06 Mei 2008

RPK akan didakwa esok

Raja Petra Kamaruddin (RPK) akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta 9 pagi esok (6/5). Beliau dikatakan akan didakwa di bawah Akta Hasutan gara-gara sebuah tulisannya yang merelasikan pembunuhan kejam wanita warga monggolia Altantuya Shariibu dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, menurut blog Rocky's Bru, seorang penulis buku dan juga merupakan penulis komen yang aktif di blog Malaysia-Today, Syed Akbar Ali juga turut akan dihadapkan ke mahkamah yang sama esok pada pukul 10 pagi. Beliau mungkin didakwa juga di bawah akta yang sama.

1 ulasan:

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Inilah antara risiko menjadi seorang pejuang siber...apa-apa pun kita doakan kemenangan Raja Petra dan kita perlu berjuang bagi meneruskan perjuangan menegakkan keadilan ..... Raja Petra sudah biasa akan hal ini ... beliau mampu menghadapinya.....LAWAN TETAP LAWAN....

Rakan2 lawatilah Blog saya di
http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen disetiap artikel ....TQ