Ketika Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim melantik Madam Low sebagai pengerusi sementara PKNS, ramai yang membantah. Klik disini.
Bantahan dilakukan oleh pekerja PKNS, ahli Umno dan tidak kurang juga bantahan dari Pas Selangor yang dipimpin oleh bekas jurulatih Summer Camp, Dr. Hassan Ali.
Yang membantah ialah mereka-mereka yang telah berjaya “dibonsaikan” pemikirannya oleh Umno/BN yang meneruskan dasar Pecah dan Perintah ciptaan PENJAJAH BRITISH.
Dasar Pecah dan Perintah ini sangat berkesan di tanah ini. Dahulu British berjaya. Umno/BN juga telah berjaya menggunakan dasar ini untuk memerintah selama 51 tahun.
Hari ini, Sultan Selengor menganugerahkan Madam Low pingat kebesarannya yang membawa gelaran Datin Paduka. Klik disini.
Ketika isu perkauman dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan politik golongan tertentu, bagi memastikan dasar Pecah dan Perintah dapat diteruskan, Sultan Selangor memecahkan kebuntuan.
Apakah ini signal yang jelas dari golongan istana di Selangor untuk menentang politik perkauman dan menghapuskan dasar Pecah dan Perintah?
Apakah ada sesiapa yang berani membantah ke anugerah yang diberikan oleh Sultan Selangor ini?
Ada ke sesiapa yang nak berdemo dihadapan Istana Selangor untuk membantah?
1 ulasan:
Setinggi terima kasih kepada Sultan Selangor. Di saat-saat UMNO melatah tenang perkauman Melayu, masih ada pihak yang mengingatkan rakyat bahawa PERKAUMAN TIDAK ADA TEMPAT DI NEGARA INI. Perkauman hanya membawa kesengsaraan kepada masyarakat, apatah lagi perkauman yang ditiupkan oleh UMNO adalah perkauman sempit dan lebih dari itu perkauman yang dikaut untung oleh elit-elit pimpinan UMNO yang merugikan rakyat Melayu.
Tuanku Sulan Selangor telah menunjukkan jalan yang betul. TK Tuanku!
Catat Ulasan