28 September 2007

9 Terbunuh Pada Hari Kedua Pertempuran


RANGOON: Stesyen televisyen kebangsaan melaporkan bahawa angka kematian meningkat seramai 9 orang pada hari kedua pertempuran antara polis anti-perusuh dengan para demonstran yang diketuai oleh sami-sami Buddha dari daerah ini.

9 yang mati termasuk 8 perserta demonstrasi dan seorang yang dikatakan sesetengah pihak sebagai salah seorang video journalis yang sedang bertugas. 11 demonstran dan 31 orang tentera pula dilaporkan tercedera. Sementara beratus lagi ditangkap oleh pihak berkuasa.

Anggota-anggota majlis keselamatan PBB mengalu-alukan rancangan untuk menghantar seorang utusan khas dari petubuhan dunia itu, Ibrahim Gambari untuk berbincang dan mencari jalan perdamaian dengan pihak junta.

Penganalisis bimbang akan tercetus kembali insiden tahun 1988 yang telah mengorbankan seramai ribuan orang. Protes yang diketuai oleh pihak sami ini, berpunca dari cadangan kerajaan untuk menggandakan nilai minyak bulan lepas, menyebabkan rakyat Burma mengalami kesulitan dalam ekonomi.

Pada masa ini tiada petunjuk bahawa pihak junta akan beralah untuk menyerahkan kuasa mereka kepada rakyat Burma lebih-lebih lagi kepada sosok yang paling ditakuti, Aung San Suu Kyi. (sumber: BBC World)



terima kasih youtube dan SBS Australia.

Tiada ulasan: