19 September 2007

UPM campur tangan pilihan raya kampus
rampas laptop pelajar atas alasan pornografi

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan mempunyai tujuan politik dengan merampas laptop pelajarnya. Namun, pelajar terbabit diajukan soalan berkaitan pilihan raya kampus, risalah yang diedarkan dan aktiviti pelajar ketika sesi memberi keterangan.

Tidak puas hati dengan tindakan ini, pelajar mengambil tindakan merakam perbuatan tersebut dan memuatkan ke dalam laman web YouTube.com. Rakaman tersebut boleh dicapai di http://www.youtube.com/watch?v=ulcf7F8qzV4.
(atau rujuk di bawah)

Video selama 8.58 minit itu, mempamerkan beberapa lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan dihalang daripada meninggalkan tempat kejadian oleh sekumpulan mahasiswa yang tidak puas hati dengan tindakan itu.

Beberapa minit selepas itu, pihak polis datang cuba menteramkan keadaan tetapi setakat video ini diambil, masih tiada penyelesaian dibuat memandangkan pihak Keselamatan UPM mahu berbincang di dalam sebuah bilik dengan mahasiswa terbabit. Pihak mahasiswa pula sebaliknya mahukan perbincangan terbuka.

Rakaman tersebut dimuatkan oleh seorang penyumbang yang meggunakan nama samaran izo4ever dua hari lalu.

HarakahDaily.net (http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=
com_content&task=view&id=9828&Itemid=28) hari ini turut melaporkan empat pelajar Universiti Malaya (UM) yang dibuang kolej tanpa alasan yang jelas. Tindakan tersebut dipercayai ekoran daripada penyertaan mereka semasa menghantar memorandum menuntut pilihan raya kampus yang adil dan bebas di Kementerian Pengajian Tinggi pada 10 Ogos yang lalu.

Laporan itu juga mengatakan, sehingga kini, pilihan raya kampus dicemari dengan insiden rampasan barang peribadi mahasiswa, penggeledahan bilik dan kereta serta gejala SMS ugutan. - Jimadie Shah Othman


Tiada ulasan: