09 September 2007

Kedah Buat "Treble" Musim Ini


Kedah merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke 3 dengan menewaskan pasukan yang juga dari utara, Perak. Gol-gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Hasmawi Hassan, dan dua gol oleh Marlon Ale James. Kemenangan Kedah disaksikan oleh DYMM Sultan Kedah dan seramai 70 ribu peminat setia kedua-dua pasukan.

Perlawanan itu juga menyaksikan Perak gagal dalam perhitungannya untuk menyaingi Kedah, selepas Kedah dengan bergaya memenangi Liga Super. Kemanangan di final Piala Malaysia 2007, juga menyaksikan Kedah memiliki tiga kejuaran musim ini, dan seterusnya Azrai Khor pula menjadi jurulatih kebangsaan terbaik dipiilih oleh FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) tengah hari tadi pada majlis anugerah bola sepak negara 2007.

Selain itu, pada tengah hari tadi berlangsungnya kongres bolasepak Malysia, dan kongres itu menyaksikan Khairi Jamaluddin menjadi Timbalan Presiden II FAM dan YAM Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar disingkirkan dari jawatan Naib Presiden FAM.

Senarai penuh pemenang anugerah

Penjaga gol terbaik
- Mohd. Helmi Eliza Alias (Kedah)
Pemain pertahanan terbaik - Victor Andrang (Kedah)
Pemain tengah terbaik - Ahmad Fauzi Shaari (Kedah)
Pemain penyerang terbaik - Muhammad Khalid Jamlus (Perak)
Pemain paling bernilai-tempatan - Muhammad Shukor Adan (Selangor)
Pemain paling bernilai-luar negara - Marlon Alex James (Kedah)
Jurulatih pilihan - Mohd Azrai Khor Abdullah (Kedah)
Pemain muda terbaik - Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (Negeri Sembilan)
Pemain Paling Popular - K. Nanthakumar (Perak)
Penjaring Terbanyak Tempatan - Khalid Jamlus (Perak)
Penjaring Terbanyak import - Keitha Mandjou (Perak)

Jawatan FAM

Presiden - DYMM Sultan Ahmad Shah
Timbalan Presiden I - Datuk Redzuan Sheikh Ahmad
Timbalan Presiden II - Khairy Jamaluddin
Naib Presiden - Presiden Persatuan Bolasepak Terengganu Datuk Che Mat Jusoh, Pengurus pasukan PDRM Datuk Gulzar Mohamad, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah Datuk Osman Aziz dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan Affandi Hamzah.

Berta selajutnya akan menyusul selepas ini

Tiada ulasan: