29 Mei 2008

Suara Rakyat: Ezam, jilat ludah sendiri!

Hampir setahun sudah, aku berbual dengan kawan aku, beliau merupakan seorang yang aktif dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK), dengan jelas beliau katakan, "Sekarang dia (Ezam) tengah lobi nak join UMNO, tapi tak dalam masa terdekat ni, mungkin dekat pilihanraya umum nanti (dia akan join). Menurutnya lagi mainanan politik Ezam telah lama, sejak beliau keluar dari ISA.

Katanya lagi, "aku memang dah tau Ezam bukan setakat nak keluar (parti)(masa tu Ezam hanya keluar parti, bukan masuk semula ke dalam UMNO, tapi nak hapuskan perjuangan ini dengan beberapa orang UMNO, termasuk Khairy (Jamaluddin)."

Sambil mengingatkan bahawa masih ada lagi agen Ezam di dalam AMK beliau turut mengatakan bahawa setelah segala titik peluh dan keringat tertumpah untuk membina parti tersebut (PKR)dan menakrifkan secara jelas maksud 'reformasi' yang sering diteriak-teriakkan ketika
berdemontsrasi adalah suatu tragedi untuk menyemadikannya.

"[P]olitik ini kotor, tetapi aku tak sanggup kotorkan dan rebut peluang untuk selamatkan diri sendiri."

Beberapa orang blogger yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah dihubungi dan mereka mengatakan bahawa tindakan Ezam semalam seakan-akan menjilat ludahnya sendiri.

Rocky Bru telah memberikan persoalan yang ringkas tentang tindak Ezam masuk UMNO, Ezam? Bukankah Sdr Ezam yang banyak buat laporan polis tentang korupsi Pak Lah?"

Faisal Mustaffa pula berkata, "dia makan sumpah keramat yang dilafazkan."

Lester Chan, "saya kurang percaya Ezam hilang sepenuhnya sokongan beliau terhadap DSAI. Dia salah seorang ahli UMNO yang mengekori DSAI semasa beliau dipecat dari parti dan pernah dihukum penjara dibawah Akta Rahsia Rasmi kerana melepaskan kepada khalayak ramai informasi dan dokumen-dokumen yang dianggap rahsia kerajaan.

"Setelah Ezam berundur dari PKR, pertubuhan bebas kerajaan yang dipimpinnya bernama GERAK giat membangkitkan isu-isu hangat mengenai skandal-skandal rasuah yang berlaku di dalam negara. Apakah Ezam sudah buat keputusan untuk belok dari pendiriannya dan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang selama ini diterajui oleh beliau?

"Lebih-lebih lagi, penurunan pengaruh Khairy Jamaluddin dalam parti UMNO selepas pilihanaraya umum Mac lalu telah menjadi suatu tanda tanya yang serius di antara ahli-ahli yang menyokong pentadbiran AAB. Yang lain pula menyalahkan Khairy atas kekalahan teruk BN.

"Kerana tertimbulnya suasana baru yang jauh menyenangkan, kemungkinan besar Khairy akan mengalami kekalahan teruk sekiranya beliau bertanding jawatan ketua Pemuda UMNO pada pilihanraya parti UMNO yang akan datang. Dan penyatuan tenaga dan kerjasama penyokong-penyokong Mohd Khir Toyo dan Muhriz Mahathir akan merumitkan lagi keadaan dalam parti untuk Khairy dan AAB.

"Saya berpihak kepada khabar angin yang menyatakan adanya konspirasi politik diantara AAB dan DSAI. Dan oleh itu, saya percaya penyertaan semula Ezam dalam parti UMNO adalah bertujuan menguatkan pengaruh kumpulan yang memihak kepada AAB dan Khairy, terutamanya caturan di dalam pergerakan pemuda UMNO."

Zainol Abideen, "[b]agi saya, saya lebih suka jikalau UMNO, PAS dan kesekelian umat Islam di Malaysia ini bersatu sebagai satu wadah perjuangan yang mantap.

"Ezam kembali ke UMNO sebab di dalam PKR, peluang untuk dia menerajui tampuk kekuasaan di dalam Parti Keadilan Rakyat mungkin agak tipis dan membantutkan aspirasi beliau?

"Namun sebagai ahli politik di tanahair ini yang bebas masuk kemana mana sahaja parti politik apatah lagi parti pemerintah, didalam keadaan UMNO yang semakin nazak, langkah beliau ini tidak ubah seperti umang umang, yang berpindah kecengekrang baru bila cengkerang lama agak kurang selesa baginya yang mempunyai cita cita besar, gamaknya?

"Dah dasar orang sebegini berpolitik demi tembolok masing masing, segala caci maki dan sumpah seranah terhadap pimpinan UMNO hilang bagaikan embun yang mengering disinar sang mentari.

Matkeri, "[t]indakan Ezam kembali menyertai UMNO dan kerajaan mungkin boleh dilihat sebagai usaha bersungguh kerajaan dalam menangani gejala rasuah yang semakin meruncing cekarang.

"Dengan kredibilitinya sebagai Presiden GERAK dan hampir sepuluh tahun bersama PKR dan pembangkang menegur kerajaan, dia dilihat oleh kerajaan sebagai individu yang paling layak untuk memulihkan kembali kepercayaan pelabur dan meningkatkan semula fdi dengan mengurangkan dan seterusnya menghapuskan rasuah.

"Ini membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa di dalam kerajaan barisan nasional yang ada sekarang, sudah tidak ada individu yang mampu memulihkan Malaysia daripada belenggu rasuah. Hatta PM sendiri masih tercari2 formula yang sesuai untuk menggerakkan usaha ke arah ini. Oleh itu, kerajaan terpaksa beralih kepada sahabat2 mereka dari kalangan pembangkang untuk membantu, dan mereka melihat ezam dapat menangani masalah ini.

"Cuma persoalannya apakah Ezam mampu untuk melakukan perubahan secara berseorangan?Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO tidak boleh menerima perubahan.

"Bagi saya, adalah lebih mudah jika UMNO itu ditukar keseluruhannya daripada mengharapkan Ezam membuat perubahan berseorangan.

"Hishamuddin, Mukhriz, Najib, Sammy Vellu, Rapidah dan semua tycoon rasuah di dalam BN mungkin bersetuju dengan pendapat ini dan dah tak sabar nak melihat ezam kembali menari
mengikut irama UMNO yang dah nak mati. ;)

Amin Iskandar, "Ezam akan menjadi vitamin kepada Umno. Akan tetapi, sebanyak manapun vitamin, jika sudah nazak, ianya tidak membantu juga.

"Ezam juga harus ingat komen yang dia buat sewaktu keluar KeAdilan dulu, Ezam kata Azmin umpama Khairy kepada Anwar Ibrahim.

"Sekarang Ezam nak bekerjasama dengan Khairy?"

Asmawi Mohamad, "Bagi saya, Ezam adalah seorang "political animal" yang hebat. Maksud "political animal" di sini ialah dalam apa jua tindak tanduk beliau, percakapan beliau, gerak geri beliau, hatta diam dan sunyi beliau pun, semuanya ada perkiraan politik peribadi yang unik dan tersendiri. Oleh sebab itu, bila beliau memilih untuk masuk penjara Kajang semasa kes OSA dahulu, itupun ada elemen perkiraan politik peribadi yang tersendiri. Bila beliau disumbat di dalam Kem Tahanan Kemunting dulu pun, beliau mengambil kesempatan itu untuk "pursue" agenda-agenda politik peribadi beliau.

"Oleh itu, kemasukan beliau kembali ke dalam UMNO adalah merupakan suatu perkiraan politik peribadi yang "over ride" semua perkiraan-perkiraan lain.

"Oleh kerana ia suatu perkiraan politik peribadi, maka "logical reasoning" dari mana-mana pihak pun akan menjadi tidak relevan, kerana yang diperjuangkan ialah suatu agenda politik persendirian, yang mungkin sama dan mungkin tidak sama dengan apa yang diperjuangkan oleh masyarakat atau oleh partai2 politik lain.

"Presiden Keadilan Datin Seri Dr Wan Azizah mungkin melihat tindakan Ezam itu sebagai sesuatu yang "aneh", tetapi oleh kerana ia adalah perkiraan politik peribadi, bagi Ezam ia tidak merupakan suatu keanehan.

"Adakah ini suatu tindakan yang benar dan tepat? Hanya masa yang akan menentukan."

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ezam sudah terbabas, nak tekan brake pun dah terlewat. Mau tak mau dia kena aktiflah dalam UMNO.

Kalau tak, dia akan hilang segala-galanya -- nama, imej, maruah, pangkat dan apa jugalah.

Dia kena cepat-cepat jadi somebody dalam UMNO. Kalau lambat, dia akan terlewat, kerana dalam UMNO mereka bukan pilih yang baik, mereka pilih siapa yang boleh beri lebih.

Kut, kut Ezam ni kaya-raya. Tak jatuhlah dia dalam UMNO, tapi jika Ezam ni jenis tak berduit, jangan harap nak sampai ke mana-mana.

Ezam, kena ikut rentak UMNO. Dia kena lupa habis perjuangannya dlm PKR. Dia kena lupa habis tentang pembaharuan dan reformasi.

Dia kena ikut rentak UMNO, jika tidak anda tidak sempat kemana-mana.

UMNO ni parti konserbatif, dia tak suka perubahan cepat, mendadak.

Kebebasan akhbar? Hoi, saekarang lagi makin teruk?

Kebebasan tv? Adoih, berita satu jam, cerita UMNO, BN< Menteri aje 45 minit, cerita mengampu. Nak mujur ada Awani, ada CNN, ada Aljazeera, ada BBC, ada CTV4, ada Australian Broadcasting, dapat jugalah berita yang telus tentang apa yang berlaku di dunia ni.

Kebebasan Kehakiman? Dimana Ezam dapat id3ea bahawa Pak Lah ni dah liberal. Tak ubahlah dari dulu hingga sekarang. Cakap aje. Tape Lingam, dah jadi cerita karut aje!

BPR, mana dia 17 kes high profile tu, mana kes yang Ezam dedah tu, tak usahlah Ezam, hang masuk ajelah UMNO tu, tak usah nak cari alasan! Kalau nak cuci tong tahi, cucilah dari luar, kalau dah masuk dalam tong tu, hang dah tau beza, yang mana bau busuk, hang ke atau tong tahi ke?

Tanpa Nama berkata...

sswtffusx dpmyxnskp lfyvnahps [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]cheap north face jackets[/url] sdachobub wgkuckdla ltpbczusb [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]sale north face[/url] zlaiexvho gtspgatky ywvesffvm [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]north face jacekts[/url] gqhblgcty trunpnkqz xngziquur

Related articles:
http://www.uralton.ru/board/board/board/newreply.php?do=newreply&noquote=1&p=81
http://www.sportspourtous.org/phpBB2/posting.php?mode=reply&t=1313
http://www.msff.eu/addreply.php?topic=295838&lang=

Tanpa Nama berkata...

lvcdoqbgq ygrantmon ydjupolyx [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]cheap north face jackets[/url] wyjjxzpma owsrljmwd ohaivnlbo [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]www.the-north-face-jackets-sale.com[/url] pidnevolb nszlytbzk lihrxasfk [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]north face jacekts[/url] ujmcesowc csfceiyzn axvplauad

Related articles:
http://www.obsuzhdenie.ru/newreply.php?do=newreply&noquote=1&p=234963
http://alhariq.com/forum/newreply.php?do=postreply&t=52151
http://www.gregstier.org/conferences/cold-in-columbus/comment-page-3/%5chttp:%2f%2fwww.the-north-face-jackets-sale.com%5c