06 Mei 2008

Jamry bohong atau benar tentang isu pertukarannya?








Oleh Ahli Pas Seumur Hidup

Kalau orang Malaysia nak tahu sitiuasi sebenarnya yang terjadi kat Jamry, cuma ini yang boleh dikatakan. Apa yang dilakukan oleh YAB MB Perak, adalah satu tindakan yang betul Tepat.

Hujung minggu sudah, heboh tentang berita pemecatan Datuk Jamry Sury oleh YAB MB Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin. Arahan pertukaran Jamry dikatakan tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan walaupun terdapat beberapa pihak yang menganggap bahawa tindakan Raja Nazrin, Pemangku Sultan Perak supaya ditarik balik arahan pertukaran itu pula sebagai tidak sah.

Itu aku tak tahu.

Tapi yang aku tahu, selepas itu kecoh Datuk Nazri Aziz mengecam Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin. Semuanya pasal MB Perak tu dikatakan buta tentang undang-undang perlembagaan Malaysia.

Jamry ni pembelit ke?

Adake beliau kata, beliau dipecat cuma melalui satu panggilan telefon sahaja. Apabila kerajaan negeri Perak diambil alih oleh Pakatan Rakyat (Pakatan) Datuk Seri Ir Nizar (YAB MB) ingin sampaikan khutbah di masjid negeri, pada hari Jumaat. Tetapi telah dihalang oleh Jamry dengan alasan yang YAB MB tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi khatib (orang yang membaca khutbah).

Secara personal, memang aku mengikuti perkembangan YAB MB Perak ni dah lama. Masa raya korban kampung aku panggil dia bagi ceramah. Hadis-hadis dan tafsiran ayat-ayat al-Quran dalam ceramahnya membuatkan aku terpikir Ir pun boleh, ustaz pun boleh. Ini bermakna dalam perjalanan hidupnya beliau kejar bersama dunia dan akhirat.

Adakah itu bermakna dia tidak layak menjadi imam dan membaca khutbah.

Apabila dipanggil untuk berbincang mengenai hal ehwal Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) si Jamry ni selalu menghilangkan diri. Apabila ditanya sama ada si Jamry ni boleh duduk semeja dengan Pakatan. Katanya ok. Boleh saja.

Satu lagi keaiban yang cuba dilakukan oleh si Jamry tu terhadap Ir Nizar ialah semasa hari maulidurrasul, tidak dijemputnya MB Perak tu bagi ucapan. Di mana letaknya status Ir nizar sebagai MB Perak.

Nazri ambil kesempatan

Nazri ambik kesempatan ini untuk membuktikan bahawa tindakan Ir ni suatu tindakan yang bodoh dan buta undang-undang. Nazri ni memang pandai berlakon kalah Rosyam Nor atau Malek Nor (atau Adibah Noor -- ed).

Pada zaman pemerintahan Mahathir, agak-agak korang siapa yang baik sangat dengan Mahathir. Dan sekarang pada zaman Pak Lah jadi Perdana Menteri pula, siapakah yang paling vocal menyampaikan suara ketidak setujuan kepada Mahathir dan menyanjung tinggi Pak Lah. Mungkin anda sendiri sudah tahu jawapannya.

Tiada ulasan: