31 Oktober 2008

Tok 4 didapati tidak bersalah

Oleh Suhaimi Said

Rioh rendahlah di Balairong Seri apabila Tok 4 didapat tidak bersalah didalam pembunuhan janda anak dua dari kampong sebelah. Janda anak dua itu dibunuh dengan kejam, tangan kaki ditetas macam tali dan dibuang entah kemana; kedua-dua telinganya hilang; hidungnya jadi telopong; lehernya dipotong dan bercerailah antara kepala dan badan; badannya dicincang halus-halus, dan tidak apa yang tinggal
untuk dikenali.

Tetapi cincin, rantai leher dan jam tangannya dijumpai dirumah Mamat. Maka tertangkaplah Mamat, dan hasil siasatan, Zali dituduh bersama Mamat manakala Hashim dituduh bersubahat.

Puncanya amatlah tidak berpatutan. Janda anak dua itu membantu Tok Penghulu didalam usaha menjualkan tanah kepunyaan Tok Pawang kampong sebelah. Hasil dari jualan itu Tok Penghulu memperolehi RM15,000.00 sebagai komisyen; dijanjikan dari jumlah itu Janda anak dua berhak kepada RM500.00.

Ingin bertemulah Janda anak dua itu dengan Tok Penghulu, tetapi amat sukar kerana jawatan itu besar dan kalau ingin berjmpa pun mestilah di KFC di luar Negeri, sekurang-urangnya di Singapura, kalau tidak di Taiwan.

Maka berjumpalah Janda anak dua itu dengan anak buah Penghulu bernama Hashim. Memang mereka dapat berjumpa, tetapi Hashim pun tak berupaya untuk membayarkan komisyen bahagian Janda anak dua itu kerana yang mendapat komisyen itu ialah Penghulu.

Melalui kuasa yang ada sedikit kepadanya, Hashim berbincanglah dengan Mamat dan Zali, dan dipintalah Mamat dan Zali supaya menghindarkan Janda anak dua itu menemuinya atau Penghulu. Entah angkara siapa, Mamat dan Zali dilibatkan membunuh Janda anak dua, dan dari siasatan yang dijalankan Mamat dan Zalilah yang membunuh
Janda anak dua dengan Hashim dituduh bersubahat.

Senjata yang digunakan untuk pembunuhan itu diambil dari setor rumah Penghulu, bagaimana senjata itu jatuh ketangan Mamat dan Zali, tiada siasatan dibuat.
Didalam perbicaraan yang berlangsung beberapa bulan, Hashim dilepaskan dari tuduhan; tidak ada kes untuknya dilibatkan.

Mamat dan Zali dikehendakki membela diri, dan kalau didapati bersalah akan dihukum sampai mati. Kesian kepada Mamat dan Zali; kedua-duanya adalah kakitangan Penghulu,
tetapi tidak ada sebab atau motif untuk mereka membunuh. Sebelum kejadian itu mereka tak kenal pun Janda anak dua itu. Mereka tidak ada kuasa pun nak ambil senjata milik Penghulu. Janda anak dua itu tidak pernah menykitkan hati Mamat dan Zali, dan Mamat dan Zali pun tak pernah menyakitkan hati Janda anak dua.

Tetapi ada juga cerita dari Tok 4 kampong sebelah bahawa Penghulu ini pernah meniduri Janda anak dua itu; maka selain dari wang komisyen yang Penghulu itu terhutang; Penghulu itu juga takut rahsianya meniduri Janda anak dua itu diketahui umum, lebih-lebih lagi oleh isterinya yang gemuk gedempul itu.

Orang kampong berkata Penghulu itu yang terlibat dalam pembunuhan; tapi Penghulu lagi bijak; siapa berani usik dia; dia adalah manusia terkuat di Mukim itu. Ada juga anak buah yang membuat tuduhan, maka anak buah itu dipasung tanpa bicara; dan ada juga anak buah yang buat surat menuduh Penghulu; anak buah itu telah "dihilangkan" entah kemana.

Tak tahulah cerita seterusnya dan apakah nasib yang menimpa si Mamat dan Zali; alangkah aniayanya jika mereka berdua akan didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung sampai mati.

Alhamdulillahlah, Hashim sudah terlepas; dia tidak bersalah dan telah terbukti tidak bersalah; tetapi takkanlah kesalahan itu perlu dipikul oleh Mamat dan Zali.

(Cerita ini berlaku dizaman sebelum kemasukan Jepun ke Malaya, dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang mati)


3 ulasan:

Unknown berkata...

he he he
orang yang pandaikan macam tu

CUCU TOK KEDU berkata...

Tok Penghulu dalam cerita ini dipanjangkan lagi cerita bakal menjadi Bendahara dan gembira sakanlah isterinya yang debab pendek macam guni beras itu mengumpulkan harta untuk membeli barang pehiasan berpuluh-puluh kereta lembu mengangkutnya dari tanah seberang.

Tok Penghulu kena jaga-jaga juga kerana Tok 4 tu ada 4 prinsip: Bodek - broker - Bincang - Balas! Yang bahaya kalau tak bincang betul tentang komsyen dan tugasnya sebagai pembodek dia akan Balas! Tersandar Tok Penghulu sebelum duduk kerusi Bendahara.

http://rp-semantan.blogspot.com

Suhaimi Said berkata...

Sekarang nak balas dengan apa, Kementerian Seldadu sudah beralih tangan, C-4 ditangan Mamak Bendahara. Mamak Bendahari baru berkelakar jaga duit.

Mati katak ajelah janda anak dua, dan mungkin bersama-sama 2 soldadu yang ikut arahan buta tu.