14 Ogos 2008

BENDERA








Oleh: Yunus Ali

Sebenarnya, kalau nak menacari asal usul bendera Malaysia ni, banyak juga ceritanya. Betul atau pun tidak wallahualam bisssawab. Kenalah periksa sendiri fakta sejarahnya. Yang tercatat kat bawah ni, kalau tak setuju dan tak senang apabila dibaca, anggapkan sajalah sebagai cerita dongeng tok-nenek kita.

Perkataan BENDERA ini pun sebenarnya bukannya perkataan Melayu, ia dipinjam, tapi tak dipulangkan kembali, dari bahasa Sanskrit. Zaman dulu-dulu, rantau Melayu ini beragama Hindu dan Buddha, tamadun Melayu dahulukala pun banyak dipengaruhi oeh agama itu dan tamaddun dari India, termasuklah bahasanya sekali: istana, raja, neraka, syorga dan lain-lain, termasuklah BENDERA.





Kalau dulu-dulu, lebih dari 30-40 tahun dulu, bila orang Melayu mendirikan rumah, pasak tiang di atas dan di bawahnya akan lapikkan dengan dua helai kain, lapis atas warna merah dan warna putih pada lapis bawahnya.

Aku pun pernahlah tanya orang-orang tua-tua dulu, kenapa? Ceritanya mereka ini dari pulau seberang (Sumatra) dari daerah Palembang, tempat tamadun Melayu lama Sri Vijaya (ini pun bahasa Sanskrit juga, maknanya bahasa yang boleh difaham Melayu sekarang ialah seri berjaya), dan itulah warna bendera Melayu totok – merah putih.

Apabila Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan kesatuan pulau-pulau Indonesia, bukan sahaja bahasa Melayu dimertabatkan sebagai bahasa Indonesia, warna bendera Melayu totoklah juga dijadikan bendera Indonesia yang diberikannya nama Sang Saka Merah Putih.

Balik ke Malaya zaman penjajah British, maka terwujudlah Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) yang memperjuangkan kemerdekaan. Dalam satu muktamar kumpulan dan persatuan-persatuan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur; salah satu daripada agenda ialah untuk mencipta sebuah bendera orang Melayu sebagai satu simbul kesatuan. PKMM mengesyorkan bendera merah putih.

Ahli-ahli lain yang bernaung di bawah payung United Malay National Organisations bersetuju dengan warna tersebut, tetapi diubahsuai dengan tambah lambang bulan dan keris. PKMM tak setuju dengan pencabulan itu, inilah salah satu sebabnya PKMM keluar daripada United Malay National Organizations . Namun sampai sekarang ini warna merah putih itu digunakan oleh United Malay National Organisations sebagai latar belakang bendera mereka.

Nah, Singapura pun tak ketinggalan. Apabila dia ditendang keluar daripada Persekutuan Malaysia oleh perdana menteri Tunku Abdul Rahman, dia terpaksalah juga buat benderanya sebagai lambang negaranya yang merdeka. Apakah ilham apakah motifnya wallahualam, namun merah dan putih Sri Vijayalah juga dijadikan warna bendera mereka itu.

Tapi di sebelah kita sini lain pula ceritanya. Di ambang Malaya mencapai kemerdekaan, maka Tunku Abdul Rahman pun mengarahkan disediakan sebuah bendera Malaya. Dia tak rujuk pada siapa-siapa pun, tidak ada panel tidak ada refrendum!



Dia arah sahaja. Buat bendera Malaya seperti bendera Amerika Syarikat, jalur-jalur merah dan putih. Masa itu ada 11 negeri dalam Persekutuan, maka 11 lah jalurnya. Apabila Malaysia ditubuhkan, maka ditambah jalurnya kepada 14. Bila Singapura ditendang keluar, nombor jalur turun kepada 13. Sekarang ini balik ke 14 jalur kot, sebab ada Wilayah Persekutuan. Begitulah juga bucu-bucu bintang kat bendera tu, turun naiklah juga jumlahnya.

Tak lama dulu, zaman pemerintahan rejim Mahathir, kononnya ada pertandingan untuk menamakan bendera Malaysia. Yang diterima menang dan pakai sampai sekarang ini ialah JALUR GEMILANG, tak jauhlah daripada bendera Amerika Syarikat yang dinamakan mereka “Stars and Stripes.”

Jadi kalau ada orang yang susah nak naik semangat apabila bendera Malaysia dinaik kibarkan, atau salah kibar, atau terbalik kibar maka janganlah marah dan tuduh tak tentu hala: tak patriotik, anti-nasional, biadab dan sebagainya…. kerana asal-usulya pun tonggang terbalik nak tiru macam Amerika Syarikat.

Apatah lagi apabila bendera itu naik diringi dengan lagu Terang Bulan!


Yunus Ali adalah seorang aktivis sosial dan pemikir hal-ehwal sosio-ekonomi. Sekarang beliau sebagai pengerusi National Institute for Electoral Integrity (NIEI), sebuah NGO yang menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan reformasi pilihanraya dan pembangunan demokrasi.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah BANDERA jalur gemilang perlu diubah? Pengamatan dari jauh seperti BANDERA Amerika Serikat. Refer: insiden di Somalia>> disalahanggap

Unknown berkata...

Urmm.. wallahualam. Tapi mak aku selalu silap masa tengok medal tally. Dia ingat Malaysia no 2, tapi rupanya bendera Amerikan. Kesian mak aku.