17 September 2008

Dari Bangsar Utama: Solidariti untuk Sheih Kickdefella





kemaskini

Menurut seorang teman di Kota Bharu, Sheih bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPDKB) semalam.

Berlaku perselisihan diantara Polis Bukit Aman dan Polis Negeri Kelantan. Semalam, Timbalan Ketua Polis Kelantan menyatakan bahawa Polis Kelantan tidak tahu menahu mengenai penahanan Syed Azidi. Manakala Timbalan Ketua Polis Negara pula mengesahkan penahanan blogger tersebut.

Pagi ini Polis seharusnya mendapat mendapatkan perintah reman di mahkamah Kota Bharu. Kebiasaanya, pesalah akan dibawa ke mahkamah oleh polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi kerja-kerja soal siasat dijalankan.

Akan tetapi sehingga jam 12 pm, Sheih belum lagi di bawa ke mahkamah. Tempoh maxima tahanan tanpa reman tamat jam 5 petang ini. Ini satu perkara yang luar dr kebiasaan dan “mungkin” pihak polis menghadapi masalah utk mendapatkan perintah reman tersebut.

Kita tunggu dan lihat…..

Laporan terkini akan menyusul….

Posting Asal

Sebagai satu tindakan protes diatas penahanan Syed Azidi Syed Aziz @ Kickdefella, satu perhimpunan “membakar lilin” akan dianjurkan di hadapan Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman pada pukul 8.30 malam ini (18 September 2008).

Perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Ia hanyalah bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada blogger Kickdefella dan membantah tindakan kerajaan Malaysia menggunakan Akta hasutan sebagai satu cara untuk membungkam kebebasan bersuara.

Program ini adalah anjuran teman-teman Kickdefella yang tidak bersetuju dengan penahanan ini.

Sila hadir beramai-ramai untuk menyatakan sokongan. Bawa lilin banyak-banyak…..


Tiada ulasan: