Oleh Suhaimi Said
eseiTun Dr Mahathir Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah meminta pimpinan BN mengambil serius dakwaan Pakatan Rakyat bahawa Anwar akan berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 kerana Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat dari kalangan ahli-ahli Parlimen BN, kata Tengku Razaleigh. Jangan permudahkan dakwaan ini, kata Dr Mahathir.
Kedua-dua bekas pemimpin Negara itu mempunyai alasan masing-masing kenapa mereka bertanggapan bahawa tidak mustahil Pakatan Rakyat boleh meletakkan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Ke-6 dalam tempoh yang terdekat ini. Dr Mahathir menambah bahawa jika kerajaan-kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat berjaya memerintah dengan baik, tidak ada rasuah, telus dan tidak ada kroni, maka harapan BN untuk merampas semula kerajaan-kerajaan Negeri itu amatlah sukar bahkan kerajaan-kerajaan Negeri yang lain pula akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat.
Mengikut kenyataan-kenyataan akhbar yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat seramai lebih 30 orang Ahli Parlimen BN sudah bersedia untuk menyertai Pakatan Pembangkang, bahkan ada sumber-sumber menyatakan bahawa sudah ada 42 orang Ahli Parlimen BN yang sudah bersedia, termasuklah dari UMNO sendiri.
Persoalannya bukan lagi berlegar kepada isu bilangan atau jumlah Ahli-Ahli Parlimen BN yang akan menyertai Pakatan, tetapi bilakah masa yang lebih sesuai untuk diumumkan perubahan Kerajaan baru dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat!
Adakah Kerajaan baru itu akan diumumkan setelah Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen yang membawa erti bahawa Pilihanraya kecil akan terlebih dahulu diadakan? Atau, akan berlaku seorang Perdana Menteri sementara di kalangan ahli-ahli Parlimen Pakatan yang sedia ada sebelum Anwar menjadi Ahli Parlimen? Tidak mustahil Ketua Pembangkang yang sedia ada akan menjadi Perdana Menteri sementara sebelum Anwar Ibrahim melalui proses Piliharaya kecil.
Sejak Pilihnraya Umum yang lalu, Kerajaan Barisan Nasional masih belum berjaya mengadakan pemerintahan dan pentadbiran yang serius. Mereka asyik bercakaran sesama sendiri, antara parti dengan parti dan antara pemimpin dengan pemimpin; dan tidak kurang pula percaturan didalam parti mereka siapakah yang lebih layak diketengahkan untuk menjadi pemimpin parti dan Perdana Menteri.
Barisan Nasional menghadapi masalah dalaman ini tak henti-henti, lepas satu, satu. Mereka berhadapan dengan penolakan calon Menteri Besar Perlis yang bekesudahan dengan penolakan MB pilihan Perdana Menteri. Mereka juga berhadapan dengan masalah penolakan pilihan Perdana Menteri untuk MB Terengganu. Cakap mereka yang berdegar-degar untuk menolak MB pilihan Istana Terengganu kononnya MB itu akan jatuh
seperti nangka masak terbukti menjadi khayalan semata-mata; calon MB pilihan Perdana Menteri yang akhirnya jatuh seperti nangka masak.
Tidak pernah berlaku didalam sejarah Perikatan dan BN bahawa ada diantara ahli-ahli Parlimen mereka yang dilantik sebagai Timbalan Menteri menarik diri melainkan lantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Maka disini menunjukkan kredibiliti BN dan PM yang ada berada di tahap yang sangat rendah, yang jika sekiranya berlaku di Negara-Negara Demokrasi tulen akan menyebabkan Ketua Parti dan PM itu meletak jawatan.
Sebelum Pilihanraya BN menolak apa jua pandangan dari Pembangkang untuk mengekang kenaikan harga barang; mereka hanya menjawab secara retorik dan tidak serius untuk mengurangkan beban rakyat. Bahkan Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain Menteri berdahulu-dahuluan untuk mengatakan bahawa Negara ini akan bankrap jika harga minyak
diturunkan. Mereka berhajat untuk menaikkan harga minyak jika mereka memperolehi menang melebihi majoriti 2/3.
Apabila mereka meneruskan pemerintahan mereka mendapati bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa program untuk mengelakkan kenaikan harga-harga barang, dan harga-harga barang naik melambung-lambung dan sesetengahnya sudah naik lebih dari 500%. Semua pihak mengadu susah dan sukar. Kontraktor-kontraktor mengadu kenaikan bahan binaan yang melampau-lampau; restoran-restoran mengadu kenaikan harga beras, tepung, gula, bawang, ikan basah dan sebagainya. Penternak-penternak mengadu kenaikan harga bahan makanan haiwan.
Kesemua kenaikan harga barang ini tidak tertanggung lagi oleh rakyat,namun, pimpinan BN tidak terasa akan bebanan ini kerana mereka terdiri daripada golongan orang-orang yang sangat berada dan tidak merasakan beban seperti yang dipikul oleh masyarakat umum.
Rakyat mempersoalkan kemampuan dan kewibawaan Kerajaan BN yang ada. Dalam pada itu, Kerajaan masih belum ada program alternatif untuk meringankan beban rakyat kecuali dengan mengatakan bahawa "kenaikan harga barang itu tidak membebankan rakyat". Cakap-cakap kosong seumpama ini membuatkan rakyat menjadi lebih resah dan meluat, dan rakyat tidak lagi mempunyai apa-apa keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Kerajaan-Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah mengumumkan satu demi satu progrm yang menguntungkan rakyat seumpama mengecualikan bayaran bill air ke jumlah 20kubik meter padu pertama kepada rakyat Selangor, penurunan bayaran cukai tanah ketahap 30% kepada rakyat negeri Kedah, kenaikan gaji Guru Kafa di Pulau Pinang, dan pengeluaran geran tanah kepada penghuni-penghuni kampong baru di Perak.
Kesemua negeri-negeri dibawah Pakatan telah mengeluarkan dasar yang sama bersabit rasuah dan ketelusan; dan perkara-perkara seumpama ini sangat meyakinkan rakyat bahawa Kerajaan Pakatan adalah telus dan sanggup memerangi rasuah habis-habisan.
Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa di bawah Kerajaan Pakatan, royalti minyak yang akan diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah 20%; dan sudah tentu royalti sebanyak itu akan dapat digunakan oleh negeri-negeri berkenaan untuk kepentingan pembangunan negeri, dan tidak akan berlaku lagi keadaan dimana Negeri kaya tetapi rakyatnya susah dan miskin.
Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan Negara selewat-lewatnya 16hb September 2008 bukan untuk kepentingan pemimpin-pemimpinya tetapi untuk kepentingan rakyat; maka sudah sampai masanya untuk penghijrahan beramai-ramai Ahli-Ahli Parlimen BN ke pangkuan Pakatan Rakyat jika mereka mahu melihat Negara ini diterajui secara sihat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Bagi mereka yang enggan menyertai Kerajaan Pakatan, mereka teruskanlah kedudukan mereka sebagai Pembangkang di Parlimen kerana 42 orang Ahli Parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat sudah cukup untuk mengujudkan Kerajaan baru!
*penulis merupakan Ketua Parti keAdilan Rakyat (Keadilan) Bahagian Kuala Krau, Pahang dan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam selok belok politik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan