12 Disember 2008

If you cannot convince them, confuse them!

Aku setuju bila KPN Musa Hasan menyatakan bahawa jenayah di negara kita makin menurun. Bukan setakat aku saja yang bersetuju, laki si Rosmah pun turut mengangguk betul. Walaupun statement ini disanggah hebat oleh Lim Kit Siang dalam parlimen, aku cuma mengandaikan Lim hanyalah sorang lagi rakyat Malaysia yang tak faham situasi.

Pendapat Lim dipersetujui oleh ramai orang. Kata mereka, Malaysia semakin tak selamat. Kata mereka, Malaysia dah tadak undang2 dan peraturan. Kata mereka, Polis kita makan gaji buta. Kata mereka, si Musa pun dok pulun projek bagi kat anak kroninya. Macam2 tuduhan dilemparkan bagi menyanggah kenyataan KPN bahawa jenayah di Malaysia dah menurun.

Apa pun pembangkang cakap. Apa pun Pakatan Rakyat membantah. Apa pun rakyat Malaysia nak menjuih mulut tak bersetuju dengan anggukan laki si Rosmah mengiakan statement KPN, aku tetap dan akan terus bersetuju. Ya, memang betul, kadar jenayah di Malaysia makin menurun!

Korang tak percaya? Aku percaya. Dan aku pasti benda ni boleh dan sedang berlaku. Cuma yang sedikit membezakan pendapat aku dan pendapat KPN ialah tentang perkataan "kejadian". Yang aku "YA" kan bukanlah kejadian jenayah, tetapi KADAR jenayah. Bila bercakap tentang kadar, ianya berkait terus dengan statistik. Dan bila bercakap tentang statistik, ianya berkait terus dengan angka laporan, ataupun bilangan kes yang telah selesai.

Meh kita tengok kepada angka laporan jenayah. Tanya pada diri masing2 yang pernah menjadi mangsa langgar, mangsa ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya. Berapa ramai di antara mereka yang pergi buat report polis yang akhirnya keputusan samada mereka dileter sebab tak berhati2, ataupun dikawtim untuk tak adakan kes? Berapa banyak kes2 kemalangan yang disudahi dengan "ni korang punya salah - setel la". Berapa banyak kes2 pecah rumah yang polisnya datang belenggang tengok kiri kanan dan balik senang lenang meninggalkan kita tenganga dan tertanya2? Berapa banyak yang buat laporan kemalangan, tugas polis hanya sekadar pastikan ada report untuk guna tuntut insurans?

Berapa ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang meluat nak pegi balai buat kali kedua mengadap segelintir polis yang melayan mangsa macam penjenayah besar? Yang sedaya upaya soal siasat macam kita yang buat salah? Yang sedaya upaya berdalih untuk tutup kes? Aku pasti ramai di antara kita yang berpengalaman dikhutbah polis sebab cuai tak tutup lampu pada waktu siang menyebabkan pencuri tau orang tadak kat rumah. Atau yang marah sebab tak buka lampu waktu malam menyebabkan pencuri tau orang tadak kat rumah. Yang marah sebab melawan pencuri, atau yang marah sebab tak melawan pencuri?
Sedara sedari sekalian. Ya, statistik jenayah semakin berkurang sebab semakin ramai orang meluat nak pi buat report! Statistik jenayah berkurang sebab makin kerap polis cuba tutup kes, daripada pergi menyiasat. Statistik makin berkurang bukan sebab jenayah makin kurang, tapi sebab orang cemuih bila orang pegi untuk buat report, polis tampal "keluar menyiasat" di dinding balai sampai tengah malam!
Itu satu. Masuk pulak kes2 "yang telah berjaya diselesaikan" dalam kuantiti yang banyak.

Sedara sedari sekalian. Sedarkah kita kejadian tembak menembak sekarang ni dah jadi macam cerita koboi. Semua tembak. Pendek kata, asal polis teserempak saja, pasti "didalam keadaan mencurigakan" dan kemudian disusuli "cuba menyerang polis" dan diakhiri dengan "polis menembak mati semua penjenayah untuk mempertahankan diri". Dan perasan tak bahawa setiap kali polis berbalas tembak dengan penjenayah, SEMUA mangsa ditembak mati? Kemudiannya polis akan keluarkan statement lebih kurang berbunyi "kesemua penjenayah yang telah ditembak dipercayai geng Doremon dan dengan itu 80,000 kes jenayah di sekitar Malaysia, Sabah, Sarawak dan negeri2 Selat telah dapat diselesaikan".

Kak, kak pi buat report orang pecah rumah hangkut semua barang2 dalam rumah, kak tau ka geng Doremon yang buat? Abang yang kena curi kereta proton wira pekak yang baru dibeli guna duit himpun jual coq pisang boleh confirm ka geng Doremon yang bekapaq mati tu curi kereta dia? Polis, tanpa menangkap sebarang penjenayah yang hidup untuk disoal siasat, telah merumuskan bahawa "sendiket telah dilumpuhkan" dan "kes2 samun dan rompakan telah berjaya diselesaikan".

Nah, ternyata sekalai kes2 jenayah yang telah diselesaikan meningkat dari tahun ke tahun! Polis kita memang cekap. Bunuh semua "yang dipercayai" - atas alasan mempertahankan diri - dan tutup kes2 yang berkaitan. Nak tanya kat sapa? Nak bicarakan sapa? Nak tuntut apa? Kecekapan yang tiada tandingannya!

Berbanding dengan tahun 80 dan 90, sekarang lebih banyak penjenayah yang "menyerang" polis - samada menembak polis, "menyerang", atau cuba melanggar - ditembak mati ditempat kejadian. Boleh kata SEMUA ditembak mati. SEMUA! Kot la ada yang kena tembak kat betis ka, paha ka, tangan ka dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut, tadak. MATI SEMUA! Kira semua yang dikepung haritu SEMUA penjenayah yang perlu dibunuh. Kemudian disusuli dengan sidang media yang merumuskan "beberapa kes berjaya diselesaikan". Bicara tadak, mahkamah tadak, hapa pun tadak. Tembak mati. Tutup kes. Steady! Salut pak polisi!

So, masih tak percaya lagi macamana jenayah "makin berkurang" di Malaysia? Kita dah tengok camana situasi untuk buat report jenayah dan kita dah tengok camana polis "selesaikan" kes jenayah. Jenayah telah dikurangkan dengan demotivatekan orang untuk buat report. Dikurangkan dengan mengadvicekan orang ramai untuk tidak mengadakan kes. Diselesaikan dengan "membunuh kepala sendiket". Aku percaya. Dan sampai sekarang aku masih percaya pada statement KPN dan anggukan laki si Rosmah.

Biaqla aku takut nak keluaq jalan waktu malam sebab banyaknya laporan orang kena tikam dari belakang sebab nak curi jam tangan. Biaqla aku tak boleh pejam mata rapat time tidoq sebab dok pikiaq camana nak elakkan leteran polis masa aku gi buat laporan nanti kalau kereta aku yang dipasang alat keselamatan canggih dan dirantai pada lampu jalan dicuri orang (curi kereta)(mungkin lampu jalan sekali) malam ni.
Biaqla aku jalan tertunduk2 dalam KL ni setiap kali dengaq bunyi letupan untuk nak elak peluru sesat. Dan walaupun mereka telah diishtihar oleh Transparency International sebagai yang paling korup sekali di Malaysia, biaqla, kerana aku tetap bersetuju dengan kenyataan KPN bahawa jenayah di Malaysia makin berkurang. Sebab aku paham camana dia paham.

Dan graf jenayah yang garis plotnya dilukis menjunam oleh polis juga nampaknya seiring dengan junamnya statistik keyakinan rakyat kepada pihak keselamatan ini.
Mereka sekarang cuma bergantung dengan alasan2 teknikal terhadap definasi2 jenayah. Membelitkan supaya rakyat makin keliru. "If you cannot convince them, confuse them", merupakan mantra terkini yang diratib oleh KPN sekarang. Mana dia belajar tektik dan teknik membelit ni? Entahlah, aku tak sure sangat siapa tok gurunya. Cuba selidik ke atas sikit, mungkin peguam tilam ada jawapannya.

matkeri http://www.jahilgoblog.net

Tiada ulasan: