21 September 2008

DYMM Yang DiPertuan Agong Boleh Bertindak - Aziz Bari

Oleh: Professor Dr. Abdul Aziz Bari (www.WauBebas.org)

Cara Datuk Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu. Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai. Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit ‘di luar perlembagaan’ (extra-constitutional) untuk menangani keadaan. Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.
Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan. Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda.

Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet. Ini boleh berlaku selepas pilihanraya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Perletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya perletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977.

Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu perletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu perletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan. Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.


Apa peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa. Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang Di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihanraya Mac lalu.

Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan. Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, perletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang Di-Pertuan Agong memecat perdana menteri dalam situasi sedemikian. Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang Di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri. Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihanraya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang Di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihanraya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihanraya.

**Professor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa

- Suara Keadilan

1 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

Rampasan kuasa : Anwar tak perlu heret Yang Dipetuan Agong

Saturday, September 20, 2008

Oleh AhmadHadeed, Al Muslimin. Al Muslimin adalah NGO Islam - Membela Ummah dan Mustadafeen. Laman Web Al Muslimin adalah portal berita dan komunikasi untuk membincangkan isu berkaitan ummah dan mustadafeen. Matlamat kami ia penyatuan ummah dan menegakkan kebenaran Islam. Al Muslimin juga adalah tempat pertemuan Ummah di alam cyber untuk meningkatkan ukhwah Islamiyah.

Nampak nya Anwar sudah bangkrupt idea dan sekarang sudah hilang pertimbangan sehingga mahu mengheret Yang Di pertuan Agong dalam program komplot rampas kuasa nya. Langkah desperado Anwar ini menyebabkan saya meluat melihat gelagat Anwar.

Hanya Anwar Ibrahim (paling kiri) dan Zainab Bangura (no 6 dari kiri) yang beragama Islam dipilih menjadi ahli jawatankuasa NED. NED merupakan badan baru menggantikan fungsi CIA sebagai alat Amerika menawan dunia dengan menggunakan slogan Demokrasi

Terdapat dua tabiat buruk Anwar apabila beliau cuba mengheret Agong terlibat dalam komplot rampas kuasa. 1. Anwar tidak menghormati parliment dengan memaksa parlimen bersidang dalam keadaan tidak ada apa yang penting 2. Anwar tidak menghormati Yang Di pertuan Agong dengan melibatkan baginda dalam kes yang tidak pun jelas berlaku kerana selama ini Anwar menyembunyi senarai MP dari semua orang.

Kedua implikasi ini menunjukkan Anwar adalah seorang yang tidak menghormati institusi kerajaan Malaysia dan cuba mewujudkan konflik antara Agong dan executive body.Mengheret Agong dalam perkara yang tidak wujud adalah bersifat kurang ajar.

Mungkin Anwar mahu memerangkap Agong saperti apa yang berlaku di Thailand di mana sistem politik nya telah kucar kacir dengan berbagai twist and turn. Kalau ini lah agenda Anwar maka kita anggap Anwar adalah politician kelas Haiti dan Siera leon.

Anwar tidak senarai MP pada hal Dollah adalah Perdana Menteri Malaysia. Beliau boleh menggunakkan kuasa nya untuk memaksa Anwar supaya mendedahkan senarai itu jika di fikir teka teka politik Anwar akan menggugat ekonomi dan keselamatan negara. Jelas Anwar tidak langsung menghormati institusi kerajaan Malaysia

Saya tak faham mengapa Mujahid Yusof Rawa beriya riya benar menjadi jurucakap PR sehingga mendahului pimpinan lain melapor semuanya ini. Jika perbuatan Anwar ini menyebabkan kutukan dari rakyat maka dengan sendiri PAS turut terpalit.

Inilah di panggil lebih kuah dari sudu dan nampaknya sudah terdapat ramai pemimpin peringkat pertengahan PAS yang tidak menghormati protocol jemaah dan adab berjemaaah. Lihat saja statement mujahid di bawah :

Mujahid berkata, “Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan. Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang”

Mujahid berkata, “pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu”

Jelas Anwar tidak langsung menghormati institusi kerajaan Malaysia. Saya memang menyampah melihat orang besar kepala yang tidak menghormati law and order dan Anwar tidak di beri lesen oleh mana mana pihak untuk merendahkan sistem pertadbiran Malaysia. Mungkin berkawannya Anwar dengan Lim Kit Siang telah menyebabkan dia menjadi kurang ajar.

Mengheret Agong dalam perkara yang tidak wujud adalah bersifat kurang ajar. Mungkin Anwar mahu memerangkap Agong saperti apa yang berlaku di Thailand di mana sistem politik nya telah kucar kacir dengan berbagai twist and turn. K

alau ini lah agenda Anwar maka kita anggap Anwar adalah politician kelas Haiti dan Siera leon.

Posted by AhmadHadeed at 1:43 AM

sumber -Al Muslimin

http://almuslimin2.blogspot.com/2008/09/jangan-heret-agong-dalam-kes-bersidang.html