01 Ogos 2008

Mutakjadidah

Petang semalam, Kak Lijah, jiran sebelah rumah minta tolong bawakkan dia ke Felda Bersia, nak cari madu lebah Tualang. Nak buat ubat anak dia kena sakit mengah. Pergi klinik, doktor kata asthma, makan ubat dan kena pump dah banyak kali tapi masih tak baik. Aku bagi tau suruh cari daun nam-nam dan madu lebah, last-last aku balik kena cari semuanya. Tak pa lah, tu satu hal.

Dalam perjalanan balik dari Felda Bersia, dia mintak singgah kat rumah abang dia, Pak Lang Tajol kat Grik. Sampai kat rumah Pak Lang Tajol, tengok penuh dengan orang. Depan rumah ada khemah 4 biji. Sampai depan pintu, depa semua riuh rendah.

"Ambil ayor, renjih kat muka dia" kata sorang tu.

"Pegang tangan dia!" kata sorang lagi.

Aku tengok, Pak Lang Tajol tengah menggelupor. "Cepat cari sudu tembaga!" aku bagi tau. Punya la bodoh depa ni. Orang tengah kena gila babi, panggil bomba pancut air satu tangki pun dia takkan sedar.

Kelam kabut depa cari sudu tembaga, last-last dapat lah satu. Aku cekup muka dia, sumbat sudu tembaga kat mulut Pak Lang Tajol. Diam sekejap. "Ada bedak sejuk ubi bemban tak?" aku tanya.

"Mana nak ceghoko, yob!" jawab mak cik sebelah." Bedak orang beranak ada la."

"Bedak sejuk?" aku tanya lagi.

"Bedak sejuk pun tak mandang" jawab mak cik tu.

"Kalau tak ada, bawak tepung tajin dengan ayor" aku bagi tau kat makcik tu. Dia pergi kedapor, ambil tepung ubi dengan air. Aku bancuh tepung ubi dengan air, sapu kat muka Pak Lang Tajol.

Dalam agak-agak sepuluh minit, Pak Lang Tajol mula sedar. Sudu tembaga pun terjatuh dari bibirnya. Nasib baik ada madu lebah yang aku bawak, bancuh dengan air, bagi kat Pak Lang Tajol minum. Orang ramai yang lain pun beredar. Ada yang duduk melengung bawah khemah, ada yang tersandar kat kerusi malas. Semuanya macam orang tak semiak.

"Apa halnya, Yob? semuanya macam ayam kena hawar?" Aku tanya kat Pak Lang Tajol.

"Tak patut betui deme buat kat aku." lemaaaah saja bunyinya. "keghobo dah bertambat, beras dah bertampi, balai dah bertegak, tiba-tiba deme tolak mentah-mentah je. Tak ada hati perut langsung." Pak Lang Tajol tersebik-sebik.

Aku ternganga macam ayam kena tungau.Tak tau hujung pangkal. Yang Pak Lang Tajol cerita kat aku buat apa, aku bukan tau apa-apa.

Kak Lijah pun bagi tau. "Hari tu deme ni pergi minang anak Penghulu Nizar kat Ipoh. Dari awal lagi dah, Nizar ni tak berkenan kat kami. Tapi adik beradik dia banyak yang suka. Lagi pun, bapak Nizar dari Trengganu pun dah setuju, tapi Nizar ni pulak yang biut benor."

"Betui la. Yang nak kahwin anak Nizar. Pak Awang tak boleh la cakap banyak. Mana boleh dia yang menguruskan cucu, mesti la Nizar. Sebagai bapa, dia ada lebih hak." aku balas balik.

"Mat.. Penghulu Nizar pun tak ada hak. Yang ada hak anak dia!" sampuk Kak Lijah.

Tercengang aku sekejap. " Kak Lijah ikut mazhab Hadhari ke Mazhab Elvis Presley?"

"Anak Nizar tu bukannya betina.. anak jantan..ikut suka dia la." jawab Kak Lijah.

"Laaa...ini dah kes telaga cari baldi. " Ishh..ish..ish. Macam ni punya manusia pun ada dalam dunia ni?" aku tanya dalam hati.

"Hari tu dengar kata dah bertunang? Nak menikah Hari Merdeka ni?" Aku tanya.

"Betui la. Hari tu kami merisik kat bapak dia kat Trengganu tu. Dah setuju dah. Tup-tup, datang pak penakan dia dari Kelantan nu, minta hantaran macam-macam. Tambah lagi lima pinggan." Sayu je dengor cakap Pak Lang.

"Pak penakan dia minta apa?" aku tanya.

"Bukan-bukan dia mintak. Yang empat pinggan tu, boleh jugak dibuat, tapi yang satu tu, tak sanggup teman, weh."

"Kah..kah..kah macam nak minang Puteri Gunung Ledang je?" aku gelak. Kak Lijah getu peha aku. "Apa dia permintaan kelima tu?"

"Dia suruh aku bawak anak aku check kat Pusrawi. Yang tu aku aku cuak sikit." kata Pak lang Tajol.

"Pasai apa?" aku tanya.

"Dah kena tebuk tupai!" jawab Pak Lang Tajol.

"Astagfirullahilazim. Mungkin Penghulu Nizar dah tau dari awal kot? Malu la dia kalau orang tau anak dia jadi Pak Sanggup!" aku bagi tau kat Pak Lang Tajol.

"Macam ni la Pak Lang, macam mana kalau suruh Mat Ezam pi merisik pulak. Kalau Pak Penakan Penghulu Nizar tu minta lima pinggan, suruh Mat Ezam bawak enam kotak. Bior terkebil mata Pak Penakan Nizar tu. Kot-kot Nizar pun terliur juga tengok enam kotak tu." aku bagi cadangan kat Pak Lang Tajol.

"Ptuih!!" Pak Lang Tajol menyumpah." Budak tu cakap je besor. Kencin pun dalam seluor"

Aku tengok Pak Lang Tajol dah mula menggeletor balik. Kalau aku cakap lagi banyak, sah gila babi dia datang balik.

"Macam ni la Pak Lang." aku bagi tau kat Pak Lang Tajol." Pak Lang cari bunga tujuh jenih, limau purut tujuh biji. Yang tu buat mandi. Serai wangi segenggam, jerangau segenggam, sambau segenggam. Yang ni gantung kat ambang pintu"

"Nak buat apa?" Pak Lang Tajol tanya.

"Buang sial!"




31 ulasan:

Pak Ngah La Balik.... berkata...

Salam!
Wa Bang! Pak Ngah tak sangka pulak mu ni boleh jadi bomoh, mu belajar kat mani weh! Kat Patani ka ! atau kat Tok Batin!
Pak Lang Tajol dah kebah elok dah! Mu bagi tau kat demo kalau dah tak jadi ngan anak pengulu Nizar tu anak dara dia ngan Pak Ngah pun boleh ahh! Kira apa sangat, Buah durian yang dok kena tebuk tupai tu selalunya sedappp, Cuma sepangsa yang kena tebuk tu ja tak bleh makan, yang lain tu boleh,,, kalau tak kat Pak Ngah pun kawan kita si Ronn tu ndak, kan dia selalu dok tanya kat mu Janda si Bakar tu..baik lagi ambik anak dara Pak Lang Tajol...

Anak ghanu berkata...

Kenapa gelap, tak boleh baca.

matsamankati berkata...

Pak Ngah,

Pak Lang tengah cari Pak Sanggup. ada ke?

anak ghanu,

mu pakai spek hitam kot?

Anak ghanu berkata...

Salam MSK...

Time skrang ni baik pakai spek hitam je sebab banyak sangat kekejaman berlaku...

TOK PENGULU berkata...

salam msk..

khemah dah diri, kerbau dah beli, set karaoke dah tempah tetamu dah undang. malu oi kalau tak jadi. bapak nizar siap buat press conference kata tak jadi. aku takut pak lang tajol saman dengan nizar. macam pemain bola sepak kedah yang cancel majlis kahwin berapa tahun lepas. tak pasai2 je depa kena.

Money4Free berkata...

MSK,

Miker tolong khaborkan kat Penghulu Nizar tu..tak patut dia buat gitu kat Pak Lang Tajul tu.Aku sebenarnya bukan kisah pasal jadi tak jadi tu...cuma aku kesian kat perakbangkit.Perakbangkit dengorkan habornya, dah beria ia nubuhkan kumpulan kugiran, pasei nak meraikan kenduri tu.Dema udah sakan belajor main gitar bawah pokok rambai belakang dewan tu.

Tup tup bila tak jadi kenduri tu, ngamuk sakan la perakbangkit.Habih dihempah hempahnya gitar baru beli tu.Gitar tu dengarkan habornya, dia mecah tabung buluh pasei nak beli gitar.Bukan senang dema nak belajor main kugiran tu.Semua tangan udah kematu.Tapi ngenangkan pasei seronok sangat nak nyambut kawin anak Penghulu Nizar dengan anak Pak Lang Tajul, berlatih sakan perakbangkit.

Teka aku, mungkin sebab nama kugiran dema tu pelik sangat, tu pasei tak jadi kenduri kot.Gamaknya la.....

Ada ker nama kugiran "perakmeghodom".Moghodom bebenor ler...

Pagi tadi aku ada nampak, ada irap irap perakbangkit, tapi tak berapa cam sgt, sebab aki nampak sipi sipi jer....menyanyi sakan tak berenti sambil bawak penyapu, buat macam gitar.Aku nampak tepi pagar SUK Ipoh...Munkalu ada sesaper lalu lang kat situ, cer...kome tengok tengok kan....

Pak Ngah La Balik.... berkata...

Bang MSK!
Pakngah pun sanggup weh! Sapa tak mau kalu kawin free, herta Pal Lang Tajul pun weh! Nak apa lagi!!!

Pak Ngah La Balik.... berkata...

Office Boy!
Hang lupa weh! Tak sebut stu ke dua benda lagi tu,,, nanti kecik hati Perak Bangkit! Kumpulan Marhaban pun katanya ada sekali, dia jadi khalifahnya pun, kompang ka hadrah pun ada juga, dia juga tekong, last-last tak jadi,,, melantung betul penghulu nizar nii, tak patuuut...

Canser vs B17 berkata...

Salam Bang Mat,

Mula baca intro pasai pak lang tajol, masih tak dapat tangkap lagi isu apa. Masuk bab Penghulu Nizar baru faham dan tersenyum. Bikin suspen da.... kesian kat Pak Lang Tajol sampai kena sawan.

Nak tanya sikit, kalau mengikut bab perubatan MSK, pak lang tajol tu kena sawan apa? pasai sawan ada banyak jenis,,, bukan apa saja nak tau, kot kot nanti Pak Long Dollah terkena penyakit tu, tau la nak buat lagu mana...

Buat Pak Ngah la balik;

Anak dara yang dah di tebuk tupai, boleh di panggil anak dara lagi ka?
Ka ada gelaran lain yang lebih sesuai dengan status tu.

p/s: Nak pi beli spek hitam sat, malu ooii... tak tau muka nak letak kat mana. Haru...haru...

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

ofisboy,

Laaa.... aku pun nampak deme belajor kugiran main hempas gitar. ingat kan nak jadi AC/DC.

tapi nanti la.. esok aku pergi SUK. Kot-kot boleh jumpa member yang bawa gitar, tadah tempurung.

pakngah...

Anak Pak Lang tu kena bawa pergi puspakom dulu. kot-kot dah mati road-tax

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

johar,

Yang ni kira dah teruk sikit la. yang ni, depa panggil sawan bemban. Masa kecik-kecik dulu, dia ni selalu kena rotan dengan batang bemban. Kamu tau ke macam mana rupa batang bemban? Pi kat FRIM, ada banyak kat sana.

Pak Long Dolah tu tolong tengok-tengok sikit. Ambil terong pungak, gantung kat tengkok. tau tak macam mana terung pungak? yang berduri tu. Kalau dia tersenggok, calar dagu.

Tanpa Nama berkata...

MSK,salam.

Perak bangkit boleh ganti Mat Ezam kot?.Cuba,mana lah tahu,terubat juga gila babi si Pak Lang Tajol tu.

Money4Free berkata...

pak ngah la balik,

Idak la aku tahu pulak perakbangkit ada nubuhkan kumpulan marhaban dgn hadrah pasei nak meriahkan kenduri tu.Gamaknya pasie itu dia meraban teben kot?

Aku ada pegi nengok "rumah" dia tadi.Dulu elok jer.Ler ni lepas tak jadi kenduri tu, udah berselerak "rumah" perakbangkit.Penuh dengan risalah ngutuk Lebai Nuar.Gamaknya dia ingat Lebai Nuar punya kerojer kot, pasei tak jadi nikah kawin tu?

Ader ker sampai nyamakan Lebai Nuar dengan dajjal.Udah gila isim budak ni...

Pak Ngah La Balik.... berkata...

Office Boy!
Bila hang kata macam tu Pak Ngah pun pi ziarah juga rumah Perak bangkit, Ish tergamak dia menilai sampai begitu, agaknya kepanasan sangat kut buat macam-macam semua tak menjadi,, Tak sangka PakNgah dia selama ni cakap bab ugama bukan main terror lagi, mengalahkan Ulamak, tapi bila bab mengumpat pun masyaallah, tak tergamak Pakngah nak membacanya, Nampak sangat kebobrok orang UMNO, langsung tak ada adap.

Tanpa Nama berkata...

MSK,

Gila isim perak bangkit tu apa ubatnya?
Kalau Pak Lang tajol tu bubuh sudu tembaga, yg ni sudu apa pulak?

atau lagi elok gonyoh dengan tempurung nyiok kut.

Money4Free berkata...

Asamkumbang,

Bior ler aku jer menjawab bagi pihak MSK soalan miker tu.Aku pun nuntut lebih kurang MSK juga.Kot nak kurang pun, kurang sikit jer.

Kalu ngikut ilmu yag aku belajor,pesan guru aku, kalau Pak Tajul kena sumbat dengan batang plastik yang nyucuk jobor saiful tu.Kan dalam repot sakit Saiful tu dia ngadu lobang jobor dia kena sumbat dengan plastik.Plastik pesen apa, idak la aku tahu plak.Batang plastik itu la yang kena sumbat pulak dalam mulut Pak Tajul tu.

Hah..!! 2/3 hari gerenti baik sawan Pak Tajul tu.

Sebenarnya, yang sumbat dalam mulut tu jangan bagi dia kancing gigi.Orang sawan ( gilababi ) suka kancing gigi.Kalau dah kancing gigi, riso kot putus lidah dia plak.Nanti payah plak Pak Tajul nak ngumpat orang.

Tok Pawi berkata...

Pak Awang awai2 dah tau anak Pak Lang Tajol dah betebuk, ngapa dah nak kenduri sangat baru dihebohkan? Pak Lang tu pun satu, puak larak, rakan taulan seme ngaborkan tak payah le ngenden2 Penghulu Nizar tu, tak dimaunya. Kau benor dia nak awai lagi dah sebelum dia menikahkan anaknya dengan amoi. Amoi tu pun bukannya semenggah benor pun. Jangan2 Islam pun idak. Lantak kome la.

Canser vs B17 berkata...

Katanya anak dara pak lang tu dah bertebuk tupai. Kalau dah di tebuk tupai layak ke di gelar anak dara lagi.

Kalau janda tu teman paham ler, baik yang dah di tebuk atau belum di tebuk, dapat juga laki.

Yang ni teman kompius sikit, perak bangkit tolong jawap boleh.

Canser vs B17 berkata...

Salam Bang Mat,

Batang bemban tu saya tau la lagu mana, pasai kecik2 dulu selalu main askar2 guna batang bemban buat peluru senapang, tu yang kena peghambat dengan Pak Long Dollah pasai tertembak pungkoq anak buah dia, ntah dah lupa pulak nama budak tu.

Tang terong pungak tu terus terang tak pernah dengaq pun, rupa dia pun saya tak kenai, mungkin Pak Long Dollah tau kot, nanti saya pesan kat dia.

Tanpa Nama berkata...

Salam Abg Mat,

Kalo tok salah ambo, Tok Penghulu nizar dah bagi cadangan lain kan. katanya dia ngenengkan anak pak lang tajol dengan anak kawan dia dr obersea... ape ke name tempat tu....monggol ker tunggul... ishhh lepo plak ambo...

Lapag nasi Kandag berkata...

eih dah pindah rumah bomo kita ni, awat depa ligan?, depa pakat pacak bendera kot.

teman pun ade le pegi ziarah rumah perak bangkit, dah macam kubor gamaknya, tak ade la pulak kawan rakan kat sana..

buat perakbangkit:

Buah Cemepedak di luor pago
datang monyet gigit deme
habih camne?

eloklah kita pakat pacak bendera kat rumah perak bangkit, jom johar,opisboy dll

ayor lemuju ni boleh buat ubat, ni kalau sakit perut..

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

asamkumbang,

Orang macam tu, kena perasap tiap malam jumaat. Ambil bara api, bubuh dalam tempurung jantan, bakar cabai kering. Lepas tu, perasap ubun-ubun tiga kali malam jumaat.

johar,

Kat perak, belah Tapah nu, depa panggil terong pungak, sebelah utara, depa panggil kecubong.

lapaq nasi kandaq,

Ayor lemuju, kalau campur panadol dua biji, boleh high tau? kalah daun ketum.

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

ofisboy,

matsamankati@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

salam semua,
pak lang tajol pun buat keroja tak rujuk dulu kat abang-abangnye yang kat baroh tu. abangnye yang bekas juara boxing tu pun tak berape pekenan peminangan ni, tapi kena le juga cover keroje adiknye yang tak menjadi tu.last-last pak lang tajol pulak yang kena angin. kesian. perak bangkit pun kena ketegor sama.

Money4Free berkata...

Pilih salah satu peribahasa di bawah yang bersesuian dengan Pak Lang Tajul dan Perakbangkit:

1). Dek kerana terlebih lonjak, songkok tembuk, dek kerana lebih langkah, kain koyak.

2). Lebih lajak dari kayuh.

3). Ibarat Red Indian dapat senapang.

4). Berat rantai dari beruk.

5). Lebih sudu dari kuah

6). Semua yang di atas

Tanpa Nama berkata...

tambah lagi peribahasa utk Pak Lang Tajul dan Perakbangkit

7. lebih beruk dari buah
8. Lebih spanduk dari masalah

Money4Free berkata...

Mari lihat gambar gambar terbaharu Pak Lah.Yang tidak pernah tersiar dimana mana media.
http://tingkat4.blogspot.com/

Tok Pawi berkata...

Kesian perakbangkit, segala jerih payah dia hancur berderai dengan sekelip mata. Apa diharap pada kelompok yang tak bertelor, mudah benor bertukor cakap. Kalu teman, idak payah le hendak bersusah-susah bekerjasama dengan orang yang banyak bersyak wasangka. Bior masa menentukan segala-galanya. Dan lain kali usah le cakap berdegor2, last2 orang kata habuk pun tarak.

Teman ada tip camane nak mengelak dari blog kena flag, kot2 ada lagi orang nak pedajal blog anti UMNO ni. YM teman ibnawawi.

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

keme tersinggah pulak kat sini..tgk ramai betol org berkompol..ingatkan ada eksiden rope2nye nengok Pak Lang kena sawan ye...

eh2..pokcik2 sume tgh borak ceghite pasei anak Pak Lang yg dah tut..tut..tu ke..?pssttt..keme pun tau gak ceghitenye sikit2...tapi keme tak bulih nak nyampok..pasei keme ni bebudak lagi...mak kata..budak2 tak bulih nyampuk org tua nyembang..tapi melangut tek pe le ye..keme dok jauh2 sikit tapi bulih le dengor lagi..

takpe le..sambung le nyembang nye ye..

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

ummianni,

ada bakat jadi mak bidan tu. Boleh ke nak golek perut?

Tanpa Nama berkata...

MSK

Bile lagi nak pindah ke rumah sendiri...cakap 1-2 hari nak tumpang kat sini.

Tak sedap bebenor tumpang rumah orang ni.. nak singkap kain lebih-lebih malu pulak rasenye.

CYS