04 Ogos 2008

Dari Bangsar Utama: Pilihan raya kecil Pmtg Pauh, bakal jadi pilihan raya terkotor





Pilihanraya kecil di Permatang Pauh nanti bakal menjadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. Menurut sumber yang berada di”dalam” parti pemerintah, misi utama BN hanyalah untuk mengurangkan majoriti kemenangan di Permatang Pauh.

Pada PRU 12 yang lalu, Dr. Wan Azizah menewaskan calon BN dengan majoriti 13,388.

Kerja-kerja jahat akan dilakukan bagi memastikan Anwar Ibrahim menang dengan majoriti yang rendah. Jika majoriti berkurangan satu undi sekalipun, BN akan mengatakan bahawa Anwar sudah tidak lagi popular dikawasannya.


Sumber dalaman tersebut memberitahu, agen-agen BN sudah berada dikawasan Permatang Pauh untuk melaksanakan kerja-kerja jahat ini. Bagi setiap satu undi, agen-agen ini akan membayar RM 1000.


Kepada pengundi di Permatang Pauh, jika ada agen-agen BN datang dan memberi duit, ambil duitnya. Tetapi undilah calon yang anda mahukan. Pemberi wang tersebut tidak tahu siapa yang anda undi kerana “UNDI ADALAH RAHSIA”.

Dan bagi penduduk Permatang Pauh yang terlihat akan kejadian pembelian undi, sila rakamkan dengan kamera, video atau gunakan telefon bimbit yang mempunyai kemudahan kamera dan video. Jika ada bukti pembelian undi dilakukan, boleh hubungi saya melalui email di amin.iskandar@gmail.com.

Kita akan dedahkan segala penipuan pilihanraya ke peringkat nasional dan antarabangsa!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://geocities.com/fatimah_alkubra/al-Jausyan_al-Kabir.htm

'alaika wa 'alaihi al-salamSALAM hanya kepada orang yang dirahmati ALLAH serta para mukmin dan mukminat yang bertakwa.salam dari-NYA; salam hak-NYA; salam dikembalikan pada-NYAwa alhamdulillahir Rabbil 'alamin

kulupSakah berkata...

tips untuk konspirator jika ingin buat konspirasi lagi ada didedahkan dalam blog
http://kulupsakah.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

weii.. camana aku nak flag laman ni pulak? aku syok memFlag nih.. hehehe. lekaihlah bagitau... takder pulak butang nak flag kat sini ye