Oleh Zulfikar Samsuri
beritaMenteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen (AP) Padang Rengas telah menerima ‘asakan’ daripada AP-AP pembangkang yang diketuai oleh Datin Seri Wan Azizah (DSWA) berkenaan isu dakwat kekal
Isu dakwat kekal yang dibatalkan tiga hari sejurus sebelum pilihan raya umum 12 (PRU12) telah menjadi perhatian Dewan Rakyat semasa pihak menteri menggulungkan perbahasan menjungjung kasih titah di raja oleh Yang DiPertuan Agung.
AP Padang Rengas mengatakan bahawa kabinet tidak mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membatalkan penggunaan dakwat kekal tiga hari sebelum pilihan raya.
Katanya, “pihak kami, kabinet, menolak apa yang dipohon oleh SPR berkenaan dakwat kekal.. SPR bertindak sedemikian kerana dinasihat oleh Peguam Negara (AG) supaya tidak membenarkan indelible ink ini. Selain daripada itu, dakwat kekal tidak digunakan kerana factor-faktor keselamatan.”
Kemudian sessi parlimen dipenuhi dengan tuduh-menuduh oleh pihak pembangkang dan pihak menteri mempertahankan hujah-hujahnya.
Pada ketika ini, AP Permatang Pauh yang juga ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Ismail berdiri sambil menanyakan soalan bahawa pada bulan 6 wakil PAS dan DAP ada berjumpa dengan SPR bertanyakan bila hendak diluskan oleh SPR tapi SPR jawab tunggu pihak JAKIM bagi fatwa. Tetapi selepas JAKIM beri fatwa halal, pada bulan 11, tetapi tiga hari sebelum PRU 12 ianya dibatalkan.
Wan Azizah juga menambahkan bahawa bukankah ada jumlah masa yang cukup dari bulan 6/2007 untuk mengkaji baik buruk penggunaan dakwat kekal. Di samping itu ketua pembangkang juga membangkitkan tentang kos dakwat kekal tersebut dank e manakah perginya dakwat kekal.
Nazri selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berdolak dalik seakan tidak mahu menjawab soalan tersebut. “Itulah tadi ‘tuang’ Saya dah jawab tadi. Pihak SPR baru duduk denan AG beberapa hari sebelum PRU12. AG nasihatkan SPR supaya menarik balik kebenaran untuk menggunakan dakwat kekal.”
Sebelum itu AP-AP dari pembangkang seperti dari Batu Gajah, Kuala Selangor, Kuantan dan Shah Alam bangun mempersoalkan tentang dakwat kekal dan kos penggunaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan