15 Disember 2008

KDBU: Wan Farid bukan calon Umno untuk Kuala Terengganu?





Wan Ahmad Farid yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan sekutu rapat kepada Khairy Jamaluddin telah dilantik semula sebagai senator. Klik disini.

Apakah ini tandanya beliau bukanlah calon untuk kerusi P 36 untuk mewakili Umno?

Jika ini benar, ertinya Najib Tun Razak telah berjaya menguasai Umno dan akan meletakkan orangnya di kerusi tersebut untuk melawan calon PAS dan calon bebas yang akan bertanding nanti didalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

Ini adalah kerana orang-orang kepada Timbalan Perdana Menteri itu pasti tidak akan selesa jika orang-orang menantu Pak Lah seperti Wan Farid menjadi calon bagi mewakili Umno.

1 ulasan:

Suhaimi Said berkata...

Letaklah sapa-sapa calon UMNO di KT ni, orang Pak Lah ke, Orang Najib ke; kita PAS-PKR-DAP akan lawan semacam.

Kita tuntut supaya UMNO/BN ni gentleman, jangan rasuah duit, jangan ugut, jangan salahguna harta kerajaan, MARI lawan, parti lawan parti.

TV jangan mengarut, media jangan mengarut, bertanding on a level field.

Kalau demokrasi berjalan dengan adil saksama, BN/UMNO akan terpukang, dan kita akan hantar Najib balik ke Mongolia.