TLDM (tapi di paksa terima) dan kini berada di limbungan lumut kerana gagal mengikuti spesikasi. Yang 4 lagi kat mana? Bayang pun tak dak? Habuk besi pun tak dak? Tahukah tuan tuan bahawasanya semua duit berkaitan projek ini dah habis di bayar. Mana pi duit ini semua? Mana kapai?
Sebenarnya kalau kita tempah kapal ini di luar negara secara terus, harganya di 1/3 dari harga 5 billion dan ianya dah lama siap dah. TLDM hari ini dapat memantau laut PP dengan lebih selamat. Mana perginya duit duit ini? Saya minta tuan tuan fikirkan sendiri. Tahukah tuan tuan dengan 5 billion berapa banyak rumah dapat di sediakan untuk rakyat, berapa banyak monorel dapat di buat di PP – rakyat tak payah sangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Duit ini duit siapa – duit rakyat dimana duit ini digunakan untuk memperkayakan orang orang tertentu. Begitu juga dengan projek PORR dan projek jambatan Pulau Pinang yang kedua. Ke semua ini tiada tender. Kalau di buat tender harganya jauh lebih murah. Duit selebihnya boleh digunakan untuk rakyat. Mengapa duit rakyat hendak digunakan untuk memperkayakan orang tertentu.
Saya minta tuan tuan berfikir sejenak dari segi sejarah. Sejak 1800, PP and Singapura di jajah oleh British. Dua duanya pulau. Kedua dua pulau ini di gunakan bagi tujuan yang sama iaitu untuk perdagangan bebas dan mengekspot hasil bumi dari Semenanjung. Rakyat pun sama. Kebanyakannya pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Waktu Merdeka, PP dan Singapura sama tarafnya. Hari ini dimana Singapura dan di mana Pulau Pinang? Bagi rakyat PP yang tidak pernah sampai ke Singapura, cuba pergi tengok rumah mereka, pangsapuri mereka, jalanraya mereka, taraf ekonomi mereka. Baru baru ini saya menaiki MRT dari Orchard Road sampai ke Changi…jauh tu bang oi.. bayar S$0.70 sen.
Pergi tengok berapa bersih dan luasnya flat mereka. Hidu sendiri udara mereka dan nikmati kebersihannya. Pokok menghijau di merata rata dan Kerajaan Singapura hari ini ingin menjadikan Pulau Singapura sebagai sebuah Pulau yang berkonsepkan terusan air di merata rata. Mengapa Singapura boleh melonjak jauh kedepan walaupun minyak tak ada, air pun tak ada, hasil bumi pun tak ada. Asasnya mereka tahu mencari dan menguruskan wang dengan telus. Pergi tengok Sungai Singapura dan bandingkan dengan Sungai Pinang. Hari ini, orang Singapura boleh terjun dan mandi dalam Sungai Singapura. Di Pulau Pinang, hampir semua sungai dah di jadikan longkang. Sungai pun dah nak pupus dan di gantikan dengan longkangs. Pergi tanya rakyat Singapura adakah mereka menganggap kerajaan mereka itu kuat makan rasuah. Jawapannya tidak.
Pemimpin UMNO Pulau Pinang hari ini bukanya fikirkan hal dan kepentingan rakyat. Mereka pentingkan hak peribadi mereka. Mereka takut rahsia rahsia mereka terbongkar. Mereka takut kekayaan mereka di siasat. Dari 1000 orang Melayu di PP yang kaya berapa kerat ja yang betul betul kaya? Yang kaya kepala kepala UMNO yang duduk diatas . Kerana takut mereka melaga laga kan rakyat? Kalau benar DEB itu berjaya habis kenapa sampai la ni pun tak selesai selesai! Patut dah habis pada tahun 1991. Kalau BN tu bagus sangat, kenapa DEB tak selesai sampai hari ini. Adakah inaya tidak dapat diselesaikan atau sengaja tak nak di selesaikan? Jadi rakyat , saya pinta janganlah cepat melatah.
Orang Melayu kena fikir secara rasional. Mungkin kerajaan baru ini mempunyai kaedah kaedah yang lebih baik dari DEB. Bagi lah depa peluang untuk buka langkah. Ini belum apa apa lagi dah buat demonstrasi haram di jalanan. Kita tengok. Kalau depa tak boleh buat untuk kita macam depa dok janjikan kita buang mereka 5 tahun lagi. Apa kita nak takut. Biar kita tengok sejauh mana kebolehan mereka. Biar kita tengok dulu apa yang mereka janji tu mereka boleh buat tak. Jangan melatah.Tak rugi mana pun.. tak lama mana pun.. itulah kuasa rakyat.. rakyat boleh mengakkan kerajaan dan rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan.
Akhir kata, saya pinta Rakyat semua di seluruh negara terutama orang melayu di PP tanpa mengira latar belakang politik kita. Kita harus pentingkan negara dari pentingkan UMNO. Marilah kita bersama sama bekerjasama memastikan kerajaan yang kita lantik ini berjalan lurus dan bersih dan berkhidmat untuk kita. Hari ini ada perimbangan kuasa. Ianya bagus untuk rakyat. Peluang untuk menyalahguna kuasa dan wang kini agak sukar. Jadi duit lebihan ini akan di belanjankan untuk rakyat. Ianya bagus untuk rakyat dan bukan untuk pencuri duit negara. Kalau depa tak buat kerja yang kita harapkan untuk 5 tahun akan datang, kita akan buat pertimbangan semula pada PRU ke 13. Fikirkan apa yang saya kata. Kita orang melayu harus menunjukkan kematangan dari segi IQ dan EQ. Kenalah tunjuk pandai sikit. Jangan cepat melatah.
originally posted by Raja Petra Kamaruddin in m2day
22 Mac 2008
Perpaduan Melayu? Jangan khayal! Jangan mimpi! - Suhaimi Said
eseiSaya adalah Orang Melayu, dan saya bangga menjadi Orang Melayu. Saya adalah warga negara Malaysia dan saya bangga menjadi Orang Malaysia, dan saya adalah seorang Muslim dan saya bersyukur kerana saya adalah seorang Islam.
Saya adalah anak kampong, bapa saya dan ibu saya adalah penoreh getah dan penanam padi, dengan pendapatan bulanan yang tidak mencukupi untuk keperluan keluarga dan persekolahan saya, abang dan adik saya. Kehidupan saya dan keluarga saya cukup dhaif. Saya dapat saksikan anak-anak Orang Berada dari kaum Melayu di Sekolah saya mendapat bantuan persekolahan, dan Guru Besar memberikan semangat kepada saya bahawa jika saya berjaya mengekalkan tempat dari nombor satu hingga nombor sepuluh didalam ujian bulanan dan didalam perperiksaan hujung tahun, saya akan diberi bantuan persekolahan kerana Sekolah sendiri akan membuatkan permohonanan.
Saya tidaklah cerdik sangat dan tidaklah bodoh sangat, tetapi didalam darjah, saya sentiasa dapat mengekalkan kedudukan dari nombor satu dan jatuh-jatuh pun nombor 5 atau 6. Tapi sehingga saya tamat Tingkatan 5, saya tidak pernah memperolehi apa-apa bantuan, dan anak-anak Orang Kaya Melayu yang jauh lebih "tidak cerdik" dari saya dapat bantuan.
Anak Orang Miskin, cerdik macam mana sekalipun, sukar mendapat menfaat daripada Hak Keistimewaan. Kedudukan saya samalah juga dengan anak-anak Orang India didalam kelas saya, mereka pun tak dapat apa-apa bantuan, walhal mereka itu beribu-bapakan pekerja-pekerja estet yang sama susah dengan ibu-bapa saya. Ada anak dari seorang Bendahari UMNO cawangan juga tidak mendapat apa-apa bantuan dan ayahnya itu, walaupun menyokong UMNO, tapi adalah dari golongan Orang Miskin juga.
Di atas usaha saya sendiri dengan menoreh getah, mengambil upah mengecat rumah, dan pekerja bertukang di bawah seorang sub-kontraktor, dan belajar bersendirian, akhirnya saya masuk Maktab Mara, dan setelah lulus disana saya bekerja di Jabatan Perdana Menteri dan diberi peluang bekerja sebagai PA kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri pertama. Kemudian ditukarkan ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hj Abdul Razak Hussain.
Siang saya bekerja di pejabat, dan malam saya belajar bersendirian, dan saya lulus dengan cemerlang HSC (Higher School Certificate). Dengan kelulusan itu saya mohon memasukki Universiti Malaya, dan oleh kerana sudah ada cop "Jabatan Perdana Menteri" saya ditawarkan Biasiswa Kerajaan Negeri Selangor. Hampir setahun di Universiti Malaya, saya mendapat tempat belajar di Lincoln's Inn, London di bidang Undang-Undang dan di atas cop pernah bertugas di Jabatan Perdana Menteri dan satu panggilan talipon dari YB Datuk Michael Chen, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, saya ditawarkan biasiswa Persekutuan.
Amalan pada waktu itu bukanlah kualiti diri sendiri tetapi "siapa yang menolong kita dari belakang". Walaupun saya mendapat faedah tetapi hati kecil saya tetap memberontak mengatakan "tidak adil" dengan sistem itu. Sejak dari Maktab Mara lagi saya sudah menjadi anggota Parti Rakyat Malaya yang pada waktu itu dipimin oleh Kassim Ahmad selaku Pengerusi dan Syed Husin Ali sebagai Setiausaha Agung. Syed Husin Alilah yang mengajar saya ilmu politik, dan disetiap hujung minggu saya akan mengikutinya untuk kusus-kursus politik ke merata tempat di Semenanjung.
Saya lihat ramai Orang Melayu miskin khususnya di luar bandar walaupun yang pemerintah semuanya Melayu. Perdana Menteri Melayu, Timbalan Perdana Menteri Melayu, Menteri-Menteri Melayu, Menteri-Menteri Besar Melayu, D.O-D.O Melayu, Penolong-Penolong Pegawai Daerah Melayu, Tok-Tok Penghulu Melayu, Jabatan-Jabatan Kerajaan dipenuhi Melayu, dan yang menjadi pemerintah semuanya Melayu.
Hanya beza antara Melayu golongan pemerintah ini adalah mereka itu kaya dan senang senang dan tidak ada persamaan langsung dengan Melayu yang menjadi petani, nelayan, askar, polis, pekerja kilang dan kakitangan kerajaan yang rendah.
UMNO itu adalah parti Melayu, tetapi apabila dihalusi pemimpin-pemimpinnya hanya membuncitkan perut sendiri, habis daging diperkosa, ambillah tulang kepada hamba rakyat Melayu. Ini menyedarkan saya dari segi pegangan hidup, dan justeru kerana itu saya sentiasa memihak kepada orang bawahan walaupun saya menjadi ahli UMNO buat beberapa ketika.
Bagi saya seruan Melayu Bersatu adalah tin kosong kerana kepentingan Orang Melayu itu tak sama. Ada Orang Melayu yang mepunyai segala-gala, sampai ke cucu-cicit tak akan habis, dan ada Orang Melayu yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada juga Melayu yang didalam kategori itu yang berbangga kerana ujudnya beberapa orang Jutawan Melayu yang kebanyakannya daripada golongan kroni dan pemegang amanah kepada Menteri-Menteri, mereka kagum kerana ada Orang Melayu telah berjaya menjadi jutawan.
Golongan yang berbangga tak tentu fasal itulah yang menjadi ahli UMNO, menghidupkan UMNO, mereka berusaha menghancurkan PAS, orangnya dan organisasinya, kononnya PAS itu musuh Melayu dan PAS itu menentang Orang Melayu dan PAS itu mengajar ilmu sesat.
PAS bukan tidak pernah cuba bergabung dengan UMNO, tetapi gabungan itu hanya berlaku selepas Mei 13, bilamana UMNO lemah dan lemas, tetapi apabila UMNO itu kuat kembali mereka lebih mempercayai MCA dan MIC, dan PAS hanya menjadi melukut ditepi gantang.
Saya memilih jalan perjuangan, golongan terbesar Orang Melayu mempunyai kepentingan yang sama dengan golongan terbesar Orang Cina, India, Orang Asli, Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak, perjuangan ini adalah yang lohor dan boleh mengsetabilkan negara di atas perpaduan rakyat Malaysia, dan tidak berkhayal di atas nama kaum yang telah saya saksikan bahawa Orang Kaya dari satu kaum itu menelan Orang Miskin dalam kaum yang sama. Jangan bermimpi dan jangan berkhayal.
21 Mac 2008
Khabonye: Undi Pos bantu Nazri Aziz
Kolum Khabonye ... Ada sumber menyatakan Pak Lah tidak lantik Rafidah Aziz menjadi sebahagian anggota kabinetnya kerana khuatir Rafidah akan kalah dalam prosiding 'tidak sign borang penamaan calon' yang lepas. Maka dengan ini lebih baik Pak Lah menghindari daripada terkena tempiasnya. Kita dapat lihat zaman kejatuhan Rafidah baru bermula dan dengan saat ini diharap agar ada pihak mengambil tindakan terhadap penyalah gunaan AP.
Satu lagi cerita yang hangat diperkatakan adalah calon dari kawasan Lubok Merbau, Perak, Datuk Jamal Nasir bertelagah dengan org kampung sebelum pilihan raya; dengan nada riak "potong leher kalau datuk kalah"... mana tak masuk ICU bila kalah. Semasa pengiraan undi Jamal Nasir telah mendahului calon PAS Hj Zainuddin dengan kelebihan 15 undian. Disebabkan ketamakan dan tidak puas hati, Jamal Nasir meminta bantauan dari undi pos... dengan kuasa Allah jatuh terduduk Jamal Nasir dengan kekalahan 77 undi. Dengan ini terpaksa Pak Lah tapis SPR lepas ni - sumber dari counting dan polling agent Lubok Merbau.
Kalau korang nak tau lagi, Nazri Aziz (Adun Cenderoh) telah kalah teruk dan disebabkan pertolongan undi pos beliau telah memenagi undian lebih dari 1000 undian, dan biler ada yg mengadu hal tentang syarikat yg sponsor atau siapa penyokong fanatik PAS dengan selamba Nazri menyatakan: "Berbaik baiklah miker dengan org PAS". Ini sumber dari beberapa orang kontraktor Padang Rengas.
Islam Sekular UMNO akan lenyap tidak lama lagi
Aku tertarik bila wartawan bertanya kepada Tuan Guru Nik Aziz apakah pandangan tentang kabinet baru Pak Lah. Dengan penuh semangat beliau jawab, "Islam Sekular UMNO akan lenyap tidak lama lagi", takbir....Allahuakbar.
UMNO akan hantar perisik
"Ada maklumat yang sahih dan tak sahih, ada kata begini dan ada yang kata begitu. Sebab itu kita hantar kumpulan perisik kita sendiri bagi memeriksa keadaan di bawah," katanya selepas
merasmikan sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutuan di sini, semalam."
Potongan dua para di atas dipetik dari Berita Harian, ungkapan seperti di atas adalah daripada Tengku Adnan (correct, correct, correct): Mak ai banyaknya duit PAS DAP PKR nak bagi jutaan ringgit dalam membeli wakil-wakil BN. Perkataan 'jutaan ringgit' ini sesuai untuk BN dalam membentuk kerajaan negeri untuk negeri Perak.
Daripada sumber yang boleh dipercayai wakil daripada BN telah mencanang dan cuba menyuap beberapa wakil rakyat BA, dipecayai untuk membeli kerusi DUN di negeri tersebut dengan nilai suapan bermula RM1 juta dan up sebanyak RM5 juta. Siapa yang nak beli siapa sekarang ni.
Seperti yang kita tahu, ahli politik di Sabah dan Sarawak masuk BN kerana parti itu kukuh dan harmoni(itu 10 tahun lepas), dan manifestonya betul2 ingin memberi peluang dari segi ekonomi,infrastruktur dan kebajikan ahli. Tapi apa yg berlaku di Semenanjung sedikit sebanyak mengoyangkan sokongan mereka terhadap BN. Kalaulah pilihanraya dulu di Semenanjung yang kemungkinan BA berpeluang cerah mentadbir Malaysia dan BN jadi pembangkang.
Di Sabah dan Sarawak lompat parti ni perkara biasa. Aku ingat lagi Pairing Kitingan, Bernand Dompok, berapa banyak parti dia dah masuk (masatue aku baru 15 thn) dan beberapa ahli politik sekitar sabah dan sarawak semuanya geng Ibrahim Ali, geng lompat (sekarang dia dah ok) mereka ini bukan lalang tapi cuba menumpang tuah untuk pembangunan negeri.
19 Mac 2008
Kenyataan Bersama oleh DSAI, YB Lim Kit Siang & YB Ustaz Abdul Hadi Awang
kenyataanAdalah diumumkan bahawa kami Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Ustaz Abdul Hadi Awang pagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dalam satu pertemuan pada malam 18 Mac 2008 bahawa hasrat rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini perlulah dihormati dan dilaksanakan oleh kami dan parti-parti kami.
Kami bersetuju bahawa kerjasama yang lebih erat perlu dipertimbangkan dengan serius dengan mengambil kira hasrat rakyat untuk mewujudkan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang baru dan boleh membawa perubahan-perubahan besar kepada rakyat.
Kami juga bersetuju mencadangkan YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, iaitu parti pembangkang terbesar di Parlimen ke-12, sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baru, sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen
Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Ustaz Abdul Hadi Awang
18 Mac 2008
Senarai lengkap menteri, timbalan
Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak
Senarai lengkap barisan kabinet
Jabatan Perdana Menteri
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S.K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek
Kementerian Dalam Negeri
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)
Kementerian Kewangan
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha
Kementerian Pengangkutan
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman
Kementerian Kerja Raya
Menteri : Datuk Ir Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A. Kohilan Pillay (senator)
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat
Kementerian Pelajaran
Menteri : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail
Kementerian Penerangan
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Menteri : Datuk Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon
Kementerian Sumber Manusia
Menteri : Datuk Dr S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin
Kementerian Pertahanan
Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun
Kementerian Luar Negeri
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng
Kementerian Kesihatan
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon
Kementerian Pelancongan
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri : Datuk Seri Zulhasnan Rafique
Timbalan : Datuk M. Saravanan
Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Idris Haron
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan : Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh
IKS di'serang' di Perak?
Pengusaha IKS ini termasuklah Syarikat Minyak Afiat yang terkenal.
Tindakan 'menyerang' ini dilakukan berikutan kekalahan mengejut BN di negeri ini.
Perak merupakan juga salah sebuah negeri yang berjaya ditawan oleh Barisan Rakyat (BR). BR mendapat 31 buah kerusi, 18 DAP, 7 PKR, 6 PAS untuk membolehkan mereka menubuhkan kerajaan campuran dengan junlah majoriti mudah berbanding BN yang mendapat 28 buah kerusi.
Pada tengah hari 17/3/08 Ir Mh Nizar Jamaludin Adun Pasir Panjang dari PAS telah mengangkat sumpah untuk jawatan MB perak yang baru. Ini menjadikan Perak negeri ketiga terakhir mengangkat sumpah sebelum kerajaan negeri Perlis dan Terengganu yang dikuasai BN.
Menurut suatu sumber dari syarikat tersebut, dikatakan terdapatnya wakil rakyat dari BN menyatakan ketidak puasan hati terhadap syarikat tersebut akibat penajaan yang dilakukan mereka.
Menurut kata sumber itu lagi,"itulah cara orang yang tidak mendapat terima kekalahan."
17 Mac 2008
Ku Li gesa Umno adakan perhimpunan khas
Gesaan itu dinyatakan dalam bentuk surat sejumlah dua halaman dan bertarikh 12 Mac yang dihantar kepada kesemua 193 ketua bahagian Umno di seluru negara. Tengku Razaleigh (Ku Leigh) yang juga bekas menteri kewangan itu menggesa mereka supaya meminta diadakan mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei depan ekoran kekalahan teruk Umno pada 8 Mac lalu.
Pemuda Umno Johor pula mahu perhimpunan khas diadakan sebelum perhimpunan agung Umno yang dijangka pada Ogos depan, memandangkan keadaan akar umbi yang kini bergolak.
Pengerusi Tugas-Tugas Khas Pemuda Umno Johor, Suhaimi Khalid berkata, perhimpunan khas Umno hendaklah diadakan segera bagi membincangkan masalah dan pertikaian pendapat yang timbul dalam parti ekoran tsunami politik dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. - malaysiakini.com
16 Mac 2008
Perlantikan MB baru Perak buktikan bahawa kita bebas dari belenggu perkauman
Di dalam prestasi Pak Lah mula dipersoal ramai pihak, perlantikan MB baru Perak dilihat sebagai medan menguji kita sebagai rakyat Malaysia tentang politik tanpa berorientasikan kaum. Berikut merupakan pendapat sebilangan kecil rakyat, tentang MB Perak dari PAS, keputusan PRU12, adakah harus Pak Lah letak jawatan dan lain-lain isu politik semasa yang berlaku di negara ini.
Komen anda tentang PRU12
Umpunk: 'OVERCONFIDENCE', itulah sebab paling utama kenapa BN kalah teruk kali ni.
Pak Lah baru jadi PM satu penggal, tapi apa yang masyarakat Malaysia ingat selama 4 tahun ni? Minyak naik, harga barang naik, tol naik, tak pernah-pernah ada demonstrasi (selain reformasi Anwar, tp tu citer lain) yang meluahkan protes rakyat, tiba-tiba ada BERSIH, HINDRAF, Walk for Justice, Human Rights Day Walk [dll]. Rakyat jadi susah hati, duit habis bayar minyak dan barang-barang keperluan padahal jumlah belian tidak sebanyak sebelum harga naik. Rakyat jadi takut, sebab kerap sangat ada perhimpunan, nak keluar rumah bimbang keselamatan terancam.
Ada satu ketika negeri-negeri ditimpa banjir besar-besaran, Pak Lah tak jenguk rakyat immediately, pasal dia kat luar negara tengah bercuti. Masa sambutan kemerdekaan ke-50, ada kereta berhias mewakili setiap PM dan sumbangan mereka kepada negara. Pak Lah sumbang apa? Islam Hadhari? Kalau dia betul-betul sedar setakat mana sumbangannya terhadap negara (sedar seperti rakyat M’sia juga), dia dah suruh batalkan kereta berhias untuk dia tu, pasal sumbangan tak cukup banyak lagi. Koridor, program angkasawan, dia sekadar meneruskan apa yang Dr. M dah buat dulu.
Kemenangan tradisi selama 50 tahun telah menyebabkan BN yakin boleh menang, dan Pak Lah ingat kesinambungan sokongan rakyat akan diteruskan kepada dia juga selepas Dr.M. Tapi dia dah silap besar sangat, sebab rakyat akan lebih meneliti apa dia buat dalam membangunkan negara, semuanya gara-gara kejayaan Dr. M menerajui negara selama lebih 20 tahun. Kegagalan untuk menunjukkan walau sedikit kejayaan itu membuktikan Pak Lah, if not better ,not even at par dengan Dr.M. Hakikatnya,itulah yang terjadi. There is nothing that Pak Lah can successfully call his own.
Keputusan PRU12 adalah bukti yang rakyat M’sia [ingin] balas dendam pada kerajaan [yang] memerintah. Kali ini, rakyat yang tak pernah keluar mengundi, telah keluar untuk protes dengan mengundi BA. Dan pengundi kali ini disertai generasi baru iaitu generasi muda M’sia yang lebih berfikiran terbuka, iaitu, they are more willing to give a chance to the greenhorns to prove what they can do.
Ada pendapat mengatakan pengundi telah mengundi mengikut perasaan, telah dipengaruhi manifesto pembangkang dll. Saya tak rasa itu satu faktor yang begitu besar hingga dapat mempengaruhi undian rakyat. Saya rasa pengundi dah bosan dengan kerajaan yang syok sendiri, and needs a wake up call. Jadi itulah yang diberikan rakyat, satu tamparan hebat untuk mengejutkan kerajaan memerintah agar bangun dan bekerja kuat untuk rakyat. Untuk tidak take for granted sokongan rakyat selama ni.
Semua ni terjadi gara2 'overconfident', itu je. Biasa la tu, orang bila dah lama sangat duduk kat atas, dia lupa yang dia boleh jatuh bawah. Dia ingat dia kebal. Padahal tak kebal pun, jatuh tergolek2.
Tentang politik di Perak dan wajarkah Ir Nizar jadi MB Perak
Azura: Saya rasa mana-mana pemerintah same je. Yang penting pihak kerajaan dan pembangkang bagi kerjasama untuk membangunkan Perak tu. Tak bermakna bila parti pembangkang menang Perak tak membangun. Kita kena fikir positif: untuk melihat Malaysia ni terus maju, bukan hancur pada masa akan datang kerana sikap pemerintah tu sendiri.
Suhaimi Said: Tak usah soal, kita terima saja samada dari PAS atau PKR atau DAP. Yang penting mereka bekerja untuk rakyat, adil, jujur, telus dan bertanggungjawab, tidak ada kroni dan tidak rasuah.
Pelanuk: Perkara yg penting ialah siapakah yg menerima sokongan majoriti adun -- dan secara tak langsung, majoriti warga Perak. Eloklah DAP-PKR-PAS berunding dgn hati terbuka, mengambil kira sentimen dan kekhuatiran rakyat Perak, dan mencapai kata sepakat. Jika ada syarat di dalam perlembagaan negeri Perak, ia perlu dipatuhi. Perbalahan ini perlu dihentikan dengan segera. Sekiranya tidak, pastilah rakyat negeri
Perak akan menyimpan dalam hati dan akan mengingatinya menjelang PRU13!
Dupa Cendana: Perak adalah medan ujian buat kita, rakyat Malaysia untuk membuktikan yang kita sudah bebas dari belenggu perkauman dan bersikap oportunis atas kelemahan antara majoriti-minoriti. Ini ujian sebagai Bangsa Malaysia. Ujian pentadbiran negara yang mendokong Islam. Ujian bagi pernyataan bahawa rakyat Malaysia secara umumnya bersatu dan berpadu.
Pak Lah letak jawatan
Dupa Cendana: Harus atau tidak, sepatutnya diputuskan oleh empunya diri dan parti yang mendokongnya. Yang jelas rakyat sudah memberikan isyarat yang jelas frekuensinya. Seseorang perlu bertanggungjawab untuk kekalahan ini, dan dalam segala hal, ketua segala ketua yang sepatutnya menanggung beban. Siapa yang mahu jatuh dari tangga kuasa? Kuasa adalah nikmat yang paling mempersonakan.
Siapa Yang Patut Ganti Pak Lah?
Dupa Cendana: Sesiapa sahaja yang sanggup dan insaf bahawa dia berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara. Sesiapa sahaja yang sanggup untuk tidak menggadaikan kepentingan rakyat untuk apa sekalipun. Sesiapa sahaja yang roh dan jasadnya tahan uji.
Sesiapa sahaja dalam Umno, PAS, dan Keadilan.
Tentang Kelantan?
Umpunk: BN terlalu menumpukan perhatian kepada isu penaklukan ke atas Terengganu dan Kelantan, hingga terlupa bahawa negeri-negeri lain juga sama penting dengan kedua-dua negeri tersebut.BN terlepas pandang negeri-negeri lain. Jadi mereka protes. Sibuk-sibuk rancang Awang Adek jadi Menteri Besar Kelantan bila BN menang, padahal belum tentu kemenangan di pihak mereka. Sibuk-sibuk ketengahkan 3 calon untuk ganti Tsu Koon jadi Ketua menteri P.Pinang, akhirnya DAP yang ambil alih Pulau Mutiara tu.
Dupa Cendana: Kita perlu bertanya, bersediakah kita untuk wajah politik tanpa Tuan Guru Nik Aziz dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bila mereka dijemput Allah, kita yang tinggal ini bagaimana rupa bentuknya?
PENDIRIAN KeADILan TERHADAP DEB JELAS DAN TEGAS
15 Mac 2008
kenyataanParti Keadilan Rakyat (KeADILan) mempunyai pendirian yang jelas dan tegas terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Umum keADILan, Anwar Ibrahim dalam sebuah artikel 20 halaman dan diterangkannya melalui beberapa kenyataan serta ceramah umum, dan ditegaskan dalam beberapa dokumen Parti, termasuk Manifesto Pilihanraya, kami berhasrat untuk menggantikan DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia.
Selepas dilaksanakan hampir 40 tahun, DEB ternyata sudah ketinggalan zaman. Ia disalahgunakan oleh segelintir pemimpin Umno-Bn serta kroni-kroni mereka untuk merompak kekayaan negara bagi mengkayakan diri sendiri atas nama seluruh rakyat Melayu. Ia telah mengakibatkan amalan diskriminasi kaum, bertentangan dengan semangat memberi keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia, terutama sekali mereka dari golongan miskin, terpinggir dan terbiar dari semua kaum.
Agenda Ekonomi Malaysia berhasrat untuk: (a) memperkenal dan melaksanakan dasar pembahagian kekayaan negara yang adil, seimbang serta saksama; (b) memerangi dan akhirnya membenteras amalan jijik korupsi, kronisme serta nepotisme dan memastikan pemberian kontrak serta projek dilakukan secara terbuka dan telus; (c) meneruskan dasar memberi pertolongan kepada golongan Bumiputera yang miskin serta terbiar tetapi pada masa yang sama memberi peluang yang sejajar kepada golongan bukan Bumiputra yang miskin, terpinggir serta terbiar, atas asas keperluan dan bukan kemakan kaum; (d) menggunakan sumber kekayaan negara untuk menyediakan kemudahan sosial yang lebih baik – terutama pendidikan, kesihatan dan perumahan – untuk golongan miskin dan susah tanpa mengira latarbelakang kaum; dan (e) menjana pembangunan yang menguntungkan rakya serta membina kapasiti bersaing supaya Malaysia dapat berdiri sama tinggi dengan semua negara maju, bermula dengan yang di Asia.
Pemimpin-pemimpin Umno-Bn dan media mereka kuasai yang menuduh kononnya Parti Keadilan Rakyat tidak mempunyai pendirian terhadap DEB dan cara-cara untuk mempertingkat taraf hidup orang Melayu yang miskin, terpinggir dan tercicir sebenarnya berdusta dan segaja cuba hendak menipu dan menyelewengkan perhatian rakyat. Kami menegaskan dasar memberi keutamaan untuk kebajikan golongan miskin, terpinggir akan lebih banyak memberikan keuntungan kepada rakyat Melayu, kerana merekalah yang merupakan majoriti paling ramai di dalam categori ini.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden, keADILan
15hb Mac 2008
13 Mac 2008
Angkat sumpah MB Perak batal lagi kerana salah faham
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang ketika dihubungi Siasah mengesahkan perkara ini dan majlis yang sepatutnya berlangsung jam 4 petang ini (13 Mac) terpaksa ditangguhkan.
PKR salah faham apabila menyangka mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam kerajaan Perak, padahal persetujuan yang dicapai adalah DAP akan mendapat 6 kerusi, PKR 3 dan PAS satu di samping MB.
Taburan ini adalah berdasarkan bilangan Adun masing-masing dalam kerajaan bersama itu iaitu DAP mempunyai 18 anggota, PKR 7 dan PAS 6.
"Persetujuan ini dicapai semalam antara DAP dan PAS selepas mereka dipanggil oleh Raja Muda Perak, namun tidak dipanggil PKR kerana ketika itu PKR tidak terlibat membantah," kata Ahmad Awang.
Hari ini, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali membuat kenyataan tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan negeri Perak itu.
Pagi tadi, rombongan tujuh Adun PKR di Perak menemui Penasihat Undang-undang dan seterusnya mengadap Raja Muda Perak menyatakan bantahan mereka.
Ketika dihubungi Siasah, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua memaklumkan bantahan itu dibuat kerana PKR seolah-olah tidak ada sebarang kerusi dalam kerajaan Perak yang baru itu.
Namun beliau mengaku taburan 6:3:1 dalam Exco yang baru beliau ketahui itu adalah taburan yang sangat sesuai dan boleh diterima.
‘Jangan mainkan isu perkauman’
Tiga orang "suara rakyat" kali ini menggambarkan tentang ada pihak yang cuba bermain-main dengan isu perkauman. Tatkala rakyat Perak cuba mencari kesefahaman antara parti politik pembangkang, ada pihak yang dilihat menangguk di air yang keruh.
Bagaimana anda semua melihat PRU 12 kali ini?
Pemerhati politik: Ini keputusan rakyat. Dan rakyat gembira dgn keputusan ini sebab itulah yang mereka mahu, kerajaan pusat dari BN tetapi pembangkang yang kuat agar kerajaan tidak sombong dan melakukan sesuatu tanpa kajian yang mendalam. Kerajaan pusat, BN, akan lebih berhati2 dan berhemah, maka rakyatlah yang untung akhirnya.
Ahli PAS seumur hidup: Syukur kepada Allah kerana telah meperkenankan permintaan dalam solat hajat untuk menuntut keadilan di Malaysia. Apa yang dapat dilihat BN terlalu menumpukan sebelah Pantai Timur dengan perlaburan yang berbilion ringgit sehingga melupakan ahli-ahli BN di sebelah Utara dan Barat,Selatan dll. Dari skop pemilihan calon kita dpt lihat Pak Lah dan Khairi Jamaluddin cuba menghapuskan bayang Mahathir dan dalam masa yang sama pengaruh Najib sikit sebanyak dikurangkan.
Kalau kita lihat pemlihan calon dari BN bukan dari jawatan tertinggi dalam Umno. KJ meletakan kroninya untuk memudahkan menjawat jawatan tertinggi dalam UMNO, di situ kelemahan paling ketara dimana Pak Lah mempetaruhkan statusnya semata-mata utk menjaga hati menantunya. Apa ada pada Abdul Azeez sehingga dicalonkan dan beberapa kroni yang lain apa kelayakan mereka dalam politik UMNO.
Kita lupakan isu UMNO dan kroni-kroninya. MIC tengah bergolak, MCA pun sama begitu juga dengan GERAKAN. Kesemua tengah bergolak dengan isu HINDRAF, isu keselamatan rumah mereka, anak mereka di luar rumah, isu kenaiakan harga barang, isu petrol, isu perletakan calon di Lenggong dan Grik, isu Kayveas mengutuk masyarakat Cina di Taiping dan banyak lagi.
Jika diambil kira parti kompenan BN masih belum bersedia untuk piihan raya ke 12 ini. Dari aspek ekonomi Malaysia sejak pimpinan Pak Lah tidak memberangsangkan, kewibaaan Pak Lah dicemari jenayah berat (Altantuya) kes penculikan dan pembunuhan (adik sharlini& Nurin) kes Zakaria(menyalah guna kuasa), perhimpunan BERSIH, perhimpunan HINDRAF, pembelian kapal terbang mewah persendirian dan percutian Pak Lah semasa rakyat Johor dilanda banjir yg dasyat (menaiki kapal layar mewah di australia).
RMK -9 tidak berjalan seperti yang dirancangkan, kesilapan terbesar Pak Lah kerana terlalu memberi Khairi Jamaluddin peluan untuk bebas bersuara. Ahli-ahli UMNO dan kompenan BN merasakan sudah jelik dengan KJ. Bayangkan sudahlah syer Telekom dijualkan kepada syarikat yahudi Singapura TEMASEK dan mendapat komisyen RM 300 Juta.My Team mewajibkan setiap negeri meberikan wang RM 500 ribu (500000 x 14= 7000000)dengan menyuruh maxis dan Telekom bekerjasama.
Pegawai Kerajaan: Kekalahan terbesar BN pada pendapat aku berdasarkan pecahan undi disebabkan banyak perkara. 4 yang terbanyak adalah:-
1) Berlakunya pemberontakan senyap oleh orang Melayu (UMNO & Bukan UMNO) berpunca dari rasa tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang. Contoh: Kerusi Parlimen Sungai Siput
2) 'lagu' politik pembangunan sudah tidak relevan. Rakyat rata-rata mahu KESELESAAN. Pembangunan hanya sekadar boleh ditengok, tidak boleh dinikmati.Contoh: Semua kerusi DUN Kelantan
3) Pengundi muda yang berfikiran terbuka dan mampu mengesan sesuatu yang tidak 'ngam' dengan BN.
4) Sebagai muslim, aku percaya ini semua kehendak tuhan yang tidak dapat ditahan-tahan lagi dan walaupun agak romantik, aku mengesan stigma orang ramai sudah mula mahu kembali kepada Islam.
Dan 5 kesalahan terbesar BN sepanjang 2004 hingga hari mengundi yang lalu adalah:-
1) Menaikkan Petrol 30 Sen tanpa buat kajian rambang dan mendengar komen ikhlas dari rakyat (walaupun rakyat itu penyokong kuat pemerintah)
2) Persepsi parti yang paling rasuah sinonim dengan BN, Kroni, Projek anak-beranak terlalu tebal hingga boleh dibuat modal lawak di jalanan.
3) Sombong dan bongkak, dari pemimpin hingga ke wakil politiknya di kampung-kampung.
4) Gagal mengesan perarakan 'Bersih' Nov 07 sebagai isyarat untuk bermuhasabah atau paling tidak pun sebagai point-of-no-return untuk meraih sokongan.
5) Media 'overkill'.
Wanita Muda Berkerjaya Selangor: Sentimen perkauman akan terus wujud di Parlimen. Sebetulnya aku sangat bersetuju dengan Malaysia for Malaysian yang di bawa oleh DAP. Tetapi jauh di sudut hati, aku agak kabur dan gusar, adakah aku bersedia untuk detik-detik itu. Malaysian akan survive di mana-mana tidak mengira kaum. Survival untuk ke Universiti, mendapatkan tender projek dan sebagainya. Pemimpin yang rasis seperti KJ akan terus berkata-kata dgn celupar dan menentang keadilan dan kesamaan kaum ini. Dan mungkin juga sebahagian besar wakil rakyat UMNO yang lain. Aku sokong idea itu, tetapi aku masih ragu dengan kebolehan kita. Aku juga yakin, setiap buruk baik seseorang bukanlah berdasarkan kaumnya, ia adalah berdasarkan individu itu sendiri. Dan aku harap lebih ramai Malaysian yang yakin dengan kebolehan masing-masing, bukan berlandaskan kaum atau agama.
Begitu juga dengan soal HAK ISTIMEWA orang Melayu. Perkara ini jadi perkara berbangkit sepanjang zaman. Soal kenapa UMNO(BN) tidak dipilih sebagai satu pihak yang akan sentiasa alert mengenai Melayu. Padahal kalau projek orang Cina, kalau tokey tu pandai bodek YB Melayu maka projek itu jadi projek cina juga. Yang akan dipanjangkan cerita adalah objektif DAP untuk mewujudkan Malaysia for Malaysian. Kesamaan hak semua kaum. Melayu di Pulau Pinang akan banyak berfikir tentang ini terutamanya. Mereka tentunya akan berhempas pulas mempertahankan HAK yang hanya wujud di borang-borang permohonan 'apa-apa' ini.
Kepentingan rakyat tidak mengira kaum ini jika ditelusi mempunyai banyak faedah. Mungkin PM hanya melihat dengan kenaikan minyak rakyat boleh berdikari. Bagi PM kenaikan harga minyak tanpa subsidi kerajaan adalah salah satu cara untuk mendidik rakyat Malaysia supaya tidak mengharap kepada kerajaan. Tetapi PM tertinggal beberapa step untuk mendidik rakyat supaya tidak mengharap bantuan Kerajaan.
Rakyat akan berdebat sesama sendiri mempertahankan hak yang di agung-agungkan zaman berzaman sedangkan pemimpin dok asyik goyang kaki bagi projek kat sapa yang paling pandai bodek, plus bagi duit sogok paling banyak!
Sekarang, pemimpin sudah dipilih. Sokongan harus diberi. Buat pemimpin baru, peluang sudah diberi, jangan taksub dengan glamour sudah!
KemaskiniBintang Berirama: Kalau diorg hantar ramai pengundi hantu ke Terengganu, so wakil kat tempat lain makin kurang. Manifesto yg dibuat, harga barang asyik naik. Minyak naik walaupun kita ada minyak sendiri. Kelapa sawit melambak, kenapa asyik habis stok(minyak kelapa sawit). Tol naik. PTPTN (wajar) dihapuskan. Semua janji yang (dibuat) mengasyikkan. Dan rakyat akan mendesak. Kemungkinan 50% dapat pun dah bagus, dari parti BN yang dah tua, yang cuma nak kukuhkan tongkat mereka jer.
Haruskah Pak Lah letak jawatan?
Pemerhati Politik: Pak Lah bagi saya tidak perlu letak jawatan. Pak Lah perlu bertanggungjawab utk menaikkan umno semula. Tetapi apa yg Pak Lah perlu lakukan ialah menukar penasihat-penasihantnya dan lebih peka terhadap kehendak rakyat. pak lah perlu juga menonjolkan imej yg beliau memang sebenarnya bekerja keras dan tidaklah tidur semata-mata. beliau perlu mengambil berat hal pentadbiran negara dan tidaklah patut utk menyerahkan isu2 besar ke tangan org lain. beliau perlu lebih banyak membaca dan peka. jawatan PM berat amanahnya, hanya sekiranya beliau tidak mampu melakukannya barulah pak lah harus meletak jawatan.
Siapa yang patut ganti Pak Lah sebagai PM?
Pemerhati politik: sekiranya pak lah meletak jawatan, org yg sepatutnya menjadi PM pada masa kini perlulah org yg berpengetahuan tinggi utk menerajui rakyat yg semakin tinggi IQ mereka. tuntutan rakyat terhadap kepimpinan sekarang jauh lebih tinggi standard nya. PM perlulah seorang yg bijak dan berani mengambil keputusan. dan keputusan yg diambil perlulah cepat dan tepat untuk memenangi hati rakyat. saya tidak pasti di dalam kepimpinan umno sekarang, siapakah yg berpengetahuan tinggi dan berani. umno perlu ingat politik pembangunan dan wang bukan lagi tiket utk mencapai kemenangan. jadi kita lihatlah pemilihan umno pada ogos ini, corak kepimpinan yg macamana kah yg menjadi kemahuan umno di saat getir ini utk memastikan BN terus relevan utk masa2 mendatang. ini kerana sokongan kaum muda amat sedikit terhadap BN dan sekiranya BN masih mengamalkan corak kepimpinan lama, maka bolehla kita memulai membaca yasin untuik umno.
Tentang politik di Perak.
Pemerhati politik: Cuma sekarang, rakyat berbangsa Melayu agak risau dengan keadaan yang berlaku apabila terdapat usaha-usaha memainkan isu perkauman oleh satu-satu pihak. Tetapi saya percaya untuk jangka masa panjang jika BA ingin memerintah kerajaan pusat, maka inilah peluang terbaik yang ada untuk menunjukkan bahawa mereka adalah alternatif kepada BN.
Parti2 dalam BA perlu membuang sikap mementingkan diri sendiri dlm perkongsian kuasa mereka. agenda peribadi perlulah diketepikan. kalau mereka gagal mengenepikan kepentingan sendiri, maka sampai bila-bila BA tidak akan dapat menubuhkan kerajaan pusat, malah akan hilang negeri2 yang dikuasainya sekarang di dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Parti-parti dlm BA juga tidak harus termakan dengan hasutan utk mengejar keuntungan jangka pendek at the expense of longer political goal. Sebagai contoh di Perak, sekiranya DAP mengangkat dirinya melebihi kepentingan peribadi maka nescaya rakyat akan lihat ketinggian peribadi dan keikhlasan perjuangan DAP. Tidak mustahil rakyat akan terus menyokong DAP pada pilihanraya yg akan dtg.
PAS juga telah menunjukkan contoh yg baik di kedah dgn menjemput DAP utk menganggotai barisan exconya. sekiranya keikhalsan ini dapat dipertahankan maka rakyat akan sedar dan tahu bahawa ada alternatif kpd pemerintahan BN.
ahli PAS seumur idup: Ada satu cerita untuk dikongsi bersama dengan semua masyarakat. DAP mendapat menjoriti tertinggi diikuti PKR dan PAS. UMNO dan BN telah membuat propaganda kepada masyarakat bahawa Cina akan memerintah Perak. Aku gelak, sebab mereka ini hanya tahu belajar sejarah UMNO saja. Mengikut perlembagaan, negeri yang sistem beraja seorang MB mestilah beragama Islam dan status bangsa adalah Melayu. Kenapa mesti kita takut kepada bangsa Cina sedangkan kita membeli barang runcit pun di kedai Cina. Kekadang aku tengok org melayu kita pon ada yang makan dikedai Cina.
Kenapa kita tak pikir suasana di Penang. MB dia Cina. Satu lagi kepada semua orang UMNO dan BN yang memainkan isu perkauaman nanti sampai bila-bila PAS akan memerintah. DAP bertanding di kawasan popilasi penduduk melayu kurang daripada masyarakat cina.kenapa di bukit gantang pada 2004 Dr Lo' Lo' kalah kpd wakil gerakan berbangsa cina dimana populasi penduduk melayu 98%. Kenapa ketika itu UMNO dan BN tidak memainkan isu perkauman. PAS, DAP memang sudah biasa kalah. Kepada UMNO dan BN belajarlah jadi pembangkang. Satu gurindam utk UMNO dan BN
ku sangka panas sampai ke petang
rupanya hujan di tengahhari
alangkah malng nasibku ini
kampungku sendiri tiada lagi
penang negeriku sudah di takluki
lebih baik ku undur diri membawa jean yg kusayangi
Keadaan di Kelantan?
Ahli seumur hidup PAS: Di Kelantan aku tak yah sebut. Apa yang aku nak nasihatkan kepada Annuar Musa jangan takbur. Belum apa-apa dah umumkan MB Kelantan yang baru. Jadilah manusia yg sederhana jgn terlalu makan duit org miskin. Di Kedah pendedahan wang yg degelapkan MB Mahadzir Khalid mengunakan wang zakat RM 400 ribu amat menduka citakan. Itu baru yang kita tahu yg tak nampak, naulzubillah. Pemikiran manusia ingin kembali mendekatkan diri dengan Allah.
12 Mac 2008
Pembukaan Kota Mekah dan Hikayat Panglima-panglima Sumbing
Benar, sesudah itu politik Malaysia menjadi sungguh membosankan. Surat-surat khabar di negara ini sudah macam Selamat Aman Makmur. Menonton televisyen pula seperti berbual dengan guru Kemas atau pengerusi JKKK yang tegar. Berikut 13 hari-hari paling bosan dalam sejarah politik Malaysia. Kita sebagai pihak yang prokebebasan media, sudah tentu merasai loyanya.
Namun, dua hari sesudah tarikh keramat 8 Mac itu, membaca Utusan Malaysia, akhbar arus perdana paling pro-Umno, seolah-olah membaca Harakah, lidah rasmi Pas. Situasi ini mengingatkan penulis terhadap hari pertama bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara. Petang itu juga, Kumpulan NSTP menerbitkan The New Sraits Times (NST) edisi khas tentang beliua. Liputan pembebasannya juga diletakan di muka depan kebanyakan akhbar (arus perdana, alternatif sudah tentu).
Ini mengingatkan kita kepada kisah Pembukaan Kota Mekah hampir 1400 tahun lalu. Sepuluh ribu tentera Muhammad dengan pedang bersarung memasuki kota gersang itu dariada empat penjuru sempadannya. Gencatan senjata Muslim-Quraish melalui Perjanian Hudaibiah terbatal berikutan serangan mereka (kafir Quraish) terhadap Bani Khuzaah daripada kem Muhammad. Dan kota Ibrahim pun sedia ditakluki. Dengan bala tentera itu sang Nabi menundukkan golongan ini hampir tiada pertumpahan darah.
Hasilnya, pertukaran kerajaan berlaku dengan lancar. Kunci Kaabah diserahkan dan golongan kafir Quraish pelbagai golongan dan kasta memilih Islam. Pada waktu ini, Islam mencapai populariti yang amat besar di tanah Arab. Pembesar mereka Abu Sufian turut mengucap dua kalimah syahadah.
Peristiwa ini turut dirakamkan firman, “Apabila tibanya pertolongan Allah dan kemenangan. Dan ketika itu kamu lihat manusia (orang ramai) berbondong-bondong memasuki agama Allah.”
Begitulah lazimnya manusia, seperti parasit, akan berpaut di dahan yang kuat. Tanpa sedar, berbalik juga kepada naluri individualiti dari dalam diri.
Sesungguhnya hari kedua sesudah 8 Mac adalah seperti kota Mekah pada tahun keenam Hijrah. Saat ini, dengan kuasa baru Keadilan-DAP- Pas, semua orang membuka mata dan lahirlah pahlawan-pahlawan yang tidak pernah kita kenal sebelum ini dengan wajah-wajah yang sungguh sumbing. Mereka akan berkenduri, bersorak, melaung dan mendabik dada bahawa perjuangan ini adalah hasil titik peluh dan inisiatif mereka. Tetapi rakyat Persekutuan Malaysia sudah mulai faham makna perjuangan. Mereka faham beda antara yang benar dan yang palsu.
Kemudian, Tuhan berfirman lagi, "Maka bertasbih dan bersyukurlah kepada Tuhanmu dan beristigfarlah. Sesungguhnya dia maha menerima taubat."
Oleh itu, terimalah maaf dan tali persahabatan daripada panglima-panglima sumbing ini. Itulah politik cara Nabi. Kawan-kawan yang tewas harus menyerah anak kunci kota seperti keberanian Abu Sufian melakukannya 1400 tahun lalu. -- Jimadie Shah Othman
11 Mac 2008
Agenda Ekonomi Malaysia akan memacu pertumbuhan
kemaskini kenyataan Agenda ekonomi KeADILan telah jelas terbukti menerima mandat rakyat pada 8 Mac yang lalu, apabila rakyat Malaysia telah mengundi dan menambah empat kali ganda bilangan kerusi Parlimen yang dipegang parti pembangkang, justeru memberikan kami 50% kerusi Parlimen di Malaysia Barat. Selepas sedekad tadbirurus ekonomi yang lemah, inflasi yang tidak terkawal dalam beberapa tahun yang lepas, dan daya saing yang semakin merosot berbanding negara-negara jiran kita, kami yakin bahawa di bawah kepimpinan kami, bersama-sama berganding bahu dengan pasangan-pasangan kami, kami akan dapat melaksanakan dasar-dasar baru untuk menjamin ekonomi Malaysia yang jauh lebih kuat dan bertenaga tinggi.
Pakatan kami, dengan kuasa yang telah diberi di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, akan melaksanakan dasar-dasar pasaran bebas yang mesra-perniagaan demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan asing dan melahirkan ketelusan dan kepertanggungjawaban yang lebih tinggi dalam urusan perniagaan.
Salah satu prioriti kami dalam minggu-minggu yang akan datang ini adalah untuk mula berdialog dengan para pelabur asing yang sudah bertempat di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini akan memastikan bahawa keyakinan para pelabur kekal kukuh dalam tempoh peralihan ini, di samping mengenalpasti masalah-masalah yang perlu ditangani kerajaan-kerajaan baru kami, dalam meningkatkan lagi prestasi operasi mereka di sini.
Dasar toleransi sifar kami terhadap rasuah akan dapat memberi kesan yang besar dari segi mengurangkan kos urus niaga dan membina keyakinan dalam perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga merancang untuk menyekat kakitangan kerajaan daripada berurusniaga dengan kerajaan, seterusnya mengurangkan insentif untuk kronisme dan perjanjian dalaman yang begitu membelenggu kerajaan sekarang.
Agenda Ekonomi Malaysia, yang merupakan salah-satu titik-tolak janji pilihanraya KeADILan, akan dapat dilaksanakan di peringkat negeri demi mengurangkan impak dasar bertunjangkan kaum, seterusnya memperkenalkan sistem berdasarkan merit yang akan lebih berdaya-saing. Ini akan serta-merta meningkatkan pelaburan asing, menambahkan hasil percukaian negeri, seterusnya mengurangkan jurang pendapatan dan sosio-ekonomi. Kami juga akan menunaikan janji kami untuk melindungi mereka yang tersisih dari semua komuniti etnik di Malaysia.
Tahap kemenangan kami yang tidak terjangka sememangnya agak mengejutkan negara dan rantau ini. Penyesuaian jangka pendek di BSKL dan ringgit yang lebih lemah telah dijangka. Namun begitu, situasi tersebut tidak akan melarat kecuali jika Barisan Nasional memilih untuk cuba menghukum rakyat dengan menyekat dana pembangunan yang sepatutnya pergi ke negeri-negeri yang kini telah tumbang kepada pembangkang. Akan tetapi, kami memberi amaran kepada Barisan Nasional: tindakan sebegitu akan hanya memburukkan lagi kedudukan mereka dalam pandangan rakyat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM