19 Mei 2008

Berilmu tapi jahil!








Dunia makin uzur...

Adakah kita sedar yang menjadi perosak utama dunia adalah kite. Takziah kepada penduduk negara Myanmar atau Burma akibat bencana Nargis dan penduduk China akibat gempa bumi.

Manusia makin tak serik-serik. Pelbagai kemungkaran terus dibuat ke atas bumi ini. Aku terpanggil untuk memberikan pandangan bukan sebab aku bagus, tapi sekadar buat renungan bersama.

Aku bukan seorang alim, aku juga bukan baik tetapi sebagai manusia yang dahagakan ilmu Islam aku perlu jelaskan kepada semua makhluk di dunia. Aku tahu dalam dunia ni manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang terhebat, tapi kehebatan yang Allah berikan buat manusia menjadi Firaun, Qarun, Abu Jahal tatkala bila hukum manusia melebihi atau melawan hukum Allah.

Manusia sudah hilang akal akibat terlalu mengejar kemewahan duniawi. Hilang sifat tanggungjawab (haruan makan anak) dan kasih sayang, tidak mengamalkan budaya hormat manghormati sesama manusia, kejahilan tentang Islam. Apa yang aku nak tekankan di sini.

Berilmu tapi jahil!

Ada 5 perkara mengapa dunia ditimpa bala daripada Allah

1. Apabila sistem perundangan, ekonomi, pendidikan sistem kehidupan terdedah kepada hukum manusia.(iaitu sistem sekuler)
2. Pemimpin (yang mana tidak membela agama Allah dan tidak melaksanakan hukum Allah)
3. Orang yang tidak ambil tahu langsung tentang agama Islam (melebihkan duniawi)
4. Pendakwah, tok guru agama gagal memberikan kefahaman yang meluas mengenai ilmu agama, tidak mempertahankan hukum Allah tidak melibatkan diri dalam melaksanakan hukum Allah
5. Mempertahan ajaran sekular melebihi ajaran agama Islam

Kita lihat kelima-lima perkara di atas berlaku disekeliling kita. Tapi adakah kita peduli. Kita lebih menjadikan artis, usahawan berjaya sebagai roll model dalam hidup kita tapi lupakah kita perjuangan Rasullullah untuk menjadi roll model dalam hidup kita.

Kita jadi takut untuk melaksanakan hukum Allah, tapi adakah kita fikir ganjaran daripada Allah apabila kita melaksanakan syariatNya. Aku malu bila manusia mengaku dirinya Islam, tapi penampilan memakai subang, berseluar pendek, bertatoo dibadan.

Adakah kita ingin lihat Yahudi dan Nasrani ini menjajah kehidupan kite. Kita lihat masjid cantik-cantik dibina tapi ramaikah jemaahnya. Begitulah sifat yang ditanam oleh Yahudi dan Nasrani; kalau nak sembahyang hari Sabtu sahaja.

Samalah situasinya di Malaysia; nak tengok masjid penuh pun hari jumaat sahaja. Kita ni hipokrit. Manusia yang tak amanah, manusia yang lupa pada dirinya sendiri. Menjadikan yang haram itu halal bagi memuaskan diri.

Tahukah kita Al Quran itu adalah rujukan sepanjang zaman. Kembalilah kita kepada ajaran Islam, kembalikankan perundangan Islam. Jalankanlah kehidupan kita mengikut perundangan Islam.

Tiada ulasan: