25 September 2007

Terlalu Banyak Persoalan


KUALA LUMPUR: Begitulah antara intipati kenyataan Sivarasa Rasiah, Naib Presiden KeADILan di dalam kenyataannya yang boleh didapati di laman web rasmi parti itu. Sivarasa mempersoalkan bahawa kenapa kenyataan balas Ketua Hakim Negara itu tidak keluar dari mulutnya sendiri, tetapi Datuk Menteri Nazri Aziz yang memegang portfolio undang-undang di bawah Kementerian di Jabatan Perdana Menteri.

Kata Sivarasah, "[m]engapakah Datuk Seri Nazri Aziz begitu beria-ria bercakap bagi pihak Ketua Hakim Negara Malaysia tentang skandal video ini?

"Pertamanya, agak pelik dan luar biasa bagi seorang Ketua Hakim Negara untuk meminta seorang Menteri mempertahankan integritinya bagi phak beliau. Bilakah permintaan ini dibuat? Menteri Nazri Aziz tidak pula menjawab soalan ini.

"Keduanya, isi responsnya itu tidak kurang peliknya, dan sebenarnya sukar untuk dipercayai. Ini adalah kerana satu-satunya respons yang telah diberikan kepada rakyat oleh Ketua Hakim Negara sendiri, tanpa bantuan sebarang Menteri, hanyalah sekadar kenyataan 'Tiada komen' dalam tulisan semata-mata, iaitu dua hari selepas pendedahan dibuat. (lihat surat di Malaysiakini, 21 September)

"Sememangnya amatlah tidak elok untuk seorang ahli bidang Eksekutif - apatah lagi seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri - bercakap bagi pihak pegawai tertinggi bidang Kehakiman kita."

kenyataan penuh

Tiada ulasan: