Oleh Anti Khairy
eseimestibacaKami menerima maklumat daripada pembaca blog Anti Khairy bahawa terdapat satu pertemuan sulit diantara calon ahli parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard dengan Ezam Mohd Noor beberapa minggu yang lalu disebuah tempat yang dirahsiakan.
Pengirim email yang mahu namanya dirahsiakan menyatakan pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai kemasukkan Ezam kedalam UMNO. Ezam dan Badrul seperti yang diketahui umum bersama-sama menubuhkan GERAK.
Dalam pertemuan tersebut, Ezam meyakinkan Badrul agar menyertai beliau kedalam UMNO untuk memperkukuhkan Pak Lah sekaligus menyekat kemaraan penentang-penentang Pak Lah. Dengan ini "reformasi" dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan.
Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk UMNO.
Dalam email tersebut, pengirim tersebut turut menyatakan yang Badrul adalah teman baik kepada Anuar Mohd Noor, pengendali laman web Umno-Reform dan blog Arah Kita yang juga pengarah kepada Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA). Kedua-dua mereka ini pernah bekerja di Institut Kajian Dasar (IKD).
Apakah Anuar Mohd Noor, balaci Norza Zakaria terlibat dalam percaturan ini?
Yang memeranjatkan kami, pengirim email tersebut menyatakan yang Ezam meletakkan Badrul Hisham Shaharin untuk melawan menantu PM untuk memastikan menantu PM menang di Rembau walaupun dengan majoriti yang kecil pada PRU 12 yang lalu.
Blog Anti Khairy masih menganggap email yang diterima ini sekadar khabar angin. Akan tetapi kami menuntut penjelasan daripada saudara Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard mengenai isu ini.
Blog Anti Khairy menyokong Badrul Hisham Shaharin dalam PRU 12 yang lalu walaupun beliau datang dari PKR hanya kerana satu tujuan, "Menyekat Kemaraan Menantu Pak Lah".
Jika terbukti Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard sebenarnya bersekongkol dengan menantu PM, Blog Anti Khairy tidak akan memaafkannya!!!
Sekat Menantu PM! Tolak Ezam!
1 ulasan:
Ezam, Ezam,
Apa yg kau nak kejar Ezam? Nak jadi Menteri ke? Takut-takut tak sempat dah/\. BN dah nak hancur!
Nak berjuang dalam UMNO ke? Nak berjuang apa, kerana dlm UMNO ni, orang atasan berjuang untuk kepentingan diri memperalatkan orang bawah!
Nak cari harta benda ke? Kalau itu, eloklah duduk dalam UMNO.
Duduk dlm PKR atau PAS, kena keluar duit, kerana parti tak ada duit.
Dah tengoh beberapa tahun anda duk dlm GERAK, tak ada satu pun kes rasuah yang kau berjaya dedah! Dulu kata kalau PM tak dedah, anda nak dedah tentang seorang Menteri rasuah. Menteri tu masih jadi Menteri, awak gagal, dia menang dan kini awak nak join dia pulak. Muka tak malu!
Catat Ulasan