06 Mei 2008

RPK didakwa bawah Akta Hasutan

oleh Zulfikar Samsuri

Setelah menunggu selama lebih kurang sejam, RPK kemudiannya telah dipanggil ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Beliau telah didakwa di bawah Akta Hasutan Seksion 4 (1) (C).

Raja Petra minta dibicarakan atas dakwaan kerana menerbitkan artikel berbentuk hasutan pada 25 April di Malaysia Today.

Mahkamak akan mendengar pertuduhan yang ditetapkan pada 6 hingga 10 Oct dan Raja Petra telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM5,000, tetapi beliau enggan dijamin, membuatkan beliau ditahan polis sehingga hari pendengaran pertuduhan.

Jika didapati bersalah, Raja Petra akan dikenakan penjara maksimum tiga tahun atau/dan didenda sehingga RM5,000.

"Saya telah tahu bahawa ia akan datang. Mereka akan cari jalan dan alas an untuk mendakwa saya tetapi ini semua adalah sesuatu perkara yang bodoh," katanya.

"Sekali mereka dakwa saya, kami akan tunjukkan bahawa tiada bukti untuk dakwa saya,” dia menambah.

Hadir sama ialah para pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Ronnie Liu begitu juga AP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Pada 25 April, Raja Petra telah membuat posting sebuah artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' ke dalam blognyag, Malaysia Today. Postingnya mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor di dalam kes berprofil tinggi.

Najib seterusnya mengemukakan surat penafian melalui setiausaha akhbarnya Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, dan begitu juga dengan Rosmah turut menafikan penglibatan beliau.

Kes pembunuhan kejam Altantunya sekarang ini sedang berlangsung di Shah Alam.

foto dan berita asal: malaysiakini.

Tiada ulasan: