oleh: Kedahlanie
KUALA LUMPUR - Kuala Muda Naza merangkul kejuaraan bola sepak Liga Perdana dengan penuh bergaya selepas menundukkan pencabar utama, KL PLUS 3-2 dalam perlawanan penutup di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.
Kemenangan Kuala Muda ini melengkapkan musim cemerlang bola sepak Kedah, selepas pasukan negeri itu sebelum ini dinobatkan selaku juara Liga Super.
Malah, kemenangan tersebut juga mengembalikan keceriaan dalam kem Kuala Muda yang masih dirundung kesedihan di atas kematian pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M. Nasimuddin SM Amin, kelmarin.
Skuad bimbingan jurulatih K. Devan itu berjaya membawa pulang trofi dan hadiah RM200,000.
Bekas penyerang kebangsaan, Faderin Kadir pula memberi kegembiraan berganda buat Kuala Muda apabila dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
"Kami memang layak memenangi kejuaraan dengan prestasi baik yang ditunjukkan oleh pasukan sepanjang musim, malah hari ini kami berjaya menjaringkan tiga gol di tempat lawan.
"Kemenangan ini adalah hadiah kami buat Tan Sri S.M. Nasimuddin kerana Allahyarham merupakan orang kuat yang memastikan pasukan ini ini dapat bersaing,'' kata Devan.
Kedua-dua pasukan bersaing sengit pada babak pertama selepas Rudie Ramlee meletakkan Kuala Muda di depan pada minit ke-30, tetapi Mohd. Lot Abu Hassan menyamakan kedudukan, dua minit kemudian.
Walaupun seri sudah memadai untuk Kuala Muda, namun wakil Kedah itu tidak mahu mengalah.

foto kredit: kedahlanie
1 ulasan:
Nampaknya begitulah hendaknya Kedah Juara Piala Super manakala kelab dari kedah Kuala Muda FC jadi juara Liga Perdana....Semoga tahun ini membawa lagi kejayaan berganda buat kedah ....
Lawatilah Blog saya di
http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen disetiap artikel ....TQ
Catat Ulasan