Ekonomi bertambah teruk, atau kita sebenarnya terlebih panik? Aku mula dengan persoalan ini sebab Pak Lah dengan heronya mengunjurkan ekonomi kita mengembang kepada 5.5% tahun depan berbanding dengan negara2 lain di seluruh dunia. Walaupun dengan kadar inflasi yang dah cecah 8% tahun ni, BN nampaknya sangat kompiden bahawa kita sekadar berkejaran dengan ombak yang sekadar melandai di pesisir pantai instead of terapung hanyut dilanda tsunami.
Zeti juga konfiden bahawa inflasi dapat diturunkan kepada 2%. Aku tatau samada turun sampai 2% atau sekadar kurang kepada 6%. Akauntan, sama seperti peguam, kerja mereka hanya mengkompiuskan orang. Anyway, yang pastinya, inflasi, kata Zeti, akan kurang.
Di saat blog ni ditaip, sedolar US dah sama RM3.70. Rakyat Amerika dan UK makin banyak tak mau balik rumah sebab takut kalau pi opis esok, pagaq dah kena kunci. Kilang di Penang, Kuantan dan Johor dah mula "berjimat cermat". Rata2 pengurus kanan syarikat terpaksa berhempas pulas bermain dengan figure untuk budget 2009, nak bagi nampak untung jugak - supaya telinga tak panas diperli Board of Directors. Walaupun kebanyakannya terpaksa akur untuk melaporkan kerugian yang dijangka. Tetapi BN konfiden. Bagaikan kita lansung tak terusik. Hebat!
Adakah Pak Lah kompiden dengan harga minyak yang dah turun semula ke RM1.90, rakyat akan mula start kereta untuk keluaq pi supermarket tengah malam bagi menyahut kempen Jualan Jimat Malaysia sekaligus dapat merancakkan kembali ekonomi negara? Apakah Zeti kompiden dengan mengurangkan potongan KWSP daripada 11% kepada 8%, rakyat Malaysia tahun depan akan sekonyong2 membeli rumah dan kereta dengan lebihan limanampuloh ringgit yang mereka dapat balik sekaligus dapat menembak angka ekonomi 5% yang disasarkan?
Atau adakah gomen rasa mak ayah yang dibenarkan untuk membayar bayaran tambahan PIBG tahun depan secara berperingkat akan menggunakan lebihan seringgit dua yang tersimpan itu untuk membeli saham sekaligus menyelamatkan syarikat senaraian awam?
Pelbagai "pakej ransangan" diperkenalkan oleh gomen, tetapi mereka masih lagi tidak mahu mengakui bahawa ekonomi Malaysia juga adalah senasib dengan negara2 lain. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan rakyat berbelanja sakan, tapi nampaknya gagal menunjukkan kesan. Rakyat belajar dari krisis ekonomi 99 bilamana "Bapak Ekonomi" orang ameno, Mahadet, menyuruh rakyat berbelanja sakan dengan menggunakan kad kredit. Akibatnya peratusan orang muda yang menanggung hutang menyesakkan kembali kerajaan sehingga ke tahap terpaksa memperkenalkan AKPK untuk mengelakkan "pemuda muflis".
Rakyat tidak mahu terbeban sekali lagi dengan perangkap berbelanja sakan. Tambahan lagi kebanyakan dari mereka adalah terdiri dari golongan yang baru "grad" daripada AKPK. Walaupun duit KWSP boleh dikeluarkan dengan guna alasan "bayar rumah", walaupun duit Tabung Haji boleh keluar guna ATM Bank Islam, dan aku pasti, walaupun mereka dapat jimat daripada potongan KWSP, rakyat tak akan berbelanja sakan. Mereka tidak akan dibodohkan buat kali kedua. Dalam membaca berita pembuangan pekerja di seluruh dunia, nasib mereka juga tidak lebih dari orang lain. Jika esok lusa mereka dibuang kerja pulak, ke mana mereka nak menganga?
Kerajaan harus mencari pendekatan baru. Menyuruh orang terjun ke lubang biawak buat kali kedua bukanlah satu tindakan yang bijak. Ianya mungkin boleh dipraktikkan pada penyokong BN, tapi setelah majoriti mereka berkurang dengan drastiknya, trik itu akan sekadar hanya membuang masa.
Masa sekarang bukanlah masa untuk berseronok dan berbelanja sakan. Masa sekarang bukanlah masa yang boleh kita tersenyum gembira sedangkan realitinya ramai syarikat yang gulung tikar dan buang pekerja. Masa sekarang bukanlah masanya untuk membodohkan rakyat untuk terus menghabiskan duit gaji demi mastikan ekonomi bergerak untuk membayar gaji pak mak menteri!
Cukuplah dengan jumlah rakyat Malaysia yang muflis pada usia muda hasil daripada "kebijakan Mahadet" dulu menjadi pengajaran pada kita semua. Janganlah hendaknya sepuluh dua puluh tahun lagi, ramai pulak yang terpaksa bekerja selepas pencen dek kerana wang KWSPnya menyusut kerana ghairah berbelanja setahun dua ini. Ekonomi harus dilihat dari segi pengurusan yang telus dan bijak, bukan terlalu jumud dengan hanya bersandarkan kepada formula "lebih banyak belanja, lebih teguh ekonominya".
Rakyat makin bijak. Dan rakyat kali ini akan menggunakan lebihan yang ada untuk menyimpan. Boros dan bongkak adalah cara BN. Aku pasti rakyat akan berdiam diri dan hanya melihat BN terjun dengan labu2nya dalam krisis ekonomi kali ini.
Biarkan... Biarkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan