07 Ogos 2008
Riang-riang: Falsafah pemain nombor ekor
Tak habis-habis dia komplen yang suami dia tak bagi duit rumah/dapur dan mereka selalu bergaduh. Suami dia dah banyak kali kantui tiket nombor ekor yang sekali dia beli sampai setebal buku Surah Yaa-sin dan Tahlil. Jadi, kawan aku ni pun syak yang duit suaminya ni tak pernah cukup disebabkan beli nombor ekor.
"Di dunia ni, Tuhan dah jadikan segalanya untuk kita. Apa yang kita lakukan, Tuhan dah set. Jadi, kalau Tuhan dah set kita main nombor ekor, itulah rezeki yang Tuhan bagi. Dan setiap kita ni, ada nombornya sendiri."
Semasa aku naik teksi, dia, si pemandu teksi ni sedang membaca keputusan nombor ekor di surat khabar. Di tangannya terdapat tiket-tiket nombor ekor yang dibelinya semalam.
"Tengok, mis lagi. Dia pusing satu nombor je. Aku tekan 8180, sekali dia naik 8308."
Aku pun melayan je lah. Buat-buat tanya macam-macam. Aku, pernah beli nombor ekor. Entah nombor apa je aku beli. Seringgit kecil, seringgit besar. Entah apa yang kecil besar, aku pun tak tahu. Ada saudara dekat aku yang masyarakat Melayu menghukumnya sebagai 'taik' nombor kerana tak ada kitab lain yang dihadapnya selain kitab 'mengecai' dan membaca kod tiket nombor.
Aku tak suka matapelajaran Matematik/Ilmu Hisab sewaktu sekolah aku. Terus-terang cakap, aku dapat gred 8 untuk Matematik dalam SPM. Bagi aku, kira-kira hanyalah tolak, campur, bahagi, darab je. Tak ada formula-formula lain dan aku sukar untuk menerima a + b = ab. Tapi, semakin lama aku hidup, aku mula menyesal dan aku nak belajar semula formula yang aku abaikan suatu ketika dahulu. Jadi, bila aku melihat ada segelintir manusia yang boleh memecahkan cabang ilmu Matematik ni, aku tabik 'spring' lah. Pemecah kod? Lagi aku tabik. Bagi aku, kod dan matematik, tidak dapat dipisahkan.
Maka kabokan, aku pun mule bertanyelah pade si pemain nombor ekor tadi tentang formule die untuk mendapatkan nombor dan dengan itu kabokan, die ucapkanlah dialog di permulaan entri ni di atas, kabokan.
Sambungnya lagi, "Kita perhati betul-betul sekitar kita ni, tempat yang kita guna hari-hari. Tempat kita tengok TV ke, bilik air ke, bilik tidur ke, dapur ke, bila kita perhati betul-betul, kita akan jumpa satu nombor - 4D lah. Katakan nombornya 5451. Ambil nombor tu, simpan. Pasang niat dalam hati, kita nak berapa ribu. Katakan kita nak 20ribu. Ok. Jadi, kita kena beli 3ringgit kecil, 3ringgit besar."
Ahah.
"Dalam seminggu, 3 kali beli. Jadi, dalam setahun, kita sudah belanja baru 864ringgit."
Ahah.
"Tapi, kita kena beli kat satu rumah je. Katakan nak beli kat Magnum. Beli kat Magnum je, jangan beli kat rumah lain. Jangan kacau rumah orang lain. Itu rumah kita. Nombor tu, bini kita. Kita pun jangan ambil nombor lain sebab nombor lain tu dah ada orang punya. Tak baik kacau bini orang."
Ahah (aku dah mula tergelak dah dalam hati).
"Dalam tempoh masa 2tahun ha, kita punya nombor mesti kena punya 'first prize'. Bila sudah kena, jangan beli dah. Pakai lah duit 20ribu yang kita dapat tu."
Ahahahahahahahahahaha.... (aku gelak setelah aku turun dari teksi tu lah).
Aku ada seorang kawan. Perempuan, dah bernikah, anak dua dan dia seorang berkerjaya. Tak habis-habis dia komplen yang suami dia tak bagi duit rumah/dapur dan mereka selalu bergaduh. Suami dia dah banyak kali kantui tiket nombor ekor yang sekali dia beli sampai setebal buku Surah Yaa-sin dan Tahlil. Jadi, kawan aku ni pun syak yang duit suaminya ni tak pernah cukup disebabkan beli nombor ekor. Semasa aku mendengar komplen-komplen dia, dalam pada masa yang sama aku juga percaya pada pepatah masyarakat Melayu mengenai kehidupan suami-isteri -
Cukup keras, tak cukup beras - bini lari.
Cukup beras, tak cukup keras - bini lari.
Tak cukup beras, tak cukup keras - lagi mau tanya ka?
Ke'keras'an yang dimaksudkan oleh pepatah ni bukanlah maksudnya sama dengan kerasnya punei laki tu. Boleh juga digunakan sebagai cukup atau tidak pemberian punei itu kepada si isteri. Kalau pemberiannya semakin berkurangan, mungkin ada masalah pada si suami, sama ada dah tak keras ataupun, ada tumpuan lain (kalau dah tak keras, jangan bimbang, Pok Leh dan Pok Abu ada...hahahaha).
Jadi, kalau mengikut pada falsafah pemain nombor ekor di atas, tidak hairanlah ada segelintir para isteri yang mengomel dan berleter serta komplen, kerana nombor itu juga tanggungjawab si suami. Dan aku pun faham dan jumpa jawapannya kenapa ada segelintir pemain nombor ekor yang sanggup mengabaikan tanggungjawab kepada isterinya. Dan aku menyimpulkannya - nombor tak pernah merungut dan tak pernah nak mintak cerai. Hahahaha...
Aku nak balik rumah cepatlah. Nak cari nombor 'bertuah' aku dalam bilik. Boleh kusunting ia menjadi isteri.
nota: Hariry Jalil merupakan seorang aktivis teater dan seorang pelakon drama dan filem pendek. Selain itu beliau juga menulis skrip dan pelakon. Beliau kadang-kadang ada di blognya Riang-riang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan