30 April 2008

Perhimpunan untuk tuntut Khir Toyo dan Isteri pulangkan duit rakyat

oleh aminiskandar

Setelah hampir sebulan lebih, Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor dari Barisan Nasional, perhimpunan pertama menentang rasuah Khir Toyo dan isteri akan diadakan.

Perhimpunan di Masjid Negeri Shah Alam yang akan diadakan selepas solat Jumaat pada 2 Mei 2008 ini akan membawa kepada Laporan Terhadap BPR mengenai rasuah dan penyelewengan Khir Toyo dan isterinya sewaktu Selangor dibawah Barisan Nasional. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

Khir Toyo yang kini sedang berbalah dengan Samy Vellu dalam isu perobohan kuil akan berhadapan dengan satu lagi kontreversi selepas laporan rasuah ini dibuat.

Menurut sumber dalaman Pakatan Rakyat Selangor, laporan rasuah ini baru yang pertama. Selepas ini akan ada banyak lagi laporan rasuah yang akan dibuat keatas Khir Toyo, isteri dan keluarga.

Dengan kerjasama yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri Selangor dan orang-orang Umno yang anti kepada Khir Toyo, politik di Selangor akan menjadi lebih menarik.

Kalau sebelum ini Khir Toyo menggunakan “isu babi” bagi mempermain-mainkan Pakatan Rakyat Selangor, isu rasuah dan penyelewengan beliau akan menjadi cabaran utama kepada Ketua Pembangkang negeri Selangor tersebut.

Toyo… Toyo….

SAMBUTAN HARI PEKERJA 2008

MEI 1,

HARI PEKERJA SEDUNIA.
JOM MERAYAKANNYA!


Tarikh: 1 Mei 2008 (Khamis)

Masa : 9.30 pagi

Tempat:
Berkumpul di Dataran Merdeka Perarakan ke SMJK Confucion dan Program Bersama Wakil Rakyat & ADUN

PROGRAM:

9.30 pagi : Rakyat Berkumpul di Dataran Merdeka

10.00 pagi : Berarak ke SMJK Confucian , KL( berhampiran Stadium Merdeka)

11.00 pagi : Program Rakyat bersama Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat

* Ucapan wakil-wakil pekerja, peneroka Bandar, anak muda , orang asal, Gabungan Mansuhkan ISA dan ramai lagi
* Penyerahan tuntutan kepada Ahli Parlimen dan ADUN pakatan rakyat
* Ucapan wakil Ahli PArlimen dan ADUN
* Persembahan rakyat

1tengahari : TAMAT

Peta ke Dewan Confucian:

http://www.confucian.edu.my/main/images/map/map_b.htm

Untuk maklumat lanjut, Hubungi: 03-77843525 @ jerit2002 [AT] gmail [DOT] com
Deklarasi MAYDAY 2008 untuk semua!!! Download di sini.
Bersama kita mengimbas sejarah Hari Pekerja… klik di bawah

http://1mayworkersday.blogspot.com/

Kolum Khabonye: “Kembangkan Islam dengan tunjuk contoh baik”

oleh Ahli PAS Seumur Hidup

Dah lama aku tak keluar dengan anak bini aku. Bukan malas tetapi kesibukan kerja membuatkan aku kekurangan masa utk keluarga.

Semasa aku lepak kat Green Town Mall Ipoh, lepas solat Maghrib aku terserempak dengan kawan lama. Mula-mula cakap pasal kerja, lepas tu cakap pasal isu politik pulak. Umor aku dengan dia, jauh beza. Kira-kira 20 tahun kot. Tapi apa ada pada umur. Dia tengah konpius dengan keadaan politik sekarang.

Dulu haram sekarang halal. Aku dah agak dah benda camni mesti akan keluor. Dulu parti ni untuk orang melayu yang beragama islam jer tapi sekarang ni “...ahh susah nak cakap. Speaker pon bukan melayu. Camner nak sebarkan islam.”

Aku tahu yang member aku ni dah banyak berubah lepas tunaikan fardhu haji di mekah. Dia tanya aku, “kalau nak jadi pemerintah mestilah ada kuasa.”

Aku pun dah terlalu lama bagi dia cakap. Aku cuba selami masalah dia.

Mula-mula aku cakap, kalau kita nak bercakap pasal hukum-hakam aku tak layak, sebab nanti tersilap cakap aku jadi murtad.

Dalam sejarah Nabi Muhammad menyebarkan Islam, yang menetang Rasullullah bukan orang lain bapa-bapa bapa saudara baginda juga. Sampaikan Allah utuskan Rasullullah berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Punya bencinya Abu Jahal kepada nabi, sampaiusianya dah tua pun dia upah orang supaya bunuh nabi.

Untuk mengembangkan Islam kite perlu menunjukkan contoh yang terpuji. Aku cakap lagi, “kalau Melayu jadi speaker gejala murtad tak jugak dibendung, anak luar nikah buang merata rata, zina dah jadi amalan, rasuah dah jadi side income, judi dah jadi hobi masa lapang, arak dah jadi minuman hilang dahaga dll, buat apa. Kita sebagai Islam jangan jauhkan diri daripada masyarakat. Kita ceritakan isi kandung yang terdapat dalam Al quran. Kita jadikan Rasulullah sebagai roll model. Bukan PAS menghalalkan yg haram.

Aku tertarik dengan ucapan Tuan Guru Nik Aziz mengenai jemputan Lim Guan Eng untuk ke Perhimpunan Rakyat yang akan dianjurkan oleh DAP. Dalam kenyataan tuan guru, kalau perhimpunan ini bertujuan untuk menyatukan rakyat tidak salah, tapi kalau perhimpunan ini bertujuan menyatakan bahawa semua agama itu sama, tidak boleh.

Kerana Islam adalah agama sepanjang zaman dan Al quran itu pegangan umat Islam hingga Qiamat. Adakah dengan adanya ahli daripada kaum Cina dan India menjadikan parti PAS itu tidak Islam. Islam bukan untuk bangsa tapi untuk semua. Kebanyakan orang Melayu ni Islam Keturunan. Islam pada sijil lahir dan ic.

Adakah dengan kemasukkan kaum lain ke dalam PAS, maka babi jadi halal pikir sendiri ler.

Dia cakap dengan aku, bukan itu yang dia maksudkan tapi amalan rasuah. Dia kata masa dia beli barang hardwear. Pak Aji pon makan jugak duit kopi. Aku pun pakai alasan bodoh gak, Siti Nurhaliza ke Mekkah pakai tudung nampak rambut jugak.yop.

Rasuah ni bukan tunggu orang tu pegi Mekkah baru jadi elok. Kalau camtu baik orang belum nak mati pergi ke Mekkah balik jadi baik, kompem masuk syurga. Agak kasar sikit aku cakap. Kita pergi Mekkah niatnya kena baik. Baru dapat hj marbrur. Kebanyakkan yang pergi cukup syarat je, tu yang jadi haji Marlboro.

Dengan adanya kuasa kita bebas untuk membuat ceramah agama di masjid-masjid. Dengan adanya kuasa kita boleh melaksanankan hukum Allah (hudud), dengan adanya kuasa kebajikan manusia dapat dilaksanakan. Dengan adanya kuasa dapat manghapuskan kemungkaran di muka bumi.

Islam ni besar pembawaknya. Untuk menarik orang bukan Islam menerima Islam bukan satu tugas yg mudah. Adakah diri kita sendiri betul kenal dengan Islam. Adakahdengan kita solat jemaah 5 waktu sehari kita dah boleh dikenali sebagai Islam. Aku cakap lagi, “orang bukan Islam yang masuk Islam dia lagi kusyuk solat daripada kita yg lahir-lahir dah sememangnya Islam.

Walaupun orang tu bukan Islam tetapi dia rasa ketenangan lebih daripada kita yang sudah sememangnya Islam keturunan.

Dulu bukan PAS menolak orang bukan Islam tapi mereka sendiri takut untuk mendekati PAS kerana UMNO menjaja cerita mengatakan kalu Islam merintah org bukan Islam akan kudung. Begitulah ceritanya bila orang jahil bercerita bab agama.

Bila PAS memerintah Kelantan, ia membawa imej Islam, orang bukan Islam terbuka minda dan mengatakan Islam itu selamat dan apa yang dinyatakan oleh UMNO itu dusta belaka.

Bukan orang bukan Islam yang menindas Islam di Malaysia ni tapi orang Melayu kita.

27 April 2008

Suara Rakyat: BN patut risau, memang ada yang akan pergi ke seberang


Oleh Zulfikar Samsuri

kolum suara rakyatBerulang-ulang kali Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengatakan bahawa beliau atau Pakatan Rakyat (Pakatan) sudah memperolehi sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan.

Pada 14 April tempoh hari, beliau mengatakan bahawa Pakatan sudah pun bersedia untuk menjadi kerajaan. Pada semalam (26 April 08), Azmin Ali selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mengatakan bahawa DSAI tidak berbohong mengenai isu ini. Menurut Azmin, beliau (DSAI) punya cukup bukti dan angka. Kenyataan tersebut berikutan analisis dari akhbar web Malaysiakini berjudul Is Anwar bluffing? Analisis dua bahagian itu ditulis oleh Ong Kian Ming dan Oon Yeoh yang antara lain menyebut DSAI mungkin hanya membuat satu gimik politik untuk menggertak Barisan Nasional (BN).

Semalam juga berita Malaysiakini dipetik sebagai berkata bahawa Ku Li yang ingin mencabar Pak Lah bagi jawatan presiden pada pemilihan UMNO akhir tahun nanti turut mengingat orang ramai khususnya para pemimpin UMNO bahawa dakwaan DSAI itu berkemungkinan benar. Dan sementara itu pula Datuk Seri Najib Tun Razak, pada dua tiga hari yang lepas, berkata bahawa dakwaan DSAI tidak boleh dipandang enteng.

Dalam pada sibuk pihak awam dan pemimpin-pemimpin politik memperkatakan tentang kemungkin benar atau tidaknya dakwaan DSAI itu, negara sedikit gempar dengan tindakan keluar parti Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon. Tindakan tersebut dibuat oleh Datuk Lee kerana penerimaannya dalam mengisi kekosongan suatu jawatan kerajaan negeri tidak direstui oleh pimpinan parti Gerakan dan BN.

Dakwaan DSAI, pada pendapat sdr betul atau salah?

Syed Imran, Kuda Ranggi: Mengenai dakwaan DSAI bahawa 30 orang Ahli Parlimen BN akan berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat, saya melihatnya sebagai satu percaturan politik yang mempunyai dua kemungkinan. Pertama - untuk melemahkan lawan dan kedua untuk untuk mengambil kesempatan daripada masalah dalaman yang dihadapi oleh BN terutama UMNO.

Walaubagaimanapun, saya percaya ada beberapa orang MP dari BN yang akan berbuat demikian atas beberapa sebab termasuk kurang puas hati dengan kepimpinan BN (Pak Lah) atau atas perasaan kecewa kerana tidak mendapat tempat dalam pentadbiran kerajaan BN.

Antares, Magickriver: I am not privy to behind-the-scenes political manoeuvres, but my inclination is to believe there is solid basis for PKR leaders to state they already have more than 30 from the BN ready to crossover at the right time. It would be stupid of PKR to announce something like that unless they are quite certain - and by now we have all seen that PKR is not at all stupid! It makes sense that Anwar would prefer to have a lot more than the minimum of 30 crossovers and for that he is prepared to be patient.

Lester Chan, Lester Chan: Secara ringkas, saya percaya sekutu Pakatan Raykat memang bertungkus-lumus mencari sokongan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen BN untuk melonjak.
Sekiranya AAB berjaya ditewaskan, pemimpin-pemimpin pro-TDM akan mengambil-alih kuasa dalam UMNO dan keadaan sedemikian akan merumitkan lagi harapan DSAI untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi cubaan merampas kuasa dengan segera adalah penting untuk DSAI.

Saya juga percaya pihak DSAI terpaksa melepaskan cebisan-cebisan berita mengenai hasrat ahli parlimen BN melompat, kerana dalam keadaan huru-hara sekarang, adalah sukar untuk beliau berkomunikasi secara terus dengan sesiapa di dalam BN atau UMNO yang minat melompat. Tingkah-laku DSAI sedemikian juga demi menggalakkan lain-lain pemimpin BN yang masih belum berputus untuk melompat.

Pihak PR tidak menghadapi masalah pecah-belah seteruk BN. Yang sibuk berpecah-belah sekarang hanyalah UMNO, MCA, Gerakan dan MIC. Jadi soal tindakan DSAI berniat menyatu-padukan parti-parti dalam PR tidak timbul sesama sekali.

Bukan perkara senang hendak mengumpul sokongan daripada 30 atau lebih ahli parlimen BN dan saya percaya pihak PR masih belum jaya sepenuhnya setakat ini.

Asmawi Mohamad, Asmawi: Bagi saya, dan saya katakan ini berdasarkan maklumat-maklumat dalaman PR dan juga BN, bahawa isu 30 orang MP BN melompat parti ini adalah merupakan satu isu serious dan wajar diberikan perhatian oleh semua. Bagi saya ia bukan setakat isu luaran seperti alasan untuk penyatuan saf PR dan juga setakat memporak-perandakan kesatuan saf BN, meskipun kedua-dua alasan ini juga ada meritnya. Pada pemerhatian saya, isu fundamental iaitu memang ada 30 orang yang akan cross-over adalah satu isu yang penuh merit. Seusai pilihanraya pada 8/3/2008 yang lalu, dan setelah semua keputusan pilihanraya di seluruh negara diketahui, saya menerima panggilan telefon pada petang Ahad dari seorang kenalan yang amat rapat dengan seorang menteri kanan kabinet, yang menyuarakan kegusaran beliau bahawa DSAI sudah pun memulakan langkah untuk memujuk 30 orang MP dari Sabah dan Sarawak menyertai PKR. Ertinya, seawal petang Ahad itu 9/3, sudah ada cakap-cakap dan maklumat di dalam UMNO sendiri, bahawa DSAI telah memulakan langkah pemujukan untuk cross-over itu. Dan teori yang saya dengar ialah, mereka hanya memerlukan 10 kerusi sahaja di peringkat permulaan, bagi memulakan satu "domino effect" yang akan menyaksikan lebih dari 30 kerusi akan berpaling tadah dari BN kepada PKR atau Pakatan Rakyat. Selepas itu, lebih dari 50 kerusi akan dapat diperolehi, untuk membentuk satu kerajaan yang selesa, kerana ramai MP tidak mahu berada di pihak yang kalah. They all would love to be seen on the winning side.

"Selewat petang semalam, dari kawan-kawan yang baru balik dari Sabah dan Sarawak untuk tugas-tugas politik resmi UMNO, melaporkan bahawa suasana di sana "tidak berapa baik", dan akan terus tidak berapa baik selagi pucuk kepimpinan di dalam BN sekarang tidak berubah."

Tindakan Datuk Lee Kah Choon, apa pendapat sdr?

Syed Imran, Kuda Ranggi: Mengenai perlantikan Lee Kah Choon oleh pentadbiran PR di Pulau Pinang, saya berpendapat ia tidak seharusnya dilihat dari sudut politik. Dalam sistem demokrasi, selepas sesuatu pilihan raya dan setelah pentadbiran baru dibentuk, semua pihak seharusnya meletak tepi kepentingan politik dan memberi tumpuan kepada kepentingan negeri atau negara. Sesuatu perlantikan membabitkan orang politik, terutama daripada parti yang bukan parti memerintah, mesti dilihat dari sudut kepentingan negeri atau negara. Orang yang dilantik itu berkhidmat untuk negeri atau negara dan bukan untuk mana-mana parti politik. Perkara yang sama dilakukan di Amerika Syarikat dan negara-negara maju yang lain. Di Amerika, pentadbiran Bush umpamanya, pernah melantik tokoh daripada parti Demokrat menyertai pentadbiran Republikan atas kepentingan negara. Mereka tidak melihat perlantikan itu dari sudut politik tetapi atas kepentingan negara.

Malangnya di Malaysia, parti memerintah (BN) melihat parti pembangkang sebagai musuh walaupun selepas pilihan raya. Wakil pembangkang lazimnya tidak dijemput menyertai pentadbiran dan dilarang muncul dalam media yang dikuasai oleh kerajaan. Lihat saja arahan Kementerian Pelajaran kepada pejabat-pejabat pelajaran di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR, atau sikap Kementerian Penerangan menerusi RTM terhadap kelima-lima negeri berkenaan. Bukankah PR adalah kerajaan sah yang dipilih rakyat di Kelantan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang? Rakyat di kelima-lima negeri itu turu membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri jadi kenapa kerajaan pusat mesti ambil sikap sedemikian? Inilah masalah di Malaysia dimana terdapat kementerian atau agensi kerajaan pusat yang tidak menghormati kerajaan negeri yang dipilih secara sah oleh rakyat. Kita masih mendengar termasuk melalui siaran radio dan tv yang merujuk kepada kelima-lima negeri itu sebagai kerajaan pembangkang. Jika pembangkang mana boleh disebut kerajaan? Sudah tentu mereka adalah kerajaan dan bukan pembangkang.

Antares, Magickriver:Lee Kah Choon was forced to resign from Gerakan, in my opinion, because the BN is immature and incapable of genuine and sincere cooperation with Pakatan Rakyat. As Lim Guan Eng pointed out, there is no reason why political leaders cannot work together for the common good, regardless of racial, religious or party affiliations. Once again, BN has blown a golden opportunity to demonstrate that they truly have clean and clear intentions, and that they are responsive to changing circumstances.

Lester Chan, Lester Chan: Tingkah-laku Lee adalah isyarat permulaan. Banyak lagi akan berbuat demikian terutamanya dari parti MCA dan Gerakan yang dilihat mulai rapuh. Saya percaya Lee sudahpun putus hendak keluar parti sebelum beliau menjawat jawatan di InvestPenang.

Asmawi Mohamad, Asmawi: Lee Kah Choon adalah antara pemimpin di dalam Gerakan yang berprinsip, agak bersih, dan sentiasa vokal dengan UMNO. Semasa beliau di dalam Gerakan pun, di saat-saat akhir, bila isu penyelewengan tanah dibongkar oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau telah pun menyuarakan agar bekas Ketua Menteri bangkit untuk menjelaskan tentang isu tersebut. Bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh hanya mampu membuat kenyataan-kenyataan umum tanpa betul-betul menjelaskan isu tersebut. Bahkan bekas Timbalan Ketua Menteri pun hanya mampu memberi alasan yang berdolak dalik. Ini menguatkan lagi persepsi masyarakat bahawa memang ada tengkorak yang cuba disorokkan oleh pemimpin-pemimpin BN tersebut di dalam almari mereka yang sudah robak rabik itu. Tindakan Lee Kah Choon untuk akhirnya keluar dari Gerakan setelah beliau diasak akibat persetujuan beliau menerima jawatan di dalam PDC dan InvestPenang itu adalah merupakan suatu tindakan yang penuh berprinsip, bersifat "reconciliatory", dan penuh berani. Penjelasan beliau juga adalah konsisten, bahawa jawatan tersebut bukan suatu jawatan politik, dan beliau sendiri sudah berazam untuk tidak lagi aktif di dalam politik, kerana sebelum menerima jawatan itu pun, kedudukan beliau di dalam Gerakan hanyalah sebagai ahli biasa, setelah beliau meletakkan jawatan dari Timbalan Setiausaha Agung Gerakan sebelum itu.

Saya merasakan, ada angin perubahan yang kuat di dalam Gerakan untuk beralih keluar dari BN dan menyertai DAP atau PR. Angin perubahan ini telah dimulakan oleh tindakan Lee Kah Choon, dan akan berterusan sehingga perhimpunan agung Gerakan hujung tahun ini. Ini meneruskan "relevancy" parti itu, ahli-ahli Gerakan sedang mencari-cari arahtuju mereka selepas pilihanraya umum 2008, dan kemungkinan mereka memilih untuk keluar dari BN adalah suatu isu yang bakal mewarnakan pemilihan pucuk pimpinan 2008 parti tersebut.

Agak-agak, boleh DSAI jadi PM?

Antares, Magickriver: Anwar Ibrahim is undoubtedly the most adaptable, most intelligent, most progressive, and most charismatic, and most outspoken political leader in Malaysia. He has succeeded in reinventing himself, leaving behind his ideologically murky past in Umno, and has resurrected his political career in the most dramatic and heroic way imaginable. But most importantly his message of mutual respect and cooperation among all races - and his mission of restoring accountability, justice, fairness and integrity to government is aligned with the new Malaysian (as opposed to Malay, Chinese or Indian) political consciousness. I personally do not doubt that it is Anwar Ibrahim's destiny to become the next PM and he will outshine all his predecessors. However, there is also a possibility that Anwar might let Wan Azizah become PM in his place - depending on whether Malaysians are ready for a female PM - while he concentrates on reinforcing regional and global alliances.

Lester Chan, Lester Chan: Mengenai kemampuan DSAI untuk menjadi Perdana Menteri. Memandangkan dasar-dasar yang dijanjikan PR, walaupun saya terikat kepada harapan melihat DSAI berjaya menjadi pemimpin kita, namun atas faktor politik wang, saya berpendapat adalah sukar untuk DSAI berjaya. Fenomena ini berlaku di serata dunia dan kerana pada asasnya negara seperti Malaysia adalah tertakluk kepada sistem yang berdasarkan kapitalisme. Sesiapa yang berkeupayaan wang akan senang berkuasa. Untuk menjatuhkan kerajaan BN atau pegaruh TDM, saya fikir DSAI perlu jatuhkan sistem kapitalisme terlebih dahulu. Tetapi tindakan sedemikian tidak logik dan akan mengugat sistem kewangan negara jika dilakukan. Oleh itu, saya rasa TPM Najib Tun Razak akan lebih mudah mengambil-alih kuasa berbanding DSAI.

Asmawi Mohamad, Asmawi: Samada beliau akhirnya berjaya menjadi PM atau tidak, DSAI akan dikenang sebagai seorang pemimpin yang berjaya menemukan Pas dan DAP di dalam satu platform yang akhirnya menyaksikan BN kalah di 5 buah negeri di dalam pilihanraya yang lalu. Beliaulah satu-satunya pemimpin yang mampu meletakkan DAP dan Pas di dalam suatu kompromi politik yang menonjolkan Barisan Alternatif sebagai suatu alternatif yang "viable" kepada Barisan Nasional, dan akibatnya, 52% undian popular di dalam pilihanraya yang lalu telah berpihak kepada pilihan alternatif ini, memberikan hanya 48% undi kepada BN.

Pada pengamatan saya, beliau akan terus menjadi suatu faktor penentu di dalam politik Malaysia, samada terhadap BN maupun terhadap Pakatan Rakyat. Beliau mempunyai kekuatan mental, moral dan politik untuk memimpin Malaysia, dan populariti beliau di kalangan rakyat jauh lebih tinggi dari mana-mana pemimpin BN yang ada sekarang. Jika Pakatan Rakyat dapat memerintah lima buah negeri itu dengan baik, dan dapat menyelesaikan isu-isu dalaman antara mereka dengan penuh bijaksana, saya tidak nampak kenapa DSAI tidak boleh menjadi PM pertama di bawah bendera Pakatan Rakyat.

26 April 2008

Surat Jemputan

The annual World Press Freedom Day is drawing near on May 3. This year, the Centre for Independent Journalism (CIJ) is organizing a two-day event inviting Malaysians to shape the road map to media freedom. If, as people say, all roads lead to Rome, what sort of direction would you, as Malaysians, want to see the media take? How do the stakeholders, i.e media practitioners, and political leaders see the future of media freedom in Malaysia post election?

This will be a two-day get together to discuss, give input, and engage with opinion-makers on reclaiming media freedom. There will be public talks, workshop, exhibition, wall-painting, survey and activities to spell out the path(s) towards a future of media freedom. Here is the highlights of the main events:

3 May
Public talk I- Towards Ethical Media


The public rejection of the mainstream media (MSM), the shift towards alternative media during the elections, and the recent boycottof the MSM organized by the People's Parliament can be read as an angry response over perceived unethical and unprofessional media coverage. Most common, the complaint was around biasness and media blackout of the opposition. With the opposition currently receiving relatively more and prominent coverage in MSM due to their big time electoral victory, does it mean that the public has no more reason to be critical of the MSM?
The discussion would take advantage of the spark already ignited to heighten the public awareness on what constitutes ethical media practices, so that participants can move beyond the awareness of biasness and media blackout and are capable of assessing both the MSM and alternative media from a broad ethical perspective. Rather than boycotting the MSM, the discussion encourages an active and discerning media user who embraces both types of media and yet critical of them.

Time: 12:30- 2:00pm

Speakers: Zainon Ahmad, Jacquelin Ann Surin, Wan Hamidi Hamid
Moderator: Gayathry Venkiteswaran

4 May
Public talk II- Towards Media and Information Law Reform


The electoral results opened many windows of opportunity for legislative reform in the area of media and access to information. While many may think that changes at best can only happen in the opposition controlled states, the discussion attempts to impart information on various mechanisms available in introducing and pushing for nationwide legislative reform, specifically on free media and access to information. Participants will be also getting an idea of CIJ's commitment to media and information law reform and lobbying work.

Time: 12:30-2:00pm

Speakers: YB Teo Nie Ching, Andrew Khoo Chin Hock, HR Dipendra
Moderator: Wong Chin Huat

Don't miss out on the weekend space for you to chart the course for the media you want!

24 April 2008

Surat Jemputan

KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
Hegemoni media daulah pecah

Dapat dibeli di semua kedai buku minggu ini:

1) MPH
2) Kinokuniya
3) Borders
4) Time
5) Coop Book Store
6) Popular BOOK Store
7) RiceCooker Annex Central Market

Buku akan di lancarkan dan dijual di Bau Bau Cafe Annexe Central Market

Pada 1 May 2008

Aturcara majlis:

8.30 pm – Pelancaran Buku

8.45 pm - Jamuan

9.00 pm – Party muzik/bands

Semua dijemput hadir,

Hishamuddin Rais

Surat Jemputan II: Majlis Penghargaan dan Pelancaran Buku Arwah Rustam A Sani

Arif Abdull

Majlis Penghargaan dan Pelancaran Buku Arwah Rustam A Sani di Perpustakaan Tun Uda, Shah Alam pada 26 April 2008, jam 3 petang. Acara akan dimulakan dengan bacaan doa.

Buku baru beliau bertajuk Social Roots of the Malay Left dan Failed Nation? Concerns of a Malaysian Nationalist akan dilancarkan oleh Anwar Ibrahim. Turut berucap untuk menghargai perjuangan beliau adalah A Samad Said, Hishamudin Rais, Norani Othman dan Dr Syed Husin Ali serta salah seorang ahli keluarga beliau.

Surat Jemputan

Topic: Bookbanning: Readers Want Answers
Date: May 3, 2008
Time: 4.00 -- 6.00pm
Venue: The Annexe, Central Market

Saudara Astora Jabat will touch mainly on issues pertaining to book banning throughout the ages, with a special focus on bookbanning in Muslim history. Astora will also look at the theological reasons, perhaps linking decisions or movements to "ban" with political imperatives and or social turmoil of the day.

Ms Gayathry will cover the background of bookbanning in Malaysia, universal principles that are trampled upon when this happens, and call for action, legal recourse that people (readers) can take.

Ms Norhayati will link the historical and legal with the current situation in Malaysia; about how Islamic norm is being used to define the parameters of what's publishable, not only for books on Islam but other books as well. also, about it curbing diversity of opinion in Islam, which is a gift from God. Yati, will you also point out the inanities of bookbanning (Karen Armstrong being invited but her books are banned, Esposito, Wadud, etc used as reference in universities but banned here etc)

Surat Jemputan

Update

Untuk makluman sdr-sdri"pihak YB Elizabeth Wong dan YB Rodziah Ismail (Exco negeri Selangor) telah mengesahkan kehadiran mereka sebagai tetamu kehormat bagi acara pembukaan BUKAK MATA. - Faisal Mustaffa, Studio di Kala Jingga.

Posting asal

"Sempena Pra Pembukaan ruang pameran baru, kumpulan seni Studio Dikala Jingga telah menjemput sekumpulan artis untuk sama-sama menyumbangkan karya-karya mereka untuk dipamerkan dalam pameran yang dinamakan “Buka Mata”."

Event: BUKAK MATA" Pemeran Lukisan dalam 'Perubahan Angin'"
What: Exhibit
Host: Studio Di Kala Jingga
When: Sunday, April 27 at 8:30pm
Where: Studio Dikala Jingga

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PAHANG MENENTANG PROJEK PEMINDAHAN AIR MENTAH PAHANG-SELANGOR

kenyataanmediaParti Keadilan Rakyat Negeri Pahang menentang Projek Pemindahan Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang melibatkan pembinaan sebuah empangan di Kelau, Pahang dan pembinaan terowong pindahan air berukuran 44km di sepanjang Banjaran Titiwangsa kerana projek tersebut mempunyai kesan negatif ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk di kawasan terlibat.

Projek tersebut yang dikendalikan oleh Jabatan Bekalan Air di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi adalah bernilai lebih kurang 117 billion yen (RM3.5 billion) dan akan ditampung melalui pinjaman dari sebuah bank di Jepun sejumlah 82 billion yen (RM2.5 billion).

Walaupun telah mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar bagi Laporan EIA, Projek tersebut mendapat tentangan dari penduduk Felda Kelau dan orang-orang Asli di kawasan Rezab Orang Asli Kelau. Hutan Rezab Lakum yang mempunyai banyak haiwan dan hidupan liar terkawal juga akan turut dibanjiri bagi pembinaan Empangan tersebut.

Pemilihan pemindahan air dari Pahang ke Selangor yang melibatkan sistem terowong dan empangan ini adalah lebih mahal dari pilihan-pilihan yang boleh dilakukan seperti pemindahan air dari Perak ke Selangor yang tidak melibatkan kos yang begitu tinggi dan impak kepada alam sekitar tidak sebegitu serius jika dibandingkan dengan Projek ini.

Laporan EIA yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pula dilihat sebagai satu kajian yang tidak kemas dan tidak mengambil pandangan untuk kepentingan orang Asli kawasan Kelau tersebut.

Kajian yang dibuat oleh dua badan NGO, Sahabat Alam Malaysia dan Save Our Sungai Selangor, juga menunjukkan bahawa ada banyak alternatif dengan kos yang jauh lebih rendah yang boleh dipilih untuk membekalkan air ke Selangor.

Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang menuntut supaya projek ini dikaji semula dan menuntut Kerajaan Negeri Pahang dan Negeri Selangor tidak meneruskan dengan projek empangan dan terowong tersebut.

Haji Suhaimi Said, SMP
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang
24-04-2008

Al-Fatihah: Rustam A. Sani meninggal dunia


Oleh KLpos

PENULIS politik terkenal Rustam A. Sani 63 tahun meninggal dunia di rumahnya sekitar jam 3.00 pagi tadi kerana diserang penyakit jantung.

Orang ramai yang ingin menziarahi Allahyarham boleh hadir ke alamat:

7519 Batu 6 3/4, Bukit Lela, Gombak Selangor Darul Ehsan (Tel: 03-61897588)

Jenazah Allahyarham Rustam dijangka akan dikebumikan lepas Zohor.

Dua buah buku terbaru hasil penulisan Allahyarham yang bertajuk "Special Roots of the Malay Left" dan "Fail Nation" sepatutnya dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 April ini di Seminar Hall, Perpustakaan Raja Tun Uda (The Selangor Public Library), Persiaran Bandaraya, Shah Alam.

Rustam A. Sani dianggap antara ‘cendekiawan awam’ yang penting di Malaysia. Beliau merupakan seorang ahli akademik, penulis kolum dan penyair – selain terlibat dalam pelbagai kegiatan politik, sosial dan sastera. Sebagai ahli akademik dan penganalisis, beliau pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan ISIS Malaysia.

Antologi puisinya – Riak-riak Kecil (1977) – diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1988/89 beliau telah dianugerahkan ‘Hadiah Sastera Negara’ dalam kategori esei dan kritik sastera. Dalam bidang politik, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Presiden, Parti Rakyat Malaysia.

Rustam memperoleh ijazah pertamanya dari Universiti Malaya, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di University of Reading, University of Kent at Canterbury (UK) dan Yale University (AS). Beliau merupakan seorang penulis yang prolifik, baik dalam bahasa Malaysia maupun Inggeris – dan tulisannya meliputi pelbagai bidang seperti politik, isu-isu sosial, sejarah, budaya, statistik dan sastera. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan terjemahan karya-karya sastera dan bukan sastera (dari Inggeris ke bahasa Malaysia dan sebaliknya).

Antara buku-buku karya beliau adalah: Melayu Baru: Beberapa Persoalan Sosio-Budaya (1992); Politik dan Polemik Bahasa Melayu (1993); Melayu Baru dan Bangsa Malaysia: Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya (1993); Menjelang Reformasi (2004); Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004); dan Bercanda dengan Mahathir (2006).

23 April 2008

Surat Jemputan

The Truth Be Told: the Cases Against Supinya Klangnarong
Pimpaka Towira; Thailand, 2007, 105 min

In October 2005, Thailand telecommunications giant Shin Corporation, owned by the family of former prime minister Thaksin Shinawatra, brought an $11-million defamation lawsuit against Supinya Klangnarong, a prominent Thai journalist, university lecturer and media rights activist. She had accused the corporation of colluding with the government. During the tumultuous months of her trial, director Pimpaka Towira, a leading figure of Thailand's independent film scene, accompanied the level-headed Klangnarong, capturing a portrait of idealism and integrity. The result is a beguiling mix of cinema vérité, personal profile, political exposé and national diary. Proving that freedom of speech and public activism can effect change, The Truth Be Told seamlessly combines a fluid experimental style with an engaging narrative structure that comments on the legal, political and constitutional turmoil in contemporary Thai society.

When: Mon 28 April, 8pm
Where: HELP University College Theatrette, Pusat Bandar Damansara, KL
Free admission for Alliance Francaise members & HELP students
Enquiries: 012-2255136

Surat Jemputan

Para peminat filem Melayu tempatan dijemput beramai-ramai untuk
memeriahkan Program Merakyatkan Filem anjuran FINAS di Panggung
Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada bulan April ini. Saksikan
filem komedi hebat era 80an arahan Datuk Aziz Sattar
iaitu "Setinggan" lakonan S. Shamsuddin, Mariani,Yusni Jaafar dan
Ibrahim Pendek.Butir- butir lanjut adalah seperti berikut;

Tarikh: 26 April 2008 (Sabtu)

Masa: 12.00 tengahari

Tempat: Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

MASUK ADALAH PERCUMA!!!!

Jangan melepaskan peluang keemasan untuk bersama-sama menyertai Sesi
Bertemu Bintang-Bintang "Setinggan" iaitu Datuk Aziz Sattar dan
Mariani pada jam 1.30 petang di Foyer Panggung Coliseum.

Lompat parti: "Strategi DSAI menstabilkan Pakatan, mengkelam-kabutkan BN" - Fathi Aris Omar

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) mendakwa bahawa ada di kalangan Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) akan bertindak lompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa sebulan dua ini. Pakatan yang mendapat 82 kerusi parlimen hanya memerlukan 30 kerusi di Parlimen untuk mendapat majoriti mudah serta menggulingkan kerajaan BN.

Sdr Azmin Ali, naib presiden PKR pula mengatakan bahawa PKR sudah berjaya mendapatkan lebih daripada 30 orang AP BN akan menyertai Pakatan. DSAI sekali lagi, dalam ceramah di malam Gelita 14 atau Black 14, mengtakan bahawa Pakatan sudah bersedia untuk menjadi kerajaan.

Tetapi yang menjadi persoalan kini, jika betul sudah bersedia, mengapa tidak menubuhkan kerajaan sekarang. Umumkan sahaja AP-AP dari BN yang hendak melompat keluar dari parti mereka itu dan masuk ke dalam Pakatan.

Menurut penulis serta editor bagi seksyen bahasa Malaysia Malaysiakini Sdr. Fathi Aris Omar, ini mungkin perang saraf yan dibuat DSAI dan percubaannya hendak menguji sama ada beliau masih lagi popular atau tak pasca pilihan raya ini.

Katanya, "[i]ni strategi kempen DSAI untuk menstabilkan Pakatan Rakyat & mengkelam-kabutkan BN. Aku rasa DSAI cuba "test market" sejauh mana popularnya dia & Pakatan selepas p/raya 8 Mac."

Soalan yang sama ditanyakan -- benar atau tidak dakwaan DSAI -- kepada Al-Mustaqeem Mahmod Radhi bekas editor majalah seni-politik Siasah (bukan tabloid). Ini jawapannya, "cuma dia, Tuhan dan mungkin 2-3 orang yang rapat dengan dia yang tahu. Tentang 30 orang MP nak lompat, siapa yang betul-betul pasti?"

MR Al-Mustaqeem menanbah dengan penuh yakin,"[..] yang agak pasti, perubahan kerajaan persekutuan akan bawa kebaikan untuk negara."

22 April 2008

Bagaimana Umno membodohkan kita? [1/3]

Fathi Aris Omar

Hishamuddin Rais membuat kesimpulan menarik, walau masih permukaan dan awal, “jenayah Umno yang paling utama adalah memperbodohkan masyarakat Melayu. Rasuah saya rasa [jenayah] biasa.”

“Tapi, memperbodohkan orang Melayu itulah jenayah yang lebih besar,” kata Isham, namanya di kalangan teman-teman, tidak lama selepas dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Hujah ini mengingatkan saya perbualan agak panjang dengan seorang sarjana dari sebuah universiti tempatan dan teman-teman penulis beberapa bulan sebelum Isham dibebaskan – berkenaan hal yang sama. Saya menekankan persoalan ini harus diteliti dengan lebih halus dan dikaji.

Saya kira ramai orang boleh bersetuju tentang gejala ini (walau tidak pasti sama ada orang ramai bersetuju bahawa ia lebih serius daripada rasuah seperti ditanggap Isham). Secara popular, pembodohan digambarkan dengan ungkapan “insulting our intelligence” (menghina kecerdikan kita) apabila merujuk kenyataan pemimpin politik atau laporan akhbar negara ini.

Kenyataan atau laporan itu mengandaikan orang ramai tidak menghalusi kesahan atau kebenaran ideanya. Ia dikeluarkan tanpa rasa malu; lagi pun rasa malu seumpama itu sudah tidak bernilai apa-apa dalam budaya politik kita. Oleh itu, dengan sewenang-wenangnya, ia disampaikan sama ada dalam bentuk mempertahankan sesuatu tindakan politik, menolak sesuatu hujah atau memberi ulasan tentang sesuatu isu.

‘Memperbodoh-bodohkan’ orang ramai topiknya luas dan boleh dilihat dari pelbagai penjuru. Misalnya, asal-usul pembodohan, teknik-teknik atau keadaan-keadaan proses ini terbentuk, dan juga reaksi orang ramai.

Tetapi saya ingin menarik kepada satu persoalan yang paling asasi: hubungan antara ‘kemahuan berfikir’ dengan pembodohan. Bagi saya, pembodohan membentuk budaya bersama atau sejenis social conditioning; yakni, rasa tidak perlu berhujah, berbeza pandangan, mempertikaikan sesuatu maklumat yang disogokkan atau mencabar kelaziman serta ‘tradisi’.

Ia mematikan keghairahan berfikir, serta menumpulkan minda, mula-mula secara kolektif, kemudian secara peribadi. Mula-mula di kalangan pengikut kelompok n, kemudian kepada penentangnya dan akhir sekali di kalangan pengikut penentang itu sendiri. Pembangkang kemudiannya mewarisi pembodohan yang tidak disukai itu.

Semangat berfikir kritis hanya ditujukan kepada kerajaan dan masyarakat (mereka ini semuanya salah); penyokong pembangkang tidak berfikir tentang parti atau pemimpinnya sendiri (konon semuanya betul), sama seperti teman-teman Isham – mungkin – tidak boleh mengeluarkan idea yang lebih baik daripadanya.

Aktivis dan pemimpin pembangkang juga gagal melihat serta membedah sesuatu yang lebih abstrak daripada tindakan politik, kenyataan pemimpin kerajaan atau perundangan. Soal nilai, budaya atau ‘ikatan seni’ yang mengawal minda, gelagat, minat atau naluri bangsa ini gagal dibedah siasat.

Jika ada, itu semua teori yang dilontar semula daripada buku-buku; bukan kefahaman mereka yang asli tentang negara ini. Saya tidak fikir mereka faham dan saya tidak nampak mereka sedar bahawa inilah kelemahan asasi mereka dalam perlawanan dengan Barisan Nasional dan institusi-institusinya. Bagi saya, ini semua akibat-akibat nyata ketumpulan minda.

Malah, ada di kalangan mereka bersikap anti-ilmu; tidak tahu meletakkan hubungan antara ‘teori’, ‘kritik’, ‘konsep’, ‘kajian’, ‘idea’, ‘falsafah’ atau kegiatan ‘intelektual’ dengan gerak kerja perjuangan.

Sering kita dengar, dengan nada jengkel atau sinis, “awak kritik saja, memang mudah”, “kita tidak perlu intelektual yang pandai berteori” atau “teori banyak-banyak pun tidak guna, yang penting pelaksanaan”. Sedarkah mereka nada seumpama ini lahir akibat pembodohan?

Proses keseluruhan pembodohan melalui pendidikan, undang-undang keras (yang menyekat debat awam) dan juga laporan media, akhirnya menimbulkan gejala paling berbahaya – merebaknya gejala ketiadaan atau kelemahan minat untuk berfikir.

Maksudnya, berfikir di luar batasan persoalan diri, berfikir soal-soal yang lebih abstrak dan menyentuh ruang lingkup bermasyarakat atau isu-isu kenegaraan. Mahu atau tidak, semua orang berfikir – fakta ini pasti – khasnya untuk mengatasi persoalan peribadi, seperti kelaparan atau kekasih merajuk.

Kerancakan debat awam – dianggap unsur penting penyertaan dalam proses demokrasi – tidak akan mungkin tanpa keinginan untuk berbeza pandangan dan kebebasan berfikir individu. Tetapi kebebasan berfikir itu sendiri hanyalah sejenis proses lewat (kalau bukan akhir) daripada: (a) keyakinan berfikir, khususnya secara awam dan sebelum itu, (b) kemahuan berfikir, secara senyap-senyap dan bersendirian sifatnya.

Di Eropah abad ke-18, ketika asas-asas sains moden mula berkembang, sains masih dianggap sebahagian cabang falsafah tabii, rasa ingin tahu (curiosity) jadi bahan ketawa. Mereka yang suka menyelidik alam semula jadi – bagi melayan rasa ingin tahu (asas utama penerokaan sains dan pemikiran) – dianggap kegiatan orang malas dan tidak berakal!

Bersambung…

Nota Editor: Klip yang ini mengingatkan saya pada tulisan Fathi Aris Omar ini. Sebuah tulisan yang pada mulanya ditulis untuk ummahonline.com kini disiarkan kembali oleh RK untuk tatapan pembaca. Tulisan ini akan didatangkan dengan trilogy, tiga siri.

My new books to be launched on April 26 – by Anwar Ibrahim

Rustam A Sani

I am glad to inform friends that my two new books – Failed Nation? Concerns of A Malaysian Nationalist and Social Roots of the Malay Left – have just been published by the Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya.

There is going to be a Book Launch event on Saturday, April 26, 2008, at 3.00 PM. The venue is: Seminar Hall, Perpustakaan Raja Tun Uda (The Selangor Public Library), Persiaran Bandaraya, Shah Alam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim has graciously agreed to do the honour of launching the books -- and to speak briefly on the books.

All are welcome, but do get your invitation first by calling Ms Choong or Encik Zul at SIRD: 03-79578342/8343. You can also order your copies through them.

21 April 2008

Kolum Dunia Vovin: Obsesi Muka Cantik

Nazri M. Annuar
TIME adalah filem Kim Ki-Duk yang kelima aku tonton selepas 3 Iron, The Bow, Spring, summer, autum, winter…and Spring dan Samaritan Girl). Time juga merupakan filem Kim Ki-Duk yang paling kaya dengan dialog (perbandingan antara 5 buah filemnya yang aku tonton). Kontradik dengan 3 Iron dimana aku rasa 98% adegannya tiada dialog.

Sebagai seorang pengarah yang menempah reputasi antara yang terbaik di dunia (mungkin, dan tak hairan kalau 30 tahun lagi namanya disebut sebagaimana peminat filem sebut nama Godard atau Truffaut, agaknya la), Time aku anggap filemnya yang dibikin separa pop (juga berbandingan hanya dalam lingkungan 5 filem yang aku tonton).

Time adalah sebuah filem tentang obsesi. Temanya menyentuh isu obsesi orang Korea untuk mencantikkan muka dengan pembedahan. Dalam satu reviu, dikhabarkan 50% wajah wanita Korea dalam lingkungan umur 20-an pernah ditoreh oleh doktor untuk kelihatan cantik. Statistik yang cukup menakutkan. Bagaimana pula senario di Malaysia?

Obsesi kedua adalah seorang perempuan bernama See-Hee yang terlalu sayangkan pakwenya, Ji-Woo. Sebagai seorang wanita normal, dia mempunyai tabiat cemburu dan tak senang duduk kalau ada awek cun (dan tak cun) yang lalu lalang di depan Ji-woo. sifat cemburu See-Hee kadang kala menyusahkan bila tak pasal-pasal pelayan kedai kopi pun kena maki dengannya kerana senyum pada Ji-woo.

See-Hee juga takut kehilangan Ji-woo. Usia hubungan mereka sudah menjangkau dua tahun dan dia amat takut pakwenya sudah bosan dengannya. Dia akan cuba berbuat apa sahaja untuk memastikan pakwenya tidak meninggalkannya. Lebih kronik, ketika berjimak dengan Ji-woo pun dia masih ada fikiran yang pakwenya itu sedang terbayang perempuan lain untuk mendapatkan kepuasan ejakulasi. Peh, begitu kronik sekali.

Seh-Hee akhirnya buat apa yang dirasakan boleh membuatkan dia terus berdampingan dengan Pakwenya, membuat pembedahan muka untuk kelihatan lebih cantik. See-Hee menghilangkan diri selama 6 bulan (untuk proses recovery) membuatkan Ji-Woo tidak keruan. Selepas enam bulan tanpa khabar berita dari aweknya, seorang perempuan muncul dalam hidupnya memperkenalkan dirinya sebagai Seh-Hee. Tanpa disedari oleh Ji-woo, Seh-Hee sebenarnya adalah awek lamanya, See-Hee!

Sinopsis diatas memang nampak macam cerita romantik komedi tipikal Korea. Tapi perlu diingat ini adalah filem Kim Ki-Duk. Time tidak lepas dari imej-imej dan bayangan kronik manusia. Apa yang berlaku selepas itu bukan lagi dalam kawalan Seh-Hee/See-Hee hingga membuatkan akhirnya Ji-woo…alaaa, spoiler.

Satu adegan yang begitu creepy bilamana Ji-woo bertemu dengan Seh-Hee yang memakai topeng wajah lamanya yang difotostat. Mereka bergaduh tanpa Seh-Hee menanggalkan topeng itu. Pertama kali aku lihat adegan itu tiba-tiba aku rasa macam tengok cerita hantu.

Time juga mengungkap senario seorang wanita yang sanggup berbuat apa sahaja demi cinta. Aku jadi simpati kepada Seh-Hee yang menghancurkan hidupnya (yang sepatutnya bersinar) hanya kerana Ji-woo. Aku bertambah simpati kepada Seh-Hee kerana sikap cemburu dan rasa rendah dirinya itu yang sebenarnya menjadi punca hidupnya musnah. Ini kerana karakter Ji-woo sebenarnya seorang yang setia. Malah Ji-Woo meluahkan rasa rindunya terhadap awek lamanya (yakni See-Hee) di depan Seh-Hee (ingat, mereka, orang yang sama). Ini menggambarkan bahawa Ji-woo sebenarnya amat mencintai See-Hee disebalik apa jua tanggapan aweknya.

Bak kata orang, cemburu itu membunuh!

Itu yang berlaku dalam Time.

Kegemaran Kim Ki-Duk adalah menjadikan elemen “hubungan (relationship)” sebagai elemen dalam tema yang hendak dia sampaikan. Kali ini hubungan sepasangan kekasih dihancurkan dengan sifat obsesi yang melampau-lampau. Mungkin tidak sepelik hubungan lelaki tua dengan si dara dalam The Bow atau hubungan “bisu” pasangan dalam 3 Iron.

Aku suka dengan lakonan Park Ji-yeon (See-Hee) dan Seong Hyeon-ah (Seh-Hee). Secara teknikalnya dua pelakon memainkan satu peranan. Keberkesanan kedua-duanya mendalami konflik emosi wanita See-Hee/Seh-Hee ini membuatkan kita tak sedar yang dua pelakon yang berbeza untuk satu karakter ini.

Aku juga suka dengan imej ending filem ini. Satu simbolik pengulangan dalam hidup manusia. Laksana sejarah mengulang sejarah dan manusia akan sentiasa lupa. Ombak manusia pada imej akhir membayangkan sisi gelap disebalik setiap wajah yang cuba tersenyum. Persoalannya, wanita akan sentiasa dibayangi ketakutan terhadap masa. Masa membuatkan wajah mereka bertambah tua. Masa telah mencuri hidup mereka.

Time adalah antara filem terbaik yang aku tonton tahun ini. Nama Kim Ki-Duk sebagai teraju utama sahaja sudah cukup menceritakan segala-galanya.
Kolum Dunia Vovin ditulis oleh Nazri Annuar, seorang penulis novel fantasi dan juga seorang blogger. Blognya boleh dilayari di http://www.dunia-vovin.com/.

20 April 2008

FOTO MENARIK: Anda tidak mungkin melihat ini dalam akhbar harian tempatan

Gambar di atas adalah gambar MB Perak yang baru Ir Datuk Seri Nizar ketika meluangkan masa di rumah seorang dari 3 mangsa yg terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan. MB Ir Nizar yg boleh bertutur dalam dialek mandarin, hokkien dan kantonese turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yg meratapi kehilangan bapanya.
Foto kredit: Zouls.
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR.

19 April 2008

Dr. Faiz Oh Dr. Faiz…


Oleh Ahli Pas Seumur Hidup

Salam ...

Dah macam Faisal Akademi Fantasia (AF) musim ke 6 pulak.. Tapi kali ni bukan pasal AF yang aku nak cerita, tapi bagaimana kerajaan di bawah pemerintahan Pak Lah ini menipu rakyat jelata terutama sekali Dr. Faiz bakal angkasawan negara.

Adakah Dr.Faiz akan jadi angkasawan yang ke 2? Pelbagai pertanyaan hinggap di dalam kotak fikiran aku sebab aku ada terbaca keratan akhbar Kosmo (sebab tu saja akhbar yang murah) yang Dr. Faiz naik hangin dengan kenyataan Dr. Syeikh Muzaffar Shukuor supaya menghentikan dahulu penghantaran angkasawan.

Sebelum tu aku ada jumpa boss lama tempat aku kerja. Bertanyakan perkembangan dirinya dan keadaan politik di Malaysia ini. Aku ni bukanlah orang yang pandai sangat dalam politik ni, dan taklah sangat tahu tetapi aku dalam proses pembelajaran ilmu industri politik ni.

Kenapa aku katakan industri politik?

Masa aku sembang dengan ex-boss aku ni ada kenalannya yang tahu serba sedikit dengan ‘industri angkasa’ berkata bukan Syeikh Muzaffar yang menjadi calon utama angkasawan Malaysia-yang-pertama. Terkedu jugak aku apabila ex-boss aku cakap macam tu. Aku pun tanya dia balik siapa sebenarnya dan dia jawab pilot MAS yang sepatutnya naik.

Sebenarnya Syeikh Muzaffar ni calon no. dua atau tiga saja. Dari segi ketahanan mental, fizikal dan survivor, pilot MAS ni yang paling layak, tapi d sebabkan dia pernah buat operation di kaki secara otomatik dia tak layak. Di sini ada satu persoalan dalam kepala otak aku, dah tau tak layak yang ambik masa selection apa kejadah nya.

Buang masa saja. Dan yang paling utama buang duit rakyat. Terang terang dia dah operate kaki takan pertengahan jalan tak layak. Sebenornya dalam pemilihan ni pon ader main politik jugak. Apa ketidaknya berebut-rebutlah Syeikh Muzaffar dan Dr. Faiz melobi untuk naik ke angkasa. Untuk naik ke angkasa seseorang itu mesti tidak ada penyakit kronik (semput, darah tinggi, lemah jantung dll) dan orang itu juga mestilah tak ada sejarah dalam melakukan operation

Sebab apa tak boleh?

Sebab masa kita syot nak mendarat ke bumi, tarikan graviti terlalu kuat dan dada kita akan jadi sendat, ketat dan sukar bernafas. Kalau kite ader buat operation maka jahitan kita akan terbuka dan darah akan membuak-buak keluo. Tu sebab pilot MAS tu tak dapat terpilih untuk naik ke angkasa.

Ooo.. baru aku paham. Dalam kes ni sama jugak dengan kes Dr. Faiz, dia kempunan untuk naik ke angakasa lepas. Sebab baru-baru ni ‘kan terjadi kes dia kena tetak dengan parang masa orang nak merompak dia. Dan Dr faiz telah menerima 12 jahitan maka dengan ini apa yang diucapkan Pak Lah dan Najib untuk menyambung projek angkasawan cuma cakap-cakap kosong.

Cukup-cukuplah mengkome tipu rakyak dan tipu duit rakyat. Untuk pengetahuan semua Jamaludin Jarjis digugurkan pun sebab kes angkasawan yang sudah over budget. Inilah yang dikatakan industri politik. Mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Kalau dibiarkan Pak Lah dan Najib berkuasa, tak mustahil kita akan sama seperti keadaan di India dan Indonesia.

Aku bukan mereka-reka cerita tapi kome sendiri ada kepala otak untuk pikir. Gunakan akal. Pikirlah sendiri.

Ahli Pas Seumur Hidup adalah cuma salah seorang pemerhati politik tanah air. Beliau mengambil berat terhadap segala macam isu politik tanah air. Seorang anak muda, menguruskan syarikat besar dan terkenal milik kelurganya.

Minda Melayu perlu stabil

oleh: Malaysiakini

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah tiada apa yang lebih penting daripada kestabilan minda masyarakat Melayu. Kestabilan minda akan dapat menghasilkan sangka baik antara kaum dan seterusnya masyarakat Malaysia berada dalam keadaan harmoni.

Baginda bertitah, "Agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu adalah antara perkara yang tidak pernah lepas daripada perhatian Raja-Raja Melayu.”

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan titah sembah setia sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.

Tambah baginda lagi, "Raja-Raja Melayu amat memahami bahawa kestabilan politik negara sangat bergantung kepada persediaan minda orang-orang Melayu menghadapi perubahan."

Turut berangkat di majlis tersebut ialah Raja Pemaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Dihilir Perak Raja Jaffar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Raja Normahani Raja Shahar Shah, kerabat diraja Perak, Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin, barisan exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Menteri Besar dalam ucapan persembahan tahniah dan setianya, berkata kerajaan negeri sedang merangka pelan strategik yang berteraskan prinsip-prinsip amanah, adil, telus dan berkebajikan di samping meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan terdahulu.

"Keutamaan yang akan patik dan kerajaan lakukan hari ini ialah program-program yang memberi kebajikan dan kesejahteraan rakyat...kerajaan negeri berazam meneruskan dan memperkukuhkan dasar pembangunan negeri berpaksikan prinsip dan nilai sejagat.

"Patik akan sentiasa mendukung institusi Raja Berperlembagaan di negeri ini yang sentiasa merupakan sebahagian sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Melayu. Patik akur dan menyedari bahawa institusi Raja Berpelembagaan akan kekal relevan dan memenuhi peranan besar pada sepanjang masa seiring dengan undang-undang tubuh negeri yang menyatakan bahawa kuasa pemerintah negeri hendaklah terletak hak kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku."

17 April 2008

AMK: Pengharaman Makkal Osai Tanda BN Tidak Belajar Dari Kekalahan

Kenyataan Media Oleh Shamsul Iskandar

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membantah keras tindakan bacul Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak mengharamkan penerbitan akhbar Makkal Osai atas sebab-sebab yang tidak diperincikan.

Ini dipercayai disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah laporan khas mengenai Perhimpunan Hindraf 25 November lepas, dan yang terbaru adalah laporan khusus muka depan mengenai acara Black 14 yang bertujuan meraikan pengakhiran sekatan berpolitik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AMK menyelar tindakan KDN yang kelihatan bersikap jumud dan menghalang rakyat untuk mendapatkan input-input yang berasaskan kepada fakta sebenar yang tidak mungkin diperoleh di dalam mana-mana media arus perdana.

Ini membuktikan betapa kerajaan sekarang betul-betul terdesak di sebalik kemelut kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang bertelagah hanya kerana mereka dinafikan majoriti dua pertiga di dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12) 8 Mac lepas.

BN tidak belajar daripada keputusan PRU-12 bahawa maklumat alternatif daripada internet lebih dipercayai daripada media arus perdana disebabkan laporan berat sebelah yang sentiasa dihidangkan kepada rakyat. Sekiranya tindakan kerajaan bersifat menghukum dan zalim seperti ini terus dilaksanakan, ini akan mempercepatkan lagi proses peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat.

AMK percaya bahawa usaha ini adalah bersifat tekanan dan intimidasi kepada pengamal media agar tidak memberikan ruang untuk Pakatan Rakyat mendapat liputan media yang positif, di sebalik BN sekarang kalut berhadapan krisis dalaman yang parah.

Perkembangan ini tidak mustahil akan mengesani kedudukan Malaysia di dalam rating kebebasan media yang memperlihatkan kedudukan Malaysia merudum 30 anak tangga di dalam indeks kebebasan media yang dikeluarkan oleh reporters sans frontieres (RSF) bagi tahun 2007.

AMK menggesa agar KDN menarik balik pengharaman Makkal Osai dengan kadar yang segera dan menghormati prinsip kebebasan media. AMK juga menyeru rakyat pelbagai kaum khususnya Kaum India memboikot media cetak berbahasa Tamil sebagai tanda protes kepada tindakan KDN. Belajarlah menerima hakikat bahawa selagi rakyat dinafikan berita yang adil dan profesional, selagi itulah rakyat tidak teragak-agak untuk menghukum BN atas langkah songsang mereka.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Food Not Bomb Mass Affair



agendaUnder the 9th Malaysian Plan running from 2006 - 2010, we will spend RM16.8 billion on defense of which the Ministry of Defense will receive RM14.5 billion. Only RM381 million is going to be spent on low-cost housing implementation...
But how many countries are we currently at war with? None.
How many people are without proper housing in Kuala Lumpur alone?
An estimate of 5000...
An estimate. Possibly. More.

Featuring:
Film Screenings, Photo Exhibition, Radical T-shirt printing - bring a blank T-shirt!
Plus performances by Shock System, Crime Scene, The Pips, The Garrison, and many more!

Dates: Sat 19 Apr, 2008
Hours: 1pm till late
Venue: The Former Disco, Central Market Annexe, KL
Admission: FREE!
Enquiries: 017 6306 795 (Thilaga), 03 2070 1137 (The Annexe)

Sponsored by: Bau-Bau Cafe, The RiceCooker, The Annexe, Central Market.

---

The Defence Service Asia (DSA) Exhibition are at the forefront of a cultural epidemic in which militarism, violence, and security & war technology are disguised in the name of “safety”

Year after year, the government would spend millions of the people's money on military expenditure, whereas funds on education, health care and better public spaces are often neglected.

The defenders of arms exports claim that they are vital for security, from which everyone benefits. In fact the ready availability of arms often makes conflict more likely, and exacerbates conflicts which are already happening. The entirely legal flow of arms to governments such as that of Israel, Colombia or Turkey has had a disastrous impact on the human security of large civilian populations, turning many into refugees and destroying local economies. Conflicts also routinely prevent the possibility of delivering education and vital health services, such as vaccination programmes.

But, regardless of whether actual fighting is taking place, poor countries are often encouraged to spend money on arms that could be spent on badly needed health and education services instead. Pakistan, for instance, spends more on the military than on health and education combined. It has been estimated that arms sales are responsible for a fifth of the total international debt owed by poor countries. Yet despite this, governments in arms-producing countries such as the UK continue to help companies push their arms on the third world.

---

Overview:

According to the United Nations, 15% of the world's population, or 800 million people, suffer from chronic hunger, whilst more that a billion struggle to survive on less than $1 per day. This disaster is not a natural one, but is the direct result of the structure of the global economy, of the history of colonialism and of political decisions being made today.

The impact of arms sales

The defenders of arms exports claim that they are vital for security, from which everyone benefits. In fact the ready availability of arms often makes conflict more likely, and exacerbates conflicts which are already happening. The entirely legal flow of arms to governments such as that of Israel, Colombia or Turkey has had a disastrous impact on the human security of large civilian populations, turning many into refugees and destroying local economies. Conflicts also routinely prevent the possibility of delivering education and health services, such as vaccination programmes.

Furthermore, regardless of whether actual fighting is taking place, poor countries are often encouraged to spend money on arms that could be spent on badly needed health and education services. Pakistan, for instance, spends more on the military than on health and education combined. It has been estimated that arms sales are responsible for a fifth of the total international debt owed by poor countries. Yet despite this, governments in arms-producing countries such as the UK continue to help companies push their arms on the global South.

Objective: War Industry Awareness Exhibition

FNB KL decided to organize an awareness campaign involving for photo exhibition, film screening, literatures and mini workshops.
In a sense, the campaign will be a pivot point to create awareness in a artistic and creative manner. It also could expose the issue to the art community, and encourage artistic motivation to address the issue.

The Proposal

FNB KL is proposing 20th of April 2008, Sunday to organize the exhibition. Ideally, we would like to utilize one or more of your gallery spaces, preferably the one opposite the "disco" to hold our exhibition. The exhibition will commence at 12 pm and end at 10pm. The exhibition will include these programmes:

1. “The Arms Fair” Photo Exhibition: 25 or more original and art works from the 'common creative' on affects and consequences of the arms industry.
2. Film Screening: a variety of war-related movies, clips and documentaries
3. Some literature will be prepared for people who want for information
4. And info shop (workshop) – providing one on one or many information about the issue

Interlude:closure

The Arms Industry affects a large part of society, its impact are both immediate and distant. The industry has significant influence on state politics, the major cause for poverty; advocate conflict, war; increased internal security, which violates of human rights and privacy.

FNB KL believe that the exhibition will create more awareness about the issue.

16 April 2008

Provokasi lagi


Oleh Zulfikar Samsuri

editorial: nota zulfikarCis! Satu lagi provokasi dari barat.

Oops.. aku dah berjanji pada diri aku sendiri, aku tak mau termakan dengan provokasi.

Lagipun Geert Wilders seorang ahli politik yang kurang laku di Belanda, tidak, aku tidak akan termakan sekali lagi dengan provokasi.

Seperti kartun yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar di Denmark; yang menyiarkan gambaran kartun rasulullah. Semasa penyiaran kartun itu, aku menolak sifat ekstrem yang ditunjukkan oleh umat Islam. Setiap kali aku menonton Dunia Hari Ini, setiap kali juga aku akan mengeleng kepala.

Beristighfar.

Kali ini sekali lagi aku mengeleng-ngeleng. Beristighfar setiap kali menonton Dunia Hari Ini..

Dasyat sungguh penentangan umat Islam; di Pakistan, Indonesia dan satu dua lagi di negara di Timur Tengah. Apa yang buat perhimpunan sampai pecah cermin kereta, baker patung Geet Wilders dan pelbagai lagi aksi yang menentang Belanda.

Bukankah tindakan ganas hanya akan membenarkan apa yang digambarkan oleh Wilders di dalam doku-short-film, Fitna hasilan Wulders.

Bukankah Muhammad SAW di turunkan ke dunia untuk tujuan rahmat sekalian alam melalui contoh akhlaknya. Akhlaknya adalah akhlak damai yang bertunjangkan al-Quran.

Menurut Karen Armstrong, seorang pengarang yang terkenal dengan buku-buku hasil tulisannya yang bercorak agama: pengarang buku yang diharamkan di Malaysia, History of God, berkata di dalam artikelnya yang berjudul When God Went to War, “[a]khirnya, Muhammad telah membawa kedamaian ke wilayah yang bergolak dengan dasar beraninya menolak keganasan.”

Ya, itulah akhlak Rasulullah, membawa kedamaian dan menolak keganasan. Jika seluruh umat Islam dengan penuh amarah berhimpun menyatakan ketidak puasan hati, apa yang membawa kedamaiannya, apa yang menolak keganasannya.

Rasa-rasa lagi baik kalau kita (umat Islam) membuat satu filem pendek lagi kreatif untuk menjelaskan bahawa kita tidak seperti yang ada dalam filem Fitna.

Sementara itu, Jan Peter Balkenende, Perdana Menteri Belanda berkata:"Islam disamakan dengan keganasan, kami menentang tafsiran (filem) ini. Kebanyakan Muslim menolak ekstremisme dan keganasan dan sebaliknya mangsa adalah dari kalangan Muslim itu sendiri.”
Ah, PM Belanda pun dah cakap bahawa filem itu memaparkan sesuatu yang salah.

Aku ada tanya pada kawan aku tentang filem ini, tentang sama ada filem ini memprovokasi. Kawan aku yang satu ini menjawab, bahawa isu yang kecil ini cuba dibesar-besarkan.

Tah, betul cakap kawan aku, isu ini kecil dan cuba dibesarkan; baik pihak yang sebelah sana mahupun pihak yang sebelah sini. Bagi aku, kepentingan politik memainkan peranan di sini. Si pembuat filem Fitna cuba meraih kembali kuasa politik yang semakin pudar. Manakala pihak sebelah sini juga ada kepentingan politik yang cuba ditagih.

Politik

Tapi aku lega, akhirnya semua ini selesai. Namun penentangan, kebencian dan sikap prejudis tetap ada menjadi pakaian umat manusia. Dan selepas ini dunia akan menyaksikan pertembungan dua tamadun.

Buku terbaru Hishamuddin Rais

oleh: Zulhabri Supian

resensiTerhangat dan masih panas. Baru sampai di kantor (opis) gua. Buku bertajuk Keganasan, penipuan & Internet ini adalah kumpulan tulisan-tulisan Hishamuddin Rais a.k.a Isham yang pernah disiarkan di kolum Surat Tanpa Alamat dalam harian akhbar Oriental Daily berbahasa Mandrin. Dalam kumpulan ini juga termasuk tulisan kolum Dari Brickfield dalam Berita Keadilan dan Dari Jelebu, blog Isham di Malaysia Today.

Buku ini wajib dimiliki oleh pembaca2 dan peminat2 Isham yang taat setia.

Ulasan2 atas karya agung ini;

Setuju 1000% dengan Hisham. Dahlah si tua bangka tu memporakperandakan negara selama 22 tahun, kemudian diwariskannya pula negara ini kepada si lembik yang suka tidur, jahanamlah kita.

Pekanpahang -22.10.2005

Anyway, aku salute dengan persembahan Hisham dlm tari dan lenggok kritisnya yg terkadang buat kita berfikir sekali lagi walaupun keputusan telah kita buat sebelum ini.

Itulah kelebihan dia

Dan dia sering berselindung di sebalik kelebihan itu

Sadin Marina 1 Februari 2006

Menarik sekali cerita Hisham ini, sungguh kagum dengan sentence ‘…. Ditengah kehebatan pop yeah yeah dan The Beatles..’

Hisham buat apa di kamunting? Jaga atau tetamu?

Stephen Bennit 6 Oktober 2006

Sesiapa yang tak sabar nak menghadam tulisan di dalam buku ini, sila beli secara online di laman web Gerakbudaya atau Kinibooks. Akan menemui orang ramai di kedai2 buku utama sedikit hari lagi.

Sementara menunggu hari2 itu, kamu semua boleh memesan terus melalui saya dengan nelpon 019-308 3804 atau emel kepada zulhabri AT gmail DOT com.

Harganya cukup berbaloi dengan hasil karya Isham iaitu RM30. Cepat dapatkannya!

Hishamuddin Rais aka Isham dilahirkan di Kampung Tengkek, Kuala Pilah. Membesar di Jelebu Negeri Sembilan. Sekolah awal di Jelebu dan kemudian di Malay College Kuala Kangsar sebelum memasuki Jabatan Sejarah Universiti Malaya pada tahun 1971/74.

Belajar Bahasa Perancis di University Katholik Louvainla-Neuve 1982. Mengikuti Asasi Seni di Brixton College London. Mendapat Sarjana Muda Filem dari University Westminster London.

Pernah menjadi wartawan BBC, penyunting filem, pelakon, penulis skrip. Memberi kuliah falsafah di Universiti Bangsar Utama - UBU dan Annexe Pasar Seni. Juga memberi kuliah filem di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan-ASWARA.

Pengasas, pengembang dan penganut Mazhab Ngi - non govermental individual

NAJIB PEMBAWA ZAMAN GELAP


oleh: Hishamudin Rais

eseiMahathir Muhamad telah memerangkap Tengku Razaleigh untuk membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Badawi. Untuk entah ke berapa kali Razaleigh Hamzah telah dijadikan batu loncatan oleh Mahathir Muhamad. Razaleigh adalah perwakilan politik lama – politik era Tungku – politik ‘ the British clubby gentelman’ – di mana setiap kata adalah untuk di kota.

Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Mahathir Muhamad inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokratik. Justeru, Mahathir Muhamad sedang merancang untuk menobatkan Najib Razak.

Seyogia perlu kita sama berwaspada dan mengetahui kenapa/mengapa Mahathir Muhamad memilih Najib Razak? Kita wajib memahami sebab musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang akan dibawa oleh Najib Razak.

Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib. Malah minggu lalu media arus perdana juga ‘terjerat’ dengan tipu helah Mahathir apabila melaporkan Najib Razak bukan lagi satu pilihan. Kenyataan Mahathir ini bertujuan untuk menaikkan syahwat Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang Abdullah Badawi. Sebenarnya ini ialah tipu helah jenis Kitul.

( Siapa Kitul ? Sila rujuk Sejarah Melayu kitab naratif kesejarahan oral orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau , memahami yang kini dan pedoman ke hadapan.)

Untuk memahami siapa Najib Razak, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Mahathir Muhamad memilih menteri- menteri kabinet dan para rottweiler yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Rahim Thamby Chik dengan kes pecah pendaraan cinta berahi anak gadis di bawah umur adalah orang kepercayaan Mahathir. Arwah Megat Juned seorang kaki judi yang terlibat dalam kematian wanita pemilik kedai video adalah menteri setia Mahathir Muhamad. Shahidan Kassim terlibat dengan kemasukan beras secara gelap di Perlis adalah menteri besar Mahathir Muhamad yang setia.

Rais Yatim sekor bangkai bernyawa telah diberi nafas oleh Mahathir hinggakan sanggup meminum air basuh kaki Mamak yang pada satu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz rottweiler betina terlibat dalam agihan AP, manakala rottweiler jantannya ialah Nazri Aziz. yang terlibat dengan 600 permit teksi. Mereka adalah menteri setia dalam kabinet Mahathir. Para rottweiler–rottweiler ini akan terus menderam dan menyalak jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Mahathir Muhamad.

Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisian yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Mahathir.

Apa sangkut paut semua ini dengan Najib Razak?

Najib Razak ialah ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ini bukan tohmahan, Dalam mahkamah seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib pernah berjumpa dengan Altantuya.

Najib Razak lebih bangkai bernyawa dari Rais Yatim. Najib Razak lebih banyak menyondol dari Rahim Thamby Chik. Najib Razak berjuta-juta kali menerima rasuah dari Rafidah Aziz dan Nazri Aziz. Manusia seperti Najib Razak ini adalah model ( bukan model Mongolia) yang terbaik dalam bacaan politik Mahathir Muhamad. Manusia Najib ini akan menjadi sekor rottweiler yang paling setia kepada Mahathir Muhamad.

Dalam congak politik Mahathir, Najib Razak akan meneruskan dinastinya. Sesudah Najib akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, rottweiler katek si pembawa keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar untuk menjadi rottweiler dengan salakan-salakan kecil menyerang Abdullah Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang di cita-citakan oleh Mahathir Muhamad.

Jadi siapa sebenarnya Najib Razak?

Najib Razak ialah pembawa zaman gelap ke dalam budaya politik Malaysia. Najib Razak akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia. Dari segi pembudayaan Najib pasti akan lebih Islam dari Pas. Lebih lebai dari Lebai Kulup. Dengan latar belakang keilmuan yang cetek, Najib untuk membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam. Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.

Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam a la Najib ini bukan lagi jantan di barisan lain dan betina di barisan lain, ia akan lebih dari itu. Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu tetapi akan lebih dari itu.

Buktinya: Tiga tahun dahulu ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai ‘ ilmuwan Islam’ telah mengeluarkan ‘fatwa bahawa orang Melayu/Islam TIDAK boleh berkongsi Deepavali degan penganut agama Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah di sambut dan di sokong oleh Najib Razak. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah di sangkal oleh Abdullah Badawi. Ini contoh Islam kapal selam.

Seorang insan yang terlibat dalam kes satu pembunuhan akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci dari Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingatkan kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak guruh pun tidak tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam dari kapal selam.

Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja Najib Razak.

Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib. Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib Razak ini wang komisen. Inilah dia susuk yang sedang di rancang dan sedang uli oleh Mahathir Muhamad untuk dijadikan perdana menteri.

Kenapa Mahathir Muhamad mahukan Najib Razak?

Mahathir Muhamad adalah kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin, Vincent Tan, Eric Chia, Ting Pek King, Ananda Krishan dan Lim Kok Weng antara nama-nama lanun besar . Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung di bawah Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Mahathir Muhamad telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.

Seperti filem seram Rosemary Baby semua orang yang diharap-harapkan memberi bantuan rupa-rupanya adalah sebahagian dari jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.

Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang di bawa oleh Abdullah Badawi ini dapat diteruskan mereka semua akan di dakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalah gunakan kuasa akan juga di hadapan ke mahkamah.

Adalah salah anggap jika kita percaya Mahathir mahukan Abdullah undur kerana legacy sedang di lupuskan. Menaikkan Najib tidak sangkut paut dengan legacy. Adalah salah bacaan politik jika menganggap bahawa Mahathir lebih sayangkan United Malay National Organisation. Mahathir mengharamkan United Malay National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Mahathir membuat semua ini untuk orang Melayu.

Mahathir Muhamad mahukan Najib Razak kerana Najib Razak akan menjadi bangkai bernyawa dan TIDAK akan membuat apa dakwa dakwi terhadap Mahathir Muhamad dan para lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Mahathir akan di teruskan oleh Najib Razak.

Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib Razak sebagai pilihan tepat Mahathir Muhamad, sila tanya diri sendiri. Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terlibat dalam kes pembunuhan? Apakah pembunuh boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?

15 April 2008

Sorakan lebih 50,000 gegar Stadium Perak

oleh: Johari Jaafar, Harakahdaily

IPOH, 15 April (Hkh) - Suara daripada lebih 50,000 orang bergema buat pertama kalinya di Stadium Perak beserta laungan takbir, sorakan reformasi serta makkal sakthi mengatasi jeritan dan pekikan "Kejo Yop Kejo" di stadium yang sama setiap kali perlawanan liga.

Pada malam 14 April 2008 buat pertama kalinya stadium ini digegarkan oleh 50,000 rakyat negeri Perak untuk mendengar amanah daripada pemimpin-pemimpin mereka.

Pengerusi majlis pada malam itu, Misbahul Munir Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak telah menaikkan semangat para hadirin dengan ucapan penuh bersemangat

Lima pemidato telah berjaya 'memukau' lebih 50,000 yang hadir pada malam itu. Pemidato tersebut antaranya, Naib Presiden PAS, Dato� Husam Musa mewakili Besar Kelantan; Menteri Besar Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali yang mewakili Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda DAP Pusat, Nga Hor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping yang mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, .

Inilah buat pertama kalinya kelima-lima tokoh tersebut berganding bahu menyampaikan pidato di atas pentas di Stadium Perak.

Kelima-lima tokoh berkenaan senada menegaskan kemenangan yang dicapai pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu adalah kemenangan rakyat dan ia mesti dikekalkan sebelum Pakatan Rakyat berjaya menumpaskan Umno/BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti

Malaysia Pasca 14 April 2008

oleh: AdiHamka

11 tahun lalu, 14 April adalah petanda ‘gelita’ buat pendukung gerakan reformasi, tidak keterlaluan juga jika dikatakan ia turut ‘menggelapkan’ Malaysia.

Semuanya kerana kelibat Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri yang dipecat, ditahan dengan pertuduhan yang tidak terbukti, dipukul dalam penjara, dinafikan hak sebagai rakyat Malaysia dan ahli politik selama lebih daripada 5 tahun.

Semalam, 14 April 2008 memberikan satu batu tanda baru dalam landskap politik Malaysia. Anwar kini bebas daripada sudut perundangan apabila sekatan berpolitik ke atas beliau secara rasminya tamat semalam.

Melihat kepada liputan media seperti Malaysiakini dan KLPos, termasuklah bicara teman-teman yang turut hadir ke Sambutan Black 14 semalam (meskipun ramai yang ‘bingit’ kenapa perlu diadakan di Kampung Baru, sedangkan Stadium Shah Alam bisa saja memperlihatkan sambutan yang lebih hebat!), Anwar kini sahih berdiri sebagai ‘remedi’ kepada kekalutan pemerintahan Malaysia selepas keputusan mengejutkan yang terhasil daripada Pilihanraya Umum ke-12 8 Mac lepas.

Dalam keadaan Anwar dinafikan hak untuk bertanding berikutan keputusan pemerintah untuk mengawalkan PRU12 seawal Mac 2008, kesempatan berkempen 13 hari dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau untuk menjelajah Malaysia. Rakyat yang jelas muak dan jelak dengan manipulasi media arus perdana yang bersifat sehala, memperlihatkan sokongan yang luar biasa kepada setiap ceramah Anwar (malah hampir semua calon PR) tidak kira di mana beliau singgah.

Hasilnya, tidak terjangkau pemikiran mana-mana pihak bahawa Pakatan Rakyat (PR) boleh memenuhi lebih satu pertiga Dewan Rakyat dengan 82 kerusi. Pertama kali dalam sejarah Barisan Nasional dinafikan majoriti 2/3. Di saat rakyat menyatakan mereka ‘muak dan jelak’, pihak-pihak tertentu terus bertelagah sesama sendiri mencari punca kekalahan. Semua jenis alasan keluar, tetapi tidak satupun alasan tersebut bersetuju akan 1 perkara - rakyat sudah bosan dan mahukan kepimpinan baru.

Rakyat Malaysia telah dipasak pemikiran mereka selama 50 tahun bahawa tidak akan pihak yang lebih kredibel untuk menaungi pemerintahan Malaysia selain daripada satu parti sahaja. Tetapi rakyat Malaysia bukan bodoh, makin meninggi arus globalisasi dan teknologi maklumat, rakyat makin bijak menilai hakikat biar disuap pelbagai jenis dakyah dan propaganda. Ruang kosong yang terbiar lama kini terisi.

14 April 2008, Anwar tampil untuk mengisi ruang itu. Persoalannya, apa langkah Anwar?

Pelbagai teori telah kedengaran. Kononnya akan ada lebih daripada 30 Ahli Parlimen pemerintah akan menyatakan kesediaan mereka untuk bersama-sama PR, lantas PR bakal mendirikan kerajaan baru. Ada yang mahu Anwar jangan berlengah bertanding agar terus mengepalai pembangkang di Parlimen. Segalanya masih menjadi tanda tanya. Tidak kurang juga cadangan mahu Anwar menjadi Menteri Besar Selangor ataupun Senator.

Anwar menyatakan komitmen beliau bahawa PR bersedia menjadi kerajaan bila-bila masa. Beliau memberikan tempoh 2 minggu untuk menentukan di mana beliau akan bertanding. Dalam erti kata lain, ia bakal terbukti selepas Parlimen memulakan sidang pada 28 April depan.

Saya berpendapat, Anwar layak untuk menjadi PM. Malah dalam keadaan sekarang, tidak keterlaluan dikatakan bahawa Anwar memiliki kredibiliti dan kriteria yang mencukupi untuk berada di tampuk itu. Tinggal lagi bilakah masa yang sesuai?

Kalau ditanya penyokong PR, jawapannya pasti secepat mungkin. tetapi pada hemat saya, ianya boleh direalisasikan sekiranya semuanya lancar. Mengharapkan 30 MP pemerintah melompat parti semata-mata tidak mencukupi, kerana ‘lompat melompat’ ini bisa saja menghampakan kiranya yang melompat berpatah balik.

Saya berpendapat, Kerajaan-kerajaan 5 buah negeri yang dikuasai PR perlu membuktikan dalam tempoh yang sesuai bahawa mereka mampu membuahkan sesuatu yang lebih bernas berbanding puluhan tahun negeri itu diperintah pemerintah terdahulu. Biarpun tekanan demi tekanan diberikan, sekiranya mereka bijak, tidak ada masalah untuk membuktikan keupayaan itu. Dan saya juga yakin, Anwar sebagai Ketua mampu mengawal keadaan dan memainkan rentak.

Jangan terlalu ghairah dengan kuasa, paling penting, jangan hampakan rakyat yang memberi peluang. Demokrasi bukan ruang untuk pemimpin beraksi, sebaliknya ruang untuk rakyat menentukan. Ini yang dijanjikan oleh PR sebelum ini.

Ahli dan akar umbi parti komponen PR juga harus bekerja keras ke arah itu. Bukannya membudayakan lobi-melobi jawatan dan kepentingan, menindas pihak yang kalah dan sebagainya. Buktikan yang akar umbi PR jauh lebih tinggi nilai insaninya berbanding mereka yang pincang moral dan sikap.

Saya percaya sekiranya PR berjaya membuktikan sesuatu, di sebalik kredibiliti Anwar yang telah terbukti, rakyat Malaysia akan bersedia untuk menerima kerajaan baru, untuk merealisasikan harapan baru untuk masa depan mereka.

Dan pasti, 14 April 2008 kelihatan menghampirkan rakyat dengan detik itu. Bukan untuk Anwar, bukan untuk PR, tetapi untuk rakyat.

Ribuan sambut Anwar bebas berpolitik

oleh: Malaysiakini

Kira-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam ini walaupun polis tidak menyediakan permit.

Program yang digelar "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Selepas muncul pada 9.15 malam, Anwar menyampaikan ceramah lebih satu jam sebelum polis mengeluarkan larangan.

Dalam ucapannya, Anwar berkata, tunggu dua minggu sebelum beliau mengumumkan sama ada akan bertanding atau tidak dalam satu pilihanraya kecil.

Pada pilihanraya umum 8 Mac, Anwar hanya berkempen di seluruh negara akibat larangan tersebut dan mantan timbalan perdana menteri itu mendakwa ia diadakan bagi menghalang beliau bertanding.

Dalam sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sambutan tadi "di luar jangkaan."

Perhimpunan sempena 'Black 14' dan pidato perdana Anwar malam ini pada awalnya dijangka disertai 10,000 penyokongnya.

'Black 14, atau pernah disebut 'Gelita 14', disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman semalam berkata PKR tidak memohon permit untuk perhimpunan tersebut.

Kelab Sultan Sulaiman yang bersejarah - termasuk menganjurkan perhimpunan persatuan-persatuan Melayu untuk menubuhkan Umno - kini dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selaku menteri besar baru negeri Selangor.

Menurut Muhammad Sabtu, walaupun majlis makan malam itu di buat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu.

13 April 2008

Kenyataan Bersama: Pakatan Rakyat Bertunjangkan Muafakat Pimpinan dan Rakyat

kenyataanPara pemimpin Pakatan Rakyat ingin menegaskan di sini bahawa Pakatan amat komited untuk meneruskan agenda besar membangunkan negara dan memakmurkan rakyat tanpa ada sempadan kaum, agama serta budaya dan selaras dengan hak asasi sejagat manusia.

Dasar-dasar Pakatan adalah berpaksikan kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan disepakati oleh semua pemimpin tiga parti iaitu, KeADILan, DAP dan PAS. Antaranya ialah membina negara ini atas landasan keadilan, membuka peluang untuk semua rakyat menikmati kemakmuran negara dengan memberi keutamaan kepada mereka yang miskin dan terpinggir.

Pakatan bukanlah medan bagi mana-mana pihak untuk memperjuang ideologi persendirian atau parti masing-masing. Walaupun ada pihak-pihak yang memberi pandangan berbeza dari yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin utama tiga parti dalam Pakatan, pandangan itu adalah pandangan peribadi yang tidak sama sekali mewakili mana-mana parti dalam Pakatan. Oleh demikian, semua pemimpin dan ahli dalam Pakatan telah diarahkan menghentikan pandangan yang lain daripada muafakat bersama ini.

Tidak ada parti yang menjadi tunjang Pakatan. Bahkan tunjang kekuatan Pakatan berpaksikan prinsip sama taraf dan berasaskan semangat pemuafakatan pimpinan Pakatan berteraskan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihanraya Ke-12 yang lalu.

Pakatan berazam melaksanakan dan membawa perubahan berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosio-ekonomi, peluang ekonomi yang saksama dan kebebasan beragma. Tugas besar ini kami tanggung bersama selaras dengan janji kami semasa Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.

Pakatan telah melangkah ke hadapan dengan menyusun dan memantapkan lagi dasar untuk dilaksanakan oleh semua kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan dan juga untuk digunapakai oleh semua ahli Parlimen Pakatan apabila Parlimen bersidang nanti. Kami akan mengumumkan satu perisytiharan prinsip yang lebih menyeluruh kelak.

YB Wan Azizah Ismail
DS Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Haji Hadi Awang