Oleh: Bernama
China muncul juara Piala Thomas buat kali ketujuh, kali ketiga berturut-turut sejak 2004, selepas menundukkan Korea Selatan 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Istora Senayan di sini hari Ahad.
Pilihan utama itu bagaimanapun diberikan tentang sengit oleh Korea Selatan, yang beraksi buat pertama kali pada perlawanan akhir.
China mendapat mata pertama menerusi pemain nombor satu dunia, Lin Dan yang menundukkan pemain nombor lapan, Park Sung Hwan.
Selepas tunduk 10-21 pada set pertama, Lin Dan bangkit untuk menang dua set berikutnya 21-18, 21-8 untuk kemenangan dalam masa 69 minit.
Korea Selatan bagaimanapun menyamakan mata apabila beregu ketiga dunia, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae menundukkan pasangan nombor dua Cai Yun/Fu Haifeng 25-23, 21-16.
Pemain nombor tiga dunia, Bao Chunlai menjadikan kedudukan 2-1 untuk China apabila mengetepikan pemain nombor sembilan Lee Hyun Il 28-26, 21-11 dalam masa 46 minit.
Beregu lelaki nombor sembilan dunia, Xie Zhongbo/Guo Zhengdong memberikan mata kemenangan China dengan menundukkan beregu nombor lapan Lee Jae Jin/Hwang Ji Man 21-12, 19-21, 21-12 dalam masa 65 minit.
China layak ke perlawanan akhir setelah menundukkan Malaysia 3-2 pada peringkat separuh akhir manakala Korea Selatan mengalahkan tuan rumah, Indonesia 3-0.
tambahan ed - Sehari sebelumnya China juga berjaya merangkul kejuaraan piala Uber selepas membenam cabaran Indonesia 3 - 0.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan