15 Mei 2008

Speaker Dewan Rakyat letak jawatan dalam Umno

beritaAhli politik veteran dari Sabah, Pandikar Amin Mulia, juga Speaker Dewan Rakyat, dikata telah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai ketua bahagian UMNO bagi kawasan Kota Marudu. Pandikar Amin juga dikatakan telah memberitahu mereka yang berada di bahagiannya untuk menunpukan perhatian dan fokusnya terhadap jawatan speaker Dewan Rakyat, dan tidak sebagai speaker untuk Umno. Jadi beliau disebut-sebut akan meletakkan jawanya dalam semua jawatan UMNO.

Tindakannya semacam jelas berkait dengan kata-kata Anwar Ibrahim bahawa terdapat lebih 30 orang Ahli Parlimen (AP) dari Sabah mahu menyeberang kepada pihak Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk secara majoriti mudah menubuhkan kerajaan persekutuan.

Pandikar Amin telah mengangkat sumpah sebagai Speaker Parlimen ke12 pada 28 April yang lalu. Nama beliau telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

sumber: RockyBru

1 ulasan:

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Beliau juga mendapat undi dari PR untuk menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat jadi mungkin ada kebenaran dia pun nak lompat parti, memang dia menafikan tetapi mungkin ini srategi beliau akan menjadi Yang Dipertua Rakyat walaupun beliau pembangkang kelak....Kita lihat sajalah

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis… ada artikel baru aku tulis ….