12 Mei 2008

Kenyataan media tentang laporan siasatan suruhajaya diraja menyiasat Pita Lingam


kenyataan mediaKami mengalu-alukan penyerahan Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong dan meminta laporan itu segara didedahkan kepada umum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat melaksana reformasi badan kehakiman, seperti mana yang beliau umumkan sebelum ini, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dapat dilaksanakan.

Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidak adilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu dibawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut.

Amat mendesak sekali untuk kerajaan mengambil tindakan wajar mengembalikan keyakinan terhadap badan kehakiman serta memastikan agar penyiasatan dan pendakwaan salah laku jenayah oleh Jabatan Peguam Negara yang bebas dari gangguan pemerintah.

Ini pastinya melibatkan beberapa percanggahan dan kaedah yang dipertikai yang sewajarnya dipatuhi oleh pihak berwajib dalam penyiasatan kes yang melibatkan pimpinan kanan kerajaan termasuk kes-kes yang tercela seperti pembunuhan dan yang melibatkan dana yang besar.

Rakyat Malaysia prihatin tentang permasalahan tersebut dan justeru itu tidak harus diremehkan oleh pemerintahan sekarang. Sebarang tindakan yang dianggap tidak bersungguh-sungguh bagi memulihkan kewibawaan badan kehakiman pasti nya tidak akan berhasil.

ANWAR IBRAHIM
gambar dari harakahdaily

2 ulasan:

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Siarkan laporan itu kepada rakyat. kami perlu tahu kebenarannya. kami sekarang ragu2 akan institusi kehakiman negara, adakah telus atau tidak, kami mahukan sesiapa yang terlibat dihukum sewajarnya, ini sudah mengira menghina keagungan Mahkmah .....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis.

ladymariah berkata...

pandai cakap je si karpal tu hina sultan. tapi kalau hina badan kehakiman kan sama juga? hapuskan perlindungan keadilan kepada kroni2!