31 Julai 2008

Kak Wan lepas kerusi Permatang Pauh untuk suaminya

Oleh Malaysiakini

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepas kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

11 ulasan:

Canser vs B17 berkata...

Tahniah dan satu keputusan yang bijak. Selamat bertanding.

DSWA dah lepaskan kerusi Permatang Pauh, jangan ada pula nanti hantu-hantu yang terlepas ke Permatang Pauh.

Macam-macam boleh jadi dan macam-macam ada...... dalam Malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.
akhirnya sireh pulang ke gagang!

Tanpa Nama berkata...

Kiraan sudah di buat,rancangan sudah di atur,bolehkah Pak lah menghalang kepantasan Anwar dan sempatkah beliau menyerahkan jawatan PM kepada timbalannya yg dikerumuni berbagai-bagai masalah?.
Bolehkah Khairy bersikap kurang ajar lagi apabila bapa mertuanya kehilangan jawatan.Bagaimana pula Ezam si biadap,mahu melalak kononya mengagumi ketelusan dan keikhlasan pemimpin Islam Hadhari.

Tanpa Nama berkata...

mat,

wa xleh handle la mat kalo lu xwat posting..lagi2 ble lu ckp xlama lg ada lg kejutan...arghhhh...sape yg pegi flagged tu aku sumpah xleh beronani selama 3 bln...kohkohkoh...mat,kalo ko dpt tangkap mamat yg wat dajal kat ko tu ko bgtau ktorang!pastu br bg polis...hehe

Tanpa Nama berkata...

mat,

wa xleh handle la mat kalo lu xwat posting..lagi2 ble lu ckp xlama lg ada lg kejutan...arghhhh...sape yg pegi flagged tu aku sumpah xleh beronani selama 3 bln...kohkohkoh...mat,kalo ko dpt tangkap mamat yg wat dajal kat ko tu ko bgtau ktorang!pastu br bg polis...hehe

-nwa-

matcomot berkata...

msk
hang beli domain MSK.com la.baru berapa ratus je.kalau hang minta semua member sponsor pun depa semua setuju.aku orait je nak bagi skit.............

Unknown berkata...

johar faizal, tanpa nama 1 - apa mungkin terjadi akan datang ni?

segalanya berkemungkinan...

adihamka - betul, kegusaran sdr terjawab sudah.. sireh pasti pulang ke gagang..

matcomot, tanpa nama 2 - brader msk tolong jawab...

rmj berkata...

Dua raut wajah,yg.buat komen di TV 3 suku tadi menapakan keresahan mereka,Si Botak becakap macam orang lalok,Si Bujal tanjong karang hampir tak keluar suara,dengan muka pucat lesi,macam dah tahu bala yg.bakal menimpa,bila DSAI menang dan seterusnya.....

Si Ezam,kerap sangat masuk bilik air,sejak pengumaman itu di buat,Topeng Perak,melambai lambai tangan pada Syifool....sayonara!!terketer keter bunyinya.

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

Letih yob.

Kita pekena kopi O dulu. Pekena rokok daun segulung, lepas tu sambung balik.

matcomot,

aku tengah usahakan yang tu. Tq banyak-banyak.

tanpanama dan Johar,

kejutan tu akan berlaku sekiranya Anwar ditangkap. Kita akan keluarkan .....ha.ha.ha. Aku tak boleh cakap banyak, nanti member marah kat aku.

Canser vs B17 berkata...

Abang Mat,

Saya sokong apa yang mat comot kata tu, kalau ada masalah kami akan bantu, habaq saja berapa?

Kalau RPK depa boleh collect sorang RM1.00, tak kan kita tak boleh kot, lebih pada tu pun tak pa.

Lawan tetap lawan.

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

terima kasih, johar.

Aku sedang usahakan dengan Sam.tengokla.. dalam masa seminggu. Lagi pun aku tengah banyak kerja sekarang. Melambak paper work yang tak siap.

Aku pun harapkan Sam bantu aku.