04 September 2007

Sebuah Majalah Maya di Lancarkan


Sebuah majalah maya (webzine) dengan nama CAUDANMUZIK (CNM) telah dilancarkan kira-kira beberapa hari lepas. Webzine yang diusahakan oleh seorang bekas editor majalah muzik yang terkenal itu mempunyai beberapa segmen yang menarik seperti berita muzik, interbiu dengan artis-artis terkenal dan tak terkenal, rebiu muzik, feature bebas serta kolum-kolum menarik yang lain.

Ditanya tentang apa maksud CAUDANMUZIK, Hasrul Rahman selaku ketua editor berkata, "cauda tu, bintang kecil yang terang dekat bima sakti. [O]rbit dia pada bulan lapan ngan sembilan betul-betul dekat tenggara bima sakti."

Pemilihan 31/8/2007 sebagai tarikh perlancaran adalah amat tepat sekali, ini kerana pada bulan lapan dan sembilan setiap tahun bintang ini akan "menetap" di Tenggara Galaksi Bima Sakti.

Katanya lagi, "
dari lapan bulan dulu aku dah tunggu hari 31 8 2007 ni. [S]o sambungkan, cauda dengan huruf N dan perkataan muzik untuk akronim CNM. Secara sebutan ia macam 'kau dan muzik.'"

Anda boleh layari, CNM di http://caudanmuzik.com dan menangi juga hadiah menarik yang ditawarkan termasuk sebuah gitar berjenama Fender.

1 ulasan:

rastom berkata...

Laman yang statik.