15 April 2009
Wahai umat Melayu, ayuh bersatu!
Hari ni bergegak gempita seluruh Tanah Melayu bilamana Utusan Malaysia memaparkan headline mengajak umat Melayu bersatu. Katanya, Melayu perlu bersatu sebab bangsa lain dah mintak macam2. Betoi atau tak bangsa lain mintak macam2, itu aku tatau, yang aku tau kalau aku tulis lebih2 pasal perkauman ni nantih, kompom tidoq Kemunting. Utusan takpa. Aku, tak bulih.
Tapi aku pun tamau nak sanggah cerita Utusan harini. Sebab aku pun setuju dengan headlinenya yang paling besaq iaitu "Melayu perlu kembali bersatu" - lebih kurang bunyiknya. Bagi aku, ya, itu adalah benar! Tepat, dan tidak terherot walau satu darjah pun. Melayu memang harus kembali bersatu!
Lihat apa dah jadi pada Bukit Gantang bila Melayu tak bersatu? Lihat apa dah jadi pada Bukit Selambau bila Melayu berpecah. Lihat apa dah jadi pada Malaysia sekarang bila Melayu dah tak bersatu hati. Sekali lagi aku ulang, tanpa ragu, tanpa sebarang keraguan, Melayu harus kembali bersatu.
Oleh itu, pakcik makcik, adik kakok, jika kalian Melayu. Jika kalian merasakan bahawa Malaysia harus terus dibangunkan. Jika kalian ingin melihat Malaysia yang lebih adil, aman, dan sejahtera, ayuh kembali bersatu! Kita kembali kuatkan semangat kita bersama bangsa2 lain di bawah payung Pakatan Rakyat!
Jika Melayu bersatu di bawah Pakatan Rakyat, Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan menjadikan ameno terus lupus di muka bumi.
Tinggalkan ameno yang terkapai2 sekarang tapi masih sempat untuk terus2an berasuah, menindas, dan memodohkan rakyat. Tinggalkan Barisan Nasional yang masih terus bongkak, sombong, dan taksub dengan kuasa yang dipinjamkan kepada mereka. Tinggalkan pemimpin2 elitis "melayu" yang bergebang tentang semangat melayu, tetapi menghantar anak2 mereka ke sekolah2 international, yang makannya bergarpu, dan menarinya ber"tanggo". Ayuh, kita bersatu untuk mencemuh perempuan2 "melayu" ameno yang perang rambutnya mengalahkan meja setboard, dan kembangnya jambul mereka mengalahkan bonggol unta! Mari kita tinggalkan anak2 pemimpin Barisan Nasional yang tidurnya bertilamkan duit, dan kerjanya merembat harta rakyat.
Ya, ayuh Melayu, kita kembali bersatu dalam Pakatan Rakyat. Kita kembali bersatu menguatkan suara jeritan, perjuangan dan kesusahan rakyat, bukan sahaja Melayu, malahan rakan2 kita Cina dan India dalam Pakatan Rakyat. Kita bina kembali negara Malaysia yang lebih baik. Kerana kita sudah bosan dengan agenda perpecahan. Kerana kita sudah bosan dengan agenda perkauman. Dan yang paling utama, kita sudah bosan bertuankan Melayu yang selepas 50 tahun, masih terus menganggap bangsa mereka mundur, sedangkan keluarga mereka terus2an senang lenang dan negara diturun temurunkan kepada sanak saudara.
Melayu, sahutlah laungan Utusan untuk bersatu. Bersatu di dalam Pakatan Rakyat. Kerana di sinilah kita akan berjumpa dengan erti kemerdekaan sebenar. Hanya di sini kita akan faham tentang perjuangan. Kerana selama ini, kita hanya disuap dan disuruh mengenang budi. Inilah masanya untuk kita kembali bersatu, bukan sahaja dengan bangsa Melayu, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia untuk menolak sistem penjajah yang terus2an digunakan oleh ameno.
Pakatan Rakyat - di sinilah bermulanya perjuangan untuk menuntut kemerdekaan sebenar! Dan di sinilah Melayu akan menjadi kuat bersama bangsa lain, untuk mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati dunia.
Bukan hanya sekadar dicemuh Monggolia...