Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) mendakwa bahawa ada di kalangan Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) akan bertindak lompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa sebulan dua ini. Pakatan yang mendapat 82 kerusi parlimen hanya memerlukan 30 kerusi di Parlimen untuk mendapat majoriti mudah serta menggulingkan kerajaan BN.
Sdr Azmin Ali, naib presiden PKR pula mengatakan bahawa PKR sudah berjaya mendapatkan lebih daripada 30 orang AP BN akan menyertai Pakatan. DSAI sekali lagi, dalam ceramah di malam Gelita 14 atau Black 14, mengtakan bahawa Pakatan sudah bersedia untuk menjadi kerajaan.
Tetapi yang menjadi persoalan kini, jika betul sudah bersedia, mengapa tidak menubuhkan kerajaan sekarang. Umumkan sahaja AP-AP dari BN yang hendak melompat keluar dari parti mereka itu dan masuk ke dalam Pakatan.
Menurut penulis serta editor bagi seksyen bahasa Malaysia Malaysiakini Sdr. Fathi Aris Omar, ini mungkin perang saraf yan dibuat DSAI dan percubaannya hendak menguji sama ada beliau masih lagi popular atau tak pasca pilihan raya ini.
Katanya, "[i]ni strategi kempen DSAI untuk menstabilkan Pakatan Rakyat & mengkelam-kabutkan BN. Aku rasa DSAI cuba "test market" sejauh mana popularnya dia & Pakatan selepas p/raya 8 Mac."
Soalan yang sama ditanyakan -- benar atau tidak dakwaan DSAI -- kepada Al-Mustaqeem Mahmod Radhi bekas editor majalah seni-politik Siasah (bukan tabloid). Ini jawapannya, "cuma dia, Tuhan dan mungkin 2-3 orang yang rapat dengan dia yang tahu. Tentang 30 orang MP nak lompat, siapa yang betul-betul pasti?"
MR Al-Mustaqeem menanbah dengan penuh yakin,"[..] yang agak pasti, perubahan kerajaan persekutuan akan bawa kebaikan untuk negara."
3 ulasan:
tiada lompat parti cuma pembentukan parti baru dan menyertai pakatan rakyat
hidup PAS...kita tegakkan Islam serta menjaga hak bukan Islam
salam sejahtera.izinkan saya menceritakan tentang seorang superhero iaitu ....
LIM KIT SIANG
Sakit hati dengan kenyataan Lim Kit Siang yang berlagak sebagai ‘Presiden’ Malaysia. Kata-kata Kit Siang juga seolah-olah ‘perlembagaan’ yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia dan menjadi keputusan rasmi Negara.
Kenapa saya berkata sedemikian?
Pertama, kita lihat isu pemulauan perlantikan Menteri Besar Perak oleh DAP yang sebelum ini telah dipersetujui bersama-sama. Walaupun beberapa jam berlalu, sebagai orang Melayu kita perlu sedar yang Kit Siang mempunyai kuasa menghapuskan sebarang bentuk perjanjian.
Kedua, diwar-warkan Perdana Menteri Bayangan Malaysia adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Andaikata Tsunami pilihanraya ke-13 memihak pada Barisan Alternatif (BA), Kit Siang akan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Siapa Kit Siang? Adakah dia Raja Bomoh atau Dewa Tukang Tilik hebat tersohor dan berlagak hendak menentukan nasib bangsa Melayu dan rakyat Malaysia? Kita jangan alpa dan leka dengan apa yang berlaku antara Negara China dengan Tibet yang seharusnya menjadi panduan.
‘Siapa Kit Siang’? adakah dia seorang maharaja yang mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri!!
Ataupun Kit Siang di Malaysia menyamai kuasa ‘Yang DiPertua Agung (YDPA)’? Andaikata mimpi dan igauannya menjadi kenyataan, adakah Kit Siang akan mendesak YDPA supaya menerima ‘Perdana Menteri ’ walaupun tidak mendapat persetujuan Paduka Baginda?
Bagi saya Orang Melayu tidak ubah sebagai ‘budak penghantar surat ( atau despech)’ kepada Pengurus Kilang sekiranya YDPA sendiri perlu mengikut telunjuknya.
Ada dua isu yang bermain dibenak fikiran rakyat Malaysia kini, pertama soal ketelusan suaka politik dan ‘kebersihan’ undang-undang Malaysia sudah dikawal rapi oleh bangsa asing.
Ini sudah terjadi di Negara Papua New Guiney.
Sekiranya PM boleh dilantik oleh Kit Siang, tak mustahil Ketua Hakim Negara atau Hakim-hakim Besar akan mengikut telunjuk belang Kit Siang.
Perkara satu lagi, Kit Siang juga akan mengawal seluruh orang Melayu dan agama Islam. Hebat dan berkuasa Kit Siang ada benarnya;
1. Kit Siang menjadi ‘hero ’ arena politik. PAS sendiri sanggup mengetepi konsep ‘Membangun Bersama-sama Islam ‘dan menganggap DAP sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (UPU).
PAS menghina dan mengaibkan orang Melayu yang menyokong UMNO sebagai kafir sedangkan Kit Siang tidakdigelar sedemikian. Pemimpin, ulama, ustaz dan orang PAS mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak akan berkerjasama dengan DAP atas dasar perjuangan parti.
Kini, ‘ajaran’ Kit Siang menjadi panduan kepada PAS berbanding ajaran Rasulullah S.A.W iaitu sanggup menghalal penipuan dengan memperbodohkan pengundi dan pengikut PAS untuk periuk nasi wakil rakyat PAS mendapat ‘pekerjaan’ sekiranya menang.
2. Semasa pulang ke Kelantan baru-baru ini, isu mengundi PAS mendapat pahala dan penyokong UMNO (BN) adalah penentang dasar-dasar dan pemerintahan Islam akan dicampakkan ke dalam neraka.
Cuba kita renung sejenak, pada hemat PAS, adakah Kit Siang dan kuncu-kuncunya boleh diterima oleh Allah dan dimasukkan ke dalam syurga ciptaan PAS (seperti syurga Ayah Pin) berbanding dengan orang Islam yang menyokong UMNO?
3. PAS melantik Menteri Besar di Perak dan Kedah atas sokongan Kit Siang. Adakah PAS akan melaksanakan hukum Allah seperti hudud? Bukan main ‘puteri katak’ PAS menghina ahli bijak pandai dan ulama yang menyokong UMNO sebagai jahil kerana menolak hudud Allah.
Terbuktilah siapa yang berpura-pura melaksanakan hudud. Tak cukup lagikah masa yang panjang memerintah Kelantan untuk menjadikan hudud sebagai wardah rasmi PAS? Yang kena, UMNO juga.
Saya percaya PAS takut dengan ‘taring’ Kit Siang daripada melaksanakan hukum Allah. Saya meminta penyokong dan pengundi PAS (termasuk di Kelantan) men cabar PAS supaya menunaikan janjinya. Beranikah PAS melawan ‘mahagurunya’?
4. Orang Cina sanggup mengokong DAP dan berkelahi dengan orang Melayu kerana Kit Siang. Orang Cina sanggup menolak MCA, Gerakan atau PPP sebagai wardah perjuangan politik bersama-sama dengan orang Melayu. DAP yang selama ini menjadi ‘duri dalam daging’ dan dalang peristiwa 13 Mei 1979 dinyanyukkan kita sewenang-wenangnya.
Saya juga hairan dengan “Ketua Menteri Pulau Mutiara” Lim Guan Eng yang meminta supaya hasil bumi Petronas diberikan kepadanya untuk membantu rakyat.
Guan Eng bukannya genius, berinovatif, kreatif dan berwawasan. Manakan tidak, sepatutnya dia mencari pelabur melabur di Pulau Pinang dan hasilnya diberikan kepada ‘pengemis’ yang dijanjikan habuan sekiranya DAP mendapat kuasa dan mandat.
Tirulah kerja parti Gerakan memajukan Pulau Pinang, bukannya merampas ‘emas hitam’ dari Petronas seolah-olah Petronas sebelum ini telah merampas hak milik datuk nenek moyang LIM-Guan Eng dan Kit Siang.
Catat Ulasan