07 Ogos 2008

Solidariti untuk Bakaq a.k.a Penarik Beca

Pagi-pagi lagi aku dapat tahu dari Perisik Rakyat, brader Bakaq kita kena tangkap. Dari apa yang aku tahu, dia kena tangkap pasai menghasut. Hasut apa? Hasut suruh orang merusuh? Berdemo? Kalau hasut orang suruh tolak Umno..ada la... Yang tu, aku pun buat.

Memang patut pun kalau suruh orang tolak Umno sebab perangai depa makin lama dah jadi macam binatang. Tak dak akai.

Ramai member-member bagi tau kat aku suruh slow sikit... hati-hati. Come on , brader! ini masa untuk kita terus melawan. Dan kali ini, jangan harap blogger kutu berahak saja yang lawan, manakala kerajaan PR buat tak tau pulak!

Baru dua tiga hari sudah, aku dok bersembang dengan kepimpinan PR Perak. Sebelum pilihanraya ke12 dulu, blogger kutu berahak ni la yang banyak membantu PR menumbangkan Umno. Blogger kutu berahak ni la yang peghabih duit simpanan, gadai gelang bini, untuk membantu PR. Tapi bila dah menang, sapa pun tak pandang blogger kutu berahak macam kami!
Pada 29/6 lalu, PKR menganjurkan Ceramah Ketuanan Rakyat kat Stadium Perak. Anwar sepatutnya hadir diceramah tersebut tapi dah kena tuduh pulak. Nasib baik Nik Aziz dapat cover.

Dulu, kalau ada mesej yang nak disampaikan, blogger la yang tolong sampaikan, tapi bila menang, ada panggil blogger bila buat sidang media? Sebaliknya depa panggil NST, Star, semua akhbar MSM. Suratkhabar ni ada buat promosi ka? haram tak dak.. Yang dok tolong promosi ialah blogger yang tak diundang.

Bila tiba malam ceramah, ada pemberita Harakah yang aku kenal datang jumpa aku mengadu sebab tak dibenarkan masuk, pasai tak ada kad media. Aku sendiri tak dibenarkan masuk kegrandstand untuk tangkap gambar! Sedangkan reporter dari akhbar-akhbar BN seronok duduk ambil gambar kat grandstand. Aku yang duduk dalam jawatankuasa sambutan pun tak boleh masuk!

Esoknya, ada cerita yang keluar dalam NST? Star? Berita Harian? Yang keluar hanyalah cerita-cerita dari blogger yang terpaksa merempat.

Tak cukup dengan itu, ada pemimpin PR yang menuduh blogger sebagai tukang fitnah, tukang hasut. Apa salah Bakaq? Pasai dia tentang muzakarah Pas -Umno? Yang tu aku pun buat. Apakah pasai dia kritik kepimpinan dia, maka dia dikatakan menghasut?
Pemimpin PR mesti buat sesuatu. Aku nak tengok sama ada kepimpinan PR akan bantu Bakaq atau nak jadikan Bakaq seteru depa. Kalau kepimpinan PR buat tak tau saja kat Bakaq, aku pun akan buat tak tau kat hangpa.

Pada bloggers yang lain, ini masa kita untuk bantu brader kita. Sapa yang ada maklumat, tolong sebarkan. Kita kena buat sesuatu untuk bantu brader Bakaq.

41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam!
Mat, memang kita kena lawan juga! Tapi depa lani tengak dok macam-macam sakit luar dan dalam, puak-puak ni dia bukan kira apa, umpama kita ligan kawaq, mula-mula dia lari la! bila diak tak ada tempat lagi dia patah balik mai, time dia tak peduli apa dah, antara dia hidup kita mati atau sebalinya.
Harap-harap pimpinan tertinggi PAS dapat buat sesuatu ke atas saudara kita Bakar, kalau depa dok biar tanpa sesuatu tindakan maka depa adalah lebih teruk dari UMNO..

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

Setuju manjung,

Ni bukan kira Pas ka, DAP ka, PKR ka. Kepimpinan PR semuanya perlu menunjukkan sikap mereka terhadap bloggers. Nak sokong ka tak mau?

Aku baru dapat tau dari Johar, Bakaq akan dibawa ke Cawangan Siasatan Jenahyah, Sebelah Bank Negara, jam 2 petang ni. Apa yang diberitahu, ada member-member reformis yang dah sedia ada kat sana.

Money4Free berkata...

operasi lalang keatas bloggers kot.Ni menunjukkan BN makin terdesak.Bloggers kutu berahak pun dema nak seroyor.

Pasal penarik beca,ada info kata peguam Hanipa Maidin dah cover dia.

Kepimpinan PR...kena tengok juga la....sebab bloggers kutu berahak ni la penyampai maklumat sebenar...

Tanpa Nama berkata...

agaknye sape yg kecik ati ngan yg tak puas hati ngan bakaq dh tersenyum girang la agaknye..at least bakaq reveal benda betul dn tk menipu cam yg ada yg sorang tu menipu sampai tahap nk saman kt court ..apa kes..geram tul aku..

matcomot berkata...

demikian lah perjuangan dengan liku dan ranjau risiko serta menuntut pengorbanan.akhirnya di robek oleh bangsa sendiri yang angkuh mengaku...aku lah pejuang kemerdekaan.aku lah yang berhak di atas bumi malaysia ini krn aku lah pejuang kemerdekaan.marilah kira runtuh kan kezaliman dan kuburkan mereka di permatang pauh ( menghasut ke ni )

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam...

kata negara ni demokrasi,bebas bersuara...ni belom bersuara pun..baru menaip je..nampak sgt kerajaan ni takut pada bayang2..

kepada penjaga keamanan rakyat..kan lebih baik duk usha penjenayah2 yg duk melilau tgh cari mangsa tu..lagi bnyak pekdah...

dan pada mereka2 yg berkemampuan utk tolong bro Bakar tolon la sebaik mungkin..bagi ummi yg jauh hanya boleh mendoakan aje semoga dia dan keluarganye selamat dari penganiyaan..

wallahualm

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua!
Mungkin banyak pihak yang tak puas hati di atas tulisan Bakaq yang betul-betul kaw keatas muqabalah PAS-Umno. Tu yang aku dok fikirkan, Sebab dah lama Penarik Beca dok pecah lubang Muqabalah UMNO-PAS menyebabkan program tu tak menjadi. Dalam Web TKO pun ada bagi tau Hanifa Maidin dah ambil kes ni .. Alhamdulillah dah ada orang yang prihatin kat saudara kita.

radenjowo berkata...

Benor tu MSK,

Tapi citer pasal jual gelang bini pun memang kena pada batang idung den.

Tanpa Nama berkata...

Salam!
Mat! SPR ni pun tak dak akai juga! apa punya bahalol pi buat hari mengundi 26, dia bagi cuti kat budak sekolah, sebab depa nak mengundi kat mana! Kalau bagi cuti dah sahih nak kena ganti sabtu, hari ahad cuti umum dok ada dok buat hari lain, ni Pak Lah ka tak ada akai atau pun RaSHIT yang tak ada akai!! Ni agaknya nak kurangkan undi majoriti la ni... tak ada cara lain ka!!

AKUOKU berkata...

pagi2 lg aku dah dpt sms dari black penangkapan bakaq mcm pelik sikit.

tengah cari jawapan ni. mcm tak logik. diaorg nak siasat siapa yg pecah rahsia muzakarah. tulisan bakaq tak byk menyusahkan umno....

AKUOKU berkata...

sory sms bukan dari black tapi dari zorro un musk. aku a.k.a rajauda

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

ni la keja BN..depa buat macam PR punya keje..pada hal dorang punya skrip..besa la..sama macam kat Ijok la..dorang yg start baling botoi kata pembangkang yg mula...

sejahat2 PR tak sejahat BN...kwan makan kawan..

wallahualam

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

yang aku geram, pasai apa yang pi tangkap pukui empat pagi? Macam nak tangkap gangster saja.

Pak Raden,

Pasai gadai gelang bini tu bukan polifiksyen lagi. memang banyak.

rajauda,

Tu yang buat suspen. Sapa yang buat repot? Orang Umno atau orang Pas sendiri?

Tanpa Nama berkata...

MSK,

aku rasa kalau pasai minta sokongan PR ni mungkin ada yg bantu, tapi lebih banyak tukang perati saja, terutama dari pemimpin PAS.
Aku pun tak paham PAS ni apa priority dia. Time menang undi dia dok bangga ingat dia dah kuat. Dia ingat dia menang pasai org suka dia. Tak dak pun dia nak kaji sapa yg undi dia. Dia tak peduli pun pandangan org yg undi dia. Jauh sekali dia nak kedepan membela org yg teraniaya.
Hang tengok bila Anwar dihadap kemahkamah. Dari DAP, pemimpin no 1, no 2 pi kedepan turut serta dan bagi sokongan. Pemimpin no. 1, no. 2 PAS pi mana.. tak tunjuk muka pun. Harap hanya ada Husam. Macam ni hampa nak harap sokongan depa. Habih2 pun depa nanti bagi satu statement penyedap mulut. Macam ni ka 'Solidarity' yg depa dok kata?

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

tanpanama,

Hj. Hadi ada kat Jakarta. Tapi ini bukan soal Pas atau PKR, ini soal PR.

Aku dapat info dari topeng perak, Bakaq kena lagi satu malam.

matcomot berkata...

aku pun terpikir........siapa yg report org PAS ke,tapi ada yang pendapat..ezam md nor yang buat report.sebab dia yg master mind muqabalah ke muzakara ke dgn puak umno.

AKUOKU berkata...

lawak sgt tengok syed hamid albar menjawap soalan wartawan tadi. mcm bangang. kentut boleh sorok tapi bau tetap semerbak......

matcomot berkata...

aku dpt update sat td dari nora.minum dgn dia td.nora kata pak bakaq kita ada mslh kesihatan,berkaitan dgn tapak kaki dia.memang dia jarang keluar rumah.semoga pak bakaq kita sihat dan selamat hendaknya.................

Pengasas berkata...

Salam MSK & semua!
Maaf dah lama tak numpang tui.

MSK,
Nak ukoq kawan betui2 ialah masa susah bukan masa senang. La ni Bakaq dlm susah. Loyar dah ada tu, Hanipa. Apa kata kita pakat keluaq bang seghinggit. Saya nak tulung kudeghat dah longgaq.
Satu lagi, sapa kata Bakaq & kita2 ni kutu berhaq? Beghani depa no? Pelampong baghu tau!
Salam.

Putra IJ80 berkata...

Sedih juga mengenang nasib para blogger,tak tentu pasal kena,.

Smuger Allah memberi perlindungan,ketabahan.ketenangan,dan keberkatan,serta dapat Abang Bakaq pulang segera ke pangkuan kluge.,

cuma,pasal blogger tak di hargai,perkara itu bergantung pada keadaan,mungkin selepas kemenagan mereka terpaksa menunaikan janji dan tanggung jawab/amanah yg.terpaksa di laksanakan.

Pejuang pejuang tulin tak pernah mempersoalkan habuan atau penghargaan atas bakti yang di curahkan,melainkan kepuasan melihat kejayaan dan selebihnya kepada Allah diserahkan.

Cuba imbas kembali,Allahyarham Dr.Burhanuddin,Arwh.Zulkeflee Muhamad,Arw Samad Gol Ahmad yang mati kena kapak kecik,dan banyak lagi,apa habuan yg.mereka dapat,apa pangkat yng mereka perolehi?

Begitu juga dgn Ustz.Ibrahim Libya kes Memali,sampai sekarang tak selesai lagi.

Kita hari ini cuma menyumbang dalam bentuk penulisan,itu pun sekadar menyampaikan apa yang berlaku di hadapan mata kita,dgn segala kemudahan canggih duduk atas meja(Bangku)

So...usah lah heboh dgn jasa sebesar hama,.

Buat dgn ikhlas,Allah amat mengatahui,apa yang kita zahirkan,apa yang kita rahsiakan,dan apa yang kita usahakan.
Selamat Berjuang.

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

ip80ruhayat,

Selama ni pun sapa yang mintak sedekah, suruh balas balik jasa-jasa blogger? tak dak sapa pun.

Tapi bila kita bagi pinggan berisi nasi, jangan la pulak bagi pinggan berisi taik.

bila kita tolong, kita tak mintak pun kain batik atau kain pelikat, tapi bila menang, jangan la kain pelikat lusuh kat pinggang kita pun depa nak sentap. Tu saja.

Hang pi baca blog Bakaq, dari juzuk satu sampai khatam, berapa kali dia mintak balasan? Tak dak!! Tapi yang pi telanjang dia pasai apa?

Hang tak mau tolong pun tak pa, tak dak sapa yang minta tolong. Cuma jangan penaya orang...tu saja.

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua!
Semalam ptg pukul 7 aku tunggu berita NTV7 berita dia boleh tahan sikit! Aku dok perati waktu Anuar dok buat PC aku cuma nampak Husam sahaja, tu pun kat belakang, yang aku respect Guan ENg bukan main rapat dia tolong cover Anuar, mana yang pimpinan PAS aku tak tau! Tak kan semua sibuk, kata dulu nak pejatuhkan BN, aduiii sedih hati, takan semua pakat ikut tok Guru ke Jakarta, buat penama!
Kekejaman terus berlaku, kat Anuar nasib baik Hakim India tu ada juga hati perut, dan aku agak kalau BN terus memerintah Hakim tu gelap bintang dia, dia kena berenti jadi lawyerla nampaknya,,,
Kalau Bakaq depa dah pun tangkap nak muqabalah apalagi, sepatutnya waktu ini PAS buat kenyataan kalau kerajaan BN masih nak kacau Blogger, nak dok tangkap orang tak tentu hala lagi, hentikan saja buqabalah tu, tak payah lagi...buang masa saja, buat kami ahli-ahli yang kat bawah bertambah pelik bin hairan....

Aku sokong cadangan DR Wahab supaya kita adakan kutipan untuk bang Bakaq tu,, apakata MSK bagi nombor akaun bank dia pun tak apa kami percaya dan bagi amanah kat MSK untuk buat sikit donnation kat Bakaq, sekurang-kurangnya dapat kita hargai perjuangan beliau, nak bagi banyak tak adalah, maklumlah hujung bulan....Wasalam

Money4Free berkata...

Aku setuju ckap MSK pada ip80-ruhihayat.

Tak penah dengar pun bloggers minat balaasan.Kalau nak minta balasan, baik letak nama, no ic, alamat penuh, gambar etc....

Anwar sampai sekarag ng tak kenai aku pun.Jgn kata Anwar, tokoh2 PR yang lain pun tak kenal aku.Tapi aku pernah juga tido semlam dua masa gelombang reformasi 1 dulu.

Takder saper pun orang jamin aku.Aku jamin diri sendiri.Tapi pasal apa masih gatal nak bereformasi lagi?

Ini persoalan jiwa.Jiwa pejuang, jiwa yang ingin tengok masa depan anak cucu terjaga.Anwar hanyalah pencetus sahaja.

Bloggers tak kemaruk balasan atau layanan kelas pertama.Kalau nak balasan dah lama duduk dalam umno.

matcomot berkata...

aku ada cakap telefon dgn topeng perak semlm,aku cadangkan para blogger kg mcm kita ni buat perjumpaan.kenal mengenali.ada apa apa mslh senang kita urus bersama...maybe ramai yang turun permatang pauh.kita jumpa je kat sana nanti.nora pun ada ngomel semlm,kita jgn sibuk jaga pemimpin je,kita kena jaga sesama kita sama.

Canser vs B17 berkata...

So sekarang apa update terkini Pak Bakaq, aku try contact Nora pagi ni tak dapat. Dari malam tadi sampai la ni baru dapat access internet, tak tau apa pasai. Tension betul.....

Aku sokong pendapat Manjung Mari, untuk adakan dana pada Pak Bakaq, untuk keperluan terdesak. Cadangan supaya MSK jadi pemegang amanah disokong.

Apa kata kawan2 semua?

matcomot berkata...

nora g mahkamah kes IPKL.hp 012 dia rosak.kau guna 014 dia

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

Aku pun ada cakap kat dua tiga orang blogger lain minta set-up tabung ni,tapi belum ada respons.

Aku pun pasai duit ni, memang takut sikit. Nak pegang duit orang bukan senang. Amanah ni bukan kerja main-main. Petra pun ada buat Bloggers Fund.. Rocky Bru pun ada buat Bloggers Alliance, tapi bila Bakaq kena, aku tengok belum ada apa-apa respons.

Aku tunggu sampai malam esok, kalau tak ada sapa yang ambil inisiatif, baru aku buat.

Lagi satu aku setuju ngan matcomot, kita buat satu gathering. Kenai satu sama lain, boleh sembang dan bertengkaq.

Pengasas berkata...

Salam,
Setuju dengan manjung mari, matcomot, johari n lain2.
1. Gathering sesama bloggers patut dibuat. Persiapan diri. Kena buat macam Iran kot?
2. MSK jadi pemegang amanah. Kita percaya kat MSK. lagi pun kita kenai dia.
MSK, bagi no. a/c.
Salam.

Tanpa Nama berkata...

Manjung Mari,

Hang baca:
Adakah PAS Akan Membantu Anwar di Permatang Pauh?
dalam:
http://www.malaysiawaves.com/

Mungkin dapat bagi klu pasai apa PAS sunyi sepi. Lepas ni bila banyak org support DAP, mula la dia marah kata tak support Islam.
Walhal depa tak ingat yg mana kawan, yang mana kawaq.

matcomot berkata...

aku nak p semayang jumaat,sebagai tanda aku setuju berjumpa dgn kengkawan blogger.aku dah letak muka aku,dgn paklah lagi...
...........update skit je..
Dalam memastikan kemenangan besar Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh, ketiga-tiga sayap pemuda Pakatan Rakyat yang terdiri daripada KeADILan, PAS dan DAP akan melancarkan jentera mereka esok di Permatang Pauh.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, perasmian ini juga bakal menjadi sejarah dimana pemuda-pemuda Pakatan Rakyat menumpukan semua tenaga dan bersatu untuk memastikan Anwar Ibrahim menang besar dan seterusnya memimpin negara ini.

“Kami akan melancarkan jentera pemuda Pakatan Rakyat peringkat nasional esok, dimana ianya akan turut disertai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS dan Ketua DAP,” katanya.

yang kedua......

MENURUT Kordinator Nasional Hindraf, S Jayatas kesihatan pemimpin Hindraf P Utayakumar yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semakin kritikal.

Menurutnya, pemimpin itu mempunyai jakitan kulit, dimana terdapat tompokan-tompokan di permukaan kulit beliau.

“Masalah kulit beliau sangat teruk, kami mohon kepada kerajaan agar beliau mendapat rawatan sempurna,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Selain itu, Utayakumar yang sebelum ini mempunyai masalah jantung, sehingga kini tidak diberi rawatan dengan baik.

KITA KUBUR KAN BARISAN NASIONAL DI PERMATANG PAUH

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

Aku dah bincang ngan topeng_perak. Kita tunggu perkembangan petang ni. Nora pun ada kat mahkamah lagi. Bagi depa bincang dengan Kak Sal (isteri brader Bakaq), kalau OK kita terus pakai akaun Kak Sal, senang... direct kat dia.

Member kat KL pun dah bincang pasai nak form bloggers group ni, jadi mungkin brader Bakaq akan menjadi pencetus kepada inisiatif ini. Anyway, terima kasih semua. Lepas Jumaat kita jumpa lagi.

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua!
Cadangan kalau nak buat gathering kat Permatang Pauh tu baik juga, bagi pendapat aku tarikh yang terbaik hari sabtu 23/08/08 sebab kalau hari Ahad tu ramai pulak yang masalah nak hantar anak balik asrama dan sebagainya. Mungkin sahabat lain ada tarikh yang lebik baik lagi sila kemukakan, kalau boleh jangan hari kerja,, itu saja.

matcomot berkata...

pak bakaq bebas pukul 4 ptg ni...kalau ikut dlm the star pak bakaq di tahan krn mengubahsuai logo PDRM,dr kepala rimau ke anjing menyalak.

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik berkata...

manjungmari,

Nanti aku cuba contact member kat Permatang Pauh, kalau boleh suruh dia organise.

matcomot berkata...

kalau 16 lagi ramai geng kot...tapi aku tak kisah,bila pun takpe......kena bertukar no hp kat email ler

TOK PENGULU berkata...

salam semua yop....

boleh lah kongsi sikit sorang huluq kat brader bakaq tu. ringankan kesusahan yang dihadapinya....

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua!

Ada satu kisah seorang peniaga berpangkat juga kena buka perniagaan di luar sebelum. Sebelum beliau keluar negara meninggalkan rumahnya beliau telah membeli seokor anjing yang cukup garang dan rajin menyalak letak kat rumahnya. Beliau telah menugaskan driver/tukang kebun nya untuk memberi makan kepada anjing tersebut.
Selepas 6 bulan berada di luar negara peniaga ni balik ke malaysia dan balik ke rumahnya, apabila sampai dipintu pagar anjing yang dibelinya dulu tu terus menyalak nya tanpa peduli sehinggalah drivernya tadi datang untuk menyuruh diam. Inilah anjing dia bukan kenal tuannya lagi, yang ia kenal sapa yang bagi dia makan, walaupun yang bagi dia makan tu driver tuannya.

Kesimpulannya memang bertepatan apa yang saudara kita Bakar buat kat Logo tu, sebab depa ni bukan tau yang mana kerajaan dan UMNO. Itulah hakikatnya.
Siapa yang banyak tabur duit, siapa yang banyak bagi makan itulah tuan mereka.

Canser vs B17 berkata...

Salam Manjung Mari dan Semua,

Wei.... Pedas tu..., hang kena control sikit, puak2 tu bukan boleh kena sentuh, nanti tak pasal2 ko pulak di angkutnya.

Ialah negara ni kan mak bapak tok nenek diorang yang punya. Walau macam mana pun sifat2 sifat anjing tu memang terselarlah jua.

P/s: Lawan tetap Lawan. Dah jadi macam filem tamil pulak aku tengok perangai polis kat Malaysia ni.

matcomot berkata...

aku p kat majlis peguam td.polis sama ramai dgn peserta.tapi ada dua puak yang kuat provoke.puak yang tak penah muncul dlama mlsh rakyat sblm ni.pauk GMPS dgn PEKIDA.yang kelakar.islam pekida..tapi pakai t.shirt baju jack daniel ( arak tu ).polis fru plak...pakai kasut biasa takde boots.boots depa ada kulit babi.blm dpt yang baru kot.apa apa pun,tahniah pada YB zul kulim.dpt handle situasi dgn baik,walapun provokasi kuat dr GMPS dgn PEKIDA ajak org bergaduh

Canser vs B17 berkata...

Apa cite YB Zul yang di katakan hilang tu.

Putra IJ80 berkata...

Tadi leps.sembayang Jumaat(15/8/08) terbaca Komen Bro'(MSK)mengenai kata kata saya (Komen saya.Dlm.Tjuk ni)

Saya dengan rendah hati,memohon maaf jika kata kata saya menyinggung mana mana pihak.

Buah cempedak diatas pagar,
Ambil galah tolong jolok-Jolokan,Hmmm!!!
Saya Budak baru belajar,
Mana mana salah tolong habak kan.

Jgn Marreee!!