29 September 2007

"Suruhanjaya diRaja!" - Pemuda BA


Siasatan kesahihan klip video yang memaparkan perbualan telefon antara VK Lingam dengan seorang yang dikatakan sebagai Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz untuk menetapkan perlantikan hakim-hakim dapat dikenal pastidengan menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan diRaja bukannya suatu panel bebas yang diragui kebebasannya.

Itulah kesimpulan yang boleh diperolehi hasil daripada kenyataan oleh kedua-dua orang pemuda dari Barisan Alternatif (BA).

Lagi, kata Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK), AMK menolak penubuhan panel siasatan bebas kerana ia tidak mempunyai kuasa menjalankan siasatan penuh. Beliau berkata demikian ketika membuat kenyataan di satu perhimpunan di Masjid Negara hari ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pula berkata, penubuhan suruhanjaya diraja penting untuk membolehkan mereka yang terlibat dengan skandal tersebut dibawa ke muka pengadilan.

Pada perhimpunan selepas solat Jumaat itu juga BA mengumumkan akan mendedahkan lagi lapan minit baki klip video itu di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam esok. (sumber: malaysiakini, harakahdaily, AMK)

Tiada ulasan: