Mahadet tiba2 berbunyik tentang Altantuya dan Najib! Wow! Ini sudah menarik. Aku rasan inilah kali pertama mahadet bercakap secara terbuka mengenai skandal ini. Kali ni aku sangat bersetuju dengan cadangan mahadet untuk laki Rosmah membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah dan pembabitannya dalam pembunuhan kejam, zalim, dan penuh konspirasi ke atas wanita Monggolia. Satu2nya kenyataan yang boleh membuatkan aku angkat topi pada mahadet - kalau dia ikhlas.
Tetapi, kenapa tiba2 mahadet bunyik macamtu? Aku tak tau. Sepatutnya dia bunyi macam tu SEBELUM Najib naik jadi PM, dan bukannya selepas. Sebab, kalau dilakukan sebelum, itu menunjukkan keikhlasan dan keinginan mahadet dalam memastikan bakal PM itu bersih. Tapi kalau dilakukan selepas jadi PM sedangkan perkara yang disebut dah menjadi keresahan rakyat bertahun2, pada rakyat, ada semacam bau2 blackmail... *snif snif*
Mungkin jambatan masih belum boleh dibengkokkan? ;)
Anyway, tahun ini juga kita berjaya sekali lagi menjual hak kita pada orang luar, terima kasih kepada ameno - parti yang KONSISTEN menjual negara dan bangsa tetapi menuduh pembangkang AKAN melakukannya. Laki nombo dua Rosmah baru umumkan penghapusan 30% ekuiti bumi dan lokal dalam "sub sektor" (letak sub nak bagi bunyik kecik dan tak penting?) semata2 untuk menarik minat pelabur yang dah berminat dengan kita. Utusan spin berita ni sampai berpinau. Selepas berkompromi dengan penjajah, bekerjasama dengan CIA dan perisik British waktu konfrontasi Indonesia, menyerahkan Singapura, diabaikan Pulau Pinang, "berkelamin" dengan Israel dan Amerika, dibuka tanah di Johor, dijual bahasa Melayu dengan PPSMI, sekarang mereka bakar 30% periuk nasik orang lokal (utusan tak sebut bumi, tapi lokal). Dalam masa yang sama, ameno masih menakut2kan rakyat dengan menuduh pembangkang AKAN melakukan semua ini jika mereka memerintah. Ironi.
Dan dalam tahun ini jugak, kita, rakyat Malaysia, sekali lagi dimalukan oleh Perdana Menteri kita sendiri. Kalau mahadet, kita dimalukan dengan kenyataannya tentang Anwar menumbuk mata sendiri. Zaman Paklah, kita dimalukan dengan kenyataannya bahawa DNA ada tarikh luput. Di zaman laki Rosmah pulak, kita dimalukan dengan kenyataannya yang takut nak berlawan dalam pilihanraya kecik!
Selembut2 Paklah. Semengantuk2 Paklah. Setenang2 Paklah, dia tak pernah undur kalau orang ajak lawan! Permatang Pauh yang dia sendiri tau kerat jari pun BN tak akan boleh menang, dengan selambanya dia lawan! Lepas kalah di Kuala Terengganu, dia masih lagi senteng lengan lawan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Walaupun cedera parah ditumbuk, terajang, tendang, dan dicincang lumat, tapi kalau orang ajak lawan, dia lawan! Ini baru orang kata Melayu!
Najib? Mahap kata la no. Kata tadak teloq, orang komplen kata aku ni kasaq sangat. Tapi nak kata apa lagi? Baru jadi PM dan kalah 2 kawasan, ketaq habih pala lutut. Takdan SPR umum kerusi tu kosong ka dak. Takdan orang lain nak ambik peduli tentang Penanti, dia dah awal2 angkat tangan serender. Aduuuiiii. Malu kita weh ada PM penakut macam ni! Inilah Presiden ameno yang paling penakut yang pernah rakyat Malaysia jumpak.
Sedara sedari adik kakok yang tengah membaca blog sekarang ni, cuba korang pikiaq tengok kita ni sedang berhadapan dengan apa? PM penakut, yang penuh dengan skandal, dan dikatakan dikontrol oleh bini. Cuba bayangkan jika negara luar ada bukti2 kukuh tentang penglibatannya dengan Altantuya atau skandal2 yang lain. Aku tak mencadangkan, hanya menyeru kita untuk berimaginasi sedikit. Bayangkan apa yang PM kita sanggup lakukan untuk bukti2 itu tidak dikeluarkan oleh negara2 yang mengetahui? 30% ekuiti? Aku tidak menuduh dan menghasut, cuma memberi sedikit stimulasi kepada otak kalian semua untuk berfikir.
Kita sekarang mempunyai PM penakut, dan hanya kuat bila berlindung di belakang undang2 drakonian yang ruang lingkupnya hanya di dalam Malaysia. Tanah Melayu sekarang menghadapi masa yang sangat muram. Kenapa? Kerana orang ameno yang sibuk bercakaran untuk menjatuhkan Paklah yang dikatakan lembik, tetapi tak sedar bahawa yang bakal naik itu bukan sahaja lembik, malah lunyai dan boleh dipekasamkan oleh sesiapa sahaja.
Negara makin dihancurkan satu persatu oleh ameno. Hak rakyat dicabut dan dirampas di depan mata. Hak orang Melayu diragut oleh mereka yang dikatakan satu2nya "pelindung" hak2 Melayu. Dan kita terus ditakut2kan oleh ameno bahawa semua ini AKAN dilakukan oleh pembangkang apabila mereka memerintah nanti!
Mahadet pula terus2an menggunakan pelurunya untuk memastikan Najib mengikut telunjuknya, buka memastikan Najib melakukan perubahan untuk kebaikan Malaysia.
Simpan balik tempayan kita. Mendung sekarang tidak menjanjikan hujan, sekadar memberikan peluang untuk kita bersedia berhadapan dengan kemarau yang panjang.