16 September 2008

Selamat Hari Malaysia

Oleh: Black

Dikala elit politik BN bertelagah untuk mempertahankan kuasa, lebih kurang 40 ,000 rakyat berhimpun di Stadium Kelana Jaya untuk merayakan semangat Malaysia.

Rakyat yang hadir dari segenap penjuru negara begitu bersemangat untuk menuntut perubahan.

Buat pertama kalinya Sabah dan Sarawak merasa mereka dihargai. Ramai rakyat yang berasal dari Sabah dan Sarawak hadir untuk bersama-sama berkumpul di Stadium Kelana Jaya.

Harapan Baru untuk rakyat Malaysia menjelma. BN berpecah. Buat pertama kalinya seorang menteri yang berprinsip meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA.

Zaid Ibrahim model seorang menteri yang berintegriti. Dia patut dihormati.

Dia seharusnya diangkat untuk bersama-sama dengan kerajaan baru rakyat Malaysia.

Harapan cerah untuk Malaysia baru.

Selamat Hari Malaysia!!! Merdeka!!!


2 ulasan:

laxmana berkata...

tahun depan...dan tahun depan2 pun kena sambut...

jangan tahun ni je sambut...

Tanpa Nama berkata...

a ha.. betul tu..