30 September 2007
Protes Baru di Burma
Hampir seribu orang mengadakan demonstrasi di kota raya Rangoon, bandar utama di Burma. Walaupun sudah masuk hari ke-3 pihak rejim tentera melakukan pembasmian protes secara ganas, rakyat tetap keluar beramai-ramai di jalan raya.
Jumlah kali ini dilaporkan lebih kecil daripada jumlah yang mengikuti perarakan para sami Buddha tempoh hari. Para demonstran melaungkan slogan-slogan anti junta dan pro demokrasi sebelum dipukul oleh pihak berkuasa anti-rusuhan.
Demonstrasi dan protest ini adalah bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan delegasi khas dari PBB Ibrahim Gambari. Duta besar UK ke Burma, Mark Canning berkata bahawa pekung di dada dapat disorok, tetapi tekanan tetap ada.
Di tengah-tengah pekan kecil Pakokku, ratusan sami Buddha didapati mengetuai perarakan aman ribuan demonstran. Stesyen TV milik kerajaan terdahulu mengisytiharkan keadaan Burma sekarang sudah kembali aman dan tenang. Stesyen TV itu juga turut melaporkan bahawa di sebuah negeri di utara Burma -- Kachin, perhimpunan pro kerajaan telah di adakan. (sumber: BBC World)
terima kasih tolimoli
video asal SBS Australia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan