29 April 2009

Kerajaan Perpaduan: Apa kata rakyat?

Isu mengenai kerajaan perpaduan diantara PAS dan Umno hangat kembali. Selagi PAS dan UMno tidak berpadu, selagi itulah isu ini tidak akan selesai sehinggalah pilihanraya akan datang.

Teman saya, Syed Azidi mengatakan bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional pada bulan Jun ini. Klik disini.

Sama ada perkara ini benar atau tidak tidak pulalah diketahui.

Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia memberikan liputan yang meluas mengenai isu kemasukkan PAS kedalam Barisan Nasional hari ini. Klik disini, disini, disini, disini, disini, disini dan disini. Nampak dah terdesak sangat Umno nakkan PAS join mereka dalam BN.

Masih teringat lagi dahulu apabila membaca penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia terhadap PAS termasuklah kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Diantaranya Haji Hadi pernah dilabel sebagai pemecah belah umat. Klik disini.

Malahan Laman Web Pemuda Umno turut menghina Haji Hadi dan Nik Aziz disini. Berlambak-lambak caci maki terhadap PAS yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Carilah sendiri dengan menggunakan perkhidmatan Mr. Google. Berlambak-lambak ada.

Caci maki PAS kepada Umno pun handal juga. Itupun boleh dicari dengan menggunakan Mr. Google. Tapi Umno tak kisah rasanya sebab parti tersebut dah nazak. Kalau PAS masuk BN, maka kuatlah kembali parti mereka. Lepas dah kuat, boleh ulangi episod tahun 70 an dulu.

Jalan terbaik ialah kembalikanlah perkara ini kepada rakyat.

Buat referendum dan tanya rakyat sama ada mereka mahu atau tidak kerajaan perpaduan Umno/PAS ditubuhkan. Janganlah cari rakyat masa nak pilihanraya sahaja!

Nanti kalau rakyat dah tak percaya dengan parti politik dan pilihanraya siapa yang susah?

P/S: PAS Permatang Pauh telahpun membekukan jentera untuk pilihanraya kecil di DUN Penanti. Klik disini.