29 Disember 2008

Los dan Faun punya kelebihan

Oleh: Ajami Hashim


Walaupun tajuknya seolah-olah buddy movie 2 orang protagonist iaitu Los dan Faun tapi aku melihat filem ini sebagai ensemble comedydimana kesemua watak sama penting untuk bercerita. Kekuatan filemkomidi sebegini sangat bergantung kepada kemampuan menceritakanperbeda an perspektif, respons, aksi/reaksi oleh kesemua watak dalamkepompong dunia naratif Los dan Faun yang khusus dalam filem inisahaja. Maksud aku, setting filem ini sememangnya sengajaberlebih- lebihan, dilebih-lebihkan, terlebih-lebihan, melebih-lebihan. .

dan itulah KELEBIHAN filem ini! Misalnya ada babak dibikin bermuladengan lawak (dialog/aksi) yang kecil oleh seorang watak lalu disambungoleh watak seterusnya dan ditumbesarkan lagi oleh watak lain serta yanglain-lain berantaian sehingga sebesar-besar jenaka yang out of the box!

Malahan ia diekori lagi oleh suara-suara offscreensebelum babak berakhir! (watak Amran oleh Khir Rahman banyakmelakukannya dengan kena) Kerana itulah mungkin penonton mulanya hanyatersenyum simpul kemudian ketawa kecil dan diakhiri dengan gelakterbahak- bahak non-stop! Los dan Faun berhasil menimbulkan reaksi itu berkali-kali dan berulang-ulang di sepanjang naratif filem ini seperti snowball-effect.

Kekuatan utama filem ini ialah cliffhanger naratifnya dan unpredictable dialoguesdari setiap watak. Khalayak menunggu apa yang akan terjadi seterusnyadan apa dialog yang akan terpacul dari mulut watak dalam setiap babak.Walaupun diakui bahawa cerita ala penyiasatan sebegini akan memerlukanbanyak exposition dan clue untuk diceritakanbagi melengkapkan cerita, namun ia terasa mudah diikuti kerana setiapinfo dijalin dalam bentuk visual penemuan ala CSi yang teliti dan sesiQ&A sesama watak-watak secara sambil lewa. Penonton bergerakbersama dengan Los dan Faun untuk mencari siapakah pencuri jam tanganSoffarudin Al Sogood?

Kepandaian pengarahan Afdlin Shauki dan ke-witty-an setiap pelakon berjaya memudahkan penceritaan yang kompleks meskipun ada ketikanya expositionyang disyarahkan oleh watak-watak terlalu banyak. Misalnya babakterakhir filem ini semasa helikopter mendarat dan polis tiba, watakSoffarudin dan Faun menghuraikan tanpa henti itu dan ini tentangjawapan sebenar kepada semua misteri dilatari oleh bunyi helikopteryang bingit. Pada aku, ia disengajakan kerana info itu terlalu banyakbla bla bla tapi terasa pendek dan cepat kerana gesaan dari bunyi enjinhelikopter itu sendiri. Kamu perasan tak situasi itu juga 'memaksa'watak- watak bercakap laju dan kuat-kuat kerana isinya panjang danbanyak! Ia macam sesi taklimat ringkas tapi padat yang hanya perludicerap kata-kata kunci jawapan who, what, where, why, how? secepat-cepat mungkin. Bagus!

Filem ini juga berani berjenaka secara exaggerate, farce, slapstick dan menyelitkan sexual innuendotapi masih berkias cara Melayu serta 'bersih' untuk orang yang tidakfaham apa jenakanya. Mungkin kerana itulah ada ketikanya penonton yangnaif tidak ketawa tapi aku layannn!.. hahaha!

Sejujurnya, akusudah lama betul tak merasa ketawa mengekek-ngekek dalam pawagammenonton sebuah filem komedi Melayu (baca: Senario aku ketawa juga tapicuma sekerat jalan!) Jadi bila aku menonton Los dan Faun sampaihentak- hentak kaki dan gelak hingga keluar airmata, maknanya filem inimemang lawak yaa amat! Hebat!

Tahniah bro Afdlin & team Los dan Faun!





Tiada ulasan: