23 September 2007

"Bawa Ketua Hakim ke tribunal": Khalid Jaafar


BANGSAR: Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar Khalid Jaafar berkata bahawa hanya ada satu cara untuk memulihkan kembali imej institusi kehakiman yang sudah tercalar akibat klip video perbualan VK Lingam dengan seorang yang dipercayai Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz, ialah menghadapkan beliau ke sebuah tribunal hakim-hakim.

Selain itu menurut KLPos Khalid Jaafar juga berkata, "[s]ekiranya pentadbiran Abdullah Badawi jujur ingin mengembalikan kewibawaan institusi kehakiman Tun Ahmad Fairuz perlu dihadapkan kepada tribunall hakim-hakim."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkara ini, tadi.

Lagi menurut beliau kepada pihak KLPos, jika pihak kerajaan enggan menubuhkan sebuah tribunal khas, "[r]akyat perlu merayu kepada Yang DiPertuan Agong untuk membersihkan nama baik institusi kehakiman dan mengambalikan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap institusi tersebut."

"Saya yakin Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja tidak akan mahu membiarkan nama baik dan kewibawaan institusi kehakiman dicemari persepsi bahawa perlantikan jawatan-jawatan tertinggi institusi tersebut dan kenaikan pangkat hakim-hakim didalangi oleh tauke-tauke seperti Vincent Tan dan peguam seperti V K Lingam," katanya lagi.

Tiada ulasan: